Selepas peristiwa dua hari yang lepas, balik daripada pertemuan tersebut Johan banyak mendiamkan diri. Pelbagai persoalan yang bercampur aduk dalam fikirannya. Kalau berkaitan dengan lelaki syaitan itu memang Johan tidak mampu menahan dirinya. Bukan disebabkan malu tapi kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki syaitan itu cukup menyakitkan hatinya. Kalau hilang pertimbangan memang waktu itu juga Johan akan menjelmakan dirinya dan menerkam lelaki syaitan tersebut. Namun Johan terfikir pula tentang sesuatu. Kenapa renungan mata lelaki itu seakan melemahkan seluruh urat saraf Johan. Seluruh tenaganya seakan hilang dan apa yang ada dalam tubuh seolah tunduk untuk menurut perintah lelaki syaitan tersebut. Siapa lelaki syaitan itu sebenarnya. Kenapa lelaki syaitan tersebut seperti tidak pernah lut dengan apa jua kuasa dan kekuatan yang ada. Adakah lelaki syaitan tersebut penghulu segala syaitan.
Johan juga merasakan ada sesuatu yang tiba-tiba datang menghukumnya. Seperti ada dendam seseorang yang terbalas kepadanya. Angel! Johan teringatkan nama itu. Rupa-rupa Johan telah lama mengenali dan pernah bertemu dengan pemilik nama itu. Gadis pertama yang menawan hatinya suatu masa duhulu, kini dan mungkin selamanya.
Suatu peristiwa yang membuat Johan tersenyum sendiri ketika mengingatkannya. Suatu masa dulu Angel pernah menangis kerana angkara perbuatannya. Johan sengaja mengotori baju gaun Angel yang cantik dengan sos yang diulinya pada seketul ayam goreng. Ayam goreng! Mengingatkannya Johan mengerutkan dahi, Angel! Tadi Angel memanggilnya Adli. Sudah lama tiada sesiapa memanggilnya nama itu selepas Angel menyebut beberapa kali ayat 'Adli! saya benci awak' di hadapannya.
"Adli, jadi sebab itu Angel menyebut nama itu"
"Tak! Rupanya kau masih simpan dendam sebab ayam goreng tu" Johan akhirnya ketawa terbahak-bahak apabila memikirkan peristiwa ayam goreng dua hari yang lepas.
Selepas peristiwa itu ibunya tidak mahu lagi membawa Johan ke majlis yang dianjurkan oleh majikannya. Mungkin kerana ibunya tahu Johan telah mengusik Angel dan menyebabkan cucu majikannya menangis. Namun selepas penyesalan itu Johan tidak berkesempatan lagi bertemu Angel. Dia ingin minta maaf tetapi Angel tiada lagi di Kuching kerana sudah dibawa datuk dan neneknya berpindah ke JB."Angel, aku akan minta maaf pada awak dan itu yang memang nak aku lakukan pada awak sejak dahulu lagi tapi peluang tu tak ada" bisik Johan dalam hatinya selesai memutar kembali ingatan pada peristiwa yang pernah berlaku berbelas tahun yang lalu.
Kembali bertemu Angel semula Johan akhirnya jatuh cinta pandang pertama namun Johan sudah terlambat apabila hati gadis itu telah dimiliki oleh orang lain. Dan kini Angel sudah menjadi isteri orang dan bakal menjadi seorang ibu. Johan masih belum dapat menerima hakikat dan sukar untuk melupakannya kerana Angel adalah cinta pertamanya yang berputik sejak zaman kanak-kanak lagi.
Johan merasakan tubuhnya seperti panas terbakar sejak dua hari yang lepas, semua yang dilakukannya serba tak kena dan sebagai seorang doktorpun Johan gagal mengesan punca yang dirasakan di dalam tubuhnya sekarang. Johan juga bermimpi Kadri sedang dibakar dalam api yang menjulang tinggi.
Panggilan yang diterimanya daripada Ustaz Zaini sekejap tadi membuatkkan Johan bagaikan hilang kata-kata. Kadri tiba-tiba jadi tidak siuman dan sasarannya adalah ibunya. Janah turut cedera apabila menjadi mangsa kerana cuba melindungi dan menyelamatkan Sarimah. Tiga malam berturut-turut dan tiba malam ke tiga, malam Jumaat yang dinanti apa yang diusahakan oleh Ustaz Zaini akhirnya membuahkan hasil. Kadri telah menonjolkan apa yang ada dalam dirinya.
Johan segera meluru masuk ke dalam rumah, selain Ustaz Zaini yang sedang duduk di atas sejadah di tengah rumah tiada siapa lagi yang kelihatan tapi dua buah bilik dalam rumah tersebut tertutup dan berkunci.
"Kenapa pak wa?, mana ibu dan ayah saya?" soal Johan ketika menerpa mendapatkan Ustaz Zaini.
"Dalam bilik tu" Johan segera berpaling melihat bilik yang dimaksudkan kemudian bergerak untuk ke bilik tersebut.
"Tak boleh Joe, pak wa sudah beri ayah kamu tempoh sebelum subuh. Kalau dia tidak mahu lepaskan ibu kamu dan tinggalkan benda tu pak wa terpaksa musnahkan benda tu" kata-kata Ustaz Zaini tiba-tiba mengubah air wajah Johan. Apa beza dirinya dan Kadri. Lelaki itu tidak tahu Johan juga seperti ayahnya. Johan tidak mengindahkan kata-kata Ustaz Zaini. Tidak sempat lelaki tersebut menahannya Johan sudah merempuh masuk bilik yang dimaksudkan dan terus mengunci bilik tersebut dari dalam.
"Kenapa abah, mana ummi?" tanya Angel yang baru muncul bersama suaminya. Selepas menghubungi Johan, Ustaz Zaini turut menghubungi Angel sejam yang lalu untuk memberitahu tentang keadaan Janah. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi dan ada beberapa jam lagi sebelum subuh.
"Dalam bilik, lukanya agak besar jugak" mendengar jawapan Ustaz Zaini Angel terus bergerak untuk menemui Janah di dalam bilik. Ustaz Zaini dan Indra turut bergerak ke bilik yang sama. Wajah Janah kelihatan pucat dan lengan kanan berbalut dengan sehelai kain.
"Luka tu berbisa sebab bukan perbuatan kuku manusia biasa. Abah tak tahu nak jawab apa kalau pihak hospital tanya nanti" ujar Ustaz Zaini ketika mendekati isterinya. Selepas itu mulutnya kelihatan terkumat kamit membaca sesuatu, mungkin doa daripada ayat-ayat alquran.
Janah membuka matanya apabila Angel menyentuh tangannya. Angel kemudian cuba membuka balutan di lengan Janah untuk melihat keadaan luka wanita itu. Lukanya masih lagi berdarah dan Janah kelihatan mengerutkan wajahnya kerana menahan rasa sakit. Angel memandang suaminya dan lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Indra mendekati isteri lalu mencapai tangan Angel dan menggenggamnya erat.
"Racun itu boleh membunuh mangsanya" ujar Indra sambil turut memandang wajah Janah yang sudah berwarna kebiruan.
"Saya sayangkan ummi, Angel akan tolong ummi" ujar Angel sambil menatap wajah Janah sebelum berpindah menatap wajah suaminya.
"Sayang, ia pedih dan menyakitkan" ujar Indra sambil menatap wajah isterinya. Indra tidak sanggup melukai kulit Angel untuk mengeluarkan beberapa titis darah yang diperlukan untuk merawati Janah.
"Dia ibu saya dimaz, saya tidak mahu kehilangan ibu sekali lagi, tolonglah" ujar Angel merayu ada suaminya.
Indra melonggarkan genggaman tangan kemudian menyentuh telapak tangan isterinya. Telapak tangan isterinya diusapnya beberapa kali sebelum kukunya membuat satu garisan yang membelah talapak tangan isterinya. Cecair merah mula mengalir dan Indra terus memejamkan matanya ketika menghidu bauan segar yang mula meresap masuk ke deria baunya. Wajah jelas kelihatan sedang cuba melawan sesuatu. Ustaz Zaini diam terpaku melihat sesuatu yang pelik kini berlaku di hadapannya. Apa yang pasangan suami itu sedang lakukan. Namun ketika hendak bertanya mulutnya terlalu berat untuk digerakkan.
Indra membiarkan darah Angel menitis di atas luka di lengan Janah. Selepas darah Angel menutupi hampir keseluruhan luka tersebut, Indra terus menarik tubuh isteri lalu membawanya keluar dari bilik tersebut. Indra tidak mampu menahannya dan Indra harus mendapatkan bahagiannya. Menjilat untuk membersihkan kesannya sudah cukup untuk Indra menikmati bahagiannya secara tidak langsung dan Angel membiarkan perlakuan suaminya.
Janah tersenyum melihat Angel dan suaminya yang muncul semula di dalam bilik tersebut. Setelah tidak merasa sakit lagi malah lukanya juga tidak meninggalkan sebarang parut membuatkan Janah tidak lagi terbaring menyambut kemunculan pasangan tersebut.
"Abah, mana makcik Sari?" soal Angel sambil memandang Ustaz Zaini. Angel tahu lelaki itu masih keliru setelah melihat perkara yang berlaku sebentar tadi. Selepas ini pasti banyak persoalan yang perlu Angel jelaskan kepadanya. Kelihatan Ustaz Zaini menggelengkan kepalanya.
"Ada dalam bilik sebelah tu, Sari cuba memujuk suaminya. Abah beri dia tempoh sampai subuh. Kalau Sari gagal abah terpaksa buat dengan cara abah" Angel memandang suaminya selepas mendengar jawapan Ustaz Zaini.
"Hey syaitan, apa kau buat dalam rumah aku" semua empat pasang mata yang berada dalam bilik tersebut menoleh. Johan berdiri di hadapan pintu sambil matanya tajam merenung Indra.
"Kenapa Johan, siapa syaitan?" sahut Ustaz Zaini sambil memandang Johan. Siapakah yang Johan maksudkan, benar-benarnya membuatkan Ustaz Zaini keliru.
"Syaitan, kau lelaki syaitan. Keluar dari rumah aku sekarang juga" tengking Johan sambil jari telunjuknya menunding ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Angel. Indra menentang renungan Johan dan masih tidak bergajak di tempatnya.
"Aku kata keluar!! Keluar! keluar dari rumah aku sekarang!" arahan Johan berlalu begitu saja, tanpa sedikitpun kelihatan gentar Indra bergerak ke hadapan untuk mendekati Johan.
"Manusia syaitan! Pergi berambus sekarang sebelum aku bunuh kau!" suara Johan semakin kuat menengking lelaki yang makin hampir kepadanya. Indra tersenyum sinis dan memberhentikan langkahnya apabila mendengar Johan menyebut perkataan bunuh. Pintu bilik yang berdekatan kemudian terkuak membuatkan semua mata menoleh. Kadri muncul dengan wajah yang bengis memandang Indra. Walaupun tidak mengalami perubahan rupa tetapi kebengisan wajah membayangkan makhluk yang menghuni tubuhnya.
"Makhluk yang kau bela adalah Ifrit, pengikut yang lemah dan dia memperbodohkan kau dan menjadikan kau seorang manusia yang syirik dan menyekutukan tuhan" ujar Indra sambil matanya membalas renungan Kadri sebelum beralih memandang Johan.
"Jadi siapa pulak kau? Raja syaitan?" balas Kadri dengan suara yang bergema. Indra menoleh semula memandang Kadri. Satu renungan tajam dilemparkan sebelum bersuara.
"Bukan, aku manusia walaupun tidak sepenuhnya manusia yang ada dalam diri aku" jawapan Indra membuatkan Kadri tergelak, Johan juga turut tergelak. Indra tersenyum melihat sikap dua beranak tersebut setelah mendengar jawapannya.
"Syaitan mana yang mahu mengakui dirinya syaitan" sambung Kadri apabila gelaknya berakhir. Dua beranak tersebut mengelilingi Indra dan ternyata ketinggian dua lelaki tersebut yang hanya di bawah paras telinga Indra membuatkan Johan dan kadri terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya.
"Aku tahu kau orang yang sama dan aku tidak akan lupa apa yang kau sudah buat pada ayah aku dulu dan malam ini aku tidak akan lepaskan kau" ujar Kadri selepas itu.
"Itu kesilapan dia kerana masuk ke dalam wilayah aku dan dia sendiri tahu akibatnya. Aku tidak pernah membunuh sesiapa pun manusia mahupun binatang. Tapi aku memang tidak suka berurusan dengan manusia binatang macam kamu berdua" Jawapan Indra membuatkan Kadri dan Johan tidak dapat menahan sabar dan terus hilang kawalan lalu terus menyerang Indra.
Tidak sampai ke sasaran dan matlamatnya dua beranak tersebut terpelanting apabila gagal untuk menyentuh tubuh mangsanya. Indra bergerak mendekati Kadri yang ketika itu baru cuba untuk bangun semula.
"Aku boleh musnahkan kau dalam sekelip cuma dengan satu jari kelingkingku ini tapi aku tidak akan buat kerja sebodoh itu" jari kelingking yang ditunjukkan kini berada di atas kepala Kadri. Ketika Indra membengkokkan jari kelingkingnya ke bawah dengan serta merta Kadri tidak mampu mengerakkan tubuhnya lagi.
"Tubuh tumpanganmu telah ku kunci dan kau tidak akan boleh menggunakan untuk mencari makanan. Kau mesti tinggalkannya kalau kau mahu terus hidup" ujar Indra kemudian menarik semula tangannya. Kadri terus kaku terduduk di atas lantai.
Ustaz Zaini masih gagal untuk membuat kesimpulan tentang Indra. Siapakah sebenarnya Indra. Peristiwa yang berlaku pada malam itu menambah lagi persoalan yang telah sedia ada. Manusia apakah yang mampu menghadapi semua jenis makhluk lain dengan begitu mudah. Ketika Ustaz Zaini sedang lalit melihat kejadian itu tanpa sedar Johan menggunakan kesempatan itu untuk bertindak dengan cara yang lain. Angel tersentak apabila lenggannya direntap oleh seseorang.
"Pulihkan ayah aku kalau kau mahu aku lepaskan Angel" Johan sudah berdiri di tepi Angel sambil tangan mencengkam kuat lengan Angel. Suara ugutan Johan membuatkan Indra segera berpaling.
"Johan, kau ni kenapa. Kau pun nak jadi macam ayah kau jugak ke?" suara Janah kedengaran menegur Johan.
"Sudahlah Johan, jangan pulak Angel kau jadikan mangsa" suara Ustaz Zaini menyambung. Tanpa menghiraukan kata-kata Ustaz Zaini dan Janah, Johan terus mencengkam kuat lengan Angel.
"Jangan buat kerja bodohlah Joe. Jangan buat aku benci kau sampai bila-bila" ujar Angel sambil memandang Johan. Johan seperti terkejut mendengar suara Angel.
"Johan, kau tahu isterikulah benda yang paling penting dan hidup aku dan yang paling aku sayang dalam dunia ni. Aku akan buat apa saja yang dia minta dan akan melindungi dia dengan nyawa aku. Aku sanggup membunuh kalau dia yang suruh. Lepaskan dia kalau kau tidak mahu perkara tu terjadi" ujar Indra ketika kakinya melangkah mendekati isterinya. Johan tidak berganjak dan seperti tidak pedulikan kata-kata Indra dan masih terus mencengkam kuat lengan Angel dan menariknya untuk berundur seolah-olah hendak membawanya pergi. Namun baru selangkah bergerak Indra sudah berdiri di depannya dan mencengkam lehernya membuatkan Angel mudah melepaskan lengannya daripada cengkaman Johan. Menggunakan sebelah tangan tubuh Johan terangkat tinggi membuatkan kakinya terkapai-kapai tidak mencecah lantai.
"Aku boleh maafkan perkara lain tapi tidak tentang isteriku. Kalau kau tidak boleh dapatkan dia sebelum ini selamanya pun tidak mungkin. Ratnaku adalah segalanya pada aku dan jangan buat aku lebih marah sehingga tidak mampu mengawalnya. Aku ingatkan kau sekali lagi, kau dan ayah kau bukan tandingan aku. Jangan buang masa dan tenaga kau untuk buat kerja yang sia-sia. Bertaubatlah selagi ada masa. Tuhan itu maha pengampuan dan penyayang" ujar Indra kemudian melontarkan tubuh Johan ke tepi dinding. Johan ingin bangun semula tapi tidak berdaya, renungan tajam mata Indra membuat seluruh tubuhnya seperti lumpuh.
Indra menarik tubuh isterinya kemudian memeluknya sebelum mencium lama dahi isterinya.
Janah dan suaminya seperti baru tersedar selepas terpukau melihat peristiwa yang berlaku di hadapan matanya, keduanya saling berpandangan.
"Sari mana bang" kemudian suara Janah kedengaran apabila teringatkan sesuatu. Janah terus menerpa ke arah sebuah bilik untuk mencari Sarimah. Ustaz Zaini, Angel dan suaminya turut menuju ke bilik yang sama.
"Tengok bang, apa kena dengan Sari ni, tidur atau apa" tegur Janah sewaktu mendekati jasad Sarimah yang sedang terbaring di atas lantai. Ustaz Zaini segera mendekati Sarimah dan memeriksa keadaan nadi adiknya.
"Dia cuma pengsan, ambil air untuk saya" ujar Ustaz Zaini kepada isteri.
Setelah selesai menjampi air untuk merawat Sarimah, Ustaz Zaini menjemput Angel dan suaminya ke ruang tamu. Sebelum tiba di ruang tamu Indra merenung Kadri dan Johan yang masih terkunci kaku di tempat masing-masing. Keadaan mereka akan pulih jika makhluk pendampingnya meninggal jasad Kadri dan Johan.
Angel mendekati suaminya lalu menarik tangan suaminya dan mengajaknya duduk di sofa. Ustaz Zaini merenung Indra agak lama, sukar untuk mencari sesuatu dalam diri lelaki kacak itu. Terlalu muda jika dibandingkan usianya untuk memiliki semua ilmu yang luar biasa. Lelaki itu seorang ahli perniagaan dan bukannya seorang guru agama yang boleh mencapai taraf seorang wali.
"Hanya ustaz yang boleh tolong saya selamatkan Angel" ujar Indra ketika mereka berbalas pandangan.
"Kenapa, lindungi Angel dari apa?" soal Ustaz Zaini yang kurang faham maksud Indra.
"Musuh, ada ramai yang mahukan Angel dan anak kami" balas Indra tanpa mahu berselindungi lagi. Kalau inginkan bantuan lelaki itu dia perlu bercerita perkara yang sebenar.
"Kenapa?" soal Ustaz Zaini lagi.
"Angel dan anak kami adalah makanan yang akan memberi mereka kehebatan yang luar biasa. Saya tidak mampu menyembunyikan Angel dari pandangan sebahagian daripada mereka" Ustaz Zaini terpaku mendengar perkara yang diberitahu oleh Indra. Cerita yang luar biasa dan siapa mereka yang dimaksudkan.
"Mereka, mereka tu siapa?" Indra berpaling memandang isterinya. Angel lantas mengangkat kening kemudian beralih semula memandang Ustaz Zaini.
"Syaitan dan semua jenis yang seangkatan dengannya. Mereka bukan masalah pada saya tapi saya risau kalau mereka menyerang ketika Angel hendak bersalin nanti" ujar Indra lagi. Kelihatan Ustaz Zaini terpaku selepas mendengar cerita Indra. Kenapa perkara ini berlaku dan siapa pula Indra.
"Indra, boleh saya tahu siapa Indra yang sebenarnya?" soal Ustaz Zaini sambil matanya tepat merenung wajah Indra. Indra kembali memandang Angel di sebelahnya dan Angel membalas pandangan suaminya dengan sebuah senyuman. Terpulang kepada suaminya bagaimana hendak menerangkan kepada lelaki itu tentang dirinya.
"Saya adalah Putera Indra Arjuna Aditya dan ayah saya adalah Maharaja Aditya Wangsa. Berasal dari sebuah kerajaan yang bernama Loka Wangsa. Sebahagian dari diri saya adalah manusia dan dua bahagian lagi bukan. Sejak saya berumur tujuh tahun manusia dalam diri saya telah dimanipulasi oleh sesuatu yang membuatkan saya tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa." beritahu Indra yang tidak mahu menceritakan lebih lanjut lagi tentang dirinya. Kelihatan Ustaz Zaini memandang lama wajah Indra. Memang ada kelainan lelaki itu jika dibandingkan dengan manusia biasa. Rupa fizikal dan kehebatannya memang bukan milik manusia biasa dan Ustaz Zaini telah menyaksikannya sekali lagi malam itu.
"Angel adalah takdir saya dan diciptakan untuk menjadi pasangan saya. Sayalah orang yang menyambut kelahiran Angel dua puluh satu tahun yang lalu" Ustaz Zaini terus terpana tanpa suara. Cerita yang disampaikan oleh Indra adalah sesuatu yang memang mengejutkannya.
"Saya perlu menceritakan semua ini kerana saya dapat merasakan ustaz adalah manusia yang terlibat dalam takdir hidup saya. Ustaz muncul di kala saya mengharapkan seseorang datang untuk membantu saya menyelamatkan Angel dan ibunya. Selepas dua puluh satu tahun peristiwa itu berlaku dan sekali lagi Angel juga yang telah mempertemukan kita semula. Cuma masalahnya sekarang saya telah menongkah satu lagi takdir yang sepatutnya berlaku pada diri saya. Saya tidak sanggup melakukannya kerana saya terlalu cinta dan sayangkan Angel dan Angel juga mampu mengawal semua yang mengusai saya. Kerana saya menongkah takdir itulah seluruh kehidupan di alam ghaib memburu kami kerana mereka mahu mendapatkan Angel dan anak kami" ujar Indra mengakhiri ceritanya.
"Kita kena yakin tiada kuasa yang lebih tinggi, kuat dan hebat selain dari kuasa Allah. Kita kena yakin dan berserah padanya" sambung Ustaz Zaini selepas mendengar cerita Indra. Ustaz Zaini kelihatan seperti dapat memahami dan berpuas hati mendengar cerita Indra walaupun ada persoalan yang Indra perlu ceritakan dengan lebih jelas kepadanya. Ustaz Zaini menangguhkan dulu untuk bertanya tentang persoalan yang masih ada di fikirannya kerana percaya peluang masih ada selepas malam itu kerana mereka akan kerap bertemu pasangan tersebut memandang hubungan yang telah terjalin antara mereka terutama Angel.Ustaz Zaini melengkapi dirinya dengan wuduk sebelum mencapai sebuah kitab Alquran lalu mengalunkan bacaan beberapa buah surah di dalamnya. Angel yang telah terlena di atas riba suaminya yang sedang khusuk mendengar dan menghayati setiap butiran ayat yang dialunkan oleh Ustaz Zaini.
Suasana yang tenang terganggu apabila suara gauman tiba-tiba bergema. Indra dan Ustaz Zaini hampir serentak berpaling melihat ke arah punca suara tersebut. Jasad Kadri dan Johan kelihatan terbaring lemah di atas lantai tapi di sisi setiap satu jasad tersebut ada makhluk yang sedang berkilau matanya merenung ke arah Johan dan Ustaz Zaini.
"Ustaz teruskan mengaji, biar saya uruskannya" ujar Indra memberi arahan kepada Ustaz Zaini supaya menyambung bacaannya. Kematian atau kehidupan hanya itu pilihan yang Indra beri. Komunikasi yang tiada manusia yang boleh memahaminya Indra memberi perintah kepada dua makhluk jelmaan itu supaya meninggalkan tuan yang membelanya. Walaupun pada mulanya cuba hendak melawan dan menyerang Indra namun statusnya yang tidak setaraf dan sememangnya makhluk tersebut juga tahu Indra bukan tandingan mereka.
Ustaz Zaini memerhati sahaja keadaan Kadri dan Johan yang sedang terbaring di atas lantai. Kedua-duanya kelihatan seperti sedang tidur nyenyak setelah penat seharian bekerja. Menurut Indra apabila sedar kelak dua beranak tersebut tidak akan ingat tentang kejadian yang berlaku malam itu dan apa yang pernah mereka lalui sebelum ini.
"Mereka hilang ingatan" soal Ustaz Zaini sambil memandang Indra. Indra menggelengkan kepalanya.
"Cuma tentang saka itu mereka akan terus lupa. Mereka tidak akan ingat mereka pernah memilikinya tapi yang lainnya masih seperti biasa. Bila mereka bangun kelak, seluruh tubuhnya akan merasa lemah kerana tidak lagi penyokong di dalam tubuhnya" beritahu Indra menerangkan lebih mendalam kepada Ustaz Zaini. Menyedari waktu subuh hampir menjelma Indra meminta izin untuk membawa isterinya meninggalkan rumah tersebut.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...