Bab 52. Tawaran RM1K

0 0 0
                                    

        Baris-baris  ayat yang membuatkan Angel  tersenyum ketika membacanya. Mungkin sebuah sajak atau sebuah lagu tapi Angel  tidak pernah mendengar senikata itu pernah dinyanyikan oleh sesiapa.

Berkurun ku meniti  usia dan masa
Menunggu berakhirnya sebuah derita
Di kala aku hampir tewas dan berputus asa
Kau menjelma bagaikan suria
Menyinari lorongku dengan cahayamu
Terang menyuluh jalan ku yang berliku
Tanpamu
Diriku tak mungkin berteman
Tak mungkin ada bahagia menemaniku
Sayangku
Kau menjadikan siangku semakin terang
Dan malamku semaki indah
Sayangku
Ku inginkan mu lebih dari segalanya
Aku menyayangimu lebih dari nyawaku
Aku melindungimu selagi aku terdaya
Selagi jasad ku belum rebah
Aku takkan menyerah
Kekasihku.. Sayangku padamu
Seluas samudera, Sebening embun, Seputih sajlu
Kau adalah kebahagianku, kau nafasku dan kau cahayaku
Bersama cinta nafas kita bersatu

Angel  cepat-cepat menutup lap top Indra sebaik sahaja mendengar pintu bilik air terbuka dan dia kembali rebah dan meniarap di atas katil. Bauan harum krim mandian menyucuk hidungnya membuatkan Angel  tersenyum. Indra tersenyum melihat isterinya dan dia tahu apa Angel  lakukan sebentar tadi. Jasad yang sedang terbaring dihampirinya kemudian tanganya menyentuh pinggang isterinya. Angel  menjerit kegelian apabila Indra mengeletek pinggangnya.
“Saya tahu selepas curi tengok lap top saya orang tu pura-pura tidur” Indra kemudian memeluk pinggang isterinya.
“Mana ada, saya baru je bangun sebab Dimaz kacau” Angel  menafikan tuduhan suaminya dan cuba untuk melepaskan diri.
“Tak mengaku ya” Indra terus mengasak isterinya dengan berkali-kali ciuman yang tidak henti-henti membuatkan Angel  meronta-ronta sambil terjerit-jerit minta suaminya berhenti dan mengaku kalah. Indra tergelak melihat isterinya yang termegah-megah akibat keletihan kerana cuba melepaskan diri. Angel  sudah tidak mampu bergerak apabila Indra masih lagi menahan kedua belah tangan dan menindih tubuhnya dan keadaannya kala itu Angel sendiri sukar untuk membayangkannya. Hanya sebiji sahaja butang pijama yang masih bercantum dan pasti suatu pemandangan yang mencetuskan situasi yang membahayakan.
Pandangan mereka terus bersatu dan jantung Angel  berdebaran kencang apabila Indra mula membelai wajahnya kemudian menyatukan bibir mereka.  Angel  lemas dan sama-sama semakin hanyut dalam kenikmatan dunia asmara yang mereka ciptakan. Keharuman yang menggoda dari seluruh tubuh Angel  membuatkan  Indra hampir lupa pesanan Isti Samira. Angel  tiba-tiba teringat dirinya masih belum  bersih untuk meneruskan pemintaan suaminya. Angel  segera berhenti kemudian sekuat tenaga cuba menolak tubuh sasa Indra walaupun tindakan hanya berjaya memberhentikan keghairahan suaminya. Tubuh Indra bukan mudah untuk disisihkan terutama oleh perempuan selemahnya.
Indra merenung wajah isterinya dengan Angel nampak  kehampaan di wajah Indra ketika itu.
“Kita tidak boleh teruskannya, adat dan saya masih kotor” Indra tersenyum walaupun kehampaan itu masih jelas di wajahnya. Indra bergerak memberi laluan untuk Angel  bangun kerana dalam masa setengah jam lagi semua peserta kursus perlu berkumpul di tempat biasa untuk  menyambung beberapa aktiviti sebelum majlis penutupan pada sebelah malam nanti.

Sepanjang malam Sarah tidak boleh terlelap kerana di sana sini Sarah mendengar suara memanggil namanya sehinggakan dia terpaksa menghubungi Datin Khaty untuk menceritakan tentang perkara tersebut. Hampir subuh barulah Sarah dapat melelapkan matanya membuatkan dia hampir terlewat untuk menghadiri aktiviti pada hari itu.
Sampai sahaja di tempat berkumpul Sarah begitu teruja ingin melihat impak dari kejadian yang berlaku malam tadi. Menurut Datin Khaty, Tok Ngadin telah melakukan tugasnya semalam dan Sarah boleh melihat kesannya pada pagi tersebut. Apa yang nampak di mata Sarah waktu itu membuatkan Sarah seperti tidak yakin dengan keupayaan bomoh yang diupah oleh Datin Khaty. Tiada sebarang perubahan berlaku pada pasangan tersebut malah Angel  nampak begitu ceria di sisi Indra. ‘Tak boleh percayalah orang tua tu!’ rungut Sarah dalam hatinya. Entah berapa yang ibunya  telah bayar kepada bomoh yang kononnya hebat itu.
Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan perlawanan bola keranjang antara syarikat, Angel tersenyum memandang suaminya. Perlawanan yang terlalu mudah untuk dimenangi oleh Loka Holding..
Setiap syarikat akan menurunkan tujuh pemain campuran  dan Indra menyenaraikan beberapa orang untuk mewakili Loka Holding. Zaleha merungut apabila namanya turut disenaraikan di samping  Zack, Salem, Razak, Sue, Angel  dan Indra sendiri. Sementara menunggu pihak fasilitator menguruskan perlawanan serta cabutan undi  Zaleha, Sue dan Zack serta beberapa pekerja Loka Holding berkumpul di hadapan Indra dan Angel.
“Boleh ke kita orang menang?,  Aku bukan tahu sangat main basketball ni” rungut Zaleha apabila melihat pemain-pemain dari  syarikat lain  yang akan  mereka tentang sebentar nanti.
“Aku bola sepak bolehlah” tambah Zack pula.
Indra tersenyum melihat wajah-wajah  beberapa orang pekerja Loka Holding yang berada di depannya .
“Tuan Indra, kita orang mana tahu sangat main, ajarlah dulu” laung Zaleha cuba mendapatkan simpati majikannya. Indra tersenyum memandang Angel yang mengangkat kening kepadanya.
“Ok, kalau kita menang saya bagi cash money RM1K setiap seorang” beritahu Indra kepada semua pekerja Loka Holding yang sedang berkumpul mendengar taklimat dan arahan daripadanya
“Wooo, lumayan tu!” jerit Zaleha yang teruja mendengar tawaran Indra.
“Ok, kalau macam tu kita kena main betul-betullah ni” Zack menambah pula dengan bersemangat kerana gara-gara tawaran RM1K daripada majikannya. Indra tersenyum sambil menggelengkan kepalanya lucu melihat kesungguhan Zack dan pekerja-pekerjanya yang lain selepas mendengar tawarannya sebentar tadi.
“Mesti menang, satu ribu tu!” jerit Zaleha membuatkan Angel dan yang lainnya tergelak dan Indra tersenyum.
Perlawanan pertama antara Loka Holding menentang KTS dan perlawanan itu dengan mudah dimenangi oleh Loka Holding. Setiap bola yang sampai ke tangan Indra dijaringnya dengan mudah. Semua penonton yang berada di tepian begitu takjub menyaksikan semua jaringan jarak jauh yang dilakukan oleh Indra.. Perlawanan kedua adalah untuk menentukan juara dan akan dilangsungkan pada sebelah petang nanti di antara Loka Holding dan N&K Company. N&K Company telah memenangi perlawanan menewaskan Welly company pada perlawanan pertama pada pagi tersebut.
“N&K menang, petang kelak kita akan menentang team Sarah” bisik Angel  ke telinga suaminya.
“Hati-hati! Sebab perempuan tu boleh buat apa saja” Angel faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.
“Saya mahu kita memang sebab orang-orang kita berharap benar dengan janji Dimaz tu” tambah Angel mengingatkan suaminya.
“Kalah pun saya akan beri juga mereka wang tu sebab mereka sudah tunjukkan kesungguhan mereka tapi sayang tolong rahsiakan supaya mereka terus bermain bersungguh-sungguh petang nanti” Angel  faham maksud suaminya dan amat bersetuju dengan idea yang beritahu oleh Indra kepadanya.
Memandangkan hari tersebut merupakan hari terakhir kursus, jamuan tengah hari untuk peserta-peserta kursus juga berbeza, lebih istimewa seperti ayam goreng dan udang yang sememang merupakan lauk kegemaran Angel .
“Eh Cik Angel, you tak makan sama kita orang ke?” tegur Yusri apabila melihat Angel  menceduk nasi dan beberapa jenis lauk  ke dalam bekas polistrin. Hari terakhir di situ kalau boleh Yusri tidak mahu melepaskan peluang untuk bersembang dengan gadis tersebut walaupun sudah terang-terang gadis tersebut adalah kekasih orang tetapi Yusri masih ingin mencuba untuk memikatnya. Hari itu giliran Yusri pula menerima cabaran teman-teman untuk menegur Angel.
“Tak, saya nak makan di bilik je” balas Angel  sambil menutup bekas polistrin yang berada di tangannya.
“Kenapa satu bekas je, orang di sebelah tu tak makan kah?” mata Yusri menjerling memandang Indra yang berdiri di sebelah Angel. Lelaki itu nampak tenang sambil melihat sesuatu pada telefon bimbitnya. Yusri belum pernah lagi melihat Indra menegur sesiapa sepanjang beberapa hari berkursus di situ  kecuali mereka yang menegur lelaki tersebut terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Razak beberapa hari lepas kerana menerima cabaran daripada rakan-rakannya.
“Kami kongsi” balas Angel sebelum meninggalkan Yusri. Rakan-rakannya mentertawakan  Yusri apabila lelaki itu kembali ke mejanya.
“Kau biar betul Yus!” Yusri tersengih apabila mendengar kata-kata Nasir.
“Setidak-tidak aku sudah mencuba, nasib bro sebab bunga di taman larangan” sahut Yusri sambil tersenyum.
“Tu pun cantik, kenapa kau tak nak cuba” mulut Nasir muncung menunjuk ke arah Sarah yang sedang berbual dengan Sue dan Zaleha.
“Cantik tapi taklah secomel dan putih melepak macam yang tadi tu” Yusri masih lagi nampak perbezaan di antara Angel  dengan gadis-gadis lain yang ada di situ.
“Kau sanggup lagi ke kalau dah bekas lelaki tu. Mustahil dia boleh tahan tak menyentuhnya sebab kau nampak sendiri macam mana manjanya perempuan tu melentok dekat dia” Nasir cuba meracuni fikiran Yusri. Yusri hanya diam mendengar kata-kata Nasir.
“Dengar cerita dia bawa perempuan tu tidur sebilik” bisik Nasir perlahan kepada Yusri.
“Mana kau dapat cerita ni?” soal Yusri selepas itu.
“Aku tahulah sebab ada yang cakap tapi sumber yang boleh dipercayai" balas Nasir lagi.
“Fasi tak kisah ke?” soal Yusri sambil memandang Nasir.
“Itu yang aku hairan, kita pun terikut berdosa sama” tambah Nasir sebelum menumpukan perhatian untuk menikmati makanan di hadapannya.
“Aku tak berani nak tuduh sebarangan sebab kita tidak tahu apa sebenarnya hubungan mereka. Kalau ada yang tak betul tentu awal-awal lagi fasi dah tegur” Nasir tidak menyambung lagi selepas mendengar komen Yusri.

DirgantaraWhere stories live. Discover now