Nn“Banu perut saya sakit” ujar Angel sambil wajahnya berkerut menahan rasa sakit. Banu agak terkejut mendengar kata-kata Angel. Hari itu tempoh kandungan Angel baru genap tujuh bulan tujuh hari. Adakah sudah sampai tempoh untuk Angel bersalin.
“Sakit yang macam mana?” soal Banu sambil dahinya berkerut memandang wajah Angel.
“Tak pasti tapi sekejap ada dan sekejap hilang. Bahagian pinggang yang lebih kuat rasanya” ujar Angel pula. Sesekali wajahnya berkerut menahan sakit.
“Mungkin Angel hendak bersalin” ujar Banu sambil memandang wajah Angel yang sedang berkerut menahan rasa sakitnya.
“Banu, cahaya apa tu” cahaya terang di luar menarik perhatian Angel.
“Saya rasa mereka sudah memulakan pertarungan” ujar Banu yang sudah dapat merasakan sesuatu. Bunyi hentaman kuat sekali lagi mengejutkan Angel. Banu menggenggam erat tangan Angel membantu menenangkan Angel. Angel harus diberi kekuatan untuk menghadapinya kerana sekarang Indra sedang berdepan dengan Yaman, makhluk alam ghaib yang paling digeruni.
Angel akan selamat selagi mereka berada dalam khemah khas yang dibina oleh Isha Wristi. Walaupun musuh mereka tidak dapat melihat kewujuan Angel di situ tetapi keadaan Angel yang kelihatan sedang bertarung menahan rasa sakitnya membuatkan Banu semakin risau. Banu tidak akan mampu menahan gelora nafsunya sekiranya darah Angel sudah tumpah ke bumi.
Perang sudah bermula dan manusia yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsanya. Dewan perhimpunan hampir roboh, langit kian gelap dan manakala tiupan menerbangkan objek-objek di persekitarannya. Indra sedang menghadapi kesukaran apabila terpaksa sendirian menentang Yaman. Dalam keadaan kaku dan terkunci Isti Samira dan Isha Wristi hanya mampu melihat dan tidak dapat memberi bantuan kepada Indra.
“Putera Indra Arjuna,, biarlah kau bertarung menentang lawanmu. Inilah peluangku untuk mendapatkan makanan berkhasiatku. Setelah kau berpenat lelah menentang Yaman aku muncul sebagai maharaja Loka lantas menghapuskan Yaman keparat itu” Braja menyelinap mencari Ratih Hasna. Ketika Isha Wristi terbelenggu oleh kuasa Yaman, Ratih Hasna berpeluang melepaskan dirinya.
“Salah seorang perempuan itu telah menyembunyikan Angel. Kau jangan risau sebab aku tahu cara mencarinya. Angel akan keluar menunjukkan dirinya” Ratih Hasna tersenyum memandang Braja.
Angel tidak pasti punca ketidakselesaan yang dirasainya. Mungkin rasa hendak bersalin atau impak kerisauannya memikirkan tentang Indra. Angel perlukan Isti Samira atau Isha Wristi berada di sampingnya. Salah seorang wanita tersebut boleh membantunya Banu sekiranya sudah tiba saat kelahirannya nanti.
“Banu, tolong panggil mama atau ibu. Saya rasa benar-benar tidak selesa sekarang” Lidah Banu kelu mendengar permintaan Angel. Kedua-dua wanita yang diperlukan oleh Angel sudah tidak boleh membantu mereka.
“Mereka sudah tidak dapat membantu kita Angel. Yaman sudah membelenggunya mereka”. Angel terpaku mendengar jawapan Banu.
“Suami saya, Indra bagaimana?” soal Angel apabila teringatkan suaminya. Banu kelihatan menggelengkan kepalanya.
“Kenapa Banu? Cakap Banu kenapa?” soal Angel sambil memegang lengan Banu.
“Yaman terlalu kuat dan sekarang saya tidak tahu adakah Indra mampu menentangnya. Sekarang Indra sedang berusaha untuk melepaskan dirinya dan menentang Yaman” Air mata Angel tidak mampu dibendung apabila mendengar cerita Banu tentang Indra. Indra tidak harus kalah dalam pertarungannya kerana segalanya bergantung pada Indra. Kalau Indra tewas semuanya sudah tiada erti. Angel juga akan lenyap dari alam ini. Angel dan zuriat mereka akan menjadi santapan makhluk-makhluk alam ghaib yang sentiasa menanti peluang untuk membaham mereka.
“Angel nak ke mana ni” Banu menangkap lengan Angel apabila melihat Angel bangun seperti hendak meninggalkan persembunyian mereka.
“Saya nak tolong Indra, Indra perlukan saya” Angel nekad Indra harus dibantu.
“Jangan Angel! Kalau Angel keluar dari sini Yaman akan tahu kewujudan Angel dan anak Angel juga akan menjadi mangsa. Semua yang ada di luar tu mahukan Angel dan anak Angel” Banu menahan dan memujuk agar Angel membatalkan niatnya. Angel dan zuriat Indra Karma harus diselamatkan daripada semua makhluk alam ghaib yang sekarang sedang berkeliaran mencari Angel.
“Angel, tolong Angel. Selamatkan Indra. Ibu tidak mampu membantunya” suara Isti Samira merintih memanggil nama Angel agar membantu Indra membuat Angel terpana memandang Banu.
“Banu! Awak dengan tak itu suara ibu”
“Jangan mudah percaya Angel, itu bukan suara Gusti permaisuri. Mereka cuba perangkap Angel agar keluar dari sini” Banu tidak yakin itu adalah suara Isti Samira. Sekira mereka keluar Banu tidak mampu untuk menentang dan menyelamatkan Angel. Keadaan akan menjadi sukar kalau Angel tidak mendengar larangannya tapi Banu bersyukur melihat Angel masih mendengar kata-katanya. Angel kelihatan melihat telefon bimbit kemudian mendailnya.
“Saya nak tefefon abi” ujar Angel lagi apabila teringatkan Ustaz Zaini. Lelaki itu ada berpesan supaya menghubunginya jika berlaku sesuatu. Banu tidak berkata apa-apa dan hanya melihat apa yang Angel lakukan kepada telefon bimbit di tangannya. Biarlah Angel menghubungi Ustaz Zaini mana tahu guru agama tersebut boleh membantu mereka.
“Abi, tolong kami abi. Kami semua dalam bahaya. Suami Angel dalam kesusahan” hanya ayat itu yang mampu Angel ucapkan kemudian terdengar esak tangis Angel menyambung ayatnya. Banu segera menarik Angel dalam pelukannya bagi mententeramkannya.
“Banu, Indra pernah beritahu saya bahawa dia ingin menyambung sendiri kelahiran anak kami. Seperti mana dia pernah menyambung kelahiran saya dulu dan dia hendak buat perkara yang sama dengan anak kami. Dialah manusia pertama yang pernah saya lihat di dunia ini dan saya juga mahu papanya orang pertama yang anak kami lihat. Saat mula saya membuka mata dan saat terakhir saya menutup mata saya ingin semuanya berlaku di hadapan Indra. Hidup dan mati, saya hanya mahu bersamanya. Saya mencinta Indra lebih daripada nyawa saya sendiri.Saya tidak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup saya selepas ini kalau tanpa Indra. Saya rasa saya tidak boleh hidup tanpa Indra di sisi saya. Suatu masa nanti pasti saya yang dahulu akan tinggalkan Indra dan masa itu Indra akan kembali sendirian dan kesepian. Saya tidak pernah mahu perkara itu berlaku kepada kami. Ke mana pun Indra pergi saya sanggup ikut meskipun dalam dunia yang bukan untuk manusia seperti saya. Saya sanggup jadi manusia seperti kamu asalkan saya boleh hidup selamanya bersama Indra. Yaman yang menjadikan kamu seperti itu jadi kenapa tidak Yaman boleh menjadikan saya seperti Banu, Isqan, dan Braja” Banu menggelengkan kepalanya mendengar ayat-ayat yang diucapkan oleh Angel.
“Jangan Angel inginkan kehidupan seperti kami. Kehidupan yang panjang bukan berertinya kami bahagia Angel. Kami tidak sempurna seperti manusia biasa malah terpaksa bersembunyi dari manusia lain” sambung Banu cuba mengubah tanggapan Angel tentang kehidupan sepertinya.
“Tapi saya bahagia hidup bersama Indra. Banu tak bahagiakah bersama Isqan?” soalan Angel membuatkan Banu tersenyum.
“Kami saling memerlukan. Kami telah bersama lebih dua ratus tahun dan saya tidak pernah sangsi kepada kasih sayang dan cinta Isqan pada saya” Angel tersenyum mendengar jawapan Banu.
“Itu yang saya impikan Banu. Saya ingin bersama Indra untuk selama-lamanya. Sama ada hidup atau mati saya mahu segala berkahir di pangkuan Indra.Takdir kenapa saya dilahirkan di dunia ini. Benar atau tidak inilah masanya untuk membuktikannya” Banu terpana dan tidak mampu menghalangnya. Angel terus meluru keluar dari tempat persembunyian mereka.
Ratih Hasna terus menghalang Banu yang cuba mengejar Angel. Angel sudah keluar dari persembunyiannya dan Braja pula perlu mendapatkan Angel. Braja tahu Angel juga sudah sarat akan melahirkan zuriat Indra Arjuna Aditya. Braja perlu mendapatkan darah, bayi atau uri daripada Angel untuk menentang Yaman dan selepas itu Braja tidak perlu risau apa-apa lagi kerana selepas Yaman dikalahkan dialah Maharaja terkuat di alam ghaib dan Ratih Hasna sudah berjanji untuk menjadi permaisurinya.
“Angel, Indra Arjuna sudah tewas di tangan Yaman, ikut saya kalau Angel hendak selamat. Saya akan tolong Angel lindungi bayi Angel dan saya akan ajar anak itu untuk mengalahkan Yaman” Braja menghalang laluan Angel dan cuba menahannya.
“Tidak! Kau bohong! Kau musuh Indra. Aku benci kau, aku akan bunuh kau” Angel sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan waktu itu lalu terus menepis tubuh Braja dengan tangan. Braja merasakan tubuhnya bagaikan lumpuh dan segala kekuatannya seakan telah padam. Perempuan manusia itu memang merbahaya kerana bukan sahaja kebenciannya akan menjadikan darahnya racun yang amat berbisa tetapi kebenciannya juga akan menjadi kekuatan yang melumpuhkan segala tenaga dan kuasa makhluk yang murkainya.
Perasaan marah yang mengusai dirinya sudah tidak dapat dibendung dan ketika Angel mendekati Braja, Ratih Hasna muncul untuk cuba membantu.
“Jangan Ratih, dia merbahaya. Dia sedang marah dan dia boleh membunuhmu” Ratih Hasna tidak peduli dan ketika sudah mendekati Angel dan hendak melakukan sesuatu Angel segera berpaling dan terus menangkap leher Ratih Hasna.
“Kau pun harus mampus, aku benci kau!” Ratih Hasna merasakan seluruh tubuhnya panas dan kemudian jasadnya bertukar menjadi seekor angsa sebelum berubah menjadi hitam dan terbakar menjadi debu halus. Braja memerhatinya dengan keadaan yang sesal. Bakal permaisuri sudah dibunuh oleh isteri Indra Arjuna. Walaupun kemarahan meluap-luap namun tenaganya telah lumpuh dan tidak mampu hendak melawan dan apakah Barja juga akan menerima nasib yang sama seperti Ratih Hasna. Apakah nyawa mereka akan berakhir di tangan manusia yang mereka kejar dan sangat-sangat mereka mahukan sebelum ini..
“Dan kau!” Angel berpaling memandang Braja yang masih lagi terpana melihat kemusnahan Ratih Hasna dengan mudah di tangan Angel. Ketika Angel mendekatinya dan mencekik lehernya Braja merasaikan sesuatu yang amat menyakitkan. Kesakitan yang Braja rasai adalah tenaga yang telah membakar jasad Braja menjadi kehitaman dan kemudian bertukar menjadi debu halus yang berterbangan.
Suasana dan keadaan di luar itu memang amat buruk. Angel tidak boleh menamakan apakah suasana atau pemandangan yang sedang dilihatnya sekarang. Semua mata yang perbagai rupa, saiz dan warna sedang memandangnya. Renungan yang pelbagai cara dan Angel tidak pasti apa maksudnya.
“Dimaz” bisik Angel apabila melihat Indra berada dalam sangkar api dan keadaannya seperti cuba hendak melepaskan diri. Ketika pandangan mereka bersatu Indra juga seperti terkejut melihat Angel. Kemunculan menjadi peransang untuk Indra berusaha cuba melepaskan diri agar boleh menyelamatkan dan membawa Angel pergi dari situ namun sangkar api yang dibina oleh Yaman bukanlah suatu yang mudah untuk dilepasinya. Benar kata Isti Samira, Yaman adalah maharaja yang memiliki kekuatan dan kesaktian yang amat digeruni oleh seluruh makhluk alam ghaib.
Kemunculannya membawa keharuman yang dapat dikesani oleh semua deria makhluk-makhluk yang ada di situ. Yaman juga sedang menghayatinya dan matanya terpaku melihat empunya bauan harum yang sedang muncul di situ dan itulah sebahagian daripada misi kemunculan semula Yaman di bumi manusia pada kali ini. Untuk memastikan kebenaran cerita yang sampai kepadanya. Walaupun sudah lebih dua ratus tahun mengikut kiraan peradaban manusia, Yaman telah melunaskan kebencian ke atas Maharaja Aditya Wangsa dan segala pengikutnya namun kebencian dan sakit hatinya tidak pernah berkesudahan apabila Isti Samira terus menolaknya dan tidak mahu kembali ke alam mereka malah terus memilih untuk menjalani kehidupan di dunia manusia. Paling mengejutkan rupa-rupanya Isti Samira telah mempunyai zuriat bersama maharaja manusia tersebut dan Isti Samira juga terlalu bijak kerana berjaya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuannya. Tanpa sedar Yaman sendiri yang telah mencipta Maharaja Loka kerana salah seorang makhluk ciptaan daripada sumpahannya adalah makhluk bangsawan keturunan dua alam.
Menurut ramalan Pendita Surya dan seluruh pendita di alam ghaib, Maharaja Loka lahir daripada penyatuan dua alam dan sudah pasti zuriat Isti Samira itulah yang dimaksudkan oleh takdir itu. Maharaja Loka akan bertemu Bidadari Citra dan mereka akan berkahwin dan segala kekuatan Maharaja Loka adalah daripada Bidadari Citra. Bidadari Citra memilliki segala penawar namun Yaman juga tidak tahu siapakah Bidadari Citra, manusia atau makhluk alam ghaib?. Khabar yang paling menakutkan Yaman adalah apabila makhluk alam ghaib mengkhabarkan keturunan Isti Samira tersebut telah berkahwin dengan seorang perempuan manusia dan telah berjaya melawan dugaannya hampir ke titik akhir. Mungkinkah perempuan manusia itu adalah Bidadari Citra yang pernah disebut oleh Pendita Surya yang akan memberi penawar dan kekuatan kepada Maharaja Loka untuk mengalahkannya.
Bauan harum itu terus menyengat deria baunya dan keinginan untuk memiliki semakin bergelora. Sumber bauan itu hanya dimiliki oleh seorang bidadari yang akan memberi kekuatan yang luar biasa. Namun bidadari tidak boleh dihampiri sesuka hati apalagi disakiti sekiranya ia tidak mengizikan dirinya untuk didekati. Kebenciannya akan menukarkan segalanya yang dimiliki menjadi racun berbisa yang akan memusnahkan semua yang mendekati dan Yaman amat tahu tentang perkara itu.
Ketakutan Angel membuatkan perasaannya Angel tidak menentu. Angel tahu semua makhluk yang berada di situ berebut-rebut untuk mendekatinya. Mereka inginkan darahnya sebagai santapan dan paling mereka mahukan adalah janin yang kini berada di dalam rahimnya sekarang. Kekuatan untuk memusnahkan Yaman dan kuasa untuk menjadi Maharaja terkuat di alam ghaib.
Yaman menghembuskan nafasnya dan makhluk-makhluk yang ingin mendekati Angel berudur.
“Bidadari Citra! Mari dekat padaku” Yaman mula menyerukan sesuatu kepadanya. Angel pandang wajah Yaman dan Angel tidak tahu menceritakan bagaimana hendak dinyatakan keburukan itu setanding dengan keburukan sikapnya. Mungkin itulah wajah terburuk yang pernah dilihatnya dan Angel harus mengawal perasaan takutnya agar tidak dapat dikesani oleh mana-mana makhluk yang ada di situ terutama Yaman. Ketakutkan akan melemahkan dirinya.
“Rupa kau terlalu hodoh dan menakutkan” tegur Angel ketika Yaman datang mendekatinya.
“Kalau kau tidak suka rupaku ini aku boleh menukarkan wujudku menjadi manusia yang paling tampan dan kacak di bumi ini” itu yang Yaman sepatutnya lakukan. Angel tidak sanggup untuk melihat wajah makhluk yang sedang memandangnya. Tanpa sempat mengelipkan matanya kini Angel sudah berdiri di hadapan jasad seorang lelaki manusia yang kacak dan kalau tiada wujudnya Indra memang itulah lelaki paling kacak pernah Angel lihat. Yaman tersenyum kepadanya dan di sebalik senyuman yang memukau itu siapa tahu itulah makhluk terhodoh yang paling jahat di alam semesta.
“Bidadari Citra, rupanya khabar yang tersebar di seluruh alam ghaib itu memang benar. Penyatuan kau dengan putera dua alam telah mencipta makanan yang amat kami tunggu-tunggu selama ini. Berilah ia padamu dan aku akan mengangkatmu di tempat yang paling mulia di sisiku” Yaman bergerak mengelilingi tubuh Angel namun tidak menyentuhnya. Sama seperti makhluk alam ghaib yang lain Yaman tahu Bidadari Citra tidak boleh disentuh dengan sesuka hati tanpa kerelaannya. Ia memiliki penawar yang boleh bertukar menjadi racun yang paling berbisa. Kasih sayangnya adalah penawarnya dan kebencian serta kemarahan adalah pembunuh.
“Sayang! tukar perasaan takut awak dengan perasaan benci” di saat itu suara Indra terngiang-ngiang di telinga Angel.
“Tidak! Aku benci kau! Kau kejam!” jeritan Angel membuatkan Yaman dan semua makhluk yang ada di sekitarnya berundur. Wajah Yaman segera memancarkan sinaran api yang berwarna kemerahan. Bidadari Citra sukar untuk dipujuk dengan janji dan ayat merdunya. Indra yang terperangkap dalam kurungan apinya menjerit kuat apabila Yaman menambahkan kepanasannya.
“Adakah kau mahu Putera Indra Arjuna mati dalam kurunganku. Setelah kau menyaksilan kehilangannya selepas itu kau akan menyaksikan kehancuran seluruh makhluk manusia di muka bumi ini” jeritan kesakitan suara Indra dan ugutan Yaman yang membuatkan Angel hilang punca untuk berfikir. Nyawa suaminya dan zuriat mereka berdua atau nyawa seluruh manusia di bumi ini. Angel harus membuat pilihannya. Berulangnya peristiwa seperti kehancuran kerajaan Loka Wangsa suatu masa dulu dan bertambahnya kewujudan makhluk syaitan ciptaan Yaman. Tidak kira apa ketagorinya jin ataupun syaitan Yaman tidak boleh dibiarkan terus berkuasa. Indra harus diselamatkan dan Maharaja Loka harus muncul. Angel harus menjadikan takdir itu suatu kenyataan.
Angel tidak mampu untuk terus memikirkan apabila perutnya tiba-tiba sakit dan Angel melutut untuk melawannya. Siapakah yang akan membantunya, Banu yang cuba mengejarnya tadi tidak lagi kelihatan, Mungkin pengikut Yaman sudah melakukan sesuatu kepadanya. 'Anakku bertahanlah. Kita harus membantu papamu, tolonglah mama sayang' Angel cuba bergerak walaupun dalam kesakitan yang tidak tertanggung.
“Bidadari Citra! Bangunlah dan berikan makanan itu padaku” suara-suara yang meminta itu bersilih ganti di telinga Angel dan kesakitan semakin kuat.
“Bagaimana aku hendak melahirkannya. Aku perlukan suamiku sekarang” jerit Angel dalam tangisnya.
Dentuman kuat seperti guruh, percikan yang terang umpana kilat dan laungan kuat bagaikan halilintar saling bersahutan ketika satu-persatu bertemu sasarannya. Angel dapat mendengar dengan jelas dan di kala itu juga perutnya semakin kembali sakit. Mungkin saatnya hendak bersalin sudah tiba.
“Angel!” suara bisikan seseorang menyebut namanya menyebabkan Angel berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sesuatu namun tiada sesiapa.
“Angel!” suara itu kedengaran lagi dan kali ini bukan dari kiri atau kanan tapi dari leher dekat di dada Angel. Batu permata di lehernya bersuara memanggil nama Angel. Angel termenung memikirkan sesuatu dan ingatan kembali mengingatkan cerita bagaimana Indra memperolehi batu permata yang kini menjadi loket rantai di lehernya.
“Awak panggil saya” Angel cuba bertanya.
“Ya Angel, Putera Indra Arjuna pernah membantu saya ketika saya dalam kesusahan dan sekarang Putera Indra Arjuna sedang dalam kesusahan dan kesakitan. Saya juga tidak mampu melawan Yaman tapi saya akan membantu awak Angel. Saya harap awak gunalah peluang yang ada sewaktu awak bersamanya. Hanya Maharaja Loka sahaja yang boleh musnahkan Yaman” Angel tersenyum apabila suara itu memang benar dari loket batu permata yang tergantung di lehernya.
“Sekarang saya rasa sudah dekat hendak bersalin tapi saya tidak tahu bagaimana saya hendak mengeluarkan anak saya, tolonglah saya. Saya hendak Indra menyambut kelahiran anak kami” Angel mula merasakan sakit perutnya semakin kuat dan mungkin waktunya sudah semakin hampir.
“Saya akan melindungi awak Angel. Saya akan bawa Angel pada Indra Arjuna dan ingat Angel seluruh yang ada padamu adalah penawar begitu juga air matamu. Lembutlah Yaman dengan air matamu dan minta sesuatu agar kau dapat bersama Indra sewaktu kau melahirkan anakmu dan jadikan Indra Maharaja Loka. Ingat Angel itu sahaja peluang yang ada” batu itu berbisik lagi kepada Angel.
Cantik dan berwarna warni, itulah cahaya keluar dari batu permata yang tergantung di leher Angel. Seperti yang pernah Angel alami dalam mimpinya sebelum ini, cahaya yang berwarna warni membelit tubuh. Walaupun dalam kesakitan berada dalam genggaman Yaman, Indra memandang isterinya sambil tersenyum. Yaman cuba menangkap cahaya yang membalut dan mengangkat tubuh Angel tetapi dengan pantas cahaya itu membawa Angel mendekati Indra yang sedang terkurung dalam genggaman tangan Yaman. Cahaya itu kemudian menghilang semula ke dalam batu permata yang tergantung di leher Angel.
“Yaman! Aku berjanji akan menuruti segala kehendakmu tapi berilah aku peluang terakhir untuk bersama Indra sebelum kau membunuhnya” pinta Angel dengan linangan air matanya yang mengalir tanpa henti. Api yang melingkari tubuh Indra padam dan renungan Yaman bagaikan memberi izin Angel untuk mendekati suaminya.
“Ingat Bidadari Citra, kalau kau membohongi janjimu dunia ini akan mendapat padahnya” ketika menahan kesakitannya Angel terus bergerak mendekati Indra lalu memeluk suami. Angel dapat merasakan Indra baru terlepas dari cengkaman yang amat menyakitkan.
“Sayang! Apakah saatnya sudah tiba?” soal Indra di kala mendengar suara Angel mengeran menahan kesakitan. Angel mengganggukkan kepalanya dan kerana kesakitan yang datang lagi Angel lantas merebahkan tubuhnya di atas riba suaminya. Indra begitu simpati melihat wajah Angel yang semakin tidak tertanggung menahan kesakitannya. Secara normalnya manusia yang akan bersalin akan mengeluarkan tanda air atau darah dan Indra harus memastikan salah satu tanda itu sudah ada.
“Dimaz, tolonglah! Aku dah tak tahan. Keluarkan anak kita sekarang” pinta Angel dengan wajah Angel semakin berkerut menahan sakit.
“Indra, kau tidak punya masa untuk menunggu kelahiran anakmu kerana anakmu tidak akan lahir seperti manusia biasa. Gunakan aku untuk mempercepatkan kelahirannya” Indra terpana seketika apabila terdengar suara itu datang lagi dari batu permata di leher Angel. Terlalu lama Indra menunggu saat tiba waktunya batu hati naga itu berguna kepadanya. Indra menyentuh batu permatanya dan segera membuka rantai di leher isterinya. Dari bentuk hati batu permata itu menjelma menjadi sebilah pisau yang berhulukan emas dan bermatakan batu permata yang tajam. Indra terus dapat memahami kegunaan senjata itu kepadanya. Dia terpaksa melakukan dan sebelum itu wajah Angel dipandangnya sayu.
“Sayang, aku tidak pasti apakah tindakanku ini betul tapi aku menyayangimu lebih dari nyawaku sendiri” selepas mencium dahi dan pipi isteri, cahaya-cahaya berwarna-warni itu muncul lagi kemudian bertukar menjadi sehelai kain kuning keemasan lalu jatuh ke atas tubuh Angel menggantikan pakaian yang menutupi tubuh Angel.
“Indra, lakukannya sekarang !” suara itu berbisik lagi kepadanya.
Ketika ibunya melahirkan Angel, perkara itu tidak berlaku. Kelahiran Angel adalah kelahiran normal seorang manusia. Walaupun Angel tersenyum memberi keizinan untuk suaminya melakukan namun Indra tetap risau akan kehilangan Angel.
Deruan tiba-tiba angin yang kuat dan hujan yang turun mencurah Indra kebalkan hati untuk melakukan. Satu garisan dilakarnya di bahagian bawah dan percikan darah harum Angel membuatkan makhluk-makhluk yang berada di situ menjerit. Ada yang melompat cuba menyerang ke arah pasangan tersebut namun Yaman memberi amaran dengan bunyi dengusan nafas yang kuat membuatkan makhluk-makhluk berudur kembali. Walaupun Yaman juga tergoda dengan haruman namun Yaman akur dengan janji Bidadari Citra yang akan memberinya makanan itu secara terhormat.
Pisau permotong dilepaskannya ke bawah di kala matanya terpadang tangan yang bergerak keluar dari perut isterinya. Indra tersenyum di saat menatap bayi yang diangkatnya keluar dari perut isterinya dan di kala jeritan tangis bayi itu bergema semua makhluk ghaib menutup telinganya dan ada yang bergerak menjauhkan diri. Yaman menjelirkan lidahnya kerana sebentar lagi dia akan mendapat santapan yang dijanjikan oleh Bidadari Citra kepadanya.
“Sayang, dia Rajuna Andika” sambil tersenyum Indra lantas meletakkan bayi tersebut di sisi isterinya.
“Indra, lakukan sesuatu untuk dapatkan tenaga dan kekuatan untuk kau menentang Yaman dan musuh-musuhmu” di kala itu suara itu berbisik di kepadanya. Angel memandang suaminya dan dengan sisa tenaganya yang ada Angel menarik tangan suaminya.
“Dimaz, dapatkan makananmu dan jadilah Maharaja Loka,” bisik Angel perlahan kepadanya.
“Tak sayang, aku tidak akan sanggup membunuhnya!” Indra tidak akan sesekali melakukannya walaupun Angel mendesaknya.
“Bukan anak kita tapi ini” Angel menarik tangan Indra ke benda yang dimaksudkannya. Darah yang sedang membuak keluar membuatkan Angel semakin lemah.
“Indra lontarkan darah isterimu ke arah mereka sekarang dan buatlah apa yang isterimu suruh” suara itu berbisik lagi. Yaman sudah tidak sabar menunggu kerana bauan darah Angel amat menyeksakannya. Bidadari Citra mesti menunaikan janji dengan segera. Ketika mula bergerak untuk menuntut janjinya, Yaman dan semua makhluk-makhluk alam ghaib menjerit kuat apabila darah itu bagaikan panah beracun yang menyimbah ke kulitnya mereka dan peluang itu Indra gunakan untuk melahap rakus uri yang ada di depannya. Dengan pergerakan yang pantas dalam sekelip darah yang membasahi belahan luka di perut Angel telah dijilatnya hingga bersih dan di kala melihat luka di perut isterinya bercantum semula Indra mula menyedari beberapa perubahan telah berlaku kepada dirinya.
Rambutnya berubah menjadi panjang kekuningan dan bercahaya. Tenaga dan fizikal juga bertambah berkali-kali dan ketika cahaya batu naga itu muncul semula ia bergerak mengeliligi tubuh Indra dan akhirnya muncul seorang maharaja yang gagah perkasa. Selain Angel tiada siapa yang dapat melihat kemunculannya. Cahaya yang berwarna warni umpama kabus tebal melindungi kejadiannya.
“Akulah pedang citra yang bermatakan intan dan berhulukan emas, Putera Indra Arjuna, kau adalah pemilikku. Indra memerhati sebilah pedang yang berada di sebelah isterinya dan ternyata pisau yang telah digunakan untuk membelah perut isterinya sebentar tadi telah bertukar menjadi sebilah pedang yang bersuara kepadanya.
Sebelum Yaman mula menyerang dan di kala dinding cahaya yang memagari semakin kabur, sepantas kilat Maharaja Loka membawa isteri dan anaknya menuju ke tempat persembunyian yang telah dibina oleh Isha Wristi. Di situ tempat yang paling selamat untuk menyembunyikan isteri dan anaknya.
“Jangan keluar lagi dari sini sehingga semuanya berakhir” pesan Maharaja Loka sambil merenung wajah isterinya kemudian berpaling melihat wajah bayi dalam pelukan isterinya. Angel turut merenung wajah suaminya dan wajah itu agak berbeza berbanding sebelum ini. Kemunculannya sebagai Maharaja Loka telah memberi raut wajah yang lebih ganas dengan saiz fizikalnya juga turut bertambah. Namun renungan sepasang mata tetap Indra yang Angel kenali sebelum ini.
“Dimaz! Berjanjilah yang awak akan kembali pada saya dan anak kita dengan selamat” Angel menarik tangan suaminya apabila melihat Indra ingin bergerak meninggalkan.
“Sayang! tiada apa yang paling penting dalam hidup saya sekarang selain sayang dan anak kita. Tunggulah kepulanganku, walaupun aku memerlukan masa seratus tahun untuk menentangnya sama ada hidup atau mati aku akan tetap ingin kembali padamu” selepas mengucup kening isterinya sepantas kilat Indra telah ghaib daripada pandangan isterinya. Angel tahu ke mana menghilangnya Indra dan bersama titis air mata yang mengalir tanpa henti Angel mendoakan Indra akan selamat kembali ke pangkuannya. Biarlah pun seribu tahun aku tetap menanti kepulanganmu, janji yang sudah terpahat dalam hatinya. Di pandangnya sayu wajah bayi dalam pelukannya. Wajah Putra Rajuna Andika mirip Indra dan dialah permata hati yang akan menemani Angel menunggu kepulangan suaminya.
Darjah kemarahan dan kebencian Yaman terhadap Indra lebih tinggi jika dibandingkan dengan kebenciannya pada Maharaja Aditya Wangsa lebih dua ratus tahun yang lalu. Kecuaiannya kerana terpedaya oleh air mata Bidadari Citra akhirnya menyebabkan tawanannya telah berjaya melepaskan diri.
Di samping Isti Samira dan Isha Wristi, Isqan dan Banu juga turut menjadi sasaran Yaman. Keadaan bumi sudah seperti letusan gunung berapi. Yaman telah menyeru ribuan askarnya untuk membuat kacau bilau dan membunuh manusia yang tidak berdosa. Indra begitu kecewa melihat kehancuran yang berlaku di hadapan matanya sekarang. Yaman dan orang-orangnya sesuka hati melakukan kemusnahan terhadap hidupan bumi yang tidak berdaya.
“Yaman..!” perhitungan adalah antara kau dan aku. Lepaskan semua makhluk tidak bersalah!” seru Indra ketika muncul sambil melutut mencecahkan mata pedang citranya yang bersinar-sinar ke bumi. Sinaran mata pedang citra itu mengejut seluruh makhluk alam ghaib dan dalam terkejutnya melihat kemunculan Indra ada yang menjerit menyebutnya Maharaja Loka sudah muncul. Isti Samira dan Isha Wristi turut berpandangan apabila melihat kemunculan Maharaja Loka.
“Adakah Angel telah melakukan pengorbanannya untuk menjadikan Indra Maharaja Loka” tanya Isti Samira dan Isha Wristi pada diri masing-masing.
“Aku Maharaja Loka dan takdir kau adalah di tanganku” seru Indra lagi ketika sudah berdiri memandang Yaman dan sudah pastiq murka mendengarnya kata-katanya. Yaman berdengus kuat seperti seekor kerbau dan kemarahan itu dapat di lihat daripada sinaran api yang keluar daripada matanya ketika memandang Maharaja Loka. Kelemahan kerana terpedaya. Rupa-rupa peluang yang diberinya pada pemintaan Bidadari Citra tadi telah membentuk putera dua lama itu menjadi Maharaja Loka. Bererti putera dua alam itu sudah membaham zuriatnya sendiri.
“Tidak! Kau tidak akan mampu membunuhku!” suara garaunya bergema menafikan kata-kata Maharaja Loka.
“Betul Yaman, ramalan Pendita Syurga akan menjadi kenyataan, takdir hidup kau akan berakhir di tangan Maharaja Loka” seru Isti Samira sambil tersenyum memandang Yaman. Yaman pasti ketakutan apabila diungkit tentang ramalan itu.
“Tiada makhluk lain yang lebih kuat dan lebih berkuasa daripada aku. Kali ini kau tidak akan ku beri peluang untuk hidup” selepas bersuara Yaman menukarkan keseluruhan dirinya menjadi jasad api yang menyala kemudian bergerak mendekati Maharaja Loka yang telah bersedia menanti lawannya.
Pertarungan sengit yang tercetus menghasilkan dentuman bunyi guruh dan petir serta cuaca rebut dengan angin taufan yang menerbang dan memusnahkan hampir keseluruhan ciptaan manusia. Tiada siapa dapat meneka berapa lama dan berapa panjang masa dua makhluk tersebut menghabiskan pertaruhannya dan jelas Maharaja Loka cuba memindahkan perlawan mereka ke tempat yang jauh dari ke kawasan yang tiada hidupan. Walaupun belum pasti kemenangan akan berpihak kepada siapa namun kemusnahan harus dielakkan
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...