Memandangkan ancaman yang sentiasa berada di sekeliling mereka Indra tidak pernah meninggalkan isterinya atau membenarkan isterinya jauh darinya. Pasangan suami isteri tersebut sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati sehingga kandungan Angel sampai ke tempoh matang untuk dilahirkan. Tiada tempat lain yang selamat untuk Angel berlindung kecuali di Loka Valley di bawah pengawasan Isti Samira dan di rumah Zhafry kerana Isha Wristi ada di situ dan seluruh kawasan rumah tersebut juga telah dipagar oleh Isha Wristi.
Semasa berada di luar rumah Angel cuma akan selamat ketika bersama suaminya. Kemunculan pasangan suami isteri Isqan dan Banu mengecutkan Indra dan Angel. Pasangan tersebut turut mendengar berita kehamilan Angel dan kemunculan mereka juga telah membawa berita yang mengejutkan Indra. Berita kehamilan Angel sudah tersebar di seluruh penjuru alam ghaib dan ramai yang ingin memburu untuk mendapatkan makanan berkhasiat tersebut. Berita yang benar-benar mengejutkan Angel. Indra terharu apabila Isqan dan Banu telah menawarkan diri untuk berkhidmat membantu Indra melindungi isterinya.
Khabar yang paling tidak menyenangkan ialah sekarang Ratih Hasna telah menjadi sekutu Braja untuk mengepalai bala tentera yang akan menentang Indra. Indra tidak menyangka sepupunya sendiri telah menjadi musuhnya yang bakal dihadapinya. Indra tahu Ratih Hasna tidak akan menggunakan semua bala tentera dari alam ghaib tetapi sepupunya itu pasti akan menggunakan kebijaksanaan untuk memanipulasi musuh-musuh Indra yang datangnya dari golongan manusia yang memperguna dan dipergunakan oleh syaitan.
“Hai! I Ratih” Sarah yang sedang menikmati makanannya mendongak apabila seorang gadis cantik tiba-tiba muncul memperkenalkan diri kepadanya.
“Sarah" giliran Sarah pula memperkenalkan dirinya.
“I kenal sebab itu I tegur you” Sarah mengerutkan dahinya memandang wajah Ratih Hasna. Sarah cuba untuk mengenali samada dia pernah berjumpa dengan gadis tersebut. Wajah gadis begitu cantik, bersih dan berseri-seri. Dari penampilan nampak gadis itu seperti datang dari golongan yang berada.
“Kita pernah kenal ke sebelum ni?” tanya Sarah dan Ratih Hasna menggelengkan kepala sebelum menjawab.
“Tak, tapi I pernah tengok gambar you dalam majalah. Sebelum ni you modelkan?” soal Ratih Hasna di akhir ayatnya. Sarah tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya.
“Sekarang dah kurang aktif sebab I kena bantu father I dekat company” Ratih Hasna menganggukkan kepalanya menunjukkan seolah-olah faham kata-kata Sarah.
“You tahu kenapa I tegur you sekarang?” soal Ratih sambil tersenyum kepada Sarah. Sarah menggelengkan kepala.
“Cakaplah apa you nak, rasanya I tak ada berhutang dekat you” Ratih tersenyum mendengar jawapan Sarah.
“Memang tak tapi perempuan ni ada berhutang dengan I. You kenal perempuan ni?”sambil menunjukkan sekeping gambar kepada Sarah.
“Maksud you, Angel!” soal Sarah apabila memang pasti itu gambar Angel. Ratih mengangkat keningnya kemudian menggangguk.
“I tahu you kenal sebab tu I tanya you” balas Ratih selepas itu.
“Dia hutang apa dekat you?” dalam hatinya cukup menyampah melihat gambar yang ditunjukkan oleh Ratih kepadanya.
“Dia rampas bakal suami I. Kami dijodohkan oleh orang tua kami tapi Angel telah menggodanya” jawapan yang mengejutkan Sarah. Apa kekurangan gadis di hadapannya sekarang kalau Indra meninggalkan gadis itu dan memilih Angel. Mungkin Angel lebih manja dan menggoda, bisiknya dalam hati.
“Bukannya I nakkan sangat dekat lelaki tu sebab I pun sudah ada boy friends sendiri cuma I nak balas dendam saja sebab perempuan ni reka cerita kononnya kami dijodohkan kerana keluarga I gila harta dan mereka digunakan I untuk kikis keluarga lelaki tu. Itu semua tak betul sebab keluarga I pun kaya raya dan tak perlukan semua harta lelaki tu untuk I hidup senang. Yang paling buat I sakit hati lagi ialah lelaki tu kata rupa perempuan tu lebih cantik dari rupa I” Sarah yang mula menjadi pendengar setia ketika Ratih menceritakan kisah itu kepadanya akhirnya mencelah.
“Jadi you nak I buat apa, tolong you?”
“Yup! Sebab I tahu you pun sukakan lelaki tu dan bencikan perempuan ni” sambil jarinya menunjuk gambar Angel yang ada di atas meja.
“And?” Sarah memandang Ratih.
“How kalau kita join musnahkan that girl” Sarah mengangkat keningnya selepas mendengar cadangan Ratih. Selepas berfikir beberapa minit akhirnya Sarah tersenyum.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...