Rakyat Loka Wangsa yang telah dibangkitkan semula kini hidup bertaburan di seluruh pelusok alam. Walaupun mereka membawa diri dan meneruskan hidup dengan cara masing-masing namun mereka tetap menghormati dan mendaulatkan satu-satunya pewaris kerajaan Loka Wangsa yang masih wujud. Semua rakyat Loka Wangsa mengenal dan mengetahui kehebatan putera tunggal Maharaja Aditya Wangsa yang begitu kesatria dan tiada tolok bandingnya. Putera tunggal Maharaja Aditya Wangsa itu bukan sahaja hebat dari segi kekuatannya namun mempunyai pelbagai kesaktian yang diwarisi daripada ibunya yang merupakan seorang puteri maharaja dari alam ghaib.
Putera tunggal Aditya Wangsa itu juga menerima nasib yang sama akibat sumpahan sihir Yaman dan telah pergi berkelana membawa dirinya di seluruh alam tetapi Ratu Gusti Dewi Isti Samira dan adiknya Dewi Isha Wristi sentiasa menemani dan mengawasi ke mana saja putera tunggal Loka Wangsa itu berada.
"Banu! Dia ada di sini” jerit Isqan memanggil isterinya.
“Siapa?” soal Banu sambil memandang suaminya.
“Indra Arjuna” jawapan yang membuatkan Banu tersenyum. Terlalu rindu ingin menatap wajah putera tunggal Aditya Wangsa yang pernah diasuhya semenjak lahir. Tanpa zuriat sendiri Indra Arjuna sudah dirasakan seperti anak sendiri.
“Tapi dia sudah berkahwin” kata-kata Isqan membuatkan Banu tersentak dan terpana. Satu khabar yang mungkin sudah dicanangkan ke seluruh alam. Akibat sumpahan sihir tidak akan ada rakyat Loka Wangsa yang telah dibangkitkan semula selepas dua ratus tahun akan boleh berkahwin dengan manusia biasa. Kalau berlaku pasangannya tidak akan melihat fajar untuk hari kedua selepas malam pertama kerana pasangan mereka pasti akan menjadi mangsa santapan mereka sendiri.
“Dia berkahwin dengan siapa, bila?” kalau itu berlaku bererti putera tunggalkan Aditya Arjunna itu akan kekal hidup dalam sumpahan sihirnya Yaman sampai bila-bila. Isqan menggelengkan kepalanya. Bertahun-tahun hidup di bumi asing dan berpindah randah dari satu benua ke satu benua dan akhirnya lima tahun yang lepas Isqan dan isterinya tiba di bumi yang pernah mencatat kisah seorang raja manusia bernama Firaun dan di situ Isqan mendapat pekerjaan sebagai penjaga kuda sebuah ladang milik seorang jutawan.
Selagi tiada khabar bahawa Indra Arjuna sudah tewas dalam pejuangan hidupnya mempertahankan pantang larang, Isqan dan isterinya akan tetap setia sebagai rakyat dan pengikutnya. Sampai di saat itu mereka masih mampu mendapat bekalan makanan tanpa membunuh manusia. Kewujudan manusia yang sanggup bekerja dengan bayaran yang lumayan membantu mereka untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.
“Dia akan ke sini untuk menunggang kuda” banyak perkara yang sedang difikirkan menyebabkan Banu kemudian terdiam selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh suaminya.Pengalaman pertama yang tidak pernah terfikir oleh Angel untuk melakukannya apabila tiba di bumi yang terkenal dengan lagenda Firaun suatu masa duhulu. Fayeed lelaki jutawan pemilik ladang kuda yang Indra kenali itu tersenyum menyambut kunjungan mereka berdua ke situ. Dengan ramah Indra memperkenalkan isterinya dalam bahasa yang membuatkan Angel seperti buta bahasa yang terlalu payah untuk memahaminya.
Lelaki separuh umur yang segak dengan jubah tebal berwarna gelap tersenyum kepada Angel sebelum mengajak mereka berdua menuju ke suatu tempat. Dua orang lagi lelaki menanti di situ kemudian membawa mereka menuju ke kawasan menyimpan berpuluh-puluh ekor kuda yang dikhaskan untuk disewa kepada pengunjung tempat tersebut. Indra berbicara sesuatu kepada salah seorang lelaki tersebut dan selepas itu lelaki tersebut mengajak rakannya meninggalkan Indra dan isteri untuk memilih sendiri kuda-kuda yang sukai..
Dari seekor ke seekor Indra mengajak Angel bergerak untuk melihat kuda-kuda yang berada di situ. Angel yakin Indra pasti sedang memilih kuda yang sesuai untuk dijadikan tunggangan mereka pada hari tersebut.
“Semuanya ok tapi saya nak cari yang betul-betul terbaik. Yang mendengar kata” beritahu Indra kepada isterinya. Angel tersenyum kemudian matanya tertumpu melihat seekor kuda yang berwarna putih.
“Yang putih tu saya suka” beritahunya sambil menunjukkan dengan jarinya ke arah kuda yang dimaksudkan. Mereka bersama-sama mendekati kuda tersebut kemudian Indra memandang mata kuda tersebut dan selepas itu menggosokkan kepala kuda itu perlahan-lahan.
“Baka Kuda Estopa. Ok, sayang boleh guna kuda ni, saya guna yang tu” beritahu Indra kemudian menarik tali kuda hitam di sebelah kanannya.
“Kuda ni’ tanya Angel mula berminat mengetahui baka kuda yang dipilih oleh Indra pula.
“Baka El Shaklan” sahut Indra kemudian menggosok-gosok kepala kuda tersebut.
Setelah kedua-dua kuda disiapkan dengan pelana serta segala kelengkapan menunggang Indra membantu Angel yang agak takut memijak stirrup untuk naik ke atas belakang kuda sebelum dia sendiri dengan mudah melompat naik ke atas belakang kuda yang berwarna hitam. Kedua-dua kuda tersebut bersaing bergerak perlahan menuju ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang kuda yang luasnya lebih seratus hektar. Indra sentiasa membantu menahan tali kuda Angel agar kuda tersebut sentiasa bergerak dengan kelajuan yang selari dengan kuda yang sedang ditunggangnya.
Pandangan menunggang di atas dataran tanah yang membukit menampakkan pemandangan Bandar Kaherah yang begitu indah, pesat dan membangun. Sungguh menakjubkan apabila terpandang ladang pokok kurma yang terbentang luas beberapa kilometer dari kawasan ladang tempat mereka berada.
Dalam keasyikan menikmati panorama indah yang terbentang di hadapan mereka sepasang manusia muncul dengan tiba-tiba mendekati mereka berdua kemudian melutut dan sujud ke bumi membuatkan Angel berasa begitu pelik kemudian memandang suaminya untuk mendapatkan perjelasan.
Indra kemudian melompat turut untuk mendekati pasangan tersebut.
“Bangkitlah Isqan, Banu. Saya bukan maharaja kalian yang harus kalian sembah seperti dulu lagi. Saya sama seperti kalian berdua” Indra mendekati lelaki yang dipanggilnya Isqan kemudian menarik lengannya supaya bangun berdiri. Bauan yang harum dan segar menyegat masuk ke deria hidu pasangan tersebut. Bauan yang berbeza daripada manusia lain yang berada di sekeliling mereka.
“Putera Indra Arjuna tetap putera maharaja kami dan kami tetap hormatkan keturunan Maharaja Aditya Wangsa sampai bila-bila. Kami teramat gembira kerana sejak sembilan puluh tahun inilah pertama kalinya kita berjumpa. Putera begitu sempurna benar sebagai seorang teruna dewasa yang hebat dan pasti digeruni” Indra tersenyum mendengar kata-kata Isqan.
“Saya memang sudah cukup dewasa dan sudah pun beristeri, ini saya kenalkan Angelya Rydiana Ratna isteri kesayangan saya” pasangan tersebut memandang Angel tanpa berkelip. Rupa paras dan perwatakan gadis itu memang cukup sempurna dan begitu sepadan digandingkan dengan Indra Arjuna. Sambil tersenyum pasangan tersebut kemudian menundukkan kepala tanda sembah hormat mereka sebelum mengangkat semula kepala apabila deria bau mereka mengesan sesuatu. Bauan harum dan segar itu membuatkan Isqan dan Banu memejamkan matanya ketika cuba menghayatinya. Indra tersenyum kerana tahu apa yang sedang dilakukan oleh pasangan suami isteri tersebut.
“Kami baru saja berkahwin lebih sebulan yang lalu dan sekarang sedang berbulan madu” tambah Indra lagi sambil melirikkan matanya memandang isterinya yang masih berada di atas kuda.
“Wanita ini manusia biasa, putera tahu akibatnya” ujar Isqan kembali memandang Indra selepas membukakan matanya. Ayat Isqan membuatkan Indra tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. Pasangan suaminya isteri tersebut saling berpandangan selepas melihat reaksi dan jawapan Indra.
“Saya tahu apa yang kamu berdua sedang fikirkan. Kami sudahpun menjalani kehidupan suami isteri yang sebenar. Ianya tidak akan berlaku kerana saya mengahwini wanita yang terlalu istimewa dan rasa cinta dan sayang saya padanya membantu saya mengatasi segalanya” Isqan dan Banu saling berpandangan sekali lagi kemudian tersenyum.
“Kami harap putera dapat menghadapi halangan yang seterusnya dan akan hidup bahagia bersama isteri putera sampai bila-bila” sambung Banu sambil tersenyum memandang Angel .
“Tolong doakan saya berjaya dan kebahagian kekal menjadi milik kami selamanya” Isqan dan Banu tersenyum lagi kemudian menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi meninggalkan Indra dan isterinya.
“Banu pernah menjadi pengasuh saya semasa kecil dan saya manja padanya. Merekalah sebahagian daripada rakyat Loka Wangsa yang telah dibangkitkan semula dan bertebaran di muka bumi ini” beritahu Indra ketika kembali duduk di atas atas kudanya.
“Tapi kenapa mereka tidak seperti Rudira, Osborn dan Braja” soal Angel apabila teringatkan perkara yang pernah berlaku sebelum itu. Kegilaan Rudira, Osborn dan Braja inginkan darahnya sebagai santapan.
“Mereka masih mengikuti segala patang larang tu kerana ingin terus kekal sebagai manusia. Saya rasa mereka berdua juga mendapatkan makanan mereka dari sumber dan cara yang sama seperti saya tapi kalau saya juga sudah tewas saya percaya semua rakyat Loka Wangsa akan mengikut jejak saya dan selepas itu tidak akan wujud lagi ketenteraman di bumi ini.” beritahu Indra sebelum menarik kuda Angel dan mereka bergerak untuk melihat keindahan yang ada di sekitar kawasan tersebut.
“Dimaz, bagaimana keadaan istana Loka Wangsa sekarang dan di mana lokasinya. Tidakkan Dimaz risau kalau ada pihak akeologi yang menemuinya” Indra terdiam sejenak selepas mendengar soalan Angel kepadanya kemudian kelihatan lelaki itu menggelengkan kepalanya.
“Sekarang Waji menjaga kawasan sekitarnya dan dia mendiami sebuah rumah baru yang kami bina berhampiran kawasan karaton. Selain Waji tidak ada manusia yang biasa yang boleh menemuinya mahupun melihatnya kerana biyung sudah melakukan sesuatu supaya ia tidak akan kelihatan oleh manusia lain termasuk rakyat Loka Wangsa yang pernah tinggal di dalam istana itu. Waji menjaganya dengan baik dan biyung kerap melawati kerana banyak kenangan manisnya di sana” beritahu Indra yang penuh yakin dengan jawapannya.
Angel menjerit kuat apabila terkejut ketika Indra segera melompat di atas belakangnya kudanya kemudian mengarahkan kuda mereka memecut laju. Pengalaman pertama yang paling sukar dilupakan.
“Saya akan ajar sayang menjadi penunggang dengan baik” bisiknya ke telinga isterinya ketika kuda yang mereka tunggang masih berlari laju. Menyeronokkan dan Angel tidak lagi berasa ketakutan seperti mula-mula tadi. Indra tersenyum apabila melihat wajah isterinya yang tadi ketakutan kini berubah ceria. Angel sudah mula dapat menyesuaikan diri dan ketika kuda milik Indra datang mendekati mereka Indra meninggalkan Angel kembali menunggang sendirian.
“Isteri you sangat cantik dan I percaya dia bukan asli melayu?” Indra tersenyum ketika Fayeed tiba-tiba menyentuh cerita pasal isterinya.
“Yup, she mixed blood, ayahnya Eurasian dan ibunya Melayu Arab “ Fayeed kelihatan tersenyum apabila tekaannya tepat. Memang pada mulanya Fayeed begitu terkejut apabila melihat Indra muncul bersama seorang wanita muda yang cantik. Hampir sepuluh tahun mengenali Indra Arjuna sahabat baiknya ketika semasa sama-sama menuntut di UK dan lelaki itu tidak pernah ada perkataan wanita dalam kamus hidupnya walaupun Fayeed beberapa kali cuba memperkenalkan kepada beberapa orang kenalan wanitanya kepada Indra.
“Berapa umurnya?, nampak masih muda” Indra tergelak mendengar soalan Fayeed.
“You jangan risau sebab dia bukan budak sekolah lagi, baru 21 tahun” Fayeed menggelengkan kepala kemudian menepuk bahu sahabatnya.
“Tahniah sebab ada yang berjaya merapuhkan hati you” Indra hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Fayeed kepadanya. Cintanya pada Angel melebihi segalanya dan Angel juga adalah takdirnya dan Indra dapat rasa dan yakin Angel membawa suatu makna besar dalam hidupnya walaupun Indra masih tidak dapat memahaminya.
Setelah selesai menunggang sendirian di kawasan berhampiran, Angel datang mendekati suaminya yang sedang berbual bersama Fayeed.
“Sayang, Fayeed ada hadiah untuk perkahwinan kita” beritahunya sambil berbisik sesuatu ketika meraih pinggang isterinya. Angel mengangkat keningnya memandang suaminya. Persoalan yang diajunya melalui isyarat matanya.
“Ada dekat sana, jom kita pergi tengok” Angel mengekori langkah Indra yang meraih tangannya menuju ke satu tempat. Sampai di tempat yang dituju matanya membutang melihat hadiah Fayeed sempena perkahwinan mereka.
“Suka tak?” soal Indra tersenyum melihat aksi isterinya yang pantas mendekati hadiah tersebut.
“Suka sangat, comel!” sahut Angel sambil menggosok-gosok bulu lebat di atas kepala anak kuda berwarna putih yang begitu seronok mendapat sentuhan tangan Angel. Angel meminta Indra menangkap gambarnya bersama anak kuda tersebut sebelum mereka bertolak ke destinasi yang seterusnya untuk melengkapkan episod percutian bulan madu mereka. Anak kuda tersebut ditinggalkan kepada penjaga di situ sementara Fayeed mengurus semua produser penghantarannya ke destinasi alamat yang Indra sudah tinggalkan kepada lelaki tersebut.
“Kita buat poskad gambar sayang dan anak kuda ni lepas tu kirim pada dady” ujar Indra memberikan cadangannya sambil menunjukkan gambar tersebut kepada Angel. Angel memang sudah mengirimkan beberapa poskad bersama sedikit coretan sejak hari pertama disetiap episod perjalanan percutian mereka kepada Zhafry sebagai tatapan lelaki tersebut. Poskad yang berlatarbelakang gambar Angel dan suaminya di destinasi yang mereka kunjungi sudah berkeping-keping melekat di dinding papan notis bersebelahan meja kerja Zhafry di Hospital Kuching. Mila dan beberapa orang jururawat lain sudah tahu apa yang harus mereka lakukan setiap kali sampai poskad yang dialamatkan kepada Dr Zhafry. Sambil menyiapkan kerjanya gambar-gambar Angel yang pelbagai aksi bersama suaminya akan menjadi tatapan Zhafry di kala merehatkan otaknya setelah seharian bekerja di hospital tersebut atau selepas syif bertugasnya di Klinik Kota pada hari-hari tertentu mengikut jadualnya yang bertukar ganti dengan Ziana dan beberapa orang doktor lain yang dibayar perkhidmatan secara sambilan di klinik tersebut.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...