Walaupun hari jadinya tahun itu Angel tidak mendapat sebarang pemberian daripada Zhafry namun Angel tidak rasa berjauh hati pada Zhafry. Zhafry bukannya lupa tapi fikiran lelaki tersebut telah terganggu kerana cinta barunya yang mula bersemi. Daripada cerita Isti Samira, sehari sebelum hari lahir Angel, Zhafry sudah menyediakan hadiah untuknya namun tidak sempat dikirimkan kepada Angel kerana Zhafry telah pengsan dan tidak sedarkan diri selama tiga hari. Isha Wristi telah menjaga Zhafry sepanjang tempoh tersebut.
“Ini hadiah saya untuk awak, sepatutnya saya beri pada awak semalam tapi saya tertinggalnya di bilik hotel” beritahu lelaki tersebut seraya tangan menyarung sesuatu di pergelangan kaki kanan kekasihnya.
“Cantik! Terimakasih” ucap Angel sambil tersenyum menatap rantai kaki emas yang telah disarungkan Indra di kaki kanannya.
“Indra, bila kita boleh balik?” soal Angel sambil memandang wajah lelaki tersebut.
“Ratna, sebenar saya sudah menghubungi dan bercakap dengan dady awak. Pada mulanya dia berkeras hendak datang ke sini tapi saya melarangnya dan saya memberitahunya keadaan awak tidak berapa parah. Dia juga yang tolong urusan untuk awak keluar dari sini hari ini dan sambung rawatan di sana” Angel lega mendengar berita yang disampaikan oleh Indra, lelaki tersebut mula mengemas barang-barang miliknya untuk di bawa balik.
“Dengan keadaan saya yang dah macam ni, bagaimana kita nak balik” soal Angel apabila teringatkan tentang dirinya yang terbaring tak berdaya di atas katil. Hanya mulut yang mampu digerakan untuk terus bercakap itupun dengan suara yang lemah dan nada yang perlahan.
“Awak jangan risau. Saya sudah fikirkan inisiatif untuk bawa awak balik” balas Indra sambil tersenyum memandang Angel
“Guna apa?” soal Angel ingin tahu.
“Kita guna private jets saya, sampai airport sana nanti kita pindah guna heli untuk ke hospital" Angel mengerutkan dahi apabila mendengar jawapan Indra.
“Saya tak pernah naik benda tu” tambah Angel lagi kemudian.
“Itu jalan yang terbaik tapi percayalah awak akan seronok nanti. Kita harus cepat ke hospital sebab dady awak sudah tidak sabar tunggu awak di sana” Angel akur setelah mendengar jawapan Indra.
“Indra, boleh saya tahu apa yang berlaku pada Osborn?” perkara yang ingin ditanyakannya sejak semalam tapi terlupa.
“Saya cuma ada satu pilihan, saya terpaksa membunuhnya untuk menyelamatkan awak tapi ketika saya sampai Osborn terus melarikan diri dan meninggalkan awak. Kecederaan awak kerana kemalangan bukan kerana perbuatan Osborn. Saya tidak tahu kenapa dia tinggalkan awak sebelum mendapat apa yang dimahukan. Tapi saya yakin dia masih mahukan awak dan tetap akan terus memburu awak selepas ini” jawapan Indra membuatkan Angel mengeluh mengenangkan dirinya. Dia masih lagi menjadi buruan Osborn dan tentu sahaja pergerakannya masih terbatas.
“Bermakna saya masih tidak selamat untuk ke mana-mana tanpa awak” Lelaki itu menggelengkan kepalanya sebelum bersuara.
“Ya dan malah ada beberapa orang lagi di luar sana terutama Braja abang ipar Osborn. Braja lebih bahaya daripada adik iparnya dan sudah tentu dia akan membantu Osborn membalas dendam untuk Rudira” jawapan Indra sudah menjelaskan keselamatan Angel semakin tidak terjamin.
“Mulai sekarang saya akan sentiasa selalu di samping awak demi keselamatan, dami cinta dan sayang saya pada awak” tambah Indra lagi sambil tangannya mengusap perlahan-lahan belakang tangan kekasihnya.
“Saya tidak pernah minta semua ini berlaku. Awak terpaksa berdepan dan membunuh orang-orang awak kerana saya” Angel seperti menyalahkan diri kerana apa yang Indra terpaksa tanggung dan buat.
“Bukan seratus peratus kesalahan awak Ratna dan kalau awak nak tahu, mereka sememangnya mesti kami hapuskan kerana mereka sudah melanggar pantang larang. Mereka.sudah menjadi binatang dan membunuh manusia untuk dapatkan makanan. Tapi dalam.kes awak, mereka mempunyai maksud dan tujuan tertentu menyebabkan mereka mahukan awak lebih dari manusia lain. Saya sendiri hampir melanggar pantang larang ketika pertama kali berjumpa. Bauan darah awak lain daripada yang lain. Bauannya yang segar dan harum dari jarak beribu batu mereka sudah boleh menghidunya. Godanya seperti dadah kepada seorang penagih. Pada awalnya Itulah juga yang pernah berlaku pada saya, yang mendesak saya untuk membunuh awak. Tapi malangnya saya juga kalah oleh satu perasaan dan naluri manusia yang lebih kuat menguasai diri saya. Perasaan yang lebih menyeksakan jika saya kehilangan awak Ratna. Perasaan yang lebih kuat untuk menyayangi dan melindungi awak dari apa juga keadaan” Angel terpaku mendengar cerita dan pengakuan Indra kepadanya.
“Indra, saya sanggup serahkan hidup saya pada awak kalau awak memerlukannya” tambah Angel sambil matanya redup membalas renungan Indra.
“Tak sayang, awak adalah kehidupan saya. Awak perlu terus hidup dan bernyawa di sisi saya agar saya juga boleh terus hidup bahagia di dunia ini” luahnya sebelum kucupan kasihnya singgah lembut di pipi Angel. Angel terpana kerana itulah pertama kali Indra berani melakukannya.
“Ratnaku sayang, tidurlah! Awak perlu banyak berehat dan jangan terlalu bercakap sebab tekanan darah awak masih belum stabil lagi” Akhirnya Angel tersenyum selepas mendengar nasihat Indra kepadanya dan ketika mata mereka saling bertatapan sebelum muncul seorang doktor dan jururawat yang datang untuk memeriksa Angel.
Isti Samira sudah kembali ke Kuching dengan penerbangan awal pagi tadi dan hanya Indra akan menemani Indra bersama beberapa orang pembantu perubatan untuk membawa Angel balik ke Kuching hari itu. Angel tidak sempat lagi untuk bertemu Adam kerana berita kemalangannya tidak disampaikan kepada Adam sekeluarga. Menurut Indra, bahagian hadapan kereta BMW milik Syed Hatta remuk dan hancur teruk dan sudah ditunda ke bengkel. Angel sedih apabila mendengar Indra bercerita tentang keadaan kereta tersebut. Angel tidak mahu kehilangan kereta yang banyak menyimpan kenangan Angel kepada arwah Syed Hatta.
“Bolehkah kereta tu elok semula” tanya Angel tentang keretanya.
“Saya tahu kereta itu ada banyak kenangan pada awak sebab tu saya suruh mereka membaikinya” jawapan Indra membuatkan Angel lega dan kembali tersenyum.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...