Bab 51. Pendamping Sarah

0 0 0
                                    

         Angel  terus bangkit dan matanya terbeliak memandang ke hadapan dengan wajah yang berpeluh-peluh. Indra yang sedang duduk di kerusi menaip sesuatu dengan komputer ribanya menoleh dan segera mendekati isterinya.
“Apa benda tu?” soal Angel  pada dirinya. Indra nampak keresahan dan ketakutan di wajah isterinya dan Angel  pasti bermimpi lagi sesuatu  yang menakutkan.
“Sayang mimpi apa?” soal Indra kemudian memeluk dan mengucup kepala isterinya.
“Rupanya hodoh sangat dan ia cuba mencekik saya” ujar Angel  sambil membalas pelukan suaminya.
“Mungkin apa yang saya rasa petang tadi” sahut Indra selepas mengingatkan sesuatu.
“Tapi benda tu muncul selepas saya bergaduh dengan Sarah kerana Dimaz” cerita Angel  membuat Indra terpaku sebelum menyambung bicaranya lagi.
“Sarah memang tidak akan berputus asa selagi impiannya tidak kesampaian. Saya tahu  Sarah ada niat untuk pisahkan kita. Saya dapat rasa Sarah menggunakan sesuatu yang datang petang tadi untuk membantunya” jawapan Indra membuatkan Angel  semakin cuak kemudian mendongak memandang suaminya.
“Saya takut, saya tak mahu kehilangan Dimaz” Indra menggelengkan kepala mendengar kata-kata Angel .
“Tak sayang, ia tidak mungkin berlaku. Saya tidak akan alah dengan apa saja ilmu manusia ataupun syaitan dan kerana itu sasarannya adalah sayang. Mungkin mereka fikir dengan menyingkirkan sayang mereka akan dapat saya tapi malangnya mereka tidak tahu ianya bukan semudah yang mereka fikirkan” Angel  juga yakin apabila mendengar jawapan Indra kerana kesan sumpahan  sihir Yaman telah menambahkan satu lagi unsur dalam tubuh Indra Arjuna Aditya yang membuatkan lelaki tersebut boleh wujud menjadi tiga makhluk yang berbeza. Terpulang kepada kekuatan Indra sendiri yang menentukan kewujudan yang dikehendakinya dan menggunakan kekuatan akal untuk menentu serta mengawal  tingkah lakunya sama ada positif atau negatif dalam dirinya.  Angel  adalah takdirnya dan penawar yang mampu membantu mengawal serta memadam apa saja kejahatan yang gagal dikuasai oleh akalnya. 
“Kebencian sayang boleh melindungi diri awak dari apa saja terutama yang berniat tidak baik dan sekarang sayang perlu tujukan kebencian pada Sarah”. Angel kemudianya mengangguk selepas mendengar penjelasan Indra kepadanya.
Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul tujuh suku, Angel  dan Indra cuma ada beberapa minit untuk bersiap untuk menghadiri slot pada malam tersebut. Mereka mungkin akan sampai lewat dan Angel  sudah menghantar mesej kepada Hanah bahawa mereka mungkin akan terlewat dalam beberapa minit.
Sarah menoleh melihat kumpulan Citra yang berada di sebelah kumpulan mereka. Ketiadaan  Indra dan Angel  dalam kumpulan itu membuatkan hatinya mula tidak senang. Misinya akan disempurnakan malam itu dan Sarah tidak mahu gagal lagi. Ke manakah perginya pasangan tersebut atau mungkin sedang memadu asmara. Prasangka yang menyakitkan hatinya sendiri.
Pasangan tersebut sampai apabila kumpulan pertama sudah tampil ke depan untuk memulakan pembentangan. Sedondon dengan baju T berwarna hijau tapi pasangan tersebut kelihatan tidak jadi melangkah dan berhenti di hadapan pintu masuk kemudian kelihatan sedang berbisik sesuatu sambil menutup hidung. Sarah lega melihat kemunculan pasangan tersebut sambil terus memasang angannya.
Sangkaannya Indra tepat apabila melihat sesuatu sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Sesuatu yang manusia lain tidak akan nampak sedang mendampingi seseorang.  Mungkin itulah rupa yang Angel  nampak dalam mimpinya petang tadi. Bauannya busuk seperti bangkai membuatkan Indra menutup hidungnya. Kalau Sarah boleh melihat rupa makhluk yang berdiri di sampingnya sanggupkah gadis itu untuk menjadikan makhluk itu sebagai pendampingnya.
“Ada bau busuk, ada tikus mati kot dalam dewan ni” tegur Angel  yang turut terhidu bau busuk. Walaupun tidak melihat tapi gadis itu boleh menghidunya seperti kejadian yang berlaku pada Hisham dahulu.
“Benda yang sayang mimpi tadi ada dalam dewan ni” Angel  membutangkan matanya mendengar penjelasan suaminya. Wajahnya segera menjadi pucat, cuak mendengar kata-kata suaminya. Baunya saja sudah membuatkan tekaknya berasa mual inikan pula rupanya. Angel  segera memaut lengan suaminya isyarat menyatakan ketakutannya.
Angel  dapat melihat dengan jelas Sarah tersenyum ketika berpaling melihat ke arah suaminya sedangkan Indra sibuk dengan game pancing dalam tab di tangannya. Itulah aktiviti Indra untuk memenuhi masanya selain daripada membaca buku dan melayani isterinya.
“Sayang! Jangan pedulikan dia. Sarah tunggu peluang saya memandangnya supaya makhluk itu tahu siapa yang menjadi sasaran tuannya” bisik Indra ketika merapati isterinya. Nada whatsapp yang kedengaran dari telefon bimbit Angel  membuatkan Angel  segera mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dari dady , bisiknya dalam hatinya.
‘Angel, your younger bro/sis  coming soon’ Angel  hampir menjerit ketika itu juga selepas membuka mesej tersebut.
“Ada apa sayang?” soal Indra secara berbisik selepas mendengar Angel  ketawa sendiri.
“Kita akan dapat adik” Indra turut tersenyum mendengar jawapan Angel.
‘Congratulations, dady  memang hebat! Lusa kita raikannya bersama’
Mesej yang dihantar oleh Angel membuatkan Zhafry tersenyum. Isha yang masih terbaring di atas katil ditenungnya sejenak dengan perasaan yang amat bahagiakan. Sudah hampir tiga bulan usia perkahwinan mereka akhirnya Isha menemuinya pagi tadi dan memberitahu dirinya mengandung. Selepas membuat imbasan di bahagian perut Isha dan memang benar sudah terbentuk satu janin di dalam rahim isterinya.
“Sayang, abang sudah beritahu Angel dan Indra. Lusa mereka balik” ujar Zhafry perlahan kemudian mencium pipi isterinya penuh perasaan kasih dan cinta.
“Kita sudah ada Angel kali ini Isha nak beri abang anak lelaki pula” Zhafry mengangguk sambil tersenyum kemudian mengusap dan membelai rambut isterinya.
“Kali ini abang ingin berasa di sisi sayang dan menyambut sendiri kelahiran anak abang sebab dulu abang gagal merasakannya dan berkongsi saat-saat indah itu bersama ibu Angel. Angel  lahir tanpa abang dan bila abang sampai Diana sudah tiada. Abang tidak boleh gambarkan bagaimana hancurnya hati abang masa tu sebab abang gagal lalui saat-saat terakhir bersama. Sampai sekarang abang tidak pernah melupakan arwah Diana. Pengorbanannya menghadiahkan Angel  untuk abang dan abang harap kali ini abang ingin menebusnya bersama sayang. Percayalah cinta dan kasih sayang abang pada sayang setara dengan cinta abang pada arwah Diana. Arwah cinta pertama abang dan sayang cinta terakhir abang” Isha terharu mendengar pengakuan suaminya dan Isha tahu Zhafry benar-benar ikhlas dan jujur dengan kata-kata yang diucapkannya.

DirgantaraWhere stories live. Discover now