Bab 24. Sendiri Bukan Bererti Tidak Bahagia

1 0 0
                                    

      'Aku bukan manusia yang suka mengemis kasih apalagi mendesak orang agak mengasihiku. Kalau memang aku sudah tidak diperlukan oleh sesiapa lagi di sini biarlah aku pergi ke tempat di mana aku boleh bernafas dengan tenang.  Falsafah hidupku mudah saja Aku tetap aku! sendiri bukan bererti tidak bahagia walaupun cuma pada zahirnya' Angel memejamkan mata sambil memikirkan nasib yang dialami kali ini. Tiada tempat mengadu apalagi untuk menumpang kasih. Wujudkah manusia lain dalam dunia ini yang dikurniakan nasib sepertinya atau mungkin ada yang lebih teruk. Angel masih pernah melihat dan merasai kasih seorang ayah, datuk dan nenek tetapi bagaimanakah perasaan anak-anak yatim yang tidak pernah kenal siapa orang tua mereka.
Air mata yang membasahi pipinya diusapnya hingga kering. Teksi yang ditumpangnya kini sudah tiba di KIA. Selepas membuat kios tiket untuk penerbangannya hari itu Angel menoleh berkali-kali ketika beratur menunggu giliran untuk masuk ke ruangan berlepas. Mencari-mencari bayang seseorang yang terlalu dirindui namun Angel justeru membuat perasaannya semakin luluh dan pilu malah tiada siapa yang dikenalinya berada di lapangan terbang pagi itu. Pagi tadi Angel mengharapkan Zhafry akan menghantarnya ke lapangan terbang namun awal pagi lagi lelaki tersebut sudah keluar rumah untuk ke hospital. Memandang tiada siapa yang akan menghantarnya, Angel terpaksa menempah teksi online untuk menghantarnya ke KIA.
Mungkin inilah istilah yang paling tepat untuk kedatangan Angel ke bumi tumpah darahnya itu. Datangnya tidak diundang dan pergi tiada siapa yang menghalang. Kalau tidak dibendung,  air hangat yang berlinangan di kolam matanya bila-bila masa sahaja akan melimpah keluar. Angel tidak sanggup dipandang pelik dan dituduh melakonkan drama queen di tempat awam. Tunggulah beberapa jam lagi, di sana nanti, di rumah yang kosong, sunyi dan sepi. Di sana nanti dia boleh menangis dan meraung sepuas-puasnya. Tiada siapa yang tahu, melihat atau mendengarnya.
Zhafry memerhati jam di pergelangan tangannya yang sudah menunjuk ke detik sepuluh pagi. Tiada panggilan dari sesiapapun yang masuk ke telefon bimbitnya sepanjang pagi itu. Sejak beberapa hari kebelakangan ini Zhafry tidak dapat mengingati apa-apa pun yang berlaku pada dirinya. Zhafry tidak ingat bagaimana dan sejak bila  Angel  tinggal bersamanya. Sejak kematian Sharifah Diana, Angel  tinggal bersama datuk dan neneknya yang berada di JB dan kemungkinan  Angel  datang menemani ketika dia tidak sihat sejak beberapa hari yang lalu.
Isyarat whatsapp yang masuk ke telefon bimbitnya mengganggu lamunan Zhafry.
“Dady! Jaga diri, insyaallah kalau diizinkan tuhan dan dipanjangkan umur kita jumpa lagi. Ampunkan semua kesalahan  Angel  selama  Angel  menjadi anak dady.  Angel  sudah masuk kapal terbang pukul 9.30 pagi tadi”
Zhafry terpana selepas membaca whatsapp dari Angel. Dia terlupa tentang perkara yang Angel beritahunya semalam. Rupa-rupanya Angel terpaksa pergi sendirian ke lapangan terbang pagi tadi tanpa ada sesiapa yang menghantarnya. Rasa bersalah menerjah dalam hatinya. Mungkin selama hampir tiga minggu  Angel  menjaganya ketika sakit tetepi tiada sepatah perkataan yang terbit dari bibirnya menegur  Angel. Mungkin  Angel  kecewa dengan perubahan sikapnya sejak kebelakangan ini.
'Selamat kembali ke JB' bisiknya dalam hati. Di Lapangan Terbang Senai sekali lagi  Angel  menerima nasibnya tidak berubah.  Dia kekal sendiri lagi sehingga sampai ke rumah agam pusaka Syed Hatta. Rumah agam dua tingkat di hadapannya dipandangnya begitu sepi dan sayu. Seandainya Puan Sharifah Aina masih ada tentu wanita itu akan gembira menyambut kepulangannya. Tapi segalanya tidak mungkin berlaku lagi kerana sudah berbulan lamanya Puan Sharifah Aina sudah meninggalkan alam yang fana ini.
Whatsapp yang masuk ke telefon bimbit segera dibukanya dan kandungan menyebabkan  Angel  terus memikirkan sesuatu.
“Maafkan dady sebab terlupa. Sampaikan salam dady pada nenek” Apa sebenarnya yang berlaku pada Zhafry. Tidak ingatkah Zhafry bahawa Puan Sharifah Aina sudah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Angel memerhati telefon bimbit yang berada di tangannya dan selepas memikirkan sesuatu Angel terus mematikan telefon bimbitnya dan terus menyimpan telefon tersebut ke dalam beg pakaiannya.
Hidup sendirian di rumah agam kosong yang sunyi dan sepi, sebahagian waktunya Angel habiskan untuk tidur, termenung dan yang paling kerap adalah menangis. Itu saja aktivitinya yang mampu Angel lakukan setiap hari. Tiada seorang pun yang tahu cerita apakah  yang sudah berlaku kepadanya sejak beberapa hari yang lalu. Jaket Indra masih lagi setia menemaninya meskipun pemiliknya sudah membuang Angel jauh dari hidup dan ingatannya. Hampir sebulan sejak Indra membuang Angel dari hati dan perasaannya namun Angel tidak mampu berbuat perkara yang sama. Walaupun kini jasad lelaki tersebut sudah jauh darinya namun tidak sekelumit pun  hatinya dan jiwanya mampu melupakan dan membencinya. Walaupun mereka tidak bersama namun janji yang terukir sebelum ini sudah sebati dalam jiwa Angel untuk tetap setia walaupun Indra menolaknya dan memilih perempuan lain. Angel tidak mampu menanam kebencian pada insan yang pernah disayangi dan dicintainya. Mungkin bila tiba masanya nanti ia akan padam dengan sendirinya.
Apa saja barang milik Indra yang masih padanya akan menjadi barangan yang paling berharga dalam hidupnya kini. Mencintai seseorang tidak seharusnya memiliki dan mencintainya bererti menyayangi meskipun bukan dirinya yang menjadi pilihan lelaki tersebut. Angel tidak akan membencinya dan tetap akan mendoakan kebahagiaan Indra sampai bila-bila dan moga wanita itu akan mampu membantu Indra menemui kebahagiaan dalam hidupnya.
Pagi berikutnya, selepas menziarahi kubur arwah nenek dan datuknya  Angel  pergi menemui Adam. Seminggu lagi untuk tempoh Adam akan berkabung selepas berkhatan dan sebelum tempoh itu mungkin  Adam boleh membantu meringankan sedikit kesedihan yang ditanggungnya waktu itu. Adam boleh menjadi teman untuk memenuhi waktunya sebelum ke destinasi lain untuk membawa dirinya. Menghampiri kawasan kedai runcit Hashim, Angel  hampa apabila ternampak dari jauh Adam sedang masuk ke dalam kereta Hashim yang lengkap dengan pakaian untuk ke kelas taekwondo. Mungkin bukan rezeki Angel untuk berjumpa Adam hari itu dan kerana tidak mahu menghalang tujuan Adam, Angel memecut kereta BMW milik arwah Syed Hatta untuk kembali melakukan sesuatu yang sesuai bagi mententeramkan jiwanya.

DirgantaraWhere stories live. Discover now