Bab 30. Manusia Haiwan?

2 0 0
                                    

Penyembuhan berlaku hanya dalam masa tujuh hari memang sesuatu yang menakjubkan tapi itulah yang berlaku pada Angel. Setiap hari pagi dan petang Isti Samira memandikan Angel dengan air campuran tujuh jenis bunga yang di petik dari taman miliknya di Loka Valley. Minuman air campuran buah-buahan rimba yang terpilih dan pada setiap senja Isti Samira menyapu minyak ubat yang mempunyai haruman bunga kenanga rimba ke seluruh tubuh Angel. Bauan yang bagaikan aroma therapi yang menyegarkan seluruh rumah Zhafry. Petang hari ke tujuh Angel sudah berlari-lari anak menaiki tangga ke biliknya yang terletak di tingkat atas dan kemudian bergurau senda bersama Cak yang datang semula menemaninya sejak Angel kembali semula ke rumah itu.
Cahaya lampu yang terang benderang di dalam rumahnya menandakan Angel masih bangun dan mungkin sedang membaca buku atau menonton televisyen. Esok Zhafry bercadang untuk membawa Angel ke hospital untuk pemeriksaan susulan ke atas kesan pembedahan. Esok Angel tidak perlu lagi ada balutan kakinya.
Angel yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tersenyum menyambung kepulangan Zhafry. Lelaki itu nampak letih kerana bertugas seharian. Semasa menginap di wad hospital selama lebih satu minggu Angel telah melihat sendiri bagaimana Zhafry terpaksa memikul tanggungjawabnya kepada masyarakat yang memerlukannya. Sebiji mug yang berisi nescafe susu yang panas sudah terhidang di atas meja bersama beberapa keping biskut krakers turut menunggu kepulangan lelaki tersebut.
"Dady penat, ni Angel ada sediakan air dan biskut untuk dady" Zhafry tersenyum mendengar teguran Angel. Dalam sakit-sakit anak gadisnya itu sanggup bersusah payah menyediakan sesuatu ketika menanti kepulangannya.
"Angel buat atau Cak yang buat" melihat tupai yang sedang bertenggek di atas sofa di belakang Angel. Angel tergelak mendengar jawapan Zhafry.
"Kalau Cak buat pasti malam ini dady minum nescafe campur bunga jambu" giliran Zhafry tergelak mendengar jawapan Angel. Sejak seminggu yang lalu pokok jambu di sebelah bilik Angel sudah mengeluarkan bunga yang lebat dan pagi tadi bunga-bunga sudah mekar dengan warna merah jambu yang terang. Warna kegemaran Angel dan sebab tu siang tadi Angel sering menghabiskan masanya menatap bunga-bunga jambu yang sedang mekar di luar bilik tidurnya.
"Beritahu ibu Indra tak payah temankan Angel esok sebab esok dady akan bawa Angel ke hospital. Dady nak periksa kaki Angel tu, tangan tu betul tak sakit lagi?. Angel jangan terlalu memaksa diri nanti kesannya jangka panjang tak baik kalau belum sembuh betul Angel sudah bergerak terlampau aktif" Angel tersenyum mendengar kata-kata Zhafry kemudian mencapai telefon bimbitnya di atas meja untuk menaip sesuatu untuk dihantarnya kepada Indra.
"Tangan dan kaki Angel dah sembuhlah dady, dah tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi. Kalau dady nak lawan Angel paut tangan sekarang pun boleh" ujar Angel selepas usai menghantar mesejnya kepada Indra. Zhafry mengangkat keningnya sambil memandang Angel, terpana sekejap mendengar kata-kata anak gadisnya itu.
"Budak ni, mari sini lawan dady" Zhafry bangun dari kerusi lalu mendekati Angel. Tercabar dengan kata-kata Angel sesekali Zhafry mahu mengenakan anak gadisnya yang nakal itu. Angel tergelak melihat kesungguhan Zhafry menyahut cabarannya.
"Ok Cak jadi refree" Angel menyilang tangannya ke tangan Zhafry dan bersedia untuk berlawan. Zhafry kemudian menggelengkan kepalanya lalu menarik semula tangan. Kerja bodoh kalau melayan kenakalan Angel. Sia-sia usahanya untuk menyembuhkan Angel kalau selepas itu tangan Angel yang cuma retak akhirnya patah.
"Jangan buat kerja bodohlah Angel, nanti tak pasal-pasal tulang tangan Angel yang retak tu patah pulak" larang Zhafry sambil memandang wajah Angel yang kecewa kerana penarikannya.
"Oklah, dady habiskan air dan biskut tu, Angel nak naik atas tidur" Zhafry hanya mengangkat keningnya kemudian menyambung menikmati minuman dan biskut di atas meja. Angel terus berlalu meninggalkan Zhafry untuk ke biliknya manakala Cak melompat riang menuju ke tangga mengejar Angel. Angel berlari anak mengejar Cak hingga sampai ke bilik tidurnya.
Selesai segelas kopi dan biskut dinikmatinya, Zhafry mengunci pagar dan pintu utama rumahnya kemudian mengambil keputusan menjenguk Angel di biliknya sebelum naik ke biliknya di tingkat atas. Suasana bilik yang tidak dinyalakan lampu tidur membuatkan Zhafry membuka suiz lampu bilik untuk melihat keadaan Angel. Dahinya berkerut apabila melihat bilik tersebut kosong tiada sesiapa. Zhafry tercegat di depan pintu sambil otaknya cuba mengingatkan sesuatu.
"Tak mungkin!" bisik Zhafry kemudian terus berlari anak mendaki tangga dan terus ke bilik Angel. Angel sudah nyenyak tidur di atas katilnya dan Cak bertenggek di kepala katil. Zhafry berulang kali cuba memikirkan bagaimana Angel mendaki tangga untuk pergi ke bilik itu. Buntu akal memikirkannya Zhafry keluar meninggalkan bilik itu. Esok dia perlu memeriksa keadaan Angel dengan terperinci. Zhafry risau akan kesannya kalau Angel terlalu aktif bergerak sedangkan kecederaannya belum sembuh sepenuhnya dan masih memerlukan rawatan rapi yang berterusan.
Usai menunaikan solat subuh, Zhafry masuk ke bilik Angel untuk mengejutkan anak gadisnya. Walaupun kadang kala kerana terlalu letih Zhafry sering terbabas dari menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Lampu bilik Angel sudah terang dan kedengaran suara seseorang sedang mengaji.
Angel yang lengkap bertelekung sedang duduk di atas sejadah sambil menghadap kitab di hadapannya. Zhafry mematikan niat asalnya kemudian berdiri sambil bersandar di hadapan pintu memerhati Angel sehingga habis bacaannya. Usai membacanya Angel berpaling kemudian tersenyum memandang Zhafry.
"Angel, mari sini" sambil melambai tangan agar Angel mendekatinya. Dari atas ke bawah Angel yang masih lengkap bertelekung diperhatinya tanpa berkelip. Setiap langkah ketika Angel mendekatinya turut diperhatikannya. Angel bergerak dan melangkah seperti orang yang tidak pernah ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk sebelum ini.
"Boleh Angel beritahu dady sejak bila Angel macam ni?" soalnya Zhafry sewaktu Angel sudah hampir kepadanya. Angel tersenyum sambil merenung wajah Zhafry yang sedang menyoalnya.
"Petang semalam sebelum ibu Indra balik" jawabnya sambil membuka telekung yang membaluti tubuhnya.
"Angel tak rasa sakit?" Angel hanya menggelengkan kepalanya. Zhafry merapati Angel kemudian membelek-belek bahagian yang pernah luka di kepala, dahi dan dagu Angel dan bahagian lain pada tubuh gadis itu. Tiada satu pun kesan parut yang ada nampak. Kulit dan wajah Angel nampak licin dan berseri-seri.
Zhafry hanya mendiamkan diri sepanjang pagi itu. Kepalanya ligat memikirkan keadaan Angel. Sebelum menjalankan pembedahan Zhafry telah mengkaji tentang terperinci gambar x-ray dan diagnostik yang dibuatnya pada hari pertama Angel tiba di hospital tersebut. Bersama beberapa orang pakar bedah membantunya menjalankan pembedahan untuk memasukkan besi ke dalam kaki Angel namun semua tidak berlaku pada hari pembedahan kerana tulang kaki Angel yang patah dalam gambar xray dua hari sebelumnya kelihatan sudah bercantum semula dan Zhafry akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya untuk memasang besi pada kaki Angel.
"Dady tak tahu nak fikirkan apa sekarang. Banyak benda yang buat dady rasa pelik dan keliru. Angel tak payah ikut dady ke hospital hari ini" Angel cuma menjawabnya dengan anggukkan perlahan. Kehilangan kesan-kesan parut luka pada tubuh Angel satu lagi keajaiban yang terlalu menakjubkan dan Zhafry buntu memikirkannya.
"You kata nak bawa Angel hari ni, mana dia" tegur Ziana ketika bertembung dengan Zhafry di hadapan blok Klinik Pakar.
"Tak jadi" dua perkataan yang membuatkan Ziana mengerutkan dahinya.
"Oh ya, Joe dan Azani kata dua minggu lagi insyaallah klinik tu akan dirasmikan" Ziana menukar topik perbualan yang kemudian menjurus kepada klinik swasta yang bakal menjadi tempat kedua untuk mereka menyumbangkan khidmat dan tenaga di samping untuk menambahkan pendapatan.
"Dato' Haikal minta tolong I fikirkan tentang konsep majlis perasmian. You ada idea bagaimana nak buat?" soal Zhafry kemudian mematikan langkahnya memandang Ziana menunggu jawapan sahabat baiknya itu.
"Greatlah sikit, at lesslah jemput rakan perniagaannya" Zhafry tersenyum mendengar jawapan Ziana.
"Ok, kita jemput beberapa orang di pihak I dan beberapa orang di pihak you. Below hundred tetamu I rasa memadai untuk kita buat promosi" Ziana mengangguk menyetujui idea yang disebut oleh Zhafry. Dato'Haikal telah memberi sepenuh kepercayan kepada merekaq berdua semasa perbincangan tentang idea Dato' Haikal untuk membuka sebuah klinik swasta yang bakal menawarkan peluang sampingan untuk mereka menambahkan pendapatan.
"You tahukan malam tadi ada kes pembunuhan terbaharu, seorang wanita mengandung lima bulan" Ziana tiba-tiba mengubah topik ceritanya.
"Kasihan, di mana?" soal Zhafry yang simpati mendengar cerita Ziana.
"Serian, perut perempuan sudah kosong kerana pembunuh tu dah keluarkkan bayinya. Tapi pihak polis tak jumpa langsung kesannya di mana-mana" tambah Ziana lagi.
"Kejam, pembunuh tu manusia atau binatang" sambung Zhafry dengan nada yang begitu geram dan marah.
"Manusia yang dah jadi binatang" tambah Ziana sebelum bergerak meninggalkan Zhafry untuk menemui pesakit-pesakitnya yang sedang menunggu mereka.
Sendirian di rumah kerana angkara Zhafry telah membatalkan perancangan untuk membawanya ke hospital, Angel mengambil keputusan pergi ke Loka Valley untuk bertemu Isti Samira. Mungkin lebih seronok menghabiskan sehari suntuk masanya di taman indah milik Indra tersebut.
Setelah agak lama tidak memandu keretanya, Angel perlu memanaskan enjinnya sebelum boleh digunakan. Menunggu lebih kurang 15 minit Angel mengelamun mengingatkan perkara yang baru disedarinya ketika mandi pagi tadi. Ke mana perginya parut luka kesan kemalangan yang dialaminya tiga minggu yang lalu. Kesan pembedahan juga turut hilang di kakinya dan keajaiban itu membuatkan Angel berasa begitu takjub dengan rawatan therapi yang telah dilakukan oleh Isti Samira kepadanya. Hanya menggunakan bahan alam semulajadi kesannya begitu hebat dan menakjubkan. Angel tidak perlu lagi menjalani pembedahan plastik seperti yang Zhafry cadangkan ke atas kesan parut di dahi dan kakinya.
Selepas 40 minit memandu Angel sampai di halaman rumah Indra. Seperti biasa suasana yang sunyi dan sepi dan yang hanya kedengaran adalah suara penghuni alam semulajadi di kawasan tersebut. Seorang wanita sedang tersenyum menyambut kedatangan Angel ke situ.
"Dady tak jadi bawa Angel ke hospital, Angel sunyi sorang-sorang dekat rumah" beritahu Angel selepas berpelukan dengan Isti Samira.
"Ibu gembira sebab Angel ambil keputusan untuk datang ke mari" balas Isti Samira pula. Selepas berbual tentang kisah bagaimana keadaan Zhafry setelah mengetahui keadaan Angel, Isti mengajak Angel berjalan di sekitar Loka Valley terutama satu kawasan yang dipenuhi dengan tanamannya yang terdiri daripada ribuan spesies bunga. Kawasan yang pernah dilihatnya sebelum ini sewaktu mengesan lokasi geochaching. Keindahan itu membuatkan Angel mengambil keputusan untuk menangkap gambar di sekitar tempat tersebut.
Angel melontar pemandangannya melihat alam sekelilingi di kawasan berbukit yang hanya ditumbuhi tumbuhan renek yang sedang berbunga dengan pelbagai warna. Rama-rama yang berterbangan bebas mengeliliginya membuat Angel seperti kanak-kanak yang baru pertama kali bebas untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Angel berlari ke sana ke mari mengejar rama-rama yang sekejap hinggap dan kemudian terbang lagi dari satu bunga ke bunga yang lain. Keseronokkan membuatkan Angel tidak sedar tangannya terpegang pohon yang berduri dan darah merah mengalir dari jarinya menitik membajai beberapa pohon bunga yang ada di situ. Bauan harum darahnya membuatkan Isti Samira segera menoleh.
"Angel, mari sini! ibu tolong balutkan luka tu" panggil Isti Samira kemudian menanti Angel mendekatinya.
"Jangan pergi ke situ lagi Angel sebab bunga di situ ada yang batangnya berduri" pesannya selepas selesai membalut luka di tangan Angel menggunakan sehelai sapu tangan putih miliknya.
Suasana yang aman dan tenang dikejutkan oleh jeritan suara Boo yang melompat turun dari sepohon pokok. Wajah Boo seperti ketakutan membuatkan Angel dan Isti Samira saling berpandangan. Isti Samira merenung mata Boo dan kemudian berpaling memandang Angel semula.
"Kenapa ibu?" soal Angel inginkan kepastian daripada wanita tersebut.
"Boo nampak manusia haiwan menceroboh tempat kita" beritahu Isti Samira ketika membalas renungan Angel.
"Manusia haiwan?" soal Angel kemudian.
"Ya, dia telah menangkap Mon tapi Mon berjaya melepaskan diri. Sekarang Mon cedera parah. Angel balik dan tunggu di rumah dan jangan keluar sehingga ibu sampai. Ibu harus selamatkan Mon sekarang" Isti Samira bergerak pantas terbang dan melayang seperti sesekor burung besar dan beberapa minit kemudian hilang dari pandangan Angel. Boo kembali melompat ke atas pokok dan turut menghilangkan diri. Angel yang mendapati dirinya sudah sendirian mula mengatur langkahnya untuk kembali ke rumah menunggu kepulangan Isti Samira di situ.
Lima belas minit berlalu Isti Samira muncul dan di tangannya seekor monyet yang sedang menjerit-jerit kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Mon cedera parah dan wajah seperti meminta simpati makhluk di sekelilingnya. Isti Samira meletakkan Mon di atas lantai yang beralaskan sehelai kain. Rasa simpati yang menjelma dalam perasaannya membuatkan Angel ingin mendekati Mon lalu menyentuhnya bagi membantu mengurangkan kesakitan yang Mon deritai waktu itu.
Mon yang sedang terbaring berhenti menjerit kemudian merenung Angel. Hidungnya kembang kempis seperti tercium sesuatu sambil matanya merenung tangan Angel yang luka. Isti Samira mula menyedari sesuatu lalu menarik tangan Angel yang luka kemudian membuka balutannya. Tiada lagi kesan luka yang ada dijari Angel. Isti Samira tersenyum lalu bergerak meninggalkan Angel dan Mon kemudian muncul semula bersama sebiji mangkuk putih yang berisi air di dalamnya. Angel mendapati sapu tangan yang merah dengan darah miliknya beredam dalam mangkuk tersebut membuatkan air dalam mangkuk tersebut bertukar merah. Isti Samira mencurah air yang bercampur darah Angel pada luka di tubuh Mon. Darah luka di tubuh Mon berhenti mengalir dan lukanya mula tertutup perlahan-lahan. Mon terus diam dan tidak lagi menjerit kesakitan seperti tadi.
"Darah Angel adalah penawar dan penyembuh dan sebab itu baunya harum dan segar. Di samping menyembuhkan diri sendiri Angel boleh menyembuh orang lain yang Angel sayang. Mereka sudah mengetahui dan sebab itu kenapa mereka akan terus memburu Angel. Kalau mereka berjaya mendapatkan darah Angel mereka tidak akan takut lagi untuk menentang Indra kerana darah Angel akan menjadikan mereka tidak mampu dimusnahkan" Angel terpaku mendengar penjelasan Isti Samira. Barulah Angel faham kenapa Indra selalu memberitahu darahnya berbau harum dan segar. Indra tahu dan kerana itu kenapa Indra sering melawan keinginan yang datang dalam dirinya.
"Ibu ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan. Lisa pergi berehat dalam bilik Indra. Indra minta Angel tunggu sampai dia balik" Angel mengangguk kemudian berlalu naik ke tingkat atas untuk ke bilik Indra. Angel menggunakan peluang bersendirian dalam bilik tersebut dengan membaca beberapa bahan bacaan sementara menunggu kepulangan Indra.

DirgantaraWhere stories live. Discover now