Indra dan Angel akan menghabiskan masa sehari semalam berehat di resort tersebut sebelum balik pada sebelah petangnya nanti. Pertemuan mereka dengan Johan di tepi kawasan kolam mandi membuatkan Angel terpaksa menceritakan kepada Indra tentang punca keberadaan Johan di situ bersama rombongannya yang kebetulan sedang bercuti di situ dua hari yang lalu.
Indra berjaya menunaikan ikrar dan janji untuk tidak akan cepat cemburu buta kepada Angel. Pengalaman lalu cukup sebagai pengajaran untuk mengekal kesetiaan dalam hubungan mereka.
“Saya tahu dia memang sukakan awak” penyataan Indra terpaksa Angel akui dengan anggukkan sebab Johan sendiri telah menyatakannya.
“Tapi saya cuma sukakan awak. Tiada lelaki yang saya cinta selain awak” Indra mengangguk dan tersenyum kemudian menarik Angel duduk di atas ribanya.
“Saya tahu dan saya tidak akan cemburu buta lagi untuk kali kedua” jawapan Indra membuatkan Angel tergelak kecil. Rambut Indra yang hitam lebat dan lurus disentuhnya dengan tangan.
“Apa awak rasa semalam?” soalan Angel membuatkan Indra tergelak sebelum menjawabnya.
“Saya rasa macam nak makan saje awak semalam!” mereka sama-sama tergelak selepas mendengar jawapan Indra.
“Indra! Saya rindukan Adam sebab sudah lama saya tak telefon Adam” Angel menukarkan topik perbualan mereka sambil mengelamun sekejap membayangkan budak kecil yang berumur enam tahun tersebut.
“Kahwin nanti kita jemput Adam” Angel tersenyum kemudian mengangguk setuju dengan cadangan Indra. Kemesraan pasangan tersebut menyakit mata dan hati seseorang yang menyaksikannya lantas sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran dan kemaksiatan Johan mendekati pasangan tersebut.
“Hai Angel!” tegur Johan. Angel terus melompat keluar dari pangkuan Indra apabila terdengar seseorang menegurnya. Angel tersenyum dan tersipu malu namun Indra dengan riak bersahaja menentang renungan Johan.
“Tak sangka rupanya awak sudah ada room mate malam tadi” kata-kata Johan berupa sindiran tajam menyucuk telinga Angel tapi bukan Indra. Indra tahu semalam lelaki itu berada di restoran dan kemudian mengekori serta mengintai mereka balik hingga ke bilik dan kerana itu Indra sengaja membuat babak lebih romantiknya dengan Angel semalam untuk menyakitkan hati lelaki tersebut.
“Kesihan Doktor Zhaf, bagaimana agaknya kalaulah dia tahu cerita tentang anak gadis kesayangannya” Johan menyambung bicara dan Angel terus berpaling memandang Indra. Johan memang berniat sengaja cuba menimbul ketegangan di antara mereka.
“Awak nak cakap apa sebenarnya ni” soal Angel sambil matanya tajam merenung Johan.
“Saya tahu apa yang kamu berdua buat semalam. Kalau betul lelaki ini cintakan awak dia tidak akan merosakan awak. Dia cuma ingin mengambil kesempatan dekat awak” sahut Johan sambil memandang sinis lelaki yang sedang duduk di sebelah Angel. Indra kemudian bangun berdiri kemudian dengan ketinggiannya yang melebihi Johan dia menunduk lalu merenung tajam lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu benar-benar kosong ilmu dalamannya dan tiada apa yang dapat melindunginya. Johan mengangkat wajahnya untuk membalas renungan Indra. Itulah kali pertama berdepan dengan teman lelaki Angel. Perasaannya agak gementar seperti seorang hamba yang sedang berdepan dengan Raja. Siapa sebenarnya lelaki tersebut kerana lelaki tersebut bagaikan memiliki aura mengerunkan yang boleh menundukkan lawannya. Johan merasakan dirinya begitu kerdil dan renungan tajamnya membuatkan Johan merasakan seluruh sarafnya terasa lemah.
“Kami buat apa? Siapa awak untuk menilai cinta saya pada kekasihku. Saya tahu semuanya kerana cemburu dan sakit hati sebab dia tak cintakan awak” jawapan Indra membuat suhu darjah kepanasan Johan terus meningkat. Kesabarannya tidak dapat dibendung dan walaupun tenaga terasa lemah namun Johan cuba juga melawannya dan akhirnya melepaskan satu penumbuk tapi dengan panas Indra menangkap buku lima Johan dengan telapak tangan kirinya. Lelaki tersebut merenung Johan yang terkial-kial hendak melepas tangannya. Akhirnya dengan sedikit tenaganya Indra menolak Johan hingga terhumban jatuh ke dalam kolam. Kejadian yang mengejutkan semua teman-temannya. Angel segera menarik tangan Indra untuk meninggalkan tempat tersebut sebelum semua orang di situ menyedari tentang pergaduhan tersebut.
“Melampau!” luah Angel ketika mereka sudah duduk di atas seketul batu besar di tepi laut. Jauh dari keriuhan suara manusia.
“Siapa yang melampau dia atau saya” soal Indra ingin tahu kepada siapa perkataan itu Angel tujukan.
“Johan? padan muka dia” Indra tersenyum mendengar rungutan Angel.
“Macam mana dia boleh tahu kita tinggal sebilik malam tadi?” soal Angel sambil memandang Indra.
“Semalam dia mengintai kita sampai ke bilik. Awak tak perasan tapi saya tahu” jawapan Angel membuatkan mata Angel membutang.
“Kenapa awak tak cakap?” soal Angel pula.
“Untuk apa?” soal Indra kemudian.
“Supaya saya boleh tunjukkan pada dia yang kita ni benar-benar sudah serius. Biar dia makin sakit hati” jawapan Angel membuatkan Indra tergelak sebelum berkata lagi.
“Saya dah buat masa kita masuk bilik malam tadi dan saya tahu dia tunggu lama nak pastikan saya keluar semula dari bilik tu” Angel ketawa, lucu mendengar cerita Indra.
“Oh sebab tulah awak romantik sangat waktu tu” soal Angel lagi selepas itu.
“Saya memang akan buat juga walaupun tak ada yang tengok sebab saya terlalu gembira dapat bersama awak semalam” mereka sama-sama tersenyum dan saling berpandangan.
“Indra, bagaimana keadaan dady sekarang?” Angel lantas teringatkan Zhafry. Bagaimanakah keadaan lelaki itu kesan dari kejadian semalam.
“Dia okey dan bibi Isha pasti sudah hilangkan semua ingatannya tentang peristiwa malam tadi. Bibi reka cerita lain dan sekarang bibi sedang jadi house mate dady awak” Angel tersenyum, perasaannya lega mendengar cerita Indra tentang Zhafry.
“Dady awak akan berkahwin dengan bibi saya, perancangan mereka mungkin lebih cepat dari kita dan kita buat selepas mereka” maklumat yang Indra sampaikan membuatkan Angel mengangkat keningnya memandang Indra.
“Awak setuju? atau awak nak kita yang dulu” soal Indra kemudian.
“Saya belum bincang dengan dady dulu. Tak tahu apa katanya nanti bila saya kata kita nak kahwin” balas Angel apabila perkara itu baru terfikirkan olehnya. Indra juga kelihatan setuju dengan pendapatnya.
“Awak nak saya bincangkan hal ini dengan dady awak?” soal Indra selepas itu.
“Saya akan cakap sendiri sebab saya rasa kami boleh berbincang dalam hal ini” Indra mengangguk sambil mengangkat keningnya memandang Angel.
“Jom sayang kita jalan-jalan. Awak mesti makan dulu sebelum kita balik petang nanti” Angel bangun apabila Indra menarik tangannya dan mereka melangkah seiringan menyusuri pantai sebelum menuju ke restoran.
Orang ramai termasuk beberapa orang pekerja resort berkumpul di suatu tempat seperti ada yang menarik di situ. Angel masih ingat lagi di situ adalah tempat berlakunya kejadian malam tadi. Beberapa batang pokok besar dan kecil yang patah, tumbang dan tercabut mungkin menarik perhatian orang ramai berkumpul di situ untuk melihatnya.
“Ada apa kak?’ sapa Angel kepada seorang wanita dan suaminya yang baru beredar dari tempat tersebut.
“Semalam ribut kuat sebab tu banyak pokok-pokok patah dan tumbang. Tapi dekat situ yang paling teruk sampai pokok besar pun boleh tercabut dan ada kesan terbakar juga dekat situ” Angel memandang Indra selepas mendengar jawapan wanita itu. Wanita itu kemudian tersenyum memandang Angel dan Indra sebelum meminta diri untuk berlalu pergi.
“Saya tak ada rosakkan terlalu banyak pokok, Braja dan Osborn yang keterlaluan mengamuk semalam” Angel terkekek mendengar pengakuan Indra dan Angel sendiri tidak nampak siapa yang lakukan kerana tiada seorang pun yang nampak ketika mereka sedang bertarung.
“Indra, awak fikir Braja akan buat apa selepas ini?” soal Angel apabila teringatkan lelaki yang bernama Braja itu.
“Braja tidak akan berhenti kerana dendamnya semakin bertambah selepas saya membunuh Osborn. Saya tidak tahu apa yang akan dibuatnya selepas ini. Mungkin selepas ini kita akan menghadapi sesuatu yang lebih besar dan hebat” Angel mengangkat keningnya memandang Indra.
“Saya cuma risau Braja bertindak membunuh manusia sesuka hati untuk mengugut awak menyerahkan diri kepadanya. Kalau itu yang dilakukannya saya juga terpaksa mencari dan mengejarnya. Braja bukan sebarangan orang sebab dia adalah komanden askar kerajaan Loka Wangsa semasa berperang dan bertarung. Saya sendiri pernah mempelajari sebahagian daripada ilmu pertarungan dengannya” Angel tekun mendengar Indra bercerita.
“Semalam sebenarnya saya gentar untuk berdepan dengan dua orang dalam satu masa tapi demi awak dan cinta kita saya berjaya menghadapinya. Braja mengundur selepas saya tewaskan Osborn tapi dia bersumpah untuk membalas dendam di atas kematian dua saudaranya itu” Indra menamatkan ceritanya ketika mereka sudah sampai di hadapan restoran.
Angel mengharapkan Johan tidak berada di restoran itu kerana Angel tidak mahu lagi timbul kekacauan di situ. Walaupun lelaki itu bekerjaya dalam bidang professional tetapi Johan tidak professional menangani soal hati dan perasaan. Angel lega apabila tiada kelibat Johan di situ dan usai menikmati makanannya pasangan tersebut segera kembali ke bilik untuk mengambil beg pakaian sebelum berangkat pulang meninggalkan resort tersebut.
Zhafry lega melihat kemunculan kereta Indra dan Angel pula ada bersamanya. Atas permintaan Angel Indra tidak singgah tapi hanya menurunkannya dan menghantarnya sampai ke pintu utama rumahnya. Indra kemudian segera beredar meninggalkan rumah gadis tersebut.
“Dady sihat, mama Isha beritahu Angel yang dady pengsan semalam sebab terlalu letih” Zhafry mengangguk kemudian tersenyum memandang Isha di sebelahnya. Idea Isha menghilangkan telefon bimbit Zhafry yang tersalah letak menyebabkan Angel tidak dapat menghubungi lelaki tersebut untuk memberitahu tentang percutiannya.
“Ya dady pun tak berapa ingat sebab sedar je dady sudah ada dalam bilik” jawapan Zhafry diiringi anggukan Isha Wristi. Semalam Isha Wristi bersama Zhafry dan sepanjang siang hari itu Isha Wristi juga telah mengambil cuti untuk menemani Zhafry di rumah. Peluang itulah yang digunakan oleh Zhafry untuk melamar Isha Wristi dan wanita itu akhirnya telah bersetuju menerima lamarannya.
“Angel, mama Isha sudah terima lamaran dady tapi dady perlu dengar pendapat anak dady jugak” Angel mengangkat keningnya mendengar penjelasan Zhafry.
“Dady, sepatut dari dulu dady dah fikir pasal ni tapi mungkin dady belum jumpa wanita yang sesuai untuk ganti tempat ibu. Untuk pengetahuan dady, Angel lah orang yang paling happy sangat sebab Angel akan dapat ibu dan ada orang yang akan tolong Angel jaga dady. Angel juga gembira sebab dady pilih wanita yang Angel suka dan dady tahu tak yang mama Isha ni ibu saudara Indra” Zhafry mengerutkan dahinya memandang Angel kemudian memandang Isha Wristi, wanita itu senyum kepada Zhafry dan menganggukkan kepalanya.
“Kenapa awak tak pernah cerita pada saya perkara ni” soal Zhafry sambil memandang Isha.
“Sebab kita tidak pernah bertemu Indra ketika kita keluar bersama” Zhafry mengangguk faham setelah mendengar jawapan Isha.
“Kamu tinggal serumah?” soal Zhafry lagi. Isha mengangguk.
“Saya, Indra dan kakak saya ibu Indra” Zhafry menggelengkan kepalanya. Mungkin ada kesamaan antara Indra dan Isha Wristi cuma Zhafry yang tidak menyedarinya. Tidak hairanlah kenapa Isha mampu memiliki sebuah kereta mewah sedangkan status pekerjaannya yang cuma pembantu perubatan di Jabatan Patalogi.
“Terlalu kecil rupanya dunia ni” ucapan yang pernah Angel ucapkan membuatkan Angel tersenyum sewaktu mendengarnya kembali.
“Awak marahkan saya ke?” soal Isha Wristi apabila melihat Zhafry terdiam selepas menuturkan kata-kata tersebut. Lelaki itu menggelengkan kepalanya kemudian kembali tersenyum memandang Isha Wristi.
“Saya gembira sebenarnya sebab tak risau lagi dengan hubungan Angel dan Indra sebab dia anak saudara awak dan akan jadi anak saudara saya juga nanti” Isha dan Angel sama-sama tersenyum. Angel akan menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Zhafry tentang lamaran Indra yang menyebabkan status Indra yang akan bertukar pula menjadi anak menantu kepada lelaki itu tidak lama lagi.
“Oh ya Angel, kamu dan Indra tahu tak tentang perasmian Klinik Kota hujung bulan nanti. Kamu dan Indra tetamu jemputan dady” Angel mengangguk sebelum bertanya sesuatu kepada Zhafry.
“Bila dady dan Mama Isha akan kahwin?" Zhafry dan Isha tersenyum mendengar soalan Angel .
“Hujung bulan ni, dady pilih tarikh yang sama dengan hari perasmian klinik tu tapi kita buat siang” Angel tidak membantah apa-apa lagi apabila mendengar jawapan Zhafry malah hatinya turut gembira melihat Zhafry bakal berteman tidak lama lagi.
“Dady kahwin dekat mana nanti?” soal Angel lagi.
“Mungkin dekat majlis Islam, kami berdua belum bincang lagi” Isha lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan Zhafry berbual dengan Angel. Selepas merasakan Angel ingin berbincang sesuatu dengan Zhafry Isha Wristi minta diri untuk masuk ke bilik. Bilik tamu yang dihuninya sejak semalam.
“Indra dengan Angel macam mana?” Angel tersenyum mendengar soalan Zhafry. Peluang yang ditunggunya sudah muncul.
“Coming soon lepas dady dan mama Isha” Zhafry mengerutkan dahinya selepas mendengar jawapan Angel.
“Ala dady, coming soon tu nantilah. Minggu depan ke, bulan depan ke atau tahun depan ke?” Zhafry akhirnya menggeleng kepala mendengar penjelasan Angel. Kalau Angel mungkin masih terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga tapi Indra, lelaki tersebut sudah nampak matang dan sudah bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. Indra juga nampak begitu serius mahukan Angel.
“Dady perhatikan Angel dan Indra sudah terlalu rapat, kamu berdua tidak pernah bincang soal kahwin?” Zhafry nampaknya sudah memberi jalan untuk Angel membuka cerita yang disoroknya.
“Ada dan Indra sudah melamar Angel semalam dan Angel terima” jawapan Angel melengkapkan jawapan persoalan yang ada di fikiran Zhafry waktu itu.
“Ayah memang sudah boleh agak sebab tu ayah tanya. Indra sudah nampak kemaruk benar rindukan kamu tiga hari lepas” kata-kata membuatkan Angel tergelak kecil.
“Dady tak menghalang sebab dady nampak Indra boleh menjaga kamu dengan baik dan sentiasa ambil berat pasal kamu. Indra ajak kamu kahwin bila?” soal Zhafry selepas itu.
“Selepas dady kahwin. Bagi orang tua dulu baru budak-budak” jawapan Angel membuatkan Zhafry tergelak besar.
“Nakal, kalau datuk dan nenek kamu masih ada tentu mereka gembira mendengar berita ni” Angel turut tersenyum dan mengakui kebenaran kata-kata Zhafry itu.
“Dady akan buat majlis yang great untuk kamu berdua” tambah Zhafry lagi.
“Dady, kalau Angel dan Indra yang aturkan majlis dady dengan mama Isha macam mana?” lelaki itu mengangkat keningnya memandang Angel kemudian tersenyum.
“Boleh, tapi jangan terlampau great sebab dady sudah tua” balas Zhafry selepas itu.
“Mana ada tua, dady tu masih kacak dan mengancam lagi dan mama Isha tu muda lagi, cantik dan anak dara lagi tau mestilah dia nak rasa juga kemariahannya. Sekali seumur hidupnya” jawapan Angel memang ada kebenaranya dan akhirnya Zhafry menyetujuinya.
“Bincang apa tadi?” tanya Isha Wristi semasa wanita itu kembali semula ke ruang tamu setelah Angel sudah masuk ke biliknya.
“Indra sudah melamar Angel” Isha Wristi tersenyum mendengar jawapan Zhafry dan itulah yang Isti Samira dan Isha Wristi tunggu-tunggu selama ini. Mereka berdua selalu mengharapkan Indra akan menemui pasangan hidupnya dan merasa kenikmatan hidup seperti manusia biasa di sekelilingi mereka.
“Bila mereka nak kahwin?” soal Isha Wristi lagi.
“Selepas kita, mereka uruskan majlis kita dulu dan selepas tu kita atur untuk berdua pula” Isha Wristi mengangguk setuju dengan cadangan Zhafry.
“Saya nak majlis yang sederhana sebab kami tak ada ramai kawan yang akan diundang” Isha Wristi selalu menceritakan perkara itu kepadanya. Selain kakak dan anak saudaranya Isha memang tidak ada ramai kawan kecuali rakan di tempat kerja. Zhafry adalah manusia pertama yang rapat dengannya dan akhirnya bakal menjadi suaminya.
“Saya sudah beritahu Angel tentang tu tapi dia nak awak gembira pada hari tu nanti” selepas menuturkannya Zhafry nampak Isha mengangguk dan tidak membantah lagi.
“Sayang, saya pun ingin awak lalui pengalaman yang indah nanti dengan hati yang gembira. Awak ratu di hati saya Isha, selalu ada ketika saya memerlukan. Awak membawa sinar baru dalam hidup saya sejak begitu lama saya kehilangannya” Isha Wristi menguntum senyum mendengar luahan hati Zhafry kepadanya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...