Wajah Zhafry semakin berseri-seri sejak bakal menjadi seorang ayah untuk kali kedua. Isha Wristi pula tidak pernah mengidam tetapi Zhafry yang teringin hendak makan itu dan ini. Zhafry juga menampak ciri-ciri mengalami alahan mengandung. Zhafry sudah mula tidak dapat menghidu bau makanan dan mula muntah-muntah dan perkara ini yang membuatkan Angel lucu melihat keadaan lelaki tersebut.
“You kenapa teruk sangai ni Zhaf, suami I tak pernah macam ni” Ziana juga berpeluang mengusik kawan baiknya apabila melihat Zhafry beberapa kali terpaksa ke singki kerana terasa hendak muntah.
“I pun hairanlah Zie, masa Angel dulu I tak pernah macam ni” balas Zhafry sambil tangannya memicit-micit kepalanya yang terasa pening.
“Mungkin sekarang you nak dapat anak lelaki jadi you yang kena tanggung akibatnya” Zhafry tersenyum mendengar jawapan Ziana yang lebih merupakan satu gurauan.
“Angel pun berharap benar dia dapat adik lelaki” balas Zhafry lagi sambil teringatkan perbualan mereka semalam semasa Angel menghantar beberapa biji buah mangga dari Loka Valley untuk ayahnya. Bukan Isha yang mengidam buah mangga tetapi Zhafry sendiri yang teringin hendak makan buah tersebut sejak beberapa hari yang lalu.
“Majlis resepsi Angel macam mana, tiga hari lagikan?” soal Ziana yang tiba-tiba teringatkan perkara yang membuat Zhafry begitu sibuk sejak kebelakangan ini. Dalam masa satu jam berkali-kali lelaki itu terpaksa menjawab panggilan telefon daripada wedding planner yang mengurus perkahwinan Angel.
“Cuma tempatnya saja Indra berkeras mahu kami ikut kehendaknya tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Perkara-perkara yang lain Indra dan Angel ikut aje apa yang kita orang berdua aturkan untuk mereka” beritahu Zhafry apabila bersyukur mengenangkan sikap pasangan yang akan diraikan.
“Anak dan menantu yang baik” balas Ziana sambil tersenyum.
“Ya, terutama Indra, He is bestman. Walaupun seperti putera raja, hidup mewah dan kaya raya tapi dia tidak banyak karenah. Memanjakan Angel lebih dari termampu I buat. Sejak mereka kenal dan rapat semua keperluan Angel seperti pakai, makan, minum, keselamatan sudah menjadi tanggungjawab Indra. Sebelum ni I selalu lupa Angel tinggal bersama I. Makan minum Angel kadang-kala terlupa I nak tanya sudah atau belum” Ziana tersenyum mendengar cerita Zhafry tentang Angel dan Indra.
“Angel memang bertuah betul kerana jumpa lelaki seperti Indra, seorang pencinta yang baik. Memiliki kesempurnaan yang pujaan setiap wanita tapi hanya Angel yang bertuah. Dari mata kasar pun kita boleh nampak cinta dan perbuatannya seiring. Tiada sebab kenapa Angel menolak lelaki itu dalam hidup dan sebab itu I fikir kenapa dalam usia tu Angel bersetuju untuk menjadi isterinya” komen Ziana diiringi anggukan kepala oleh Zhafry.
Persiapan majlis resepsi dan persanding yang semuanya sudah diserahkan kepada wedding planner hanya menunggu beberapa hari lagi akan berlangsung. Angel menjalani sesi teraphy dengan ibu mentuanya untuk melengkapi dua puluh satu hari tempoh perkahwinan pasangan tersebut. Mandian, senaman dan urutan membuatkan Angel benar-benar segar dan bertenaga.
Pertama kali Zhafry berkunjung ke Loka Valley sejak mengahwini Isha Wristi kerana pada hari tersebut Zhafry ingin melihat sendiri persediaan perkahwinan yang berkonsepkan perkahwinan putera di raja itu di buat. Tidak hairanlah kenapa Angel suka berkunjung ke situ. Kediaman yang tersergam indah di hadapannya bagaikan sebuah istana. Suasananya yang tenang seperti taman larangan di raja itu menjadikan Angel seperti seorang puteri raja ketika berlari anak menyambut kemunculan Zhafry.
“Dady, welcome to Loka Valley” sapa Angel lalu mencium pipi Zhafry. Zhafry tersenyum lantas Angel memeluk pinggang ayahnya lalu mengajak Zhafry masuk ke dalam rumah. Isha Wristi sudah berada di rumah itu sejak pagi tadi kerena mengambil cuti untuk persiapan terakhir majlis persandingan dan resepsi yang akan berlansung dua hari lagi.
“Hai sayang!” tegur Zhafry ketika mendekati Isha Wristi yang sedang berdiri di hadapan pintu utama menyambut kedatangan suaminya. Zhafry melepaskan tangannya yang sedang memeluk bahu Angel lalu segera memeluk isterinya yang sedang tersenyum kepadanya. Angel bergerak masuk ke dalam memberi peluang pasangan tersebut berduaan.
“Baby dady di dalam sihat ke?” ujarnya sambil mengelus perlahan perut isteri yang sudah mula kelihatan. Walaupun tempoh kandungan baru masuk tiga bulan namun perut Isha Wristi sudah kelihatan dan apabila Zhafry membuat ujian ultra sound dan scan dua hari lepas bayi yang berada dalam perut Isha begitu aktif dan saiznya membesar dengan cepat.
“Baby rindukan dady dia” balas Isha Wristi selepas mencium pipi suaminya.
Dady pun rindukan baby dan mamanya” bisik Zhafry perlahan ke telinga isterinya.
“Abang sudah makan?” tanya Isha Wristi sambil menyaingi langkah suaminya menuju ke ruang tamu rumah tersebut.
“Sudah tapi biasalah kalau lepas makan pasti keluar balik” sewaktu menjawab soalan isterinya mata Zhafry liar memerhati di setiap pelusok dalam rumah tersebut. Itulah pertama kali Zhafry menjejak kaki ke rumah yang bagaikan istana itu. Banyak perhiasan yang terdiri dari barangan antik yang kebanyakkannya diperbuat daripada logam berwarna kuning dan ada sedikit berwarna putih. Mata Zhafry kemudian tertumpu pada meja kopi yang berukiran cantik di hadapan kerusi kayu jati yang sedang diduduknya bersama isterinya. Logam kuning yang bersinar itu membuatkan Zhafri lalit merenungnya untuk mengenalpasti bahan buatan meja tersebut.
“Kenapa?” soal Isha tersenyum memandang suaminya. Isha Wristi tahu benda yang mula menjadi perhatian suaminya.
“Meja ni, macam emas” sahut Zhafry selepas mendengar suara isterinya.
“Ya, semua yang berwarna kuning dalam rumah ni adalah emas dan yang putih tu perak” Mata Zhafry membutang mendengar jawapan Isha kemudian berpaling melihat semua benda yang dimaksudkan oleh isterinya. Ini bermakna rumah itu menyimpan khazanah harta karun yang tidak ternilai harganya.
“Semua harta pusaka milik Indra, ada banyak lagi tapi kami sembunyikan di suatu tempat. Apa yang berada di rumah ini adalah yang disukai oleh Kak Isti dan yang membawa maksud tertentu kepadanya” Isha tidak berasa curiga untuk mencerita perihal harta pusaka yang diwarisi dari kerajaan Loka Wangsa kepada Zhafry kerana Isha Wristi tahu suaminya bukan manusia yang tamak dan gilakan harta dan kekayaan.
“Ini bermakna sayang sekeluarga tidak perlu bersusah payah bekerja untuk mendapatkan wang” soal Zhafry sambil memandang isterinya. Isha menggelengkan kepalanya.
“Kami bekerja cuma untuk minat dan suka-suka, mengisi masa lapang dan menyumbang sedikit tenaga untuk masyarakat manusia” Zhafry menggelengkan kepala mendengar jawapan isterinya.
“Sayang, abang nak tahu setakat mana pendidikan sayang yang sebenarnya?” soalan Zhafry membuatkan Isha tersenyum memandang suaminya.
“Nanti saya tunjukkan pada abang, semuanya saya ada pamerkan dalam bilik saya di atas” selama hampir lebih empat bulan mereka berkahwin kecekapan Isha Wristi membantunya dan memberi buah fikiran tentang diagostik pesakit yang sedang mendapat rawatan daripadanya melebihi padangan seorang doktor pakar yang sudah banyak berpengalaman. Dengan bantuan Isha Wristi, Zhafry dapat mengenalpasti dengan mudah penyakit dan rawatan yang harus diberinya kepada pesakit-pesakitnya.
“Indra dan ibunya tak risau ke kalau ada orang yang berniat tidak baik merompak rumah ini misalnya?” Isha tergelak kecil mendengar soalan suaminya.
“Setakat ni tak pernah sebab tiada siapa yang tahu ada benda yang berharga dalam rumah ini selain abang dan Angel. Kak Isti dan Indra tidak pernah risau pasal perkara tu” Zhafry mengangkat kening mendengar jawapan isterinya.
“Masa majlis nanti macam mana kita nak sorokkan semua ni?” timbul juga kerisauan dalam hatinya kalau ada tetamu yang tahu tentang benda-benda berharga yang berada dalam rumah tersebut. Hati manusia cepat kabur dan luntur oleh kekayaan. Isha tersenyum mendengar soalan dan kerisauan namun perkara itu tidak merisaukan Isha, Isti dan Indra. Tiba hari majlis nanti semua benda-benda berharga dalam rumah tersebut akan dihilangkan dari pandangan mata manusia. Isha Wristi dan Isti Samira mampu menghilangkan satu bangunan rumah tersebut dari pandangan mata manusia jika perlu.
“Jangan risau sebab Kak Isti tahu nak buat macam mana, esok abang takkan nampak benda-benda ni ada dekat sini lagi” balas Isha kemudian bangun lalu meraih tangan suaminya untuk mengajak suaminya naik ke bilik. Zhafry perlu berehat dan banyak lagi benda baru dan pelik yang akan menjadi persoalan Zhafry sewaktu berada di dalam biliknya sebentar nanti.
Dari anjung biliknya Indra dan Angel tersenyum melihat pekerja-pekerja sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tujuh buah kanopi berwarna putih yang bergantung bunga-bunga yang pelbagai yang harum semerbak.. Isti Samira telah memerintah semua penghuni rimba memetik bunga-bunga tersebut dan mencantumkannya menjadi jutaan tali bunga yang cantik. Bunga itu tidak akan layu selama tujuh hari dan di atas rumput yang tumbuh bagaikan permaidani telah bertaburan kelopak-bunga ros di atasnya.
Dalam kegembiraan Angel sedikit terkilan dan sedih apabila Hashim sekeluarga terutama Adam tidak dapat hadir kerana Hashim sekeluarga terpaksa ke Terengganu untuk menziarahi ayah Hana yang sedang sakit tenat. Hana hanya dapat mengucapkan tahniah melalui panggilan telefon dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Angel bersama Indra. Selepas itu Angel sempat berbual agak lama dengan Adam yang khabarnya turut kecewa dan merajuk kerana keluarganya telah membatalkan rancangan mereka untuk ke Kuching bagi menghadiri majlis resepsi Angel dan Indra.
Di atas singgah sana yang berbentuk bulat tersedia dua buah kerusi yang berwarna kuning keemasan terukir indah dengan corak bunga yang melilit. Tiada siapa pekerja yang berada di bawah tahu kerusi itu sememangnya diperbuat daripada emas tulen dan bukannya cuma disadurkan dengan cat berwarna keemasan seperti tanggapan beberapa orang pekerja di situ.
Tiba pada hari yang ditunggu-tunggu, Loka Valley buat pertama kali menerima kehadiran tetamu dari luar dan kesemua tetamu jemputan yang datang takjub melihat persiapan majlis yang amat luar biasa itu. Bauan semerbak bunga-bunga yang bergantungan dan bertaburan menjadikan suasana seperti di dalam sebuah taman bunga. Semua tetamu yang hadir dihadiahkan dengan sebotol minyak wangi buatan tangan Isti Samira yang dinamakan haruman Putera untuk tetamu lelaki dan tetamu wanita mendapat haruman Puteri. Isti Samira membuatnya daripada campuran ramuan dan bahan semulajadi yang terdapat dari Taman Flora Loka Valley. Hanya Isti Samira sahaja yang tahu formula utama ramuan untuk membuat bauan yang mendapat pujian semua tetamu yang hadir dan ada yang ingin menempah dan membelinya tetapi malangnya Isti Samira tidak membuatnya untuk komersil.
“Tak payah beli lagi sebab sebotol ni boleh diguna sepanjang hayat dan tiada wangian dalam dunia ini yang serupa dan boleh mengalahkannya. Bauan yang terkena pada pakaian akan melekat untuk selama-lamanya” beritahu Isti Samira kepada Ziana yang berkali-kali memujuk Isti Samira untuk membeli beberapa botol lagi.
Tiada seorang pun tetamu yang perasan dengan kewujudan haiwan-haiwan yang turut menyaksikan majlis tersebut bertenggek di atas dahan pokok-pokok di sekeliling taman halaman rumah tersebut. Penghuni-penghuni rimba Loka Valley turut ingin menyaksikan majlis bersejarah bagi putera yang kini menjadi pemerintah sebuah taman yang menjadi habitat yang paling selamat untuk haiwan-haiwan tersebut.
“Sepanjang perjalanan hidupku aku tidak pernah bermimpi untuk mencintai dan dicintai. Tidak mungkin ada gadis yang layak mencintaiku dan menerima cintaku kerana aku bukan manusia sempurna yang bisa membahagiakan manusia lain. Di kala aku terus keresahan memikirkan kehidupan yang tidak mungkin akan menemui kebahagiaan, kami akhirnya dipertemukan dan dengan dialah segala-galanya bermula.
Dialah gadis pertama yang pernah aku lihat wajahnya dan aku renung matanya dan selepas itu aku teringin merenungnya sekali lagi dan berkali-kali lagi tanpa rasa jemu dan mula saat itu aku rasa tidak mampu lagi hidup tanpa kehadirannya. Aku sanggup kehilangan semua yang ada di dunia ini asalkan aku masih memilikinya. Dialah segala bagiku, hidupku dan matiku hanya untuk mu, Angelya Rydiana Ratna aku Indra Arjuna Aditya amat mencintamu seluruh jiwa dan ragaku dan akan menjagamu untuk selamanya selagi nafas dan nyawa masih ada”
Selepas bait-bait ayat itu selesai diucapkan oleh Indra maka berkumandang nyanyian lagu Sedetik Lebih menghangatkan perjalanan majlis dan di masa yang sama Angel muncul diapit oleh Zhafry dan Isha Wristi begitu jelita menyarungkan kebaya gaun labuh berwarna putih berkilau-kilau melangkah keluar dan Indra yang sedang berdiri di atas singgah sana menanti isterinya dengan sebuah senyuman.
Isti Samira naik ke atas dengan membawa sebuah kotak berwarna keemasan. Perlahan-lahan kotak tersebut dibuka oleh wanita tersebut dan Indra mengeluarkan sebuah tiara yang berkilauan dari dalamnya. Angel naik ke atas singgah sana dan Indra meletakkan tiara di tangannya di atas kepala isterinya.
“Ratnaku, Kaulah Permaisuriku!” bisiknya kemudian mencium pipi isterinya di hadapan ratusan mata yang sedang terpesona menyaksikan detik yang bersejarah itu. Tiupan angin perlahan yang menyamankan menerbangkan kelopak-kelopak bunga dan rama-rama kelihatan berterbangan yang entah dari mana munculnya mengelilingi sekitar ruang menimbulkan rasa takjub yang tidak terhingga di hati para tetamu yang menghadiri majlis tersebut. Cahaya yang berkilauan di atas kepala Angel menambah seri pengantin yang sememangnya berseri-seri dan memukau. Pasangan tersebut persis pasangan putera dan puteri dalam cerita dongeng klasik atau fairytale story.
Selepas kilauan cahaya kamera berkurangan Isti Samira mengarahkan Indra membawa isterinya turun untuk upacara memotong kek perkahwinan sebelum bertemu dan beramah mersa dengan para tetamu yang hadir. Hidangan-hidangan di atas meja juga turut dibuka untuk dinikmati oleh semua tetamu yang berada di meja masing-masing.
Iskandar yang turut hadir meraikan majlis itu kini mendapat respon positif dari wanita yang menjadi pujaannya. Setelah lama bersabar dan memujuk akhirnya Isti Samira akhirnya setuju menerima undangan majlis makan malam keluarga Iskandar sempena ulang tahun syarikat keluarga lelaki tersebut.
“I nak perkenalkan you dengan my parent. Mereka selalu bertanyakan you dan tidak bersabar ingin berjumpa dengan you” jelas Iskandar sambil merenung wajah yang membuatkan tidurnya tidak pernah lena sejak berbulan yang lalu. Penangan asmara Isti Samira begitu kuat merasuknya.
“I ni bukannya gadis lagi, tengok sekarang sudah ada menantu dan tidak lama lagi I bakal ada cucu. I takut parent you tidak boleh terima I kalau tahu siapa I” balas Isti Samira ketika cuba menolak undangan Iskandar.
“Parent I bukan macam yang you fikirkan. Mereka berfikiran terbuka. I pun bukannya lelaki teruna. Kita sama-sama pernah berkahwin kita sama-sama sudah ada seorang anak dengan X masing-masing. I berbangga kalau Indra jadi anak tiri I dan I juga yakin dan harap you pun macam tu jugak pada my son Daniel Hakimi dan I harap Daniel pun akan dapat terima you. Seluruh keluarga I pasti akan terima dan suka pada you, percayalah!” pujuk dan rayu Iskandar akhirnya membuka pintu Isti Samira menerima perlawaan Iskandar malam itu.
“Hai Is!, how?” tegur Zhafry apabila melihat kegembiraan di wajah lelaki tersebut.
“Seventhy percent, I takkan berputus asa tapi macam ni memang I suka sebab ada cabaran” Zhafry tergelak dan menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Iskandar.
“I harap you berjaya dalam misi untuk menjadi abang ipar I” Iskandar tersengih mendengar jawapan Zhafry dan terus berselera menikmati lauk pauk lazat yang terhidang di hadapannya. Bukan persiapan majlis itu saja yang membuat tetamu teruja tetapi hidangan lauk pauk yang disedia khas oleh tukang masak dari beberapa orang chef terkenal dari hotel lima bintang menimbulkan kekaguman dan keterujaan tetamu jemputan untuk menikmati makanan yang terhidang di atas meja.
“Nice, sedap. Memang tak rugi I datang ke majlis you ni” Zhafry tersenyum mendengar pujian Iskandar tentang lauk yang menjadi juadahnya waktu itu.
“Rasanya bukan pasal lauk tu, tak ada makanan pun I rasa you akan datang jugak dan takkan merunggut sebab I tahu matlamat utama you ke mari” Iskandar sudah tergelak kerana tahu apa yang dimaksudkan oleh Zhafry.
“You memang pandai dalam soal ni dan I tak menafikannya. Doakan I berjaya dalam misi I kali ni. I dah tak mampu lagi tunggu lama-lama” giliran Zhafry pula yang tergelak besar kemudian terus terhenti apabila Isha Wristi muncul menepuk bahunya.
“Abang ingat abang sorang aje ke dekat sini. Tengok! semua mata pandang abang tu” tegur Isha Wristi sambil tersenyum dan Zhafry yang baru tersedar selepas mendengar teguran isterinya segera mengangkat tangan kepada mata-mata yang memandangnya, terlanjur melepas suaranya kerana tergelakkan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Zhafry bergerak meninggalkan Iskandar yang sedang khusyuk menikmati makanannya untuk menemui serta melayani tetamu yang lain bersama isterinya.Ucapan tahniah yang bersilih ganti membuat hampir lenguh bibir Angel terpaksa tersenyum sepanjang majlis yang berlangsung selama enam jam yang bermula pukul lapan pagi dan berakhir sehingga pukul dua petang. Sepasang mata sedang merenung tajam melihat kebahagiaan pasangan pengantin yang sedang melayani para tetamu. Kemesraan yang tergambar di hadapan matanya menebalkan bunga kebencian yang bersarang di hatinya.
Gadis itu kelemahan Indra kerana lelaki itu sanggup berbuat apa sahaja untuk melindunginya dan sekarang mereka pasangan suami isteri. Layanan baik Isti Samira dan Isha Wristi terhadap gadis itu masih lagi menjadi tanda tanya kepadanya. Apakah luar biasanya gadis manusia itu sehingga dibela dan diterima sangat baik dalam keluarga tersebut. Tanpa ada sesuatu yang istimewa mustahil Isti Samira dan Isha Wristi bersungguh-sungguh menyokong hubungan Indra untuk menjadikan gadis manusia itu sebagai ratu.
“Angel! Congratulations” ujar lelaki itu sambil menghulurkan hadiah yang dibawanya.
“Thanks kerana sudi datang” sahut Angel sambil menyambut hadiah yang dihulurkan oleh Johan. Angel tahu kedatangan lelaki itu adalah atas jemputan Zhafry dan bukan sukarela kerana ingin mengucapkan tahniah kepadanya.
“I minta maaf, I doakan you bahagia” Angel hanya mengangguk kemudian berpaling apabila Indra muncul di sebelah lantas meraih pinggang isterinya.
“Sayang jom kita ke sana” bisik Indra kemudian meraih tubuh isterinya menjauhi lelaki yang kurang disenanginya itu.
“Hatinya masih belum sembuh dan jangan sayang dekatinya tanpa saya” ujar Indra ketika mereka bergerak mendekati ahli keluarganya sedang berbual di bawah sebuah kanopi. Hanya tinggal beberapa orang tetamu terutama pekerja Loka Holding yang masih berborak sesama sendiri dan ada yang ringan tulang membantu untuk mengemas apa yang termampu walaupun tugas tersebut tidak perlu dirisaukan kerana ada pekerja katering yang akan membersihkannya nanti.
“Angel, kami minta diri dulu, hadiah yang tadi tu dari kami berempat aku, Sue, Zack dan Sham. Happy your honeymoon!” Zaleha dan Sue datang mendekati Angel sebelum meninggalkan majlis tersebut.
“Terimakasihlah kerana sudi datang” balas Angel selepas berpelukan dengan kedua-dua gadis tersebut.
“Teramat sudi, majlis yang paling best yang pernah kami hadiri, unik dan makanannya kelasss..sangat, macam hotel 5 bintang” balas Zaleha pula.
“Dan yang paling best kami dapat yang ni. aku suka baunya power dan lasting. Pasti Tuan Indra guna minyak wangi yang ibu dia buat sebab tu kami tahu sangat kalau dia sudah sampai” tambah Sue sambil tersengih menunjukkan kotak botol minyak wangi di tangannya.
“You all tahu tak minyak wangi tu bertaraf international dan pernah memenangi beberapa award semasa di Paris dan salinan sijil pengikhtirafannya ada di dalam kotak tu” ujar Angel membongkar rahsia minyak wangi yang menjadi cenderamata untuk semua tetamu yang hadir. Angel sendiri terkejut apabila melihat sijil kemenangan yang ditunjukkan oleh Isha Wristi kepadanya semalam semasa membantu wanita itu menyusun kotak-kotak kecil minyak wangi tersebut ke dalam sebuah raga yang dihiasi kemas dan cantik dengan riben dan bunga.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...