Acara perasmian telah berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Selepas Indra dan isterinya menandatangani papan tanda perasmian, Indra memberi penghormatan kepada isterinya untuk memotong riben yang merintangi laluan menuju pintu utama lobi hospital tersebut. Pasangan ahli perniagaan muda yang begitu berani menceburi bidang perniagaan dengan perlaburan yang begitu tinggi menarik perhatian seluruh akhbar Asia untuk membuat liputan tentang pembukaan rasmi hospital swasta ini.
Indra dan Angel terpaksa juga berdepan dengan pihak akhbar yang ingin menemuramah mereka tentang pelbagai soalan. Semua tetamu dan wartawan yang hadir berasa takjub dan teruja apabila Indra membenarkan semua wartawan menyoalnya dengan bahasa sendiri dan Indra sedia menjawabnya namun pemilik LMC itu memberi syarat bahawa itu adalah sidang akhbar pertama dan terakhir yang akan dihadirinya. Kefasihan Indra bertutur dalam semua bahasa yang digunakan oleh wartawan asing untuk menyoalnya membuatkan semua tetamu yang hadir kagum dengan kebolehan pemilik LMC itu. Soalan yang bertanyakan tentang namanya yang terlalu klasik merupakan soalan yang membuatkan Indra tergelak sebelum menjawabnya.
“Saya memang objek yang klasik dan antik tapi telah miliki sesuatu yang benar-benar baru iaitu isteri kesayangan saya Angelya Rydiana Ratna. Ratnaku I love you forever” ujarnya sambil memeluk erat bahu wanita yang duduk rapat di sebelahnya. Tepukan gemuruh di kala Indra mengakhirkan sesi temubualnya dengan wartawan pada hari itu.
“Ni pejabat pengurus besar LMC, bilik dady dan tu untuk secretary dan pejabat kita dekat sebelah tu. Tak ada sesiapa dibenar naik tingkat ni kecuali pekerja khas bahagian ni yang ada pengenalan diri sahaja. Itulah tugas utama dua sekuriti dekat depan lif tu tadi.” terang Indra kepada isterinya semasa mereka berada di bahagian pengurusan LMC yang berada di tinggkat tujuh hospital tersebut yang merupakan tingkat teratas bangunan utama LMC dan semasa hendak ke bahagian itu tadi satu lif khas di sediakan dan di hadapan pintunya di kawal ketat oleh dua orang pengawal keselamatan. Menurut Indra hanya ada beberapa orang pekerja tetap yang telah dilantik sebagai setiusaha Zhafry, tiga orang pegawai akauntan, tiga orang kerani serta dua orang budak pejabat dan seorang amah sahaja yang dibenar naik dan masuk ke situ.
“Bilik mama mana?” tanya Angel apabila Indra tidak memberitahu bilik Isha Wristi kepadanya. Indra dan Zhafry sama-sama tersenyum mendengar soalan Angel. Kemunculan seorang wanita yang keluar dari bilik Zhafry membuatkan ketiga-tiga mereka menoleh serentak.
“Tu secretary dady, cantik tak?” Angel mengangkat keningnya memandang Zhafry kemudian tersenyum.
“Cantik sangat!, jangan sampai tak ingat balik. Nanti Banu tak larat nak melayan Zhaish melalak kat rumah tu sudah!” Zhafry tergelak besar mendengar jawapan Angel .
“Zhaish tu adik yang understanding, dah pandai angkat pon pun bila dady cal” Angel tersenyum mendengar gurauan Zhafry. Memang Zhaish bukannya sukar sangat untuk dijaga. Setiap hari Banu membawanya balik ke Loka Valley dan akan menghantarnya balik ke rumah Zhafry sebelum pasangan suami isteri itu balik bekerja. Banu dan Isqan nampaknya begitu seronok benar bila diberi peluang menjaga Zhaish di samping menjaga rumah, dua ekor kuda milik Indra dan Angel dan tanaman-tanaman yang terdapat dalam Loka Valley.
Selepas bergerak keluar dari sebuah bilik yang dilengkapi dengan berpuluh buah komputer untuk CCTV seluruh tempat di LMC, Zhafry dan Isha kemudian meninggalkan Indra dan Angel apabila pasangan tersebut menuju ke pejabat mereka.
“Kita akan bahagi masa untuk ke Loka Holding dan LMC. Mungkin sebelah malam atau hujung minggu” ujar Indra ketika mereka berdua sudah berada di dalam pejabat miliknya dan Angel. Luas dan serba mewah dan moden dan Angel tidak pasti berapa nilai kos untuk melengkapkan pejabat sehebat dan selengkap itu. Di dalamnya ada sebuah lagi bilik yang merupakan bilik rehat yang dilengkapi seperti sebuah bilik tidur dan lengkap dengan bilik air
“Kalau rasa malas nak balik kita boleh bermalam di sini. Semua kelengkapan kita ada dalam bilik ni” ujar Indra lantas melabuhkan punggungnya di birai katil kemudian menarik Angel duduk di atas ribanya.
“Inilah impian saya dan sayang tahu tak kenapa saya perlu sangat memiliki sebuah hospital sendiri” Angel tersenyum merenung mata suaminya yang jernih dan bercahaya.
“Sebab hospital adalah kilang jus untuk dimaz. Manusia akan sukarela menderma untuk tabung tu. Mudah dan cepat untuk dapat bila perlu. Jalan terbaik melalui kaedah yang terbijak dan termudah” Indra tergelak mendengar jawapan Angel. Angel turut tersenyum.
“Sayang memang bijak kerana itulah jawapannya” Indra menarik Angel rapat kepada lantas mencium bibir isterinya.
“Selagi masih dibelenggu sumpahan sihir laknat itu, itulah makanan asasiku sayang dan aku harap sayang tidak pernah merasa jijik setiap kali melihat ku menghirupnya. Tidak akan berasa geli dan jijik setiap kali bibirku yang sering menghirup jus itu menyentuh bibirmu” Angel tersenyum mendengar ungkapan suaminya. Bibir merah suaminya disentuhnya perlahan dengan jarinya. Angel menggelengkan kepalanya.
“Sentuhan bibirmu adalah syurga terindah buatku di dunia ini” ucap Angel sebelum bibir mereka bertaut semula.
“Kenapa sayang?” ujar Indra apabila melihat wajah Angel mengerut menahan sakit.
“Baby menendang, marah papanya kot sebab ganas sangat” Indra tergelak mendengar ucapan isterinya kemudian menggosok perlahan-lahan perut isterinya.
“Good boy, papa minta maaf sebab lupa ada baby dekat dalam” ujar Indra sambil terus menggosok-gosok perut isterinya.
“Baby kita lelaki ke?”soal Angel sambil memandang suaminya. Indra hanya tersenyum memandang isterinya.
Sebulan selepas perasmian Indra dan Indra buat pertama kalinya menghabiskan hujung minggu mereka bermalam di pejabat mereka di LMC untuk melihat semua perkembangan yang berlaku di situ. Sepanjang hari mereka berdua memerhati semua laporan pertama yang disediakan oleh setiap ketua jabatan yang dilantik.
Selepas beberapa jam membantu suaminya Angel menghabiskan segelas susu yang disediakan oleh Indra untuknya Angel mula merasakan matanya agak berat hendak dibuka. Indra kelihatan sedang tekun memerhati sesuatu di dalam fail yang sedang dibukanya kemudian tumpuannya beralih pula ke skrin komputer yang berada di sebelahnya. Berpaling sekejap melihat isterinya Indra tersenyum apabila melihat mata Angel semakin kecil membalas pandangnya.
“Sayang rehatlah, masuk bilik tidur” ujar ketika menegur isterinya. Angel tidak menjawab tapi terus menyandarkan kepalanya pada sofa. Lima minit berlalu Angel sudah jauh hanyut dibuai mimpi.
‘Ummi’ Indra memerhati nama pemanggil yang masuk ke telefon bimbit Angel.
“Assalammualaikum Angel ke tu, ummi ni. Angel apakhabar. Lama ummi tak dengar berita tentang Angel” suara seorang wanita di talian.
“Maaf ummi, ini saya Indra. Angel ada dia sihat tapi sekarang dia sedang tidur” ujar Indra ketika menjawab panggilan wanita itu.
“Oh Indra, Ummi ingat Angel tadi. Maaf ya mengganggu” ujar Janah dengan ramah.
“Tak apa, ada yang penting ke ummi?. Kalau penting saya kejutkan Angel” ujar Indra cuba untuk bertanya keperluan wanita itu menghubungi Angel.
“Eh tak payahlah, kesihan dia sedang tidur tu. Ummi cuma teringatkan Angel semenjak dua hari ni. Hujung minggu ni ummi dan ayah akan ke Kuching. Kalau Angel dan Indra tak sibuk sangat ummi dan ayah hendak bertemu dia sekejap. Kalau dapat tu mesejlah dekat ummi nanti ya” ujar Janah kemudian.
“Nanti saya beritahu Angel" balas Indra pula.
“Itu ajelah ya, assalammualaikum” ujar Janah sebelum menamatkan panggilannya.
Indra merenung isterinya yang sedang terbaring di atas sofa. Mungkin terlalu mengantuk Angel akhirnya tertidur di situ. Kaki Angel yang berjuntai dilurusnya ke atas sofa supaya keadaan isterinya lebih selesa. Matanya segera berpaling melihat wajah isterinya apabila terdengar sesuatu. Angel nampak kegelisahan seperti ada sesuatu yang sedang mengganggu tidur isterinya.
“Citra!” Indra terpana merenung wajah isterinya yang sudah dibasahi peluh meskipun pendingin udara sedia terpasang dalam bilik tersebut. Tangannya kemudian segera bergerak ke hujung ibu jari isterinya sebelum bertanya sesuatu kepada isterinya.
“Angel awak nampak apa? Soal Indra ketika merenung wajah isterinya. Mata Angel terpaku memandang ke hadapan
“Citra, itu Citra” Indra terpana mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Angel.
“Dia datang!”jerit Angel lagi.
“Apa yang datang?” soal Indra sambil terus menatap wajah isterinya.
“Mereka! mereka bersatu menyerang kita semua, menyerang dimaz” Indra terpana mendengar ayat yang diucapkan oleh Angel .
“Bila?” soal Indra lagi.
“Sakit, Citra tolong selamatkan anak kita” Angel merayu lagi sambil menyentuh perutnya. Indra tidak mampu untuk meneruskan lagi soal jawabnya apabila wajah Angel yang seperti benar-benar dalam ketakutan dan kesakitan.
“Sayang bangun” Indra memegang kedua belah bahu isterinya. Digeraknya tubuh Angel perlahan-lahan untuk membangunkan isterinya. Perasaannya lega apabila Angel sudah kembali ke alam nyata.
“Dimaz, lama ke saya tidur?” soal Angel sambil memandang wajah suaminya. Indra menggelengkan kepalanya sebelum melabuhkan punggungnya untuk duduk di sebelah isterinya.
“Sayang mimpi apa tadi?”soalnya ketika menatap wajah isterinya.
“Mereka, ramai dan cahaya itu menggelilingi saya lagi” balas Angel sambil membalas renungan suaminya.
“Lagi?” soalnya lagi untuk mendapat suatu pertanda yang boleh membantu. Angel mendiamkan diri sejenak sebelum bersuara.
“Saya cuma merasa sakit. Mungkin ketika tu saya hendak bersalin” Indra merapati dan kemudian menyentuh perut Angel .
“Saya janji sayang dan anak kita akan selamat” Angel mengangguk apabila mendengar janji suaminya.
“Saya mahu Dimaz ada di sisiku sewaktu anak kita dilahirkan dan kalau boleh tangan dimaz sendiri yang menyambut kelahiran anak kita nanti” Indra tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya dan sememangnya itulah impian yang sudah tersemat dalam hatinya. Ruang bahagian pentadbiran LMC memang sudah kosong sejak pukul lapan malam tadi kerena semua pekerjaannya sudah balik. Waktu yang sudah menunjukkan hampir tengah malam menyebabkan di luar bilik mereka sudah sunyi sepi. Indra mengajak Angel masuk ke bilik rehat dan menemani Angel berbaring di atas katil di situ sehingga pasti Angel sudah tertidur barulah Indra menyambung semula kerjanya. Pintu bilik tersebut dibiarnya terbuka agar mudah untuknya melihat keadaan Angel yang sedang tidur di atas katil. Sekelip jika dia alpa apa saja akan mengambil peluang untuk mengganggu isterinya.
Adam Zhaish merangkak kemudian memanjat sofa membuatkan Zhafry menggelengkan kepala melihat aktiviti yang cuba dilakukan anaknya itu. Baru berusia empat bulan Zhaish sudah selasak bayi yang berusia setahun. Manakala Isha Wristi tenang dan tersenyum saja melihat aktiviti yang dilakukan oleh Zhaish .
“Zhaish, mari sini sayang” panggil Zhafry sambil mendepa tangannya kepada Zhaish yang sedang duduk di atas sofa yang berdepan dengannya.
“Dady!” balas Zhaish kamudian bergerak turun untuk mendekati Zhafry.
“What you said, Zhaish sebut apa?” soalnya sambil memandang Zhaish yang berada atas ribanya.
“Dady” jawapan Zhaish membuatkan Zhafry mengerutkan dahinya.
“Sayang!. I tak tahu nak explain apa lagi ni. Zhaish dah faham cakap kita, dah pandai jawab apa kita tanya. Sayang dengar tak apa Zhaish sebut tadi” beritahu Zhafry sambil memandang Isha di sebelahnya. Isha lantas tersenyum sebelum memberitahu sesuatu kepada suaminya.
“Zhaish agak lambat sikit sebab Indra boleh bercakap ketika berusia tujuh minggu selepas dilahirkan dan tujuh puluh hari selepas itu Indra sudah boleh berjalan” Zhafry terpaku mendengar penjelasan Isha tentang Indra yang bermaksud bahawa perkembangan Zhaish adalah perkara yang normal berlaku kepada keluarga Isha Wristi.
“Tapi bukan perkara normal mengikut perkembangan anak manusia” soal Zhafry pula.
“Abang harus menerimanya dan yakinlah anak kita tu normal cuma itu keistimewaan keturunan saya” Zhafry tiada jawapan untuk diberikan pada Isha dan hanya mampu menganggukkan kepala sambil merenung wajah Zhaish yang sedang duduk di atas ribanya. Zhaish memang kelihatan lebih matang daripada usianya yang baru saja lima bulan.
Semenjak sebulan memikul tanggungjawabnya di LMC, berdasarkan jadual yang telah tetapkan oleh Indra yang bermula pada petang Jumaat sehingga pagi Isnin minggu berikutnya Zhafry berpeluang berehat di rumah bersama isteri dan anaknya sepanjang tempoh tersebut kerana Indra dan Angel mengambil alih sepenuhnya tugas untuk mengurus LMC.
Zhafry banyak menghabiskan masa di LMC bersama Isha dan apabila menjelang pukul enam petang Isha akan pulang sendirian terlebih dahulu untuk menjenguk dan menyusukan Zhaish yang telah ditinggalkan sendirian bersama Banu dan Isqan dan kemudian akan kembali semula Ke LMC bersama Zhaish untuk menjemput Zhafry sekitar pukul sepuluh malam. Memandang mereka berkerja di tempat yang sama Zhafry lebih suka menggunakan sebuah kereta ke tempat kerja. Isha Wristi juga banyak membantu dan memudahkan kerja Zhafry yang baru pertama kali berdepan dengan bidang pengurusan. Apa saja urusan yang melibatkan kewangan segalanya di bawah kuasa Indra.Dari anjung rumahnya Indra memberi arahan kepada Mon dan Boo supaya memanjat dan memetik buah rambutan yang sudah ranum masaknya sejak seminggu yang lalu. Semua pokok buah-buahan yang Indra tanam sejak beberapa tahu yang lalu di dalam Loka Valley sudah mengeluarkan buah setiap tahun namun tiada siapa penghuni rumahnya yang menikmatinya kecuali menjadi makanan binatang-binatang yang menghuni tempat tersebut. Begitu juga dua batang pokok rambutan gading dan merah yang ditanamnya berhampiran anjung rumahnya.
Indra menyambut ketika Mon dan Boo membaling sebiji demi sebiji buah rambutan masak kepadanya. Sejak beberapa hari yang lalu sudah menjadi tugas utama Mon dan Boo untuk memetik buah tersebut untuk Angel. Sambil menjalankan tugasnya Mon dan Boo mendapat habuan masing-masing di atas pokok rambutan tersebut dan apabila sudah kenyang pasangan monyet tersebut akan melompat turun dan kemudian bertenggek di atas pagar anjung untuk memerhati Indra mengopek satu persatu buah rambutan yang dipetiknya tadi untuk isterinya.
Boo mengangkat kening dan membutangkan mata memandang Indra mungkin hairan melihat Indra tidak memakan sebiji pun rambutan yang dikopeknya. Indra menunjuk ke arah pokok kemudian memberitahu sesuatu kepada Boo dan ketika Boo berpaling Indra kemudian membaling sebiji rambutan tepat mengenai kepala Boo membuatkan Mon menjerit mungkin geli hati melihat Boo yang terkejut. Boo kemudian terus melompat kembali semula ke atas pokok rambutan kemudian memetik sebiji buahnya yang melontarkan kepada Mon. Boo mungkin membalas dendam kerana ditertawakan oleh Mon sebentar. Angel dan Indra turut ketawa gelihati melihat pasangan monyet tersebut tahu bergurau seperti manusia.
“Jangan banyak sangat sebab buah ni boleh buat tubuh sayang panas dan menyebabkan batuk” beritahu Indra apabila Angel sudah menghabiskan beberapa biji rambutan.
“Baru lapan biji, semalam saya makan banyak lagi dari ni tapi tak batuk pun” balas Angel ketika menghitung biji rambutan di hadapannya. Indra tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya.
“Malam tadi kalau tak silap saya ada dengar orang tu mengadu kepanasan dan minta kita kurangkan suhu aircorn sampai 16” Angel tahu kata-kata itu ditujukan Indra kepadanya lantas tersenyum. Selera makannya yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini membuatkan semalam tanpa sedar dia telah menghabiskan lebih sepuluh biji buah rambutan dan akhirnya membuatkan tubuhnya rasa kepanasan sehinggakan suhu pendingin udara dalam bilik tidur mereka terpaksa diturunkan daripada angka 25 ke 16.
“Cuma panas. Saya nak sebiji lagi” beritahu Angel kemudian mencapai sebiji lagi buah rambutan di hadapannya.
“Janji ini yang last” ujar Indra lalu mencapai rambutan di tangan isterinya kemudian mengopeknya. Angel tersenyum dan menganggukkan kepalanya ketika mengambilnya isi rambutan dari tangan suaminya.
Mon dan Boo yang tiba-tiba melompat semula di atas anjung membuatkan Indra dan Angel terkejut. Pasangan bintang tersebut kemudian mendongak ke atas dan menunjukkan sesuatu kepada mereka. Indra dan Angel saling berpandangan apabila melihat langit gelap kerana dilitupi oleh sekawan ribuan kelawar yang sedang terbang. Situasi yang tidak menyenangkan membuatkan Indra segera mengajak Angel beredar masuk ke dalam bilik mereka.
“Kenapa kelawar tu banyak sangat?” soal Angel sambil memandang wajah suaminya.
“Mereka berpindah” balas Indra sejurus itu.
“Berpindah?” soal Angel lagi.
“Ada sesuatu yang mengganggu dan merampas kediaman mereka” balas Indra sebelum bergerak menuju ke jendela. Indra seperti sedang menggunakan derianya mengesan sesuatu membuatkan Angel tidak lagi bertanya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...