Bab 57. Percutian Bulan Madu

0 0 0
                                    

         Entah kenapa Angel seperti sakit hati dan ingin menegur beberapa orang pramugari yang sudah berulang kali melintas dan setiap kali tiba di sebelah tempat duduk mereka pasti pramugari  itu akan tersenyum-senyum memandang ke arah mereka. Angel  tahu mereka ingin menarik perhatian lelaki di sebelahnya supaya memandang dan membalas senyumannya. Malangnya mereka tidak tahu di sebalik kaca mata gelapnya, Indra tidak pernah berpaling atau memandang sesiapa pun kecuali wanita yang berada di sampingnya sekarang. Setiap saat hanya wajah itu yang ingin ditatap dan diulitnya.
Lelaki tersebut itu memeluk erat bahu gadis cantik di sebelahnya  kemudian menarik tubuh gadis itu rapat kepadanya. Riak wajah keempat-empat pramugari tersebut berubah ketika melihat lelaki tersebut mencium  mesra pipi gadis di sebelah kemudian kelihatan gadis itu tersenyum apabila lelaki tersebut membisikan sesuatu ke telinganya.
“Sayang! saya sudah ketagihan apa saja yang ada pada awak” dengan nada yang begitu lembut dan penuh romantik Indra mengucapkan ayat itu ke telinga isterinya.
“Saya rindukan Dimaz setiap masa tapi cemburu sangat bila lihat ada wanita lain yang ingin menarik perhatian suamiku” Angel  kemudian menyatakan apa yang dirasanya beberapa minit yang lalu.
“Sayang! Cemburu itu lumrah dan perasaan normal untuk semua manusia. Sayang harus tahu bahawa tiada perempuan dari makhluk manapun yang layak berada di sampingku untuk menjadi pasanganku selain Ratnaku tersayang kerana saya tidak pernah inginkan sesiapa seperti saya inginkan Ratnaku” balas Indra kemudian mengelus perlahan pipi isterinya. Biar mata-mata yang memandang mereka semakin cemburu dan biar mereka tahu hanya wanita itu yang dicintainya. Angel melentok manja di bahu suaminya sambil tersenyum sebelum memejamkan matanya. Selain membaca dan tidur, tiada aktiviti lain yang sesuai untuk menempuh perjalanan yang berjam-jam lamanya melalui penerbangan ke destinasi bulan madu yang dirancang oleh Indra untuk mereka berdua.
“Angelya Rydiana Ratna” Indra yang sedang menunggu bagasi turut menoleh apabila nama panjang isterinya disebut oleh seseorang. Seorang lelaki mengangkat tangan kepadanya. Angel  menautkan keningnyai cuba mengenalpasti lelaki yang kini tersenyum pula kepadanya.
“Qhir!” bisik Angel  dalam hatinya. Cucu Tan Sri Muiz, kawan baik Syed Hatta. Lelaki yang pernah beberapa kali cuba mendampinginya. Lelaki itu tua setahun daripadanya dan mereka pernah belajar di satu kolej yang sama dan tahun lepas Qhir menyambung pelajaran peringkat ijazah di US.  
“You pergi mana, I baru nampak you masa keluar tadi” beritahu Qhir semasa mendekati Angel. Lelaki itu akan kembali semula ke US untuk menyambung semester pengajiannya selepas menghabiskan cuti semester yang lalu bersama beberapa orang kawannya ke beberapa buah negara di Eropah.  Mungkin gadis itu turut menyambung pengajiannya di situ dan kegembiraan mula berputik di hati Qhir apabila perkara tersebut terlintas di fikirannya.
‘Bercuti” balas Angel  bersahaja. Jawapan Angel sedikit mengecewakannya kerana tekaannya meleset.
“Seorang?”soal lelaki itu lagi.
“Tak, berdua” Qhir mengerutkan dahi selepas mendengar jawapan Angel  dan segera menoleh memandang seseorang yang muncul mendekati Angel. Qhir merenung Indra dari atas ke bawah dan rasa cemburu segera menular dalam hatinya melihat kesempurnaan lelaki tersebut. Hanya warna rambutnya melambangkan dia lelaki asia. Warna kulitnya yang cerah kemerahan dan saiz serta ketinggiannya setara lelaki Eropah dilengkapi bentuk hidungnya yang mancung dan segi dan raut wajahnya mirip lelaki arab parsi tetapi sepasang matanya yang berwarna berkilau keemasan menyukarkan Qhir untuk meneka keturunan lelaki tersebut.  Namun latar belakang hidup Qhir yang datang dari golongan mewah dan hidup dalam dunia yang serba serbi mementingkan gaya dan jenama, sekali memandang gaya dan penampilan lelaki yang sedang berdiri di sebelah Angel,  Qhir boleh menilai standard dan taraf hidup lelaki tersebut. Berketrampilan dan berkarisme membuatkan Qhir dapat mengecam dengan mudah lelaki itu bukan sebarangan orang.  Indra tersenyum memandang isterinya.
“Suami I, Indra Arjuna” rasa kecewanya semakin parah apabila Angel  memperkenalkan lelaki kacak yang baru muncul itu sebagai suaminya. Indra menghulurkan tangan, sebagai salam perkenalannya dan Qhir menyambutnya bersama senyuman nipis di bibirnya. Sukar menerima hakikat perkataan suami yang baru didengarnya. Selain dirinya, ada berapa orang temannya yang merupakan senior Angel  semasa di kolej dulu pernah juga cuba merapati Angel  namun tiada pernah seorang pun yang mendapatkan respon positif daripada gadis cantik itu.
Angelya Rydiana Ratna, berpuluh-puluh maupun beribu-ribu gadis cantik lain yang ditemui namun kenapa gadis itu tetap yang termanis dan memukau pandangan matanya. Gadis itu ada suatu ketarikan tersendiri yang memukau pandangan sesiapa saja tapi sampai akhir pengajiannya di kolej, Qhir tidak pernah mendengar cerita bahawa ada yang berjaya mendekati gadis tersebut. Angel dikenali hampir di seluruh kolej bukan sahaja kerana paras rupanya malah gadis itu sering mengumpul CGPA tertinggi di kolej mereka. Angel  sering dilihat sendirian tanpa teman lelaki maupun perempuan. Angel hanya pernah kelihatan bergaul dengan rakan sepengajian sewaktu perbincangan tugasan kumpulan dan selepas itu Angel akan terus menjarakkan dirinya dengan semua orang.
Qhir pernah menghantar surat kepada Angel  pada tahun terakhir pengajian diplomanya namun sampai ke hari ini Angel  tidak pernah membalasnya. Adakah selama ini hati  Angel  sudah terkunci rapat kerana sudah mengenali lelaki kacak yang berdiri di sebelahnya sekarang. Qhir malas untuk memikirkannya kerana walaupun dirinya datang dari golongan yang kaya dan berkedudukan namun lelaki yang diperkenalkan oleh Angel  sebagai suami jauh lebih sempurna atau mungkin jauh lebih kaya.
Penilaian Qhir tentang lelaki tersebut menang tidak salah. Bersama beberapa orang teman-temannya Qhir memerhati Angel dan suaminya bergerak menuju ke sebuah kereta Ferrari limousine yang sedang menunggu pasangan tersebut.
“Fuhh! Siapa Qhir?, saudara you ke tapi I pernah nampak gambar perempuan cantik tu dalam lap top you?” tanya seorang rakannya.
“Kawan je! dia dah kahwin pun, tulah suami dia” balas Qhir dengan nada yang kurang bersemangat.
“Mewah giler, macam anak raja je suaminya tu” tambah rakannya lagi.
“Entahlah tapi memang seperti bukan lelaki sembarangan” sahut Qhir lagi sebelum membuntuti rakan-rakannya yang lain bergerak menuju teksi yang sedang menunggu mereka.
“Siapa tadi tu” soal Indra sewaktu mereka sudah duduk di dalam kereta. Indra boleh mengesan kekecewaan di wajah lelaki itu tadi sewaktu Angel  memperkenalkannya sebagai suami.
“Kawan semasa di kolej dulu. Angel  kenal dia sebab datuk dia kawan arwah datuk saya” cerita Angel  jujur tentang Qhir.
“Siapa nama datuk dia, mungkin saya kenal” soal Indra lagi apabila memikirkan tentang arwah Syed Hatta. Semasa hayat Syed Hatta pernah memperkenalkannya kepada beberapa orang kawan baiknya yang terlibat dalam dunia perniagaan. Wajah lelaki tadi ada iras seseorang yang pernah dikenalinya sebelum ini.
“Tan Sri Muaz” beritahu Angel  menyebut nama kawan baik arwah Syed Hatta.
“Dimaz kenal?” soal Angel pula. Indra menganggukkan kepala selepas mendengar soalan Angel .
“Memang kenal dan wajah lelaki tu tadi ada mirip datuknya. Dia juga nampak macam sukakan awak” ayat terakhir Indra membuatkan Angel  tergelak kecil.
“Dimaz tak perlu risau sebab saya tidak pernah jatuh cinta pada sesiapa pun sebelum jumpa Dimaz. Teringin nak berkawan dengan sesiapa pun saya tak pernah” Indra tersenyum mendengar jawapan isterinya dan tubuh isterinya diraihnya rapat ke dalam pelukan sebelum mencium bibir isterinya. Memandangkan tiada sesiapa yang boleh nampak perbuatan mereka di dalam kenderaan yang bercermin gelap itu Angel  memberi respon ketika melayan Indra melepaskan sedikit ghairahnya.
Sebelum bertolak ke destinasi yang Indra janjikan, sampai di suatu stesyen yang  menyediakan perkhidmatan kereta untuk disewa. Seorang lelaki yang mungkin pemilik tempat tersebut muncul menyambut dan menemui pasangan tersebut sebaik sahaja mereka  melangkah keluar dari pintu Ferrari limousine yang membawa mereka ke situ. Angel  sekadar mendengar namun tidak memahami isi perbualan Indra dengan lelaki tersebut kerana mereka berbual dalam bahasa Latin. Indra telah memilih sebuah kenderaan Volvo pacuan empat roda dan Indra  akan memandu sendiri kereta tersebut. Kesemua dua buah beg pakaian dan sebuah beg yang sarat dengan makanan untuk Angel  dimuatkan di belakang kenderaan tersebut. Sebelum mereka bertolak lelaki tersebut tersenyum kepada Angel  sambil tunduk memberi tanda hormatnya kemudian bercakap dalam bahasa yang Angel  tidak faham.
“Dia kata awak sangat cantik dan manis” Angel  tergelak kecil mendengar Indra menterjemah ayat yang diucapkan oleh lelaki tersebut. 
Sebelum meneruskan perjalanan Indra memberhentikan kereta mereka di hadapan sebuah kedai yang menjual peralatan perkhemahan. Selesai membeli beberapa keperluan di situ Indra meneruskan perjalanan yang melalui kawasan hutan pokok tirus yang  di tumbuhi pelbagai tumbuhan yang berdaun merah dan kuning. Indra sememang merancang percutian bulan madu yang cukup berbeza daripada yang pernah orang lain buat.
Separuh daripada  percutian mereka akan dihabiskan di kawasan alam semulajadi dan separuh lagi mereka akan menghabisnya di bandaraya-bandaraya utama dunia. Angel  akur sahaja dengan cadangan suaminya kerana kebahagian Angel  adalah di samping suaminya. Ke mana  sahaja lelaki itu berada Angel  akan setia di sisinya dan lelaki itu tahu apa yang terbaik untuk mereka. Angel sendiri lebih menyokong aktiviti kembara kerana pengalamannya lebih menyeronokkan berbanding  membeli belah dan melancong yang bukan menjadi kegemaran Angel. Pasangan tersebut telah bersepakat, permulaan distinasi bulan madu mereka adalah kawasan yang jauh dari kesibukan kota.  Mereka akan mengembara dan berkhemah di mana-mana destinasi yang akan menjadi persinggahan mereka nanti.
Berpuluh-puluh motosikal besar dengan penunggang-penunggangnya juga bertubuh besar memotong perjalanan kereta mereka dan Indra hanya tersenyum melihat situasi tersebut. Seperti dalam filem-filem Inggeris yang pernah Angel  tengok itulah pemandangan yang dapat Angel lihat sekarang. Indra membelok kenderaan mereka menuju ke satu kawasan yang menghala ke laut. Cara Indra yang begitu yakin dengan pemanduan membuatkan Angel  berfikir mungkin kerana faktor lelaki tersebut pernah mengembara ke seluruh dunia dan tempat yang mereka kunjungi sekarang adalah salah satu tempat yang pernah Indra kunjungi atau tinggal suatu masa dulu. 
“Saya pernah datang ke sini beberapa tahun yang lalu” tekaan Angel  memang tepat dan Angel  hanya mendiamkan diri apabila Indra mula bercerita padanya. Indra memberhentikan kenderaan mereka kemudian turun dari kenderaan tersebut. Angel ikit turun apabila Indra membuka pintu kereta untuknya. Indra mengemaskan hood jaket isterinya kerana Angel  kelihatan menggigil kesejukan ketika hendak melangkah turun dari kenderaan mereka..
Permandangan laut yang cantik dan menarik. Warna air yang kebiruan sebahagian dari faktor menambah keindahan samudera yang terbentang luas di hadapan mereka. Beberapa minit di situ Indra mengajak isterinya masuk semula ke dalam kereta untuk ke destinasi yang sesuai untuk mereka mendirikan khemah.
Melalui kaki banjaran pergunungan Rocky, walaupun tanpa jalan raya yang berturap tayar kereta yang mereka gunakan dapat melalui dengan mudah kawasan pinggir  hutan yang menjadi destinasi mereka yang seterusnya. Mungkin di situ juga seperti dalam cerita-cerita yang pernah ditontonnya, terdapat beruang dan serigala yang berkeliaran di situ. Tetapi ketika memikirkan siapa lelaki yang bersamanya Angel segera memandamkan perasaan takut yang muncul dalam hatinya.
Indra berhenti memandu apabila tiba di kawasan lapang yang berhampiran dengan sepohon pokok yang besar. Setelah memarkirkan keretanya Indra pergi memeriksa di sekitar tempat yang mungkin akan menjadi tapak perkhemahan mereka. Setelah berpuas hati Indra mengeluarkan keperluan untuk mendirikan khemah di situ.
Angel membantu suaminya mengeluarkan peralatan dan dalam beberapa minit Indra sudah siap mendirikan sebuah khemah yang akan menjadi istana bulan madu mereka berdua di situ. Indra melarang Angel  mengeluar semua keperluan mereka dari kereta terutamanya keperluan makanan Angel dan hanya mengambil benda-benda yang perlu saja untuk di bawa masuk ke dalam khemah.
“Saya takut makanan sayang dicuri oleh haiwan-haiwan yang ada di sini” Angel  yang faham maksud suaminya kemudian duduk menikmati sebotol snek Mrs.Potato bersama sebotol kecil air minuman bercarbonat di tangannya. Setelah semua selesai Indra meletak empat biji batu di setiap penjuru kawasan perkhemahan mereka sebelum mengajak Angel  untuk melihat kawasan di persekitaran khemah mereka.
“Dimaz buat apa dengan batu-batu tu tadi” soalnya ketika Indra mendukungnya mendaki bukit menuju ke kawasan pergunungan yang lebih tinggi.
“Untuk sembunyikan khemah dan kenderaan kita supaya tiada ada sesiapa yang nampak” beritahunya kepada isterinya.
“Kenapa saya masih boleh nampak” Indra tergelak kecil mendengar soalan isterinya.
“Sebab itu kita boleh bersama” Giliran Angel  yang tersenyum mendengar jawapan suaminya.
Pemandangan yang benar-benar indah dan menarik. Indra menunjukkan arah di sebelah gunung yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Angel terpaku apabila ternampak seekor ibu beruang bersama seekor anaknya sedang memakan buah dari sepohon pokok. Comel, bisik Angel  hatinya apabila melihat  beruang kecil yang sedang manja diulit ibunya.
Beberapa kilometer  di kaki gunung pula kelihatan beberapa buah khemah yang sudah terpasang.  Ada sekumpulan manusia yang turut berkhemah di kawasan tersebut seperti mereka. Mungkin dalam musim panas ramai yang suka menghabiskan masanya dengan melakukan aktiviti luar rumah.
Suhu ketika berada di kawasan pergunugan tersebut lebih sejuk  berbanding ketika berada di kawasan bandar. Oleh sebab pengalaman Indra yang banyak dan sudah merantau seluruh tempat di dunia menyebabkan lelaki tersebut tahu keperluan yang perlu mereka bawa dan gunakan semasa berada di situ. Jaket tebal yang disarungkan oleh Indra ke tubuh isterinya benar-benar membantu Angel menahan kesejukkan semasa mereka tiba di destinasi yang menjadi tapak perkhemahan percutian bulan madu mereka yang pertama.
Pokok-pokok blackberry yang banyak tumbuh meliar di sekitar kawasan yang mereka lawati menarik  perhatian Angel  untuk mengambil gambar berdekatan pokok tersebut sebelum merasa beberapa biji buah blackberry yang dipetiknya. Buah pokok itu yang menjadi makanan beruang  yang mereka nampak sebentar tadi. Rasanya yang masam-masam manis membuatkan Angel  leka sebentar meminati buahnya dan tidak menghiraukan Indra yang memanggilnya.
Bunyi sesuatu yang  pelik tiba-tiba kedengaran di telinganya membuatkan Angel  terpaku berdiri, dia benar-benar dalam ketakutan. Gambaran di kepalanya ketika itu hanyalah beruang, kerana buah tersebut mungkin tarikan bintang tersebut ke situ untuk mendapatkan makanannya. Indra tergelak ketika melihat wajah pucat Angel sewaktu berlari mendekatinya. Bunyi sama yang kedengaran dekat di telinganya sekali lagi membuatkan Angel membutangkan matanya sebelum mencubit lengan suaminya.
“Jahat!” ujar Angel  membuatkan Indra kemudian tergelak lagi.
“Saya panggil pura-pura tak dengar, bila dengar bunyi beruang baru tahu takut” Angel  hanya mampu tersengih selepas mendengar kata-kata suaminya.
“Jom!” Indra terus menarik tangan isteri untuk bergerak meninggalkan tempat tersebut.
Matahari yang hampir melabuhkan tirainya di ufuk barat membentang fanorama indah lembayun senja yang berwarna jingga di kaki langit. Angel  lalit memerhati seekor ikan yang sedang berhadapan dengan nasibnya yang bakal menjadi santapannya sebentar nanti. Aroma bau ikan bakar sudah menyengat hidung Angel. Indra memutar-mutar pencucuk ikan agar semua badan ikan rata terkena bahang bara api. Kepakaran yang ditunjukkan seolah-olah lelaki tersebut seorang tukang masak ikan bakar yang profesional. Angel tersenyum ketika memerhatikan suaminya yang sedang khusyuk melakukan kerjanya. Kekagumannya melihat cara Indra menangkap ikan itu tadi kembali semula dalam ingatannya. Hanya menggunakan sebelah tangan di masukkan ke dalam air dan dalam tempoh beberapa minit Indra berjaya menangkap seekor ikan seberat hampir satu kilo. Sekarang ikan tersebutlah sedang dimasak suaminya untuk dijadikan santapan isteri kesayangannya.
“Rasalah, ikan bakar pertama saya khas untuk seorang insan  yang teramat saya cinta dan sayang dalam dunia ini” lamunan Angel terganggu apabila Indra menghulurkan isi ikan yang telah dicubitnya ke mulut isterinya..
“Sayang termenungkan apa tadi?” soalnya ketika Angel menikmati rasa ikan dimulutnya.
“Tak ada apa, cuma saya kagum pada Dimaz, tahu cara buat ni semua walaupun semua ni tidak pernah ada kaitan dengan hidup Dimaz sebelum ni” Indra tergelak kecil mendengar jawapan isterinya.
“Saya pernah tengok dalam tv manusia bakar ikan. Inilah sebahagian tanggungjawab saya pada awak” balas Indra sambil mata memerhati cucukan ikan panggang di tangannya.
“Dan setiap apa yang telah Dimaz cuba buat tidak pernah mengecewakan saya. Ikan ni sedap!” ujar Angel  kemudian jarinya mencubit lagi isi ikan yang sedang dipegang oleh suaminya.
“Opps, tunggu dulu” Indra menahan tangan isteri sebelum sampai ke mulut.
“Ada tulang, biar saya yang suapkan awak. Saya tak mahu sayang tercekik tulang ikan ni” ujarnya lagi sambil membuang tulang kecil yang melekat di celah isi ikan di tangan isterinya. Cahaya yang semakin samar menyukarkan pandangan Angel  untuk melihat tulang tersebut berbeza dengan pancaindera Indra yang boleh melampaui had kemampuan  manusia biasa.

DirgantaraWhere stories live. Discover now