Bab 54. Enam Jahanam Upahan DK

0 0 0
                                    

         Selesai mengemas semua semua barangan termasuk pakaian sendiri dan pakaian isterinya, Indra mengejutkan isterinya untuk pergi berjonging di pantai. Hari terakhir di situ Indra ingin menamatkannya dengan aktiviti yang berfaedah. Masih ada beberapa jam sebelum pukul sembilan pagi masa yang ditetapkan untuk bertolak. Bas yang akan mengangkut semua peserta kursus balik akan tiba pada pukul lapan pagi.
Sebelum ke pantai Angel  singgah mengetuk pintu bilik Zaleha untuk memberi sesuatu yang membuatkan kedua-dua gadis di dalam bilik itu menjerit seperti terkena cabutan bertuah. Angel menjengguk sekejap ke dalam bilik tersebut dan matanya tertumpu melihat katil yang kosong tiada penghuni.
“Sarah mana?” tanyanya pada Zaleha dan Sue. Kedua-dua gadis itu mengangkat kedua belah bahunya.
“Entah, masuk tidur malam tadi ada tapi waktu aku bangun subuh tadi katil tu dah kosong” beritahu Zaleha yang juga hairan memikirkan ke mana perginya Sarah kerana awal-awal pagi lagi gadis tersebut sudah hilang dari bilik mereka.
“Barangkali pergi gali bola ping pong dekat pantai kot” jawapan Sue membuatkan Zaleha dan Angel  berpandangan kemudian tergelak besar.

Kelihatan beberapa peserta kursus yang mementing kesihatan turut sama beriadah di pantai selepas subuh tadi. Balik berjoging Indra dan Angel terserempak dengan beberapa orang yang dengan ramah menegur pasangan tersebut. Suara riuh rendah dari asrama lelaki yang tidak jauh dari kantin membuatkan Angel dan suaminya saling berpandangan. Seorang perempuan yang hanya menggunakan bikini berlari sambil menangis kembali ke asrama perempuan.
“Apa halnya tu, siapa perempuan tu tadi” soal Angel  sambil memandang suaminya. Indra hanya mengangkat bahunya menjawab soalan isterinya. Tidak sampai lima belas minit sudah heboh satu kem tentang kes Sarah yang tertidur di dalam tandas asrama lelaki. Menjadi persoalan mengapa Sarah berada di situ. Sekarang Sarah sedang menangis teresak-esakdi dalam bilik kerana malu dengan keadaan diri yang separuh bogel berada dalam tandas lelaki. Riduan adalah orang pertama yang melihatnya di situ.
Indra tidak membenarkan isteri ambil tahu hal tersebut dan selepas selesai berkemas dua beg pakaian dan satu beg plastik dibawanya keluar dari bilik penginapan mereka. Ada yang bersimpati dan tidak kurang yang tergelak mendengar kisah Sarah.
“Penunggu tempat ini yang pindahkan Sarah malam tadi” bisik Indra ke telinga isterinya.
“Kenapa Sarah yang kena?” soal Angel  kepada suaminya.
“Sebab dia jahat sangat dengan isteri kesayangan saya” Angel diam sejenak mendengar jawapan Indra dan selepas dapat menangkap maksud suaminya Angel  akhirnya tergelak.
“Baru padan muka” ujar Angel perlahan dan hanya mampu didengari oleh suaminya.
“Baru sedikit tu! Peringatan pertama” sambung Indra pula.
“Betul! Betul! Betul!, lepas ni Dimaz nak buat apa?”  timbul pula keseronokannya Angel  untuk membalas perbuatan Sarah pada dirinya.
“Wait and see” sahut Indra sambil tersenyum pada isterinya.
Indra menyerahkan tujuh keping cek kepada Zaleha membuatkan gadis itu menjerit-jerit dan melompat keriangan dan selepas itu satu persatu Zaleha menyerahkan kepada pekerja Loka Holding yang menjadi pemain bola keranjang semalam. Hadiman juga mendapat habuan jumlah yang sama untuk membaiki tali gitarnya dan selebihnya untuk ucapan terimakasih untuk jasa gitar tersebut. Indra mendekati seorang lelaki yang muncul bersama semua fasilitator yang terlibat sepanjang  kursus untuk menghantar peserta-peserta kursus berangkat balik ke destinasi masing-masing.
“Thanks, I rasa kursus ini 95 percent telah berjaya mencapai objektifnya” ujar Indra pada Tuan Haji Firdaus pengerusi program kursus  yang cuma menunjukkan diri pada hari pertama. Lelaki itu merupakan sahabat baik Dato’ Haikal dan lelaki itu juga mengenali Indra. Mereka pernah bertemu sewaktu sewaktu Tuan Haji Firdaus berjumpa Dato’ Haikal kerana Loka Holding merupakan penaja utama kursus tersebut. Tuan Haji Firdaus menepuk bahu Indra dan memperkenalkan lelaki tersebut kepada semua fasilitator yang berada di situ tentang peranan sebenar Indra berada di situ. Selama ini hanya Haji Firdaus dan ketua fasilitator Encik Fuad yang tahu kehadiran Indra sebagai pemerhati sepanjang kursus tersebut berlangsung.
“Bila pulak majlis resepsinya?” soal Tuan Haji Firdaus sambil tersenyum memandang Indra.
“Next week nanti I hantarkan kad jemputan” sahut Indra sambil tersenyum. Selepas berjabat tangan dengan Tuan Haji Firdaus, Indra bersalam dengan semua fasilitator yang turut menghulurkan tangan kepadanya.
Jeritan Sarah sekali lagi membuatkan semua yang sedang berkumpul menunggu bas menoleh memandang gadis tersebut. Beberapa ekor katak yang melompat keluar dari beg tangan Sarah membuat semua mata yang menoleh mentertawakan gadis tersebut.
“Dia lagi, teruk betullah perempuan tu. Malam tadi entah apa dia buat sampai tertidur dalam tandas lelaki. Sekarang dia pulak menjerit sebab katak” rungut Hanah yang selama ini juga turut tidak senang dengan perangai Sarah yang kadang-kadang sering menunjuk-nunjuk dan berperangai agak pelik. Indra dan Angel  yang melihat dan mendengarkan semua orang mentertawakan Sarah turut ketawa walaupun tidak sekuat ketawa beberapa orang yang berada di tempat tersebut.
‘Gila siapa punya kerja ni!” jerit Sarah sambil memandang semua yang mentertawakannya. Pandangannya kemudian tertumpu kepada Angel  yang sedang berdiri rapat di sebelah suaminya. Senyuman Angel  membuat hati Sarah semakin sakit lebih-lebih lagi melihat Indra setiap masa asyik merenung wajah isterinya bagaikan tiada permandangan lain yang lebih cantik daripada wajah perempuan itu.

DirgantaraWhere stories live. Discover now