Hari demi hari berlalu dan Angel sudah genap sebulan Angel tinggal bersama Zhafry. Angel jarang keluar rumah kecuali keluar bersama Zhafry untuk menziarahi kubur ibunya pada setiap hari Ahad dan keluar untuk membeli-belah keperluan peribadi dan dapur rumah mereka. Angel mula berasa bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Dua kali dalam seminggu akan datang seorang wanita berusia awal empat puluhan yang diupah oleh Zhafry untuk membersih dan mengemas rumah tersebut dan ini yang membuatkan keadaan dalam rumah tersebut sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Memasak yang sememangnya bukan kepakaran Angel malah Zhafry tiada masa untuk makan di rumah. Zhafry akan bertolak ke tempat kerjanya pada pukul lapan pagi dan akan balik ke rumah sekitar pukul sepuluh malam. Angel hanya menyediakan makanan untuk dirinya sendiri. Zhafry yang sudah terbiasa sarapan dan makan di kantin hospital tidak pernah menyusahkan Angel berkaitan makan dan minumnya. Apabila Angel sudah hanyut dalam mimpi ngerinya barulah kedengaran enjin Toyota Harrier milik Zhafry memasuki halaman rumah mereka.
Kalau sesetengah orang gemar menatap smartphone atau komputer riba untuk melayari Facebook, Tik tok atau IG dan sebagainya tapi malang Angel bukan tergolong dalam kumpulan itu. Wujudnya akaun FB Angel sekadar untuk mengaktifkan emailnya namun setiap kali ada yang berminat untuk menjadi rakannya, Angel mengabaikan sahaja malah kebanyakan sudah dipadamkan atau ditandakan dan dimasukkan ke dalam tong sampah emailnya. Tetapi sejak kebelakangan ini terutama setelah tiba di rumah Zhafry, Angel terpaksa menjadikan smart phone dan komputer riba sebagai teman rapatnya namun tidak untuk bersosial media. Angel tidak pasti apakah Geocaching mendatangkan keseronokkan kepadanya tapi Angel terbuka hati pula untuk mencubanya.
Setelah mengaktifkan keahliannya seminggu yang lalu Angel telah cuba menjejak lokasi-lokasi benda-benda yang disembunyikan oleh ahli-ahli Goecaching yang terdapat di seluruh Kuching. Untuk percubaan pertama Angel mencari di kawasan yang terdekat dengan tempat kediamannya. Bunyi enjin dan cahaya lampu kereta menghala memasuki halaman rumah menandakan Zhafry sudah balik. Angel bergegas melangkah keluar dari biliknya lantas menuju ke ruang tamu.
"Dady baru balik?" Zhafry agak terkejut apabila menyedari malam itu Angel menunggu kepulangannya.
"Angel tak tidur lagi?"Tanya Zhafry sambil memandang anak gadisnya yang menyarungkan sepasang pijama tidur berwarna merah hati sedang berdiri menantinya di hadapan pintu. Angel kemudian membuntuti langkah Zhafry hingga ke ruang tamu.
"Dah terlebih tidur siang tadi" jawapan Angel membuatkan Zhafry tergelak kecil. Punggungnya segera dilabuhnya di atas sofa ruang tamu selepas meletakkan kunci kereta di atas meja.
"Boleh buatkan minuman panas untuk dady, sejuk sangat malam ni mungkin sebab seharian tadi hujan tak berhenti-henti"mendengar pemintaan Zhafry Angel segera berlalu menuju ke dapur untuk melaksanakan pemintaan Zhafry. Air panas memang sudah tersedia melalui alat Coway memudahkan Angel membancuh minuman panas yang diminta oleh Zhafry dengan pantas. Kembali ke ruang tamu, mug yang berisi cofffee 3 in 1 yang berasap-asap diletaknya di atas meja di hadapan Zhafry. Zhafry tersenyum dan pantas tangan mencapai minuman panas tersebut lalu dibawanya ke bibir.
"Angel ada benda nak cakap pada dadykan?" soal Zhafry sambil matanya memandang Angel selepas meletakkan kembali mug di tanganya di atas meja. Itu ramalannya yang bermain di fikirannya sejak tadi. Angel kelihatan menganggukan kepalanya sebelum bersuara.
"Angel dah boring duduk rumah" sahut Angel sambil matanya memandang Zhafry dan kelihatan Zhafry tersenyum kepadanya. Senyuman yang penuh makna kerana mungkin sudah tiba masanya untuk Angel menerima tugasnya.
"Maknanya Angel dan bersedia untuk apa saja?" Tanya Zhafry cuba meneka maksud jawapan anak gadisnya.
"Ya, Angel rasa nak mula kerja" sahutnya dengan nada perlahan dan mendatar. Zhafry mengangkat keningnya ketika memandang Angel.
"Betul?" Tanya Zhafry menyoal lagi. Angel menganggukkan kepalanya. Perasaan Zhafry lega mendengar keputusan Angel.
"Oklah kalau macam tu, nanti dady uruskan. Mungkin lusa paling cepat tapi kalau Angel boring duduk rumah, esok boleh pergi hospital jumpa dady. Temankan dady lunch" cadang Zhafry sambil tersenyum menatap wajah Angel. Angel membalas senyumannya yang mirip senyuman seorang wanita yang sudah lama meninggalkannya. Rindu yang sentiasa menghuni kamar hatinya terbit lagi dan Zhafry cuba melawannya.
"Pukul berapa dady selalu lunch?" soalnya selepas memikirkan pelawaan Zhafry. Mungkin dia perlu berkunjung ke tempat Zhafry bertugas untuk melihat suasana bekerja lelaki tersebut.
"Pukul satu setengah, dady tunggu Angel tapi cal dady dulu bila Angel sampai nanti" pesan Zhafry apabila menjawab soalan Angel.
"Tengoklah nanti kalau Angel rasa nak pergi tapi esok Angel rasa nak keluar shopping dulu sebelum jumpa dady" aktiviti terbarunya memerlukan alat GPS serta segala bekalan keperluan peribadi dan makanan hampir habis menjadi tujuan utama perancangannya untuk membeli belah esok.
"Angel yakin ke boleh drive sendiri?"soal Zhafry pula apabila teringat belum pernah lagi melihat Angel memandu barunya selain ke kedai yang berdekatan untuk membeli sesuatu.
"Kalau sesat nanti Angel cal dady" sahutnya kemudian tersenyum. Zhafry tidak menjawab cuma menggelengkan kepalanya mendengar jawapan anak gadis tunggal kesayangannya itu.
"Dady letih sangat sebab hari ni ada satu lagi kes macam bulan lepas" Zhafry terbayang keadaan mayat yang diperiksanya tengah hari tadi. Pembunuhan yang cukup mengerikan.
"Dady pergilah masuk bilik rehat" sahut Angel apabila dia juga dapat mengesan keletihan di wajah Zhafry.
"Angel kalau keluar esok jaga diri elok-elok. Dady risau sebab sekarang ni setiap bulan ada saja kes pembunuhan pelik yang berlaku" ujar Zhafry ketika bangun dari sofa.
"Pembunuhan pelik" Angel mengerutkan dahinya apabila sambil memandang Zhafry.
"Esok Angel baca news, ada kes bunuh terbaharu berlaku semalam. Ngeri dan kejam sangat. Kalau lihat kesannya seperti bukan manusia yang buat" Angel terpaku ketika mendengar cerita yang disampaikan oleh Zhafry. Apabila teringat mimpi-mimpi ngeri yang dialaminya selama ini Angel takut untuk menyambung cerita Zhafry. Tanpa menoleh Angel terus ke dapur untuk mencuci mug di tangan sebelum masuk ke biliknya untuk tidur. Menjadi rutinnya setiap malam sebelum melelapkan matanya Angel berharap tidurnya tidak diganggu mimpi buruk lagi. Dia benci melihat wajah-wajah kejam yang selalu hadir dalam mimpinya selama ini kecuali yang satu itu. Bengis dengan renungan yang tajam tapi Angel menyukai dan merinduinya.
"Ahh!!!!" Angel menjerit sekuat hati apabila terpandang jarum jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Gara-gara menunggu kepulangan Zhafry semalam, matanya merajuk tidak mahu tidur lagi selepas itu dan Angel akhirnya melayari internet untuk muat turun beberapa buah filem-filem Inggeris terkini. Angel akhirnya terlena sekitar pukul tiga pagi dan apa yang Angel harapkan menjadi kenyataan. Tiada mimpi buruk yang mengganggu tidurnya malam tadi sehinggakan Angel terjaga lebih lewat dari perancangannya kerana kesiangan dan subuhnya entah ke mana.
Zhafry menjerling jam tangan dan waktu sudah menunjukkan pukul satu tiga puluh tengah hari dan sebentar lagi pertukaran sesi bertugas jururawat dan doktor kecuali doktor pakar kerana jumlah mereka yang begitu kurang menyebabkan tempoh masa mereka perlu berada di hospital agak lama berbanding doktor-doktor biasa. Sambil menunggu Angel menghubunginya Zhafry melihat diagnostik beberapa orang pesakit yang berada di bawah pemerhatiannya.
"Eh.. Doktor Zhaf tak keluar lunch lagi ke? Selalunya Doktor Zhafry keluar lunch dengan Doktor Joe dan Doktor Ziana" tegur Mila yang menghantar fail pesakit yang di atas mejanya.
"Sekejap lagi sebab saya sedang tunggu seseorang" sahut Zhafry manakala mata terus meneliti dokumen yang berada di tangannya. Mila tidak bertanya lagi melihat Zhafry sedang fokus dengan kerjanya. Tumpuan terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi dan terpapar perkataan 'My Angel'.
"Hello sayang, Angel dekat mana?" Tanyanya apabila tahu siapa pemanggilnya.
"Angel tak perlu naik, Dady tunggu Angel dekat bawah, lepas lunch baru kita sama-sama naik kalau Angel nak tengok dady kerja. Ok ya sayang, tahukan kantin dekat mana?. Ikut anak panah dan baca signboard" di akhir perbualan kedengaran ketawa Zhafry. Mungkin ada jawapan Angel yang mengelikan hatinya.
"Hai Zhaf, lambat keluar hari ni?" tegur Ziana, sahabat sepengajian semasa di Universiti dulu dan kini turut menjadi rakan setugas di hospital yang sama. Saling mengenali dalam tempoh yang lama, Ziana juga turut mengenali arwah Sharifah Diana wanita kesayangan sahabatnya itu.
"Tunggu somebody sebab dah janji lunch dengan dia hari ni" Ziana mengangkat kening apabila mendengar jawapan Zhafry.
"Spesial je bunyinya. Women ke?" soal Ziana dalam nada bergurau. Johan yang di duduk di sebelah doktor wanita itu turut memasang telinga. Zhafry dan Ziana adalah doktor-doktor pakar yang yang terkenal di hospital itu dan selaku doktor pembimbingnya. Johan begitu menghormati kedua-dua pembimbingnya dan segan pula untuk mencelah memandangkan jarak usia yang jauh berbeza membataskan Johan untuk mencelah dengan gurauan yang keterlaluan.
"Yup, girl. My Angel" tambah Zhafry lagi sambil tersenyum.
"Wow! Yang you cerita pada I hari tu. I pun I nak tengok dia mesti cute macam ayahnya jugakan" sambung Ziana pula yang begitu teruja ingin melihat anak gadis sahabat baiknya itu. Sejak meningkat remaja hingga mencapai usia sekarang Ziana sudah lama tidak melihat Angel. Sudah sebulan Angel sudah tinggal bersama Zhafry, Ziana belum berkesempatan untuk bertemu dan melihat anak gadis Zhafry tersebut.
"No, cute macam ibunya, I handsem. You jangan salah fakta, geli I dengar" Ziana sudah tergelak besar begitu juga Johan yang ikut tergelak mendengar jawapan Zhafry. Dalam serius Doktor Zhafry semasa menjalankan tugas rupa-rupa pandai juga lelaki ini membuat lawak, desis Johan dalam hatinya.
"Nanti bolehlah I introduce dengan handsem boy sebelah Ini" tambah Ziana sambil menjerling Johan di sebelahnya. Johan tersengih ketika membalas jelingan mengusik Ziana.
"Why not tapi I bukan jenis suka mengatur hidup orang lain walaupun anak I sendiri. I cuma akan sokong apa yang terbaik untuknya. Soal jodoh tu terpulang pada pilihan hatinya sendiri. I jenis orang yang fleksibel" sambung Zhafry lagi dan Johan pula hanya tersenyun mendengarnya. Sikap yang harus dimiliki oleh semua parent, puji Johan dalam hatinya.
"Ayah yang terbaik di dunia. I sokong pendirian you. Jadi mana dia?" selepas habis kata-kata Ziana, seorang gadis tersenyum memandang meja mereka sambil melambaikan tangannya kepada Zhafry.
"Tu!" tunjuk Zhafry dengan mulutnya. Ziana dan Johan sama-sama menoleh begitu juga beberapa pasang mata yang berada di kantin waktu itu.
"Wow! So cute, very pretty. Tak silap nama yang you beri untuk anak you. Lebih banyak you, Eurasian blood. Rambut cantik ikut rambut arwah ibunya. Boleh jadi model anak you ni" puji Ziana yang terpegun melihat kemunculan Angel. Gadis itu banyak mirip Zhafry. Berkulit putih melepak dan anak matanya berwarna coklat. Jelas sepasang mata yang duduk di sebelah Ziana cuba menyembunyikan rasa terpegun, mungkin bimbang ayah kepada gadis itu dan orang-orang sekelilingi menyedarinya.
"Tengoklah dady dia macam mana" celah Zhafry yang membuatkan Ziana dan Johan sama-sama tersenyum mendengar komen Zhafry pada dirinya dan perkara itu memang tidak boleh mereka berdua nafikan. Lelaki berketurunan Eurasian itu memang kacak dan walaupun sudah berstatus duda tapi dialah lelaki paling popular dan diminati oleh hampir semua golongan wanita di hospital itu.
"Sorry dady, Angel lambat sikit" tegur Angel selepas mencium pipi Zhafry. Berpasang mata yang melihat kemesraan pasangan ayah dan anak itu turut tersenyum.
"Never mine, kenalkan kawan dady, Doktor Ziana dan Doktor Johan" balas Zhafry sambil memperkenalkan penghuni lain di meja tersebut. Angel melemparkan senyuman ketika bersalaman dengan Ziana.
"Angel, panggil Angel je" sapa Angel pada Ziana
"Angelia Rydiana Ratna" tambah Zhafry apabila terdengar Angel hanya menyebut nama panggilannya sahaja.
"Rydiana! kenangan abadi youkan?" Ziana menjerling Zhafry selepas memberi komen tentang nama Angel. Zhafry hanya membisu, dia tidak boleh menafikan Rydiana adalah lambang ikatan cinta dan kasih Zhafry pada arwah isterinya Sharifah Diana.
"Call me Untie Zie" sambung Ziana lagi sambil membahasakan dirinya. Angel mengangguk kemudian hanya melemparkan senyumannya pada Johan yang duduk di sebelah Ziana tanpa menghulurkan tangan. Lelaki itu turut tersenyum membalas senyuman Angel.
"Angel baru sampai sebulan yang lalu. Boring duduk sorang-sorang dekat rumah jadi I ajaklah dia lunch dengan I dekat sini" cerita Zhafry tentang kemunculan Angel pada hari tersebut
"Untung you sudah ada anak yang dah besar, cantik pulak tu. Mia, anak sulung I baru je umur dua belas tahun" sambung Ziana selepas itu
"Siapa yang suruh you lambat kahwin? Ada orang nak you menolak. Hah ingat tu Joe, kalau dah jumpa yang berkenan kahwin terus"ujar Zhafry ketika tersenyum memandang Johan di sebelah Ziana.
"Maksud you Idham kan?. I bukan memilih atau tak suka Id masa I tolak Id dulu. I tolak Id kerana dia doktor. I tak mahu husband I kerjanya sama bidang dengan I. I mahu masa L duty dekat hospital, ada suami yang boleh teman anak I dekat rumah. I tak mahu anak I kehilangan kasih sayang kedua-duanya" Ziana menang tegas dengan pendirian ketika menolak lamaran Doktor Idham salah seorang kawan baik Zhafry dan akhirnya beberapa tahun selepas itu Ziana bertemu jodoh dengan seorang pensyarah.
"Walaupun lambat sikit dapat jodoh tapi I tetap bersyukur sebulan je lepas kahwin I terus mengandung" tambah Ziana lagi sambil tersenyum bangga. Zhafry menyokong kebenaran kata-kata Ziana yang mempunyai prinsip sepertinya tapi siapapun Sharifah Diana itulah cinta pandang pertama yang tetap bertahta di hatinya sampai ke saat itu.
Suasana meja tersebut sepi seketika apabila pesanan makanan tiba dan terus mencapai pinggan masing-masing untuk menikmatinya.
"Eh Joe, kenapa lauk you ikan dan sayur je, kan banyak lauk ayam yang sedap tadi tu" tegur Ziana apabila melihat makanan yang ada di dalam pinggan Johan.
"Ayam saya tak suka terutama ayam orang bela sekarang" balas Johan bersahaja sambil mula menikmati makanannya sebelum menjerling sekejap memandang gadis yang duduk di sebelah Zhafry. Gadis tersebut kelihatan sedang memerhati lauk yang ada di dalam pinggan di hadapannya.
"Kalau Angel nak lauk yang lain pergilah tengok dekat sana" beritahu Zhafry sambil berpaling memandang Angel yang sedang lalit memerhati lauk yang ada di dalam pinggan. Mungkin lauk tersebut bukan kegemaran Angel.
"Tak pa, dah cukuplah ni" sahut Angel pantas. Sebenarnya Angel terkenangkan sesuatu apabila terpandang gulai udang galah yang ada dalam pinggan di hadapannya. Sejak kecil seluruh ahli keluarganya yang cuma terdiri daripada seorang ayah, datuk dan nenek tahu itulah lauk kegemaran Angel.
"Minuman dady belum order" tambah Zhafry lagi.
"Air kosong yang suam" balas Angel.
"Good, memang anak dady " sambung Zhafry pantas.
"Bukan anak dady tapi anak doktor, pandai jaga kesihatan" Ziana mencelah membuat Zhafry tergelak besar menyebabkan beberapa mata berpaling memandang mereka.
"Sorry, I terlebih happy" Zhafry mengangkat tangan kepada mata-mata yang menoleh memandang meja mereka.
"Kalau macam ni Angel mesti kena selalu temankan dady you makan dekat sini. Susah nak tengok Doktor Zhafry kita ni gembira macam hari ni" komen Ziana sambil memandang Angel kemudian tersenyum.
"Tak lama lagi Angel dah mula kerja sebab tu I ajak dia temankan I makan hari ni. Boleh kata selebratelah ni" sambung Zhafry ketika mereka sedang asyik menikmati makanan masing-masing.
"Mana aci dady selebrate Angel dekat tempat macam ni, at lesslah KFC atau MacD ke?" sambung Angel memprotes kata-kata Zhafry.
"Tak jadi hal, nanti dady buat sekali lagi kalau Angel nak macam tu" balas Zhafry selepas mendengar protes anak gadisnya itu..
"Oh dah mula nak kerja. Tak sambung belajar lagi ke?" Tanya Ziana sambil memandang Zhafry dan Angel.
"Boleh buat sambil kerja" jawab Zhafry pantas sambil memandang Angel. Dia ingin melihat air muka Angel selepas mendengar ayat yang disebutnya. Kelihatan wajah Angel bersahaja apabila mendengar jawapan Zhafry.
"Di tempat yang you ceritakan dulu" soal Ziana lagi. Zhafry menganggukkan kepalanya sebelum bersuara.
"I harus melaksanakan amanah arwah ayah mentua I. Angel harus ke situ sebagai pewaris datuknya" semua penghuni meja itu diam memberi peluang Zhafry bercerita.
"Anak seorang doktor tidak semestinya menjadi doktor jugakkan?" Johan tiba-tiba mencelah.
"Angel memang tidak akan jadi doktor macam I sebab Angel anak ibu dia, otak bisness" sambung Zhafry pula membuatkan Ziana dan Johan tergelak kecil.
"Dady jangan lupa dan jangan nak bohong, Angel study bisness tu sebab datuk yang paksa. Result SPM Angel cemerlang tau layak untuk ambil asasi medic di U kalau Angel nak" celah Angel yang tidak setuju dengan fakta yang disampaikan oleh Zhafry.
"I auta saja tadi tu. Betul tu, datuk dia yang nak Angel study bukan sebab Angel tak layak. Anak I ni bijak macam otak dady dia" sambil membetulkan fakta Zhafry sempat memuji dirinya.
"Dady ni mulalah tu, masuk bakul yang bocor" Zhafry tergelak mendengar sindiran Angel.
"Bakul bocor?" serentak, Zhafry dan dua doktor di meja itu pelik mendengar peribahasa Angel.
"Yalah, kalau tak bocor macam mana nak angkat sendiri" sambung Angel membuatkan semua mereka di situ tergelak.
"Angel ni memang macam ni, muka selambanya kalau nak kenakan orang" tambah Zhafry sambil menggelengkan kepalanya.
"Zhafry, macam mana hujung minggu ni, you agak-agak pukul berapa kita nak bertolak dan patut ada di situ" Ziana yang baru teringat salah satu program luar untuk beberapa orang doktor pelatih di bawah bimbingan mereka. Matang Wildlife menjadi pilihan untuk aktiviti perkhemahan untuk markah aktiviti program luar doktor-doktor pelatih di bawah penyelian mereka.
"Tanya Joe, dia pengerusi bagi program kali ni" Zhafry mengangkat keningnya memandang Johan di sebelah Ziana.
"Pukul sembilan pagi semua mesti sudah berkumpul di tapak perkhemahan di situ. Taklimat program dalam lima belas minit, selepas tu pasang khemah and ikut aktiviti program yang dirancangkan" Ziana dan Zhafry mengangguk selepas mendengar penerangan ringkas Johan berkaitan aktiviti mereka.
"Angel nak ikut dady tak hujung minggu ni, program luar dengan Doktor Joe dan kawan-kawan" tanya Zhafry sambil menoleh kepada Angel yang sedang menikmati makanannya. Angel seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Boleh jugak, pergi mana?" tanya Angel sambil sambil memandang Zhafry
"Matang WildLife" sahut Zhafry ringkas. Angel terdiam dan sedang cuba memikir dan mengingatkan sesuatu sebelum tersenyum.
"Sesuai sangat sebab tu salah satu lokasi yang terdapat dalam senarai Angel" jawapan Angel membuatkan Zhafry menautkan keningnya.
"Senarai apa?" tanya Zhafry apabila hairan mendengar jawapan Angel.
"Geochaching" jawab Angel pantas.
"Apa tu?" soal Zhafry lagi.
"Macam aktiviti cari harta karun jugak tapi tak tahulah Angel jumpa apa nanti. kalau harta karun kayalah Angel" jawapan Angel membuatkan Zhafry ketawa kecil.
"Cari aje harta Angel dalam syarikat tu kelak" sahut Zhafry dengan wajah yang ceria kesan daripada ketawanya sebentar tadi.Usai makan Angel tidak segera pulang sebaliknya Angel membuntuti Zhafry menuju ke wad tempat Zhafry bertugas untuk sambil melihat-lihat suasana bekerja ayahnya di hospital tersebut.
"Kalau Angel nak rehat boleh masuk bilik dady, dalam tu ada sofa boleh baring-baring" Angel menggelengkan kepalanya menolak cadangan Zhafry kerana dia lebih suka memerhati Zhafry yang menjenguk pesakitnya dari satu katil ke katil bersama beberapa orang doktor pelatih di bawah bimbingan ayahnya. Sepasang mata sedari tadi asyik mencuri pandang melihat anak gadis Zhafry. Nama gadis itu sesuai benar dengan diri orangnya. Cantik bagaikan bidadari dan Johan merasa seolah-olah dia pernah bertemu dan mengenali Angel sebelum ini cuma Johan dia tidak boleh ingat bila dan di mana. Angel! nama yang seperti biasa didengarnya dan matanya terus mencuri pandang melihat Angel yang sedang berbual dengan Mila jururawat yang sedang bertugas ketika itu. Inilah kali pertama matanya melekat melihat seorang perempuan. Anugerah tuhan pada anak gadis Doktor Zhafry cukup sempurna menyebabkan dirinya seperti besi yang sedang ditarik oleh magnet yang begitu kuat kuasanya.
"Joe, kau pandang apa tu" tegur Azani selepas menepuk bahunya.
"Tak apa-apa, apa dia?" Tanya Johan pula. Azani perasaan kelakuan Johan sejak tadi dan dia tahu di mana terarahnya pandangan sahabat baiknya itu.
"Doktor Zhafry suruh kau sediakan laporan untuk pesakit katil no 12" Johan mengangkat keningnya ketika mendengar jawapan Azani.
"Kau jangan nak buat hal, nanti mengulang praktikal baru padan muka. Doktor Zhafry tu tegas orangnya. Tahun lepas ada doktor pelatih yang dia gagalkan" tambah Azani lagi membuatkan Johan membutang mata apabila mendengarnya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...