Bab 45. Akad Nikah

0 0 0
                                    

        Ustaz Ahmad lama terpaku selepas beberapa kali membaca dan meneliti  nama dan biodata pengantin dalam borang yang berada di tangannya. Petang nanti dia akan menjadi jurunikah kepada pasangan pengantin yang bernama Indra Arjuna  Aditya Wangsa dan Angelya Rydiana Binti Zhafry Daniesh. Pengantin perempuan sudah dikenalinya kerana anak kepada Dr. Zhafry seorang doktor pakar yang pernah merawat anak lelakinya yang kemalangan motorsikal beberapa bulan yang lalu.
“Kenapa Ustaz?” tegur Hasan pegawai pembantu di jabatan tersebut.
“Hebat nama bakal menantu Dr. Zhafry ni, macam nama raja zaman purba kala. Kalau tengok gambar ni orangnya sangat kacak” beritahu Ustaz Ahmad kepada Hasan selepas melihat gambar pengantin lelaki dalam borang pemohonan perkahwinan di tangannya.
“Kalau tak silap saya, ni lelaki yang datang ke sini hari Jumaat hujung minggu lepas. CEO syarikat besar ni ustaz tapi kalau tak silap lelaki ni asalnya bukan orang sini tapi sudah dapat kewarganegara. Kalau ustaz tengok dia hari tu mesti ustaz terpegun sebab kalau perempuan tu boleh kita umpamakan macam bidadari tapi lelaki tu boleh kita sebut macam bidadara.  Masa saya berdiri di sebelah dia takat bahu dia aje ustaz. Mukanya berseri-seri dan masa dia masuk ke pejabat ni semua orang kita dekat sini senyap macam terpukau. Pengantin perempuannya pun boleh tahan jugak, macam pinang dibelah dua” Ustaz Ahmad mengangkat kening selepas mendengar cerita panjang lebar Hasan. Kalau anak Doktor Zhafry memang akan mewarisi ketampanan ayahnya. Berdasarkan gambar ukuran passport yang terdapat dalam borang pemohonan perkahwinan itu Ustaz Ahmad tidak boleh menafikan cerita Hasan tentang calon suami anak gadis Dr. Zhafry itu.
“Petang nanti jangan lambat sebab, bila saya tengok nama saksi di pihak perempuan ni bukan sebarangan orang yang akan datang” pesan Ustaz Ahmad apabila melihat nama-nama saksi yang terdiri dari Dato Seri Amar Zaid, Dato’ Haikal, Tan Sri Rosli dan anaknya Dr. Iskandar.
Saat yang mendebarkan untuk pasangan tersebut akhirnya muncul. Indra tersenyum memandang semua yang mengelilinginya. Angel  yang sedang diapit oleh Isha Wristi dan Isti Samira begitu anggun menggunakan hijab selendang dan sepasang kebaya labuh berwarna putih berkilauan dengan kristal dan mutiara.
“Apa Encik Indra boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia yang baik?” soal Ustaz Ahmad jurunikah yang akan melangsungkan penikahan mereka pada petang tersebut. Indra menganggukkan kepalanya menjawab soalan Ustaz Ahmad.
Dengan penuh debaran Indra mendengar Ustaz Ahmad memulakan lafaz akad nikah dan Indra menyambutnya dengan sekali lafaz sahaja dan akhirnya secara rasminya Angelya Rydiana Ratna sudah sah menjadi isterinya. Angel  yang sedang menanti dengan penuh debaran sempat membayang senyuman di wajah insan-insan tersayang yang tiada lagi di sampingnya di hari yang bersejarah itu.  Puan Sharifah Aina, Syed Hatta dan Syarifah Diana pasti ketiga-tiga akan turut bergembira mendengar berita perkahwinannya.
Indra mendekati isterinya dan Isti Samira mengeluarkan sebentuk cincin yang berkilauan dari sebuah kotak kecil itu diperbuat daripada emas tulen. Sebentuk cincin bertatah batu permata itu adalah cincin pusaka kerajaan Loka Wangsa yang pernah disarungkan Aditya Wangsa ke jari Isti Samira lebih dua ratus tahun yang lalu.
Indra menanggalkan cincin Rekah Gunung yang berada di jari Angel dan diserahkannya kepada Isti Samira sebelum menyarungkan cincin pusaka Loka Wangsa tersebut ke jari isterinya.
“Sayangku Ratna, terimakasih kerana sudi menjadi ratu di hatiku dan ratu baru kerajaan Loka Wangsa” bisik Indra ke telinga Angel  selepas mencium kening dan pipi isterinya. Angel  tersenyum kemudian mencium tangan suaminya dan Indra menyentuh kepala isterinya. Selepas itu Indra bersalaman dengan bapa mentua, saksi-saksi dan semua yang berada di ruangan tersebut sementara Angel pula bersalaman dan berpelukan dengan ibu mertua dan mama tirinya.
“Sayang, kamulah kebahagian Indra dan kami berdua doakan kebahagian untuk kamu berdua” bisik Isti Samira di kala memeluk erat tubuh anak menantunya.
“Angel, kita sudah menjadi satu keluarga. Kamu anak mama dan Indra anak saudara mama dan sekarang sudah menjadi anak menantu mama. Hubungan kita semakin erat. Mama dan ibu tahu kamu memang ditakdirkan untuk Indra dan ada sesuatu yang akan berlaku selepas ini tapi kami berdua berdoa dan berharap apa yang bakal datang dan berlaku nanti sesuatu yang akan berakhir dengan kebahagiaan” ujar Isha Wristi sebelum merungkaikan pelukannya.
Pada sebelah malamnya di hadapan banglo Zhafry sudah dipenuhi dengan kereta-kereta tetamu jemputan Zhafry untuk majlis kecilnya malam itu. Makanan yang semuanya di sediakan oleh pihak katering dan kebanyakkan tetamu yang datang adalah kaum lelaki. Iskandar, Ziana  Johan dan Azani juga turut menghadiri undangan pada malam itu. Johanlah orang yang paling terkejut dan kecewa apabila mendengar berita pernikahan Indra dan Angel  petang tadi. Selepas majlis tahlil dan solat Isya’ berjemaah kelihatan pasangan pengantin yang menggunakan sedondon baju kurung melayu berwarna ungu turun dari tingkat atas untuk turut bertegur sapa dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
“Wah berseri-seri pengantin baru kita ni. Memang hebatlah ayah dan anak sama-sama jadi pengantin baru” usik Ziana sambil tersenyum memandang Zhafry.
“I ni pengantin lama, Angel dan Indra barulah layak you nak panggil pengantin baru  sebab dua-duanya memang orang muda dan baru berkahwin” Isha tersenyum mendengar jawapan suaminya. Di satu sudut Iskandar sedang berbual dengan Isti Samira. Sudah lama Iskandar cuba memikat wanita itu namun belum ada tanda-tanda wanita itu jinak kepadanya. Zhafry hanya tersenyum memerhati Iskandar yang sedang memandangnya.
Indra yang menyedari kemunculan Johan dalam majlis itu tahu lelaki itu menanti peluang untuk mendekati Angel  dan mungkin untuk menyatakan sesuatu.
“Sayang! Saya rasa ada seseorang ingin berjumpa dan berbual dengan awak. Dengarlah apa yang  nak dia diperkatakan pada awak. Saya hendak berbual dengan Dato’Haikal sekejap” bisik Indra sebelum meninggalkan Angel untuk mendekati Dato’ Haikal yang sedang berbual dengan tuan imam.
Beberapa langkah Angel bergerak untuk mendekati Sue dan Salma Johan memotong laluannya dan perkara tersebut sudah Angel jangkakan akan berlaku.
“Angel, awak apa khabar?  boleh saya bercakap dengan awak sekejap tapi bukan di sini. Di luar rumah ni boleh tak?” Angel  berpaling memandang Indra yang sedang berbual dengan Dato’ Haikal dan walaupun jarak yang jauh namun Angel  yakin Indra mendengar kata-kata Johan kepadanya. Indra mengangguk  memberi isyarat mengizinkannya.
Angel melangkah keluar dan Johan mengiringi langkahnya. Di hadapan kereta Lamborghini-Murcielago, Angel melabuhkan punggung lalu duduk di hadapan kereta tersebut. Tidak jauh dari kanopi yang digunakan oleh pihak katering menghidang makanan.
“Tahniah Angel. Saya harap awak ada masa depan yang cerah dan bahagia” ucap Johan sambil memandang Angel  yang sedang duduk di hadapannya.
“Thanks, dan kerana itu saya mengahwininya” balas Angel  pula.
“Tapi saya takut awak menyesal nantinta” balas Johan lagi.
“Please Joe, jangan rosakkan hubungan baik kita. Hubungan baik awak dengan dady saya. Tidak bolehkah awak terima ini sebagai takdir yang Indra memang jodoh saya. Tuhan sudah aturkan begitu dan saya tidak mampu mengalih perasaan saya pada orang lain walaupun awak bunuh dia atau saya ianya tidak akan mengubah keadaan” balas Angel  cuba menyedar dan meyakinkan Johan.
“No Angel, awak silap dan saya tahu awak mengetahuinya” balas Johan selepas itu.
“Ya memang saya mengetahui dan kerana itu saya begitu mencintainya” balas Angel  lagi.
“Please Angel, dengarlah cakap saya. Dia tidak sesuai untuk awak. Dia telah mempengaruhi awak, tinggalkan dia dan saya sedia bantu awak menjauhinya” Johan  menarik tangan Angel  dan gadis itu cuba melepaskannya.
“Saya bukan urusan awak, lepaskan tangan sa....” sebelum Johan berjaya menarik Angel untuk mengikutinya sesuatu telah menolak kuat tubuhnya membuatkan Johan terjatuh beberapa meter di atas lantai. Indra sudah berdiri di sebelah Angel dan gadis itu sedang memeluk erat lengan suaminya. Entah dari mana Kadri muncul lalu menarik tangan Johan untuk membantunya bangun dan berdiri. Dua beranak itu sudah berdiri dalam situasi bersedia untuk berdepan dengan Indra. Indra meleraikan tangan Angel  dan menyuruh isterinya berdiri di belakangnya. Posisi Indra sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja situasi yang bakal di hadapinya.
Semua mata yang berada di luar rumah itu mula menyedari situasi pergaduhan yang bakal berlaku. Isti Samira dan Isha Wristi muncul dan segera memainkan peranannya.  Semua manusia yang berada di dalam dan di luar rumah itu dibekukan menjadi patung untuk seketika sehingga perkara itu diselesaikan. Isti Samira dan Isha Samira tersenyum melihat Angel  yang masih bergerak. Mereka berdua tahu Angel  akan kalis dengan apa saja ilmu dan kuasa yang mereka gunakan. Angel  pasti dapat menyaksikan segala apa yang bakal berlaku pada malam itu. 
Johan dan Kadri merenung Indra dengan pandangan yang tajam, dengan mata yang merah dan bersinar. Situasi seperti itu  membuatkan Angel  cemas  dan  segera mengingatkan Angel tentang kejadian pada malam dia bersama Indra di Loka Valley. Renungan mata dua makhluk haiwan yang cuba memasuki kawasan Loka Valley dan menyerang Indra pada malam itu. “Merekakah? bisik Angel dapat hatinya.
Kadri mula menyerang Indra tapi dapat ditangkis oleh Indra dan terpelanting jauh tetapi sebelum jatuh tersungkur lelaki itu segera berubah menjadi seekor haiwan yang menyerupai spesies harimau Caspien yang mengerunkan dengan saiz tubuhnya dua kali ganda saiz berbanding harimau biasa.
“Manusia haiwan, ayah Johan manusia haiwan dan....” Angel  berhenti berbisik di situ kemudian berpaling memandang Johan yang bersedia untuk menyerang Indra.
“Tidak…!” Angel  segera berlari dan menghalang serangan Johan. Kalau dibiarkan tentu apa-apa sahaja yang berada di tempat itu akan musnah dan apa jawapan akan diberitahunya pada Zhafry nanti.
“Tolong Johan, jangan buat kerja yang sia-sia. Dia kehidupan saya sekarang dan awak tidak akan memahaminya. Saya tidak sanggup melihat ada sesiapa yang cedera ataupun mati. Kalau awak benar-benar sayangkan saya tolong pergi dari sini sekarang juga. Kalau awak nak bunuh dia, bunuhlah saya dulu” ujar Angel  sambil memandang Johan yang turut merenungnya. Terdengar suara Kadri mengaum kuat di belakang Indra dan Johan kemudian berpaling memandang ayahnya. Isyarat mata Johan membuatkan Kadri membatalkan niatnya untuk menyerang kali  kedua.
“Saya memang sayangkan awak Angel tapi malangnya awak tak pernah menyedari dan memberi saya peluang. Saya harap dia dapat berikan awak kebahagian tapi kalau sebaliknya saya tidak akan berganjak untuk membunuhnya biarpun saya tidak pasti siapa di antara kami yang akan mati selepas itu” Angel  mengeluh mendengar jawapan Johan dan sebelum Johan berlalu Angel  bersuara lagi.
“Demi cinta, kami akan sehidup semati dan saya akan berkorban apa saja untuk dia dan apa saja yang akan berlaku selepas ini bukan urusan awak Joe” tanpa menoleh Johan terus berlalu dan beberapa minit kemudian kedengaran bunyi deruman kuat enjin keretanya.
Indra segera merapati isterinya lalu memeluknya erat dan mencium kening isterinya lama. Kejadian yang berlaku hampir setengah jam itu tidak siapa yang mengetahuinya kerana Isha Wristi dan Isti Samira telah membuang semua ingatan mereka tentang kejadian yang berlaku pada waktu itu. Keadaan akhirnya kembali asal dan tetamu dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan.
“Angel, Tuan Indra! Tahniah” tegur Sue dan Zaleha yang berdiri di sisi Zack. Sejak sampai tadi Angel  nampak kemesraan yang berbeza di antara Zaleha dan Zack. Mereka seperti pasangan yang sedang bercinta tapi  yang menghairankan Angel  adalah sebelum ini Zaleha memberitahunya bahawa Zack  berminat dengan Sue. Mungkin ada perkembangan terkini yang berlaku di Loka Holding yang tidak diketahuinya akibat kesibukan Angel dengan dunianya bersama Indra.
“Indra, biyung harap Indra ikuti adat walaupun kita bukan di zaman Loka Wangsa. Jangan bersama dulu sebelum berakhir tempoh dua puluh satu hari selepas mendirikan rumah tangga. Kamu jangan sentuh Angel  dulu sehingga biyung selesai upacara pada hari ke 14 sampai ke hari yang ke 21”. Indra terpaku sambil mengerutkan dahinya selepas mendengar pesanan Isti Samira manakala wanita itu mengangkat kening memandangnya.
“Kamu jangan buat muka macam tu. Angel  harus bersedia zahir dan batin untuk menghadapi kamu kerana dalam tubuh kamu wujud tiga makhluk yang berbeza. Dan sihir itu menjadikan kamu lebih luar biasa. Isteri kamu adalah manusia biasa walaupun darahnya adalah penyembuh dan penawar tapi Angel  perlukan tenaga yang cukup untuk menghadapi dan melayani kamu” Indra akhirnya faham selepas diterangkan terperinci oleh Isti Samira. Angel  yang sedang melayani teman-temannya menikmati jamuan sedang tersenyum dan melambaikan tangan kepadanya. Indra segera bergerak untuk mendapatkan isterinya.  
“Kami akan buat majlis persandingan dan resepsi seminggu selepas balik kursus nanti” beritahu Angel  apabila Zaleha dan teman-temannya yang lain bertanya tentang perkara tersebut
“Hari Ahad nanti awak pergi naik bas atau Tuan Indra yang hantar?” soal Sue pula. Angel  mengangkat keningnya memandang Indra selepas mendengar soalan Sue.
“Kalau naik bas kami rizabkan tempat untuk awak” tambah Zaleha pula.
“Kami akan naik naik bas bersama” Zaleha dan Sue membutangkan matanya mendengar jawapan Indra. Lelaki yang tiba-tiba muncul itu menjawab bagi pihak isterinya. Tangan Indra kemudian segera melingkar di pinggang isterinya.
“Tuan naik bas dengan kami?” tanya Zack kemudian. Indra tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. Bukannya sesuatu yang mudah pada pekerja Loka Holding berpeluang untuk melihat senyuman lelaki itu. Begitu menggoda dan sesiapa saja pasti cair apabila melihatnya.
“Ok, saya ikut je” beritahu Angel  apabila Indra bercadang malam itu selepas menghantar Isti Samira balik mereka akan bermalam di Loka Valley. Siang esok pasangan tersebut merancang untuk keluar membeli belah keperluan untuk berkursus dan malam esok pula mereka akan bermalam di rumah Angel.
Sampai di rumah Isti Samira terus menghilang dan Angel  tidak tahu ke mana ibu mentuanya pergi. Indra terus menarik tangan Angel  mengajaknya naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Beberapa pasang pakaian dan keperluanya Angel  sudah tersedia di dalam almari di bilik Indra. Isti Samira telah membelinya beberapa hari sebelum mereka berkahwin.
Bilik Indra sudah berhias indah dan segala peralatan dan perhiasan. Indra kemudian menarik tangan isterinya bergerak mendekati suatu sudut dan di situ ada pintu yang tertutup. Sejak tinggal menumpang dalam rumah tersebut sebelum mereka berkahwin Angel pernah ternampak pintu tersebut tetapi tidak berminat hendak membuka kerana Angel memikirkan ianya hanya sebuah bilik stor atau tempat Indra menyimpan barang–barang peribadinya. Sebelum membuka daun pintunya Indra memberitahu sesuatu kepada isterinya.
“Sayang, Mulai malam ini dan detik ini semua yang ada dalam bilik ni saya hadiahkan pada awak sebagai hantaran perkahwinan saya untuk awak. Sayang boleh guna atau sayang boleh buat apa saja yang sayang suka kepadanya” Ujar Indra kemudian menolak daun pintu di hadapan mereka.
Gelap gelita dan sebaik sahaja lampu terpasang mata Angel membutang melihat apa yang ada di dalamnya. Bilik tersebut  dipenuhi kabinet dengan laci yang bertingkat-tingkat dan terdapat peti-peti yang sedang tertutup rapat. Indra memberi arahan supaya isterinya membuka satu-satu persatu laci di setiap karbinet. Angel tidak mampu hendak berkata-kata apabila melihat benda yang terdapat di dalam setiap laci yang dibukanya. Koleksi-koleksi yang berkilau dan bercahaya yang mungkin di dalam kedai emas sekalipun tidak akan mempamerkan jumlah yang sebanyak itu. Indra kemudian membuka beberapa buah peti yang berada di sisinya dan mata Angel terbeliak melihat isinya.
“Semua ni manusia sekarang gelar sebagai harta karun. Sebahagian daripada harta  kerajaan Loka Wangsa yang  pernah menjadi kesayangan permaisuri maharaja-maharaja yang terdahulu. Nilai semua harta yang ada di dalam bilik ini tidak akan habis untuk tujuh generasi keturunan Loka Wangsa yang seterusnya. Sekarang ianya adalah milik permaisuriku yang tersayang” Lama Angel bungkam dan tidak tahu hendak berkata-kata dan matanya hanya mampu membalas renungan suaminya.
“Terimakasih kerana menghadiahkan saya semua harta benda ni dan bohong kalau saya tidak gembira sekarang. Semua yang ada di sini adalah kegilaan semua manusia terutama perempuan tapi masalahnya saya ni bukannya minat sangat nak pakai barangan kemas. Kalau pakai pun saya suka guna yang kecil-kecil saja atau yang ada  sentimental value pada saya. Biarlah ianya tersimpan di sini dan kalau saya teringin saya gunalah apa yang patut tapi rasalah semua harta benda ni mungkin akan terus kekal menjadi harta karun” Indra tersenyum mendengar kata-kata Angel dan sudah menjangkakannya. Angel bukannya manusia yang gilakan kekayaan.
“Tapi biyung dan mama Isha tak nak ke semua ni?”soal Angel pula apabila teringatkan dua wanita tersebut. Indra kelihatan menggelengkan kepalanya.
“Harta benda macam ni hanya berguna dan disukai oleh manusia. Yang ada di sini cuma sebahagian sahaja. Sebahagian lagi biyung yang menyimpannya dan menyembunyikan bersama istana Loka Wangsa” Angel menganggukkan kepalanya selepas Indra mengakhirkan ceritanya.  .
“Saya lebih berminat dengan awak daripada harta benda ni semua” beritahu Angel lantas menarik tangan suaminya mengajaknya keluar dari bilik tersebut.
Kini perhatian Angel kembali semula kepada perhiasan bilik pengantin mereka.  Kain cadar yang terbentang di atas katil begitu lembut dan indah bersulam benang emas. Kelambu diperbuat daripada kain nipis yang lembut dan berkilauan.
“Boleh saya tanya sesuatu?” soal Angel  sambil memandang Indra yang sudah merebahkan tubuhnya di atas katil. Lelaki itu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepadanya.
“Saya tidak pernah sentuh kain selembut ini” tanya Angel  sambil menyentuh sebahagian dari kain kelambu yang berjuntai di bahagian kepala katil.
“Semuanya kain sutera yang pernah menghiasi kamar saya suatu masa dahulu. Biyung menyimpannya dan membawanya ke sini untuk menghiasi bilik ini” beritahu Indra kemudian duduk bersila di atas katil.
“Sudah beratus-ratus tahun, masih ada lagi. Selalunya benda macam ni boleh hancur dan reput” soal Angel  selepas terfikir tentang perkara itu.
“Biyung ada caranya kerana teknologi mereka lebih hebat daripada  teknologi ciptaan manusia” Angel  akhir faham selepas mendengar dan memikirkan kata-kata Indra. Melihat isterinya tidak lagi bertanya Indra menarik tangan Angel  supaya baring di atas katil tersebut.  Lembut, sejuk dan gebu itu yang Angel  rasakan apabila merebahkan tubuhnya di sebelah Indra. Indra menyendengkan tubuh sambil menyokong kepalanya dengan sebelah tangan dan sebelahnya membelai bahu isterinya.
“Sayang! Saya nak beritahu awak sesuatu” Angel  terus membalas renungan suaminya ketika mata mereka saling bertatapan menunggu lelaki itu meneruskan bicaranya.
“Saya ingin melalui malam ini sebagai malam pertama yang indah bersama awak tapi saya tak boleh lakukan sehingga berakhir tempoh dua puluh satu hari. Jangan marah kalau saya tak menyentuh awak dalam tempoh tu sebab itu adalah adat dan pantang larang yang perlu saya ikut” ujarnya perlahan sambil mata mereka terus saling bertatapan. Angel tersenyum kemudian mengangguk perlahan. Tangannya melingkar di tengkuk suaminya sebelum berkata sesuatu.
“Kalau awak nak sekarang pun memang tak boleh sebab semalam saya period” bisiknya perlahan lantas menarik tubuh Indra rapat kepadanya. Kini tubuh lelaki itu menindihnya, memang terasa berat kerana tubuh sasa itu jauh lebih besar berbanding tubuhnya namun Angel menyenangi kehangatannya apabila tubuhnya kemas dalam dakapan erat suaminya.
“Indra, sepatutnya saya tak boleh panggil awak nama lagi sebab awak suami saya dan lebih berusia dari saya” Indra tersenyum mendengar bisikan Angel  ke telinganya.
“Saya tak kisah” balas Indra kemudian mencium pipi isterinya.
“Saya nak panggil awak Dimaz” bisik Angel  sambil tersenyum memandang suaminya.
“Awak tahu maksudnyakan?” soal Angel  pula dan Indra mengangguk.
“Yang tersayang” balas Indra dan Angel  tersenyum apabila mendengarnya.
“Awak suka” tanya Angel  lagi. Lelaki itu mengangguk tapi sebelum Angel sempat bersuara lagi tubuhnya kaku apabila bibir mereka sudah bertaut erat. Angel  dapat merasakan Indra semakin ghairah tetapi apabila merasakan berahi suaminya semakin memuncak Angel  segera menolak tubuh yang menindihnya.
“Dimaz jangan lupa” ujar Angel  mengingatkan suami apabila lelaki itu sudah terbaring di sebelahnya. Walaupun wajahnya kelihatan hampa namun Indra bersyukur kerana Angel  membantunya supaya mereka tidak sampai melanggari adat dan pantang. Melihat Indra tidak bersuara dan  mata lelaki itu terus merenung lelangit  biliknya Angel  tersenyum kemudian memeluk erat pinggang suaminya. Sememang kelopak matanya sudah berat, Angel  tidak mengambil tempoh yang lama Angel  untuk terlena di sisi suaminya.
Indra merenung Angel yang sudah terlena di sisinya. Dalam melawan keinginan untuk membunuh manusia demi mendapatkan makanan, Angellah manusia yang paling diingininya namun Indra juga diganggu oleh satu keinginan lain yang berbeza. Dua keinginan itulah yang sering bertarung dalam dirinya. Indra tidak pasti keinginan yang mana satukah yang akan berjaya menguasai dirinya selepas itu.  Pipi isterinya disentuhnya perlahan-lahan kemudian dikucupnya agak lama. Bauan tubuh Angel  memang menggodanya, harum,  manis dan segar membuatkan tekaknya tiba-tiba terasa panas dan haus dan ingin menikmatinya ketika itu juga.
Angel  bergerak dan beralih kedudukan dan tangannya bergerak ke dada suaminya. Wajah yang ayu dan lembut itu terus direnungnya tanpa berkelip. Perasaan cinta, kasih dan sayang ternyata lebih kuat mengatasi naluri kebintangannya.  Perlahan-lahan kepala isterinya yang berbantalkan lengannya dialihkan ke atas bantal dan tubuh isterinya diselimutinya hingga ke paras dada. Indra kemudian bangun untuk mendapatkan  jus khusus untuk menghilangkan dahaganya sebelum bergerak ke balkoni biliknya untuk menikmati keindahan panorama malam sendirian.
Segala persiapan untuk mereka menghadiri kursus sudah tersedia dan segala-gala terutama pakaian yang akan mereka gunakan di sana nanti semua sedondon dari segi warna dan jenamanya.  Sewaktu menaiki bas pasangan tersebut sudah menjadi tumpuan terutama pekerja Loka Holding yang cuma beberapa orang saja yang mengetahui mereka adalah pasangan suami isteri.
Bas yang boleh memuatkan penumpang sehingga 60 orang itu hanya beberapa buah kerusi sahaja yang sudah dihuni tempat duduknya  dan lain masih kelihatan kosong kerana hanya dua belas orang  pekerja Loka Holding yang mengikuti kursus kali ini. Indra memilih tempat duduk bahagian belakang untuk  mereka berdua. Menurut pemandu bas tersebut mereka akan berhenti di dua lokasi lagi untuk menjemput peserta-peserta kursus dari syarikat yang lain pula.
Sepanjang perjalanan Indra bermain permainan dalam tablet yang dibawanya sementara Angel  asyik membaca novel berjudul ‘giler kau’ yang dibelinya semalam. Semasa berhenti ke lokasi pertama lebih separuh kerusi di dalam bas tersebut sudah di penuhi oleh peserta-peserta kursus dan sampai ke lokasi kedua Indra mendapati semua kerusi dalam bas tersebut sudah di penuhi oleh penumpangnya. Indra tersenyum apabila mendapati Angel  sudah terlena di bahunya. Novel yang hampir terjatuh dari tangan isterinya dimasukkan ke dalam beg yang berada di hadapan kaki isterinya.
“Dimaz, belum sampai lagi ke?” soal Angel  apabila tersedar kerana hentakan bas yang kuat.
“Belum sayang, tak lama lagi rasanya” sahut Indra sambil tangannya mengusap lembut bahu isterinya.
“Lama ke saya terlelap tadi?” soal Angel  sambil mendongak memandang suaminya.
“Tak sampai satu jam” balas Indra sambil tersenyum memandang isterinya.
“Tak pernah saya membaca sampai tertidur” beritahu Angel  sambil memandang novel yang terselit di hadapan beg di hadapan kakinya.
“Sebab semalam sayang kurang tidur” bisik Indra ke telinga isterinya.
“Sebab saya nak tengok macam mana Dimaz buat kerja” Indra tersenyum mendengar jawapan isterinya. Semalam Indra terpaksa menyiapkan semua tugasnya sebelum diserahkan kepada Shamsul dan Dato’ Haikal. Pemergiaannya untuk menemani isterinya sambil menjadi pemerhati di sepanjang tempoh kursus tersebut adalah sebahagian daripada cuti perkahwinan yang diambil selama dua bulan.
“Apa sayang dapat?” soalnya sambil menatap wajah isterinya.
“Dapat ngantuk” balas Angel  dengan manja.  Indra tergelak kecil mendengar jawapan Angel  kemudian mengelus perlahan pipi isterinya sebelum menarik kepala Angel  supaya menyandar di tubuhnya.
“Tidurlah sayang, sampai nanti saya kejutkan” bisiknya perlahan ke telinga isterinya. Angel tersenyum kemudian terus melentokkan kepala di bahu suaminya sebelum terus menyambung lenanya yang terganggu sebentar tadi.

DirgantaraWhere stories live. Discover now