Johan dan Sharif hampir pengsan kerana terkejut dan ketakutan apabila melihat Kadri dan Kamal tiba-tiba bertukar menjadi seekor haiwan karnivor garang yang menakutkan. Mungkin sebab itulah kenapa setiap bulan dua beradik itu akan bermalam di rumah pusaka kepunyaan Radin Badar. Haiwan itu harus mencari makan dengan menangkap mangsanya yang terdiri daripada haiwan atau apa saja hidupan yang masuk ke dalam kebun getah pusaka milik Radin Badar.
Saka harimau jadian Radin Badar yang harus diperturunkan dari generasi ke generasi yang seterusnya. Itu yang Kadri beritahu kepada Johan dan Sharif sebelum mereka berdua menunjukkan benda itu kepada anak lelaki masinlg-masing. Faktor itu juga yang menjadi penyebab kenapa hampir kesemuanya haiwan lari mencari perlindungan ke Loka Valley dan perkara itu berlaku sejak dulu lagi justeru membuatkan Radin Badar marah lalu melanggar sempadan ketika mengejar seekor rusa.
“Kamu berdua adalah waris seterusnya” beritahu Kadri setelah wujudnya sudah bertukar menjadi manusia semula.
“Sekarang kamu berdua sudah mengetahuinya tapi kami tidak memaksa kamu berdua menerimanya tapi ada ketikanya ia berguna dan memberi kekuatan yang luar biasa” Kadri kemudian memandang Johan. Itulah rahsia yang Johan pernah tanya kepadanya beberapa hari yang lalu. Dahulu saka ini amat berguna kepada Radin Badar untuk menjaga keselamatan diri, harta dan tanah kebunnya.
Kekuatan yang luar biasa menjadi faktor penarik utama yang menarik Johan tanpa berfikir panjang bersetuju untuk mewarisi saka itu daripada ayahnya. Sharif terkejut mendengar keputusan Johan kerana pada fikirannya Johan akan menolaknya kerana Johan lebih berpelajaran dan lebih matang pemikirannya.
“Abang Joe sudah fikir masak-masak ke sebelum buat keputusan. Perkara ini bukan semudah yang abang Joe fikirkan. Banyak resikonya dan ia bertentangan dengan ajaran agama kita” Sharif cuba mengingatkan Johan tentang keputusannya menerima saka daripada bapa saudaranya.
“Abang tahu apa yang abang buat dan ini saja jalan yang abang ada” Sharif mengerutkan dahinya mendengar jawapan Johan.
“Maksud abang Joe?” soal Sharif inginkan kepastian dari kata-kata Johan.
“Abang memerlukannya, itu saja yang abang boleh beritahu Sharif” jawapan Johan menunjukkan bahawa lelaki itu sudah nekad dengan keputusannya. Pandangan dan nasihat sepupunya tidak mampu mengubah pendirian Johan. Johan seperti ada tujuan khusus untuk memilikinya.
“Indra, kali ini aku tahulah macam mana nak ajar lelaki macam kau” ayat itu terus berbisik di hati Johan.
Sharif pula masih meminta masa daripada Kamal untuk berfikir manakala Johan akan memulakan upacara penerimaannya malam itu. Malah dari pemerhatian Sharif, Johan begitu bersemangat dan teruja ingin memilikinya. Sharif berasa hairan dan pelik apabila memikirkan tentang abang sepupunya itu. Sepatut seorang yang berpendidikan tinggi dan graduan kedoktoran seperti Johan tidak mudah menerima ilmu syaitan yang sememangnya salah di sisi agama.
Zhafry bersyukur apabila upacara akad nikahnya dengan Isha Wristi Gantari selamat disempurnakan. Kini Isha Wristi sudah sah menjadi miliknya. Majlis yang diadakan pada pukul sembilan pagi di Majlis Islam Sarawak itu cuma dihadiri oleh Isti Samira, Indra, Angel, Ziana dan Dato’ Haikal.
“Terimakasih dato’ sebab sudi datang” tegur Zhafry sewaktu mereka melangkah keluar dari bangunan Majlis Islam Sarawak.
“I doakan rumah tangga you akan bahagia hingga ke akhir hayat. Penantian you yang bertahun-tahun tu memang berbaloi Zhaf sebab apa yang you dapat persis puteri kayangan” Zhafry ketawa kecil mendengar kata-kata Dato’ Haikal. Isha Wristi yang begitu anggun dengan kebaya berwarna putih di sebelah Zhafry tersenyum mendengar perbualan suaminya dengan Dato’ Haikal.
“Dan you Indra, bila lagi?” soalan Dato’ Haikal membuatkan semua mata memandang lelaki tersebut.
“Coming soonlah tu, I dengar sudah dapat green light dari bakal bapa mentua” celah Ziana membuat semua yang lain ketawa. Angel dan Indra saling berpandangan dan tersenyum.
“Malam nanti jangan lupa dato, majlisnya mula pukul 8” ujar Zhafry semasa menghantar Dato’ Haikal ke keretanya. Dato’ Haikal kelihatan mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Mercedes yang sedang menunggunya.
“Dady! Ini kunci bilik hotel. Semua keperluan dady dan mama ada dalam bilik” bisik Angel sambil menghulurkan kunci di tangan kepada Zhafry dan lelaki tersebut tersenyum sewaktu menerimanya kunci salah satu bilik kelas pertama di Hotel Pullman. Angel memeluk dan mencium pipi Zhafry dan Isha Wristi sebelum mereka berpisah untuk beberapa hari. Esok majlis persandingan dan resepsi akan diadakan di ballroom utama hotel tersebut dan ramai rakan dan kenalan Zhafry yang akan datang menghadirinya terutama staf-staf Hospital Kuching. Angel dan Indra juga turut menjemput kesemua warga Loka Holding untuk hadir ke majlis tersebut.
“Indra! terima kasih di atas semua yang Indra telah sediakan untuk kami berdua” Indra mengangguk sebelum bersalam dan memeluk Zhafry dan Isha Wristi. Zhafry rasa begitu terharu apabila semua persiapan majlis perkahwinan termasuk pakej bulan madu mereka dibiayai oleh Indra. Zhafry tidak mengeluar sebarang perbelanjaan untuk majlis perkahwinannya dan Isha Wristi pula hanya meminta senaskah kitab Alquran dan sebentuk cincin sebagai mas kahwinnya. Bukan Zhafry tidak mampu tapi Indra berkeras untuk membiayai semuanya malah Indra mengumumkan semuanya merupakan hadiah perkahwinannya untuk pasangan tersebut.
“Jaga Angel untuk uncle" beritahu Zhafry sambil menepuk bahu Indra membuatkan Indra mengangguk sekali lagi.
“Zhaf, jangan ter…lupa malam nanti perasmian Klinik Kota” pesan Ziana selepas berpelukan dengan Isha kemudian tersenyum memandang Zhafry.
“Oh tu mana boleh lupa, ok jumpa malam nanti” ucap Zhafry ketika dia dan Isha masuk ke dalam sebuah Mercedes limousine yang disedia khas oleh Indra untuk menghantar pasangan tersebut menuju ke hotel.
Semasa bersalaman dengan Isti Samira ibu Indra merangkap kakak ipar Zhafry, Ziana memandang wanita itu tanpa berkelip. Kesempurnaan paras dan fizikal wanita yang membalas senyuman Ziana itulah yang diwarisi oleh Indra. Ziana hampir bertanya tentang rahsia keluarga tersebut yang mempunyai kesempurnaan yang begitu berbeza dari manusia lain. Dua beradik tersebut bukan saja cantik dan anggun malah memiliki kulit wajah dan tubuhnya yang putih dan berseri-seri, halus mulus dan lembut memang cukup mempersona sesiapa yang memandang dan menyentuhnya. Sukar dibezakan siapa lebih cantik di antara Isti Samira dan Isha Wristi kerana kedua-dua ada tarikan tersendiri cuma raut wajah Isti Samira lebih matang jika dibandingkan dengan Isha Wristi.
“Sayang, berapa umur kakak awak tu? betulkan dia ibu Indra” Isha tergelak mendengar soalan Zhafry. Kali pertama Zhafry melihat Isti Samira sewaktu kemunculan Isti Samira yang diperkenalkan sebagai ibu Indra membuatkan semua mata memandang wanita itu seperti tidak mempercayainya.
“Kami berbeza umur beberapa tahun. Dia kahwin muda dan mungkin dia awet muda sebab tu tak nampak tua” Zhafry tidak bertanya lagi tetapi tangan mula bertindak membelai tangan isterinya. Kulit Isha yang putih cerah menyebabkan jari yang telah diinai oleh Angel malam tadi begitu menyerlah warna merahnya.
“Kulit awak putih, lembut, licin dan bersih. Kakak awak tadi pun sama macam awak begitu juga Indra sama seperti warna kulit awak. Warna kulit yang jarang dimiliki oleh manusia terutama mereka yang tinggal dibenua yang panas seperti di sini” Isha tersenyum mendengar kata-kata Zhafry.
“Awak tidak akan pernah percaya kalau saya katakan bahawa saya dan kakak bukan manusia, kami berasal dari dunia lain dan Indra adalah anak kakak saya dengan suaminya seorang manusia yang menjadi seorang maharaja suatu masa dulu” Zhafry tergelak kecil mendengar jawapan Isha kemudian merapatkan wajahnya ke pipi isterinya.
“Saya tak kisah siapa pun awak sebab awak memang ditakdirkan untuk saya” bisik Zhafry sebelum mencium pipi isterinya. Bagi Zhafry, Isha sengaja mereka cerita sekadar untuk mengalih perhatiannya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...