Puan Sharifah Aina hairan melihat Angel tergelak sendiri selepas menjawab satu panggilan telefon. Siapakah yang menghubungi cucunya sebentar tadi?
"Kenapa Angel? Apa benda yang lucu sangat tu" Tanya Puan Sharifah Aina melihat Angel bagai orang tidak siuman. Mana tidaknya Adam mengajaknya keluar berdating.
"Adam boyfriend Angel, tadi baru dia cal ajak Angel keluar dating" balas Angel sambil mengelap air matanya yang keluar kerana terlalu kuat ketawa.
"Sejak bila Angel ada boyfriend nama Adam ni" Tanya Puan Sharifah Aina tidak puas hati selepas mendengar jawapan Angel. Selama ini Angel tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripadanya dan setahunya cucu tunggalnya itu tidak pernah mempunyai kawan sejak kecil hingga tamat pengajiannya peringkat diploma beberapa hari yang lalu. Mendengar Angel sudah mempunyai teman lelaki adalah sesuatu yang pelik dan tidak benar.
"Baru aje nek, minggu lepas Angel sendiri yang melamar Adam jadi boyfriend Angel. Ayah dia pun tahu yang Angel ni girlfriend anak lelaki dia" balas Angel sambil tersenyum memandang Puan Sharifah Aina.
"Cakap betul-betul Angel siapa budak lelaki tu. Nenek tak suka Angel keluar berkawan dengan lelaki sebarangan" Angel tergelak melihat air muka Puan Sharifah Aina yang tiba-tiba berubah seperti tidak senang mendengar ceritanya.
"Adam, nenek mesti suka kalau jumpa dia. Angel pilih dia sebab dia ada benda yang Angel suka. Anak taukey kedai katakan, kalau Angel pergi kedai dia mesti Adam akan bagi Angel satu aiskrim free" Angel mengangkat kening ketika tersenyum memandang wajah Puan Sharifah Aina.
"Maksud Angel kedai Hashim, Adam tu anak Hashim?" Angel menganggukkan kepala mengiakan tekaan Puan Sharifah Aina.
"Tapi setahu nenek Hashim tu muda lagi baru ada dua orang anak dan anak-anaknya pun masih kecil lagi" dahi Puan Sharifah Aina berkerut cuba memikirkan sesuatu.
"Memanglah nek, Adam anaknya yang sulung umur enam tahun tulah boyfriend Angel" dahi Puan Sharifah Aina semakin berkerut mendengar jawapan Angel kemudian barulah wajah Puan Sharifah Aina kembali seperti sediakala.
"Kamu ni Angel macam-macam benda buat nenek suspen. Bangkraplah Hashim kalau Adam tu selalu bagi Angel aiskrim free" Angel ketawa lagi selepas mendengar kata-kata Puan Sharifah Aina.
"Oklah nek, Angel nak bersiap sebab sekejap lagi Angel nak jemput Adam. Kami nak keluar tengok wayang lepas tu kami singgah makan KFC. Kata Adam dia nak tengok cerita 'Wawa Semput'. Nenek jaga diri tau'" ujarnya Angel sebelum mencium penuh kasih kedua belah pipi Puan Sharifah Aina seperti selalu sebelum pergi meninggalkan wanita itu. Puan Sharifah Aina tersenyum bahagia seronok menerima layanan sebegitu dari cucu tunggal kesayangannya itu.
"Jaga anak orang tu elok-elok jangan kamu tinggalkan budak tu tepi jalan sudah" giliran Angel pula tergelak mendengar pesanan Puan Sharifah Aina.
"Takanlah Angel nak tinggal boyfriend yang cute miut tu tepi jalan. Kalau orang lain kebas rugi Angel tau nek " gurau Angel lagi membuatkan Puan Sharifah Aina tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
"Kamu ni memang tak habis modal nak menjawab nenek" sambung Puan Sharifah Aina lagi sambil matanya menghantar Angel yang sedang melangkah menaiki tangga ke tingkat atas.Angel tersenyum melihat Adam yang sudah segak dengan baju T warna merah serupa dengan baju T yang dipakainya duduk menanti di hadapan kedai Hashim. Kereta BMW milik arwah Syed Hatta diparkirnya di hadapan kedai Hashim.
"Handsemnya boyfriend akak" Angel menghampiri Adam lalu duduk di sebelah kanak-kanak lelaki itu.
"Betul ni nak keluar dengan akak. Ayah suruh tak?" Tanya Angel sambil tersenyum memandang Adam di sebelahnya.
"Suruh, ibu pun suruh" sahut Adam sambil tersenyum.
"Bawalah dia keluar Angel, teringin sangat dia nak tengok cerita tu. Semalam dia ajak kakak dan Abang Hashim keluar jalan-jalan tapi Abang Hashim kau tu tak ada masa. Akak bukan tak boleh temankan Adam tapi masalahnya Shasha ni tiada siapa nak jaga. Kalau nak tinggalkan dengan ayah dia siapa pulak nak tolong jaga kedai" Hana isteri Hashim tiba-tiba muncul di sebelah Angel menggendong bayinya yang berusia tiga bulan.
"Akak jangan risau. Angel janji akan jaga Adam baik-baik. Angel pun tak ada kerja nak buat dekat rumah. Rasa macam tak percaya pulak bila Adam telefon Angel ajak keluar dating" Hana tergelak mendengar kata-kata Angel .
"Abang Hashim kamu yang suruh Adam cal Angel. Katanya Angel girlfriend Adam" giliran Angel pula yang tergelak mendengar jawapan Hana. Adam pula mendongak mendengar Angel dan Hana mentertawakannya.
"Jom Adam kita pergi sekarang tapi sebelum tu akak nak pesan pada Adam, tengok wayang nanti jangan tertidur tau.Tak larat akak nak angkat masuk kereta" Adam tersengih mendengar pesanan Angel .
"Kalau dia tertidur tinggal saja dia dalam panggung tu" usik Hana membuatkan Angel tergelak.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...