Bab 04. My Angel

5 0 0
                                    

Hampir semua kaki tangan hospital yang memandangnya dilemparkannya dengan sebuah senyuman. Jelas kegembiraan yang dipamerkan di wajahnya menunjukkan bahawa lelaki itu baru sahaja mendapatkan sesuatu yang mengembirakan dalam hidupnya.
"Mila, tolong ambilkan saya fail pesakit katil 23" beritahunya kepada jururawat yang berkulit hitam manis tapi cukup menyenangkan hatinya sepanjang gadis berusia 25 tahun itu bertugas di wad Ortopedik.
"Doktor Zhaf, sebelum tu boleh saya tanya sesuatu?" Tanya Mila sambil memandang wajah tampan lelaki di hadapannya. Ketampanannya memang tidak dapat dinafikan namun lelaki berstatus duda itu begitu menjaga reputasinya walaupun Dr. Zhafry tahu dirinya di tangga teratas dalam senarai doktor yang paling ramai peminatnya di hospital tersebut.
"Nak tanya sesuatu, apa dia?" Zhafry mengangkat keningnya memandang Mila.
"Doktor nampak happy je hari ni, boleh saya tahu kenapa?" soalan Mila akhirnya mengundang katawa Zhafry. Rupa-rupa kegembiraan yang bertandang dalam hatinya sejak malam tadi dapat dikesan oleh orang lain.
"Happy, macam mana awak tahu saya happy?" Tanya Zhafry kembali sambil tersenyum menyoal Mila.
"Ala.. boleh nak sorok ke bila semua nampak senyuman Doktor Zhaf yang sampai ke telinga tu. Selama ni susah nak lihat Doktor Zhaf senyum macam tu" jawapan Mila membuatkan Zhafry terus tergelak.
"Perasaan jugak awak ya Mila. Sebenarnya buah hati saya akan tinggal dengan saya tak lama lagi" membutang mata Mila mendengar jawapan Zhafry.
"Buah hati? Maksudnya Doktor Zhaf akan kahwinlah ya? Bila? Siapa yang bertuah tu?" Tanya Mila terus menerus.
"Amboi Mila awak ni ke situ pulak. Bukan buah hati yang macam tulah Mila" balas Zhafry membetulkan tanggapan Mila.
"Kalau bukan tu siapa?" soal Mila lagi.
"My Angel, anak tunggal kesayangan saya. Dia akan tinggal dengan saya dua bulan dari sekarang" mungkin belum jelas bagi Mila membuatkan gadis itu bertanya lagi.
"Anak Doktor Zhaf, lelaki ke perempuan?" Mila menunggu jawapan Zhafry.
"My Angel, lelaki ke?" soal Zhafry pantas sambil mengangkat keningnya memandang Mila.
"Ya tak ya jugak. Angel mestilah perempuan. Tentu anak Doktor Zhaf tu cantik orangnya" tambah Mila lagi.
Zhafry hanya tersenyum mendengar pujian Mila kepada anaknya. Memang Angel cantik dan manis orangnya, putih cerah dan wajahnya lebih mirip dirinya tapi senyumannya persis ibunya Sharifah Diana yang sudah hampir dua puluh satu tahun pergi meninggalkannya. Sebelum beredar meninggalkan biliknya bingkai gambar di atas mejanya dicapai. Wajah yang tersenyum manja di samping ditatapnya dengan hati yang sebu.

Mila yang sedang asyik membelek-belek fail yang dibawanya untuk Zhafry terkejut apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Rosemaria yang lebih glamour dengan panggilan Rose tersengih berdiri di belakangnya.
"Kau ni Rose, nasib baik aku tak bawa benda yang panas" rungut Mila sambil kemudian berniat untuk meneruskan langkahnya menghantar fail di tangannya kepada Zhafry.
"Apa cerita? Aku nampak Doktor Zhaf panggil kau tadi. Ada gossip terkini ke dalam wad kita ni?" Mila tergelak kecil mendengar soalan Rose. Pasti ada yang terfikir tentang sesuatu apabila melihat kegembiraan di wajah Doktor Zhafry.
"Kau pun Doktor Zhaf sedekahkan senyuman free pagi ni tadikan?. Kau nak tahu kenapa?" balas Mila sambil mengingatkan isi perbualannya dengan Doktor Zhafry sebentar tadi.
"Yalah, Kenapa ya Doktor Zhaf tu nampak happy je pagi ni. Boleh kau beritahu aku tak kalau Doktor Zhaf ada beritahu kau?" soal Rose yang berminat untuk tahu tentang sesuatu daripada Mila.
"Anaknya akan tinggal dengan dia tak lama lagi" balas Mila sambil meneruskan langkah menuju ke bahagian depan wad Ortopedik.
"Anak Doktor Zhafry? lelaki ke perempuan?" soal Rose pula. Matanya memandang Zhafry yang sedang berbual dengan seorang pesakit.
"Perempuan" balas Mila pantas.
"Mesti cantikkan sebab Doktor Zhafry tukan Brad Pit versi Malaysia" sambung Rose lagi sambil tersengih.
"Tapi aku rasa Doktor Zhaf lagi kacaklah dari Brad Pit. Arwah isteri Doktor Zhafry pun cantik mirip Fauziah Gaous" Mila pula menambah.
"Kau biar betul" sahut Rose.
"Betul, kalau tak caya kau curilah tengok atas meja Doktor Zhaf masa dia tak ada nanti" Rose diam mendengar jawapan Mila, matanya terpandang sesuatu.
"Doktor Zhaf minta fail ni tadi, aku nak hantar sekarang" baru saja Mila hendak berlalu Rose menarik lengannya.
"Sekejap!" bisik Rose perlahan.
"Apa dia?" balas Mila pelik melihat sikap Rose.
"Tu!" kemunculan seorang pemuda mendekati Doktor Zhafry membantutkan langkah Mila dan Rose.
"Kacaknya dia, Bila agaknya lelaki tu nak pandang muka aku ni yang cantik ni" Mila membutangkan matanya sebelum tergelak selepas mendengar kata-kata Rose.
"Masuk bakul angkat sendiri, kau jangan nak beranganlah Rose. Doktor mana nak pandang jururawat macam kita ni. No kelaslah doktor nak bercintan cintun dengan jururawat. Kau ingat tu sampai bila-bila" balas Mila perlahan.
"Itu aku tahulah tapi aku tak tahanlah tengok spesies lelaki macam tu. Kalau lelaki ni jadi model mesti meletup punya" balas Rose sambil matanya tidak berkelip memandang lelaki tersebut melangkah mendekati salah satu katil pesakit.
"Johan, rupamu bak putera dari kayangan, aku cinta padamu" Mila menggelengkan kepalanya selepas mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Rose. Sebelum tamat kursus kedoktoran dan diikhtirafkan sebagai doktor bertaulilah Johan atau Doktor Joe sedang menjalani latihan praktikal di hospital tersebut sejak enam bulan yang lalu di bawah bimbingan dan pemerhatian Doktor Zhafry. Tidak dinafikan ketampanan Doktor Joe memang menjadi kegilaan jururawat yang bertugas di hospital tersebut. Sudah menjadi lumrah termasuk Mila juga seperti wanita yang lain punya perasaan yang sama namun Mila masih mampu mengawalnya dan tidaklah melampau-lampau bersikap seperti Rose.
"Gila! Syok sendiri betullah kau ni Rose. Aku ke sana dulu hantar fail ni pada Doktor Zhaf" Mila terus berlalu meninggalkan Rose yang mungkin masih lagi angau dalam dunianya sendiri.
"Gila! Syok sendiri betullah kau ni Rose. Aku ke sana dulu hantar fail ni pada Doktor Zhaf" Mila terus berlalu meninggalkan Rose yang mungkin masih lagi angau dalam dunianya sendiri.

Zhafry membuat sedikit senanam ringan ke atas lehernya selepas beberapa jam melaksanakan tanggungjawab membuat pemeriksaan dan rawatan ke atas pesakit-pesakit yang mendiami wad Ortopedik. Tanggungjawab yang telah dipikulnya hampir sepuluh tahun bertugas di hospital Kuching. Pelbagai kes pesakit yang dikendalinya dan Zhafry tidak pernah merungut atau mengeluh kerana profesion itu memang sudah menjadi pilihannya dan sudah sebati dengan jiwanya.
Matanya kemudian tertumpu melihat naskah akhbar di atas mejanya. Tajuk utama muka depan akhbar tersebut masih lagi memaparkan tentang kejadian pembunuhan minggu lepas. Memang mengerikan dan Zhafry sendiri hampir tidak sanggup untuk melihat dengan sendirinya semasa mayat dihantar ke Hospital Kuching untuk bedah siasat. Lebih menyedihkan masa tersebut adalah seorang wanita yang sedang mengandung empat bulan.
"Mila, awak fikir ni kerja manusia atau kerja binatang" Tanya Zhafry semasa Mila meletakkan minumannya di atas meja.
"Entahlah doktor, kalau binatang, binatang apa yang buat macam tu. Tapi peliknya binatang apa yang korek dan makan..." sahut Mila yang tidak sanggup untuk menyambung ayatnya.
"Yalah Mila, saya pun pening bila memikirkan pasal pembunuhan ni. Setiap bulan berlaku satu kejadian dan berlaku pada tarikh yang hampir sama. Kedua-kedua mangsanya perempuan yang mengandung yang tak larat melawan semasa diserang. Satu lagi, bintang apa yang berkeliaran dalam bandar waktu malam?" Mila menggelengkan kepala, gadis itu nampaknya tidak ada idea untuk menjawab soalan Zhafry.
"Tu sebab saya takut benar nak keluar sorang-sorang sekarang terutama waktu malam. Doktor Zhaf yang selalu balik jauh-jauh malam tu tak takut ke?" soal Mila sambil memandang wajah Zhafry.
"Seramlah jugak tapi nak buat macam mana. Tugas dan tanggungjawab di sini lebih penting. Bila balik saya terus pecut sampai rumah. Kalau dah lewat sangat saya rasa lebih baik tak balik langsung" Sahut Zhafry pula.
"Tapi pembunuhan itu berlaku dekat Miri dan Sibu" tambah Mila lagi.
"Mula-mula Miri, lepas tu Sibu bulan depan mungkin Serikei. Itu maknanya pembunuh tu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin dia sudah ada dekat Kuching sekarang" sambung Doktor Zhafry pula.
"Doktor Zhaf ni menakutkan betul. Janganlah macam tu doktor tak pasal-pasal saya tak balik malam ni" ujar Mila dengan wajah yang sudah berubah cuak. Doktor Zhafry tersengih melihat perubahan wajah Mila.
"Awak takut sangat ni kenapa? Kalau tuhan dah tentukan kita mati macam tu nak buat macam mana" tambah Doktor Zhafry lagi.
"Tak naklah saya mati dulu doktor. Kempuanan saya nak makan nasi minyak sendiri" Doktor Zhafry sudah tergelak besar mendengar jawapan Mila.
"Maaflah saya Mila, saya tak ingat awak belum kahwin. Kahwinlah cepat Mila tapi jangan tak jemput saya pulak" usahanya memujuk dan bergurau dengan Mila.
"Insyaallah doktor, ada jodoh kahwinlah" balas Mila yang termakan kata-kata Doktor Zhafry.
Selepas Mila keluar dari biliknya Zhafry terus membelek surat khabar di atas meja. Berita perniagaan dan kali ini terpapar wajah pengganti Dato' Seri Amar Zahid sebagai Pengerusi Eksekutif yang baru. Dato' Seri Amar Zaid agak uzur dan semakin tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini. Zhafry membaca setiap bait ayat yang menyentuh tentang syarikat tersebut. Semuanya yang tercatat di situ menyentuh isu-isu positif terutama kejayaan syarikat tersebut dalam dunia peniagaannya.
Selepas usai membacanya Zhafry teringat perbincangan dengan Dato' Seri Amar Zaid beberapa bulan yang lalu. Sebagai doktor peribadi keluarga Dato' Seri Amar Zaid, Zhafry sememangnya mudah dan kerap berjumpa dengan tokoh perniagaan itu. Permintaan Dato' Seri Amar kali inilah yang membawanya memujuk Angel supaya tinggal bersamanya. Tugasnya sebagai pemegang amanah seharusnya sudah berakhir kerana Angel sudah layak untuk berada di tempatnya seperti apa yang diharapkan oleh Syed Hatta.

DirgantaraWhere stories live. Discover now