Bumi dan makhluk adalah milik penciptanya. Sama ada yang di langit dan di bumi tiada kuasa yang mampu menyaingi kuasa yang maha pencipta. Cepat atau lambat kebenaran dan kebaikan itu akan pasti mengatasi kejahatan dan kemungkaran. Selagi makhluk itu mengenali dan masih mengingati tuhannya yang maha pencipta dan maha berkuasa tuhan tidak pernah melupakan. Tuhan akan mengasihinya dan akan membantunya di kala ia meminta dan memerlukan pertolongannya.
Selepas menunaikan solat subuh, Ustaz Zaini melihat keadaan cuaca di luar rumahnya. Langit kelihatan gelap gelita seperti hujan lebat akan turun dan kelihatan di sebelah matahari biasanya terbit kelihatan beberapa kali percikan cahaya terang seperti kilat yang turun dari langit. Entah kenapa sejak semalam fikiran tidak tenteram. Malam tadi dia bermimpi tentang Angel dan Indra. Di dalam mimpinya pasangan suami isteri tersebut dengan pakaian yang cantik seperti sedang bersanding di atas singgahsana yang indah namun tetamu-tetamu yang hadir menonton persandingan pasangan tersebut adalah makhluk-makhluk hodoh yang mengerungkan dan setiap orang sedang menatang sebiji pinggan kosong. Mereka seperti sedang menanti pinggan mereka di isi dengan makanan yang bakal disediakan dalam majlis yang mereka hadiri.
Mimpi yang dialaminya itu membuatkan perasaannya tidak tenteram sejak subuh pagi tadi. Keadaan cuaca di luar yang agak berbeza berbanding hari-hari sebelumnya menyebabkan suasana di seluruh alam agak sunyi sepi seperti belum ada manusia yang terjaga daripada tidur. Selesai mengambil wuduk untuk mengerjakan solat dhuha suatu deringan telefon menghentikan pergerakan lidah Ustaz Zaini untuk melafazkan niat solat dhuhanya pagi itu.
Hanya sebaris ayat suara Angel sayup-sayup seperti sedang dalam kesusahan dan sebelum sempat bertanya sesuatu panggilan tersebut sudah terputus. Berhenti seketika memikirkannya tentang panggilan tadi Ustaz Zaini terus mengkhusyukkan tumpuan kepada solat dhuha yang ingin dikerjakan lalu terus mengaturkan posisinya yang betul di atas sejadah sebelum melafazkan niat solatnya.
Walaupun kenderaan ada di luar rumah kerana Angel telah menghadiahkan keretanya kepada mereka berdua namun jarak dan cuaca yang tidak mengizinkan Ustaz Zaini tetap berusaha membantu Angel dan suaminya. Selepas menunai solat dhuha, Ustaz Zaini bangun semula untuk mengerja solat hajat memohon tuhan melindugi pasangan Angel dan suaminya. Dari satu helaian ke satu satu helaian ayat-ayat suci dialun tanpa henti.
"Makcik Janah! Saya dengar dalam radio tadi berlaku ribut taufan dan puting beliung dekat Kuching. Banyak bangunan dan orang yang terbunuh" Amni muncul di pintu rumah terus menyampaikan berita tersebut kepada Janah.
"Ribut taufan?" soal Janah pula apabila terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh Amni.
"Ya makcik. Dengar ceritanya ada makhluk pelik yang muncul dekat sana, banyak lagi tu" Janah terus terpana mendengar cerita Amni. Angel ada di sana dan sedang sarat mengandung, bagaimanakah keadaannya sekarang. Janah mendengar sayup-sayup suara suaminya membaca surah Yassin. Pasti suami telah merasakan sesuatu kerana sejak subuh pagi tadi suaminya tidak keluar dari bilik solat dan tidak berhenti mengaji.
Indra merasa tiupan angin sejuk tiba-tiba muncul menerpa dari arah belakangnya dan melalui tubuhnya yang sedang melawan kepanasan bahang api Yaman yang sedang bergelut dengannya. Api di tubuh Yaman bukan seperti api di dunia yang kepanasan masih boleh diharunginya dengan mudah. Kepanasan api neraka yang bisa mencairkan apa saja objek yang mendekatinya terutama ketika Yaman dalam kemarahan. Keadilan pertarungan memang tidak pernah wujud. Indra sendirian dan Yaman pula mempunyai pengikut yang banyak. Walaupun Indra satu-satu makhluk yang mampu bertahan menghadapi serangan Yaman namun di ketika yang sama muncul askar-askar Yaman cuba mengganggu pertaruhan mereka.
Demi untuk meraih kemenangan di kala merasakan dirinya hampir kepada kekalahan Yaman telah membina medan pertarungan sendiri. Medan yang pasti menyukarkan lawanan. Pertarungan di awangan yang menanti di bawahnya sebuah kawah gunung berapi yang dipenuhi lava yang sedang mendidih. Semakin meningkat haba dan suhunya kekuatan Yaman juga turut bertambah dan Indra pula terpaksa melalui pertaruhan yang begitu getir.
"Kalau kau memang makhluk yang ditakdirkan mampu mengalahkan aku, kau tidak akan takut kalau kau ikut aku terjun ke dalam kolam mandianku di bawah sana. Dan ingat, apabila aku sudah meninggalkan pentas pertaruhan ini ianya akan lenyap dan tidak akan ada tapak untuk kau berpijak" Yaman cuba memerangkap Maharaja Loka dalam dua situasi yang memaksanya untuk mengaku kalah. Tidak mahu memberi kesempatan kepada lawannya untuk berfikir Yaman lantas terjun ke dalam kolam api mandiannya dengan derai ketawanya.
Yaman tidak berdusta, kakinya kehilangan unsur untuk berpijak dan di bawah sana kolam mandian Yaman sedang menanti. Usahanya cuma pada tebian kolam namun kepanasan haba turut menghangatkan batuan di situ. Apabila tangannya sudah lebur dan gagal bertaut lagi di situ jasadnya pasti akan jatuh juga ke dasarnya. Selagi terdaya dan demi nyawa-nyawa yang perlu dilindunginya Indra tetap berusaha cuba naik ke atas.
"Indra, hulurkan tanganmu" kepanasan berganti kedinginan ketika lelaki berjubah dan berkopiah putih itu tersebut tersenyum kepadanya. Indra menghulurkan tangan lalu mendaki naik ke permukaan.
"Terimakasih abi!"
"Mulalah apa saja pergerakan mu dengan bismillah, Allah akan membantu. Jahat atau baik semua makhluk adalah ciptaannya dan tiada kuasa yang mampu menandingi penciptanya" balasnya sebelum menghilangkan diri. Indra terpaku dan cuba memikirkan sesuatu dan di kala itu Yaman muncul semula dari kolam apinya dan kini jasadnya sepenuhnya adalah api yang menyala. Indra berundur selangkah ke belakang apabila merasakan kulitnya membahang ketika jasad Yaman terlalu hampir dengannya.
Mengingati pesan abi, selepas kalimah itu terucap di bibirnya Indra tiba-tiba merasakan jasadnya mula diresapi suatu kekuatan yang baru dan di kala sepasang tangan api cuba menerkam dan menangkap tubuhnya ianya padam tiba-tiba. Kita sama-sama makhluk ciptaanNYA, maka tiada kuasa yang lebih hebat mampu menyaingi kuasaNYA. Dengan satu laungan namaNYA, pedang Citra dihunusnya tepat ke jasad lawan di hadapannya. Nyalaan apinya serta merta padam dan jasanya tersungkur tunduk menyembah ke bumi. Keadaan sekeliling serta merta bertukar sepi dan kelihatan kesemua makhluk alam ghaib terutama pengikut-pengikut Yaman mula berundur setapak demi setapak menjauhkan diri dan ada yang mula tunduk dan sujud menyembah ke bumi dan hangus terbakar.
"Maharaja Loka! Ramalan takdir itu sudah menjadi kenyataan. Segala sumpahanku telah berakhir tapi dendamku padamu tidak akan pernah padam" suara itu terus hilang dan lenyap bersama percikan api dari jasad Yaman yang semakin mengecil dan akhir menghilang.
Mentari terus memacarkan sinarnya dengan cahaya pelangi yang indah mewarnai langit dan tatkala pedang citra kembali menjelma keasalnya Indra tersenyum menatap seorang wanita yang sedang mengendong seorang bayi.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...