Bab 76

1 0 0
                                    

Angel tidak menyangka kemunculannya menemani Indra di majlis tersebut memberi peluang untuknya bertemu seseorang walaupun seseorang itu bersama sifu rapatnya yang mungkin menjadi pendidiknya sejak di alam kandungan lagi. Peristiwa yang masih mekar dalam ingatan Angel dan malam itu Angel ingin menyampaikan pesanannya pada manusia berhati busuk itu.
"Angel sihat?" tegur suatu suara membuatkan Angel dan suaminya hampir serentak menoleh. Dr. Iskandar, lelaki itu tersenyum memandang pasangan suami isteri yang didekati. Dr Iskandar menghulurkan tangan untuk bersalaman terutama kepada Indra. Angel berbuat perkara yang sama kerana status Dr Iskandar kini adalah bapa mentuanya.
"Oh ayah Is! Angel sihat. Ayah baru sampai? Ibu tak ikut sekali?" sapa Angel sambil tersenyum memandang lelaki yang menegurnya.
"Ada, tu!" beritahu Dr Iskandar sambil menunjukkan ke arah Isti Samira yang kelihatan sedang menjawab panggilan telefon.
"Angel sihat?" tegur Isti Samira sebaik sahaja merapati Indra dan Angel. Kedua-duanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Bukan tidak pernah bertemu malah hampir setiap minggu Isti Samira menjenguk pasangan tersebut di Loka Valley. Taman floranya juga masih perlukan kunjungannya sentiasa.
"Biyung, kita ada kerja sikit nak buat malam ni, tapi kita perlu pertolongan biyung dulu sebelum tu" bisik Indra kepada Isti Samira. Apa yang telah manusia tersebut buat pada Angel beberapa bulan yang lalu begitu menyakitkan hatinya. Bukan sekali tetapi berkali-kali dan kali ini Indra akan melaksanakan pembalasannya yang akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri manusia tersebut.
Isti Samira memerhati Indra mendekati pasangan yang mungkin ibu dan anak yang sedang duduk kaku di sebuah meja bersama beberapa orang tetamu yang lain. Sesuatu yang ada pada jari salah seorang daripada mereka menarik perhatian Isti Samira.
"Di mana dia dapat cincin ini?" tegur Isti Samira selepas mengeluarkan sebentuk cincin daripada jari perempuan di hadapannya. Cincin ghaib sakti adalah cincin yang datang dari alam ghaib dan sudah semestinya makhluk alam ghaib yang memberinya.
"Dia dan ibunya pelanggan setia ilmu terkutuk dari alam ghaib dan perempuan ini telah menjadi boneka Ratih Hasna untuk memusnahkan Angel. Biar malam ini dia menerima balasan dari perbuatannya" ujar Indra kepada kepada Isti Samira kemudian tersenyum memandang Angel di sisinya.
"Biyung akan tukarkan fungsi cincin ini" ujar Isti Samira sambil tersenyum.
"Dan wanita tua ini pernah hendak membunuh sayang kan?" ujar Indra sambil mengangkat keningnya memandang isterinya.
"Yup DK, kita nak buat apa agar si tua tu sedar dunia?" tanya Angel pada suaminya.
"Masukkan air liur sayang ke dalam gelas minumannya" beritahu Indra sambil tersenyum kepada isterinya.
"Apa akan jadi nanti?" soal Angel apabila selesai melakukan seperti yang disuruh oleh suaminya.
"Orang tua ni guna susuk supaya dia nampak lebih muda dan berseri di mata manusia yang memandangnya terutama suaminya yang sudah lama tertipu. Esok benda tu tidak akan berfungsi lagi dan selepas dia minum air liur sayang tu tiada seorang dukun pun yang mampu mengubatinya" penjelasan Indra membuatkan Angel seakan terpana namun selepas itu Angel kelihatan tersenyum.
Selepas beberapa minit berlalu Angel menoleh apabila terdengar suara seseorang menegurnya. Sebaik sahaja mata mereka bertentangan Sarah merenung Angel dari atas ke bawah. Tangan Indra yang sentiasa melingkar di pinggang isterinya yang sedang sarat membawa kandungannya membuatkan perasaan Sarah terus dibakar api cemburu. Jelas benar kasih sayang lelaki itu pada isterinya tidak pernah surut atau mungkin bertambah mendalam apabila isterinya sudah berbadan dua. Wajah Angel yang sentiasa cantik dan sekarang semakin berseri-seri membuatkan Sarah semakin jauh ketinggalan dalam mengejar impiannya.
"Lama tak jumpa you Sarah" sapa Angel mendahului bicara antara mereka.
"Ya benar tu, bila duenya?" tanya Sarah bermaksud dengan kandungan Angel.
"Tak lama lagi tapi sebenarnya kami sudah tak sabar hendak menimang anak pertama kami" ujar Angel kemudian tersenyum kepada suaminya dan Indra membalasnya.
"Kalau dapat anak lelaki tentu kacak dan hebat macam ayahnya" puji Sarah sambil menjerling sekilas lelaki di sisi Angel. Kenapa lelaki itu tidak mahu memandangnya dan mungkin juga perempuan lain. Bagaimana Angel boleh menakluk dan mengunci hati lelaki kacak itu sedemikian rupa. Sarah mengeluh sendiri dalam hatinya. Semua benda yang dibuatnya tidak pernah menjadi ataupun meninggalkan kesan.
"I memang harap macam tu, oh ya kami minta diri dulu" ujar Angel kemudian mengajak Indra meninggalkan Sarah.
"Anak you kenal ke dengan CEO Loka Holding dan isterinya tu? Sepadan betul mereka tu bagai pinang dibelah dua. Suaminya tu billionaire dan isterinya tu jutawan jugak sebab dia pewaris tunggal salah seorang rakan kongsi" ujar Datin Laila salah seorang teman baik DK yang duduk bersamanya.
"Kenal gitu-gitu, Kita perniaga ni kenalah kenal ramai orang terutama orang-orang berpengaruh dan kaya macam tu baru dapat kembangkan syarikat" sahut DK selepas mendengar soalan danl komen Datin Laila tentang pasangan yang sedang berbual dengan Sarah.
Merasakan sesuatu yang tidak selesa pada dirinya Sarah mendekati DK yang sedang berbual dengan kawan-kawannya.
"Sarah rasa tak selesalah mama, tubuh Sarah ni rasa macam miang, gatal-gatal" dahi DK berkerut mendengar ayat yang dibisikan oleh Sarah ke telinganya. Sarah kelihatan sedang menggosok-gosok tubuhnya yang baluti sehelai gaun ketat berwarna merah hati.
"Bagi mama 5 minit, lepas tu kita balik" ujar DK sebelum menghabiskan minuman yang ada di hadapannya. Selepas menyambung sedikit perbualan dengan rakan semejanya DK kemudian meminta diri untuk menemani Sarah ke suatu tempat.
Keadaan Sarah semakin teruk sepanjang perjalanan balik di rumah membuatkan DK mengarahkan pemandunya menukar haluan kereta mereka pergi ke sebuah klinik. Tangannya tidak berhenti mengaru-garu seluruh tubuhnya. Gatal yang teramat sangat membuatkan Sarah sudah beberapa kali mandi sebelum menyapu krim yang diperolehinya dari klinik ke tubuhnya.
"Ubat ni tak berkesanlah mama, makin gatal tubuh Sarah dibuatnya" ujar Sarah yang seperti hendak menangis memberitahu DK.
"Apa kenanya dengan kamu ni sebenarnya Sarah, kamu kena buatan orang tak?" soal DK apabila melihat keadaan Sarah yang tidak berkesan dengan krim ubat yang diperolehi daripada Klinik.
"Kalau macam tu mama panggil sesiapa yang boleh ubatkan Sarah ni" ujar Sarah selepas mendengar jawapan DK. Wanita itu kelihatan diam seperti sedang berfikir dan beberapa minit selepas itu DK kelihatan menekan telefon bimbitnya seperti hendak menghubungi seseorang.
"Mama dah panggil Tok Bariman datang" beritahu DK selepas menamatkan panggilannya.
Semalaman DK tidak dapat melelapkan matanya. Gatal yang menyerang tubuh Sarah membuatkan wajahnya dan seluruh tubuh Sarah membengkak dan kemerahan. DK tidak mampu lagi menghalang Sarah menggaru tubuhnya dan ini menyebabkan sebahagian daripada kulit tubuh sudah calar balar. Ubat dan jampi mentera Tok Bariman kelihatan seperti tidak ampuh kepada penyakit Sarah. Malah gatal yang menyerang tubuh Sarah semakin menjadi-jadi.
Mungkin kerana kurang tidur semalaman DK merasakan kelopak matanya agak berat dan menjejaskan keserian wajahnya pagi itu. Kedutan yang muncul di bahagian tangannya membuatkan DK terus bergerak untuk melihat dirinya di hadapan cermin. DK benar-benar cemas dan terkejut melihat perubahan dirinya. Perkara itu tidak seharusnya terjadi. DK sudah berusaha menjaga semua pantang larang sejak menggunakannya. Dalam keadaan kelam kabut DK terus mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi seseorang.
"Buk Dewi, tolong saya Buk Dewi. Saya tidak pernah melanggar pantang larang yang Buk Dewi beri, saya ikut semuanya tapi kenapa perkara ini boleh terjadi" suara DK kedengaran begitu cemas ketika menghubungi perunding kecantikan abadinya itu.
"Manusia memang makhluk yang lemah, bodoh!, padan muka kau. Selepas ni seluruh tubuh kau akan kedal dan kurap" rungut Ratih Hasna apabila mengetahui tentang keadaan Sarah. Ratih Hasna dapat mengesan apa yang yang telah menimpa Sarah dan ibunya adalah sesuatu yang telah dihantar oleh ibu saudaranya. Ubat penyembuhnya adalah air liur manusia atau makhluk yang telah mereka khianati namun Ratih Hasna tidak akan memberitahu Sarah tentang penawar tersebut kerana Sarah telah mengecewakannya apabila gagal dalam melaksanakan tugasnya dan pasangan yang dibencinya terus hidup bahagia.
"Kita harus tukar strategi" Ratih Hasna mengerut dahinya selepas mendengar kata-kata Braja.
"Bagaimana?" soal Ratih Hasna pula.
"Sakitkan hati dan kacaukan pemikiran Indra Arjuna" sahut Braja
"Caranya?" soal Ratih lagi.
"Loka Holding, antara salah satu kesayangan Indra Arjuna. Aku dan orang-orang kita akan huru hara Loka Holding dan musnahkan semua anak syarikat di bawah Loka Holding. Kesibukannya nanti akan memberi peluang untuk kita dekat dengan isterinya" Ratih Hasna tersenyum selepas mendengar cadangan Braja. Idea tersebut boleh diguna pakai sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghancurkan Indra Arjuna. Makanan berkhasiat tersebut perlu mereka perolehi dengan cepat walaupun kejayaan untuk mendapatkannya belum pasti kerana sekarang terlalu sukar untuk mendekati Angel. Dapat Angel maka tumbanglah Putera Indra Arjuna kerana Angel adalah kunci kelemahan putera dua alam tersebut.
"Kenapa kita tidak berperang saja dengan Indra Arjuna" Ratih Hasna kembali menyoal Braja.
"Aku belum yakin dapat tewaskan Indra Arjuna. Kau ikut saja cadangan aku tu, cuma aku tidak pasti tentang perempuan manusia tu. Bagaimana kita hendak mendekatinya kalau dia tidak rela menyerah dirinya kepada kita. Dia racun yang boleh memusnahkan kita semua kalau hatinya tidak suka" sahut Braja sambil menjelaskan satu perkara yang Ratih Hasna harus tahu.
"Maksud kau?" tanya Ratih Hasna apabila tidak faham apa yang diberitahu oleh Braja tentang perempuan manusia tersebut.
"Aku lupa beritahu kau suatu perkara tentang perempuan manusia tu dan kenapa Indra terlalu sayangkan perempuan tu" Ratih Hasna kemudian memberi tumpuan untuk mendengar cerita Braja. Braja kemudian menceritakan segala-galanya tentang perempuan manusia yang kini telah menjadi pemaisuri Indra Arjuna. Bermula daripada mereka terhidu satu bauan harum yang segar tapi malang Indra Arjuna yang terlebih dahulu bertemu perempuan tersebut dan sentiasa bersamanya dan melindunginya sampai ke hari ini.
"Oh..,jadi sebab tulah semua mereka sayangkan perempuan tu dan kenapa Indra cinta giler dekat perempuan manusia tu dan kenapa semua usaha aku nak bunuh perempuan tu sebelum ni gagal" sahut Ratih Hasna setelah Braja habis bercerita tentang Angel.
"Kalau macam tu sasaran kita sekarang adalah Indra Arjuna dan cadangan kau tadi memang sesuai, Loka Holding? Ya kita musnahkan Loka Holding dan aku rasa aku juga ada idea yang boleh membantu" setelah Ratih Hasna menjelaskan kepada Braja tentang ideanya pasangan tersebut kemudian terus bergerak untuk membuat persediaan.

DirgantaraWhere stories live. Discover now