Angel terus mendiamkan diri sehingga mereka sampai ke tebian tasik Pustaka Negeri yang terbentang luas. Cuma kelihatan beberapa orang sedang duduk bersembang dengan pasangan masing-masing. Mungkin pusat khazanah ilmu itu baru saja hendak beroperasi menyebabkan kurang manusia yang kelihatan cuma beberapa orang pekerja yang sudah tiba dan menuju ke tempat bertugas masing-masing.
Indra melabuhkan punggung di atas rumput dan wajahnya menghadap ke arah tasik. Tanpa diminta Angel turut mengambil tempat berdekatan Indra dan turut memandang tasik buatan manusia yang membiru di hadapan mereka.
"Awak pernah ke sini?"soal Indra memulakan perbualan mereka. Angel menggelengkan kepalanya. Dalam tempoh belum sampai dua bulan kembali menjadi warga negeri Sarawak Angel memang belum ada kesempatan untuknya menjelajah tempat-tempat tertentu di bandaraya Kuching kecuali satu dua pusat membeli belah.
"Indra?" soal Angel pula yang ingin tahu juga kekerapan Indra ke situ.
"Cuma sekali tapi bukan ke sini tapi ke situ" sambil bibirnya menunjukkan Pustaka Negeri yang dimaksudkan.
"Awak minat membaca?" soal Angel sambil berpaling memandang Indra.
"Hanya itu saja aktiviti berfaedah yang dapat memenuhi masa terluang yang terlalu panjang" sahut Indra sambil melemparkan pandangan jauh ke dalam tasik di hadapan mereka.
"Bukankah awak orang paling sibuk dalam Loka Holding sehingga tidak ada masa untuk keluar makan atau bergaul dengan sesiapa" Angel terkejut apabila Indra tergelak besar mendengar kata-katanya. Hari pertama peluang Angel melihat lelaki itu tergelak seperti itu atau mungkin itu peluang yang terakhir juga.
"Kalau orang tidak megenali siapa saya memang mereka akan berfikir begitu. Sebenarnya kalau aqak hendak tahu, kerja yang manusia boleh siapkan dalam satu minggu saya mampu siap dalam masa satu jam dan kerana itu saya banyak masa terluang" balas Indra sebaik sahaja lelaki itu berhenti tergelak.
"Saya tidak boleh menafikan kebenaran kata-kata awak itu memandangkan apa yang telah saya alami dan lihat sebelum ni. Jadi ceritakan pada saya siapa awak sebenarnya Indra?" Angel merenung tepat wajah Indra menanti lelaki itu memberikan jawapannya. Seperti janji Indra semalam mulai detik itu dia akan dapat semua jawapannya.
"Ratna, boleh awak teka umur saya sekarang?" soal Indra sambil memandang gadis di sebelahnya. Angel diam seketika sambil matanya mengamati Indra sekejap. Mungkin sedang mencari jawapan untuk soalan Indra.
"Lingkungan dua puluh lapan ke atas atau awal tiga puluhan" balas Angel cuba meneka. Indra tersenyum mendengar tekaan Angel sebelum bersuara.
"Ya, itu sangkaan manusia seperti awak yang mengenali saya melalui penglihatan mata kasar mereka. Awak sudah melihat apa yang berlaku semalam cuma awak belum tahu kenapa dan siapa saya yang sebenarnya. Untuk pengetahuan awak Angel, saya makhluk three in one. Satu pertiga daripada diri saya adalah manusia tapi dua lagi bukan"
"Saya tak faham maksud awak?" Angel cepat mencelah apabila ayat yang dituturkan oleh Indra sukar difahaminya.
"Lebih tepat, zahirnya saya memang nampak seperti manusia sebenar dan normal tapi hakikatnya hanya rupa saya saja yang serupa manusia namun banyak sifat manusia tidak ada dalam diri saya. Saya tidak makan makanan dan minum seperti manusia" Angel semakin keliru apabila Indra menyambung lagi ceritanya.
"Maksud awak?" soal Angel lagi.
"Awak akan tahu nanti apabila awak kenal saya lebih lama dan kenapa selama ini awak tak pernah nampak saya makan apa-apa yang manusia makan" bibir Angel terketar-ketar ingin menyebut sesuatu tapi suaranya tidak terkeluar. Mungkin itulah jawapan persoalan mereka selama ini kenapa Indra tidak pernah nampak menyentuh apa pun makanan yang dihidangkan di hadapannya. Wajah Angel kelihatan pucat ketika Indra berpaling memandangnya..
"Muka awak nampak pucat, pasti awak takut pada saya Ratna" mata Indra memandang tepat melihat wajah Angel yang cuak memandangnya. Lantas Indra tersenyum kemudian mengangkat keningnya. Angel menggelengkan kepalanya kemudian cuba ikut tersenyum.
"Awak jangan risau sebab saya tidak akan membunuh manusia untuk mendapatkan makanan saya" Angel mengerutkan dahi selepas mendengar kata-kata Indra.
"Saya masih belum jelas?" sambung Angel meneruskan perbualan mereka.
"Mula-mula saya akan ceritakan kisah sebuah kerajaan pra sejarah yang bernama Loka Wangsa" Indra hendak meneruskan ceritanya tapi gadis itu dengan pantas mencelah.
"Loka Wangsa, di mana tu?" soal Angel bertanya dengan pantas.
"Loka dalam bahasa Sanskrit bermaksud dunia dan Wangsa adalah petunjuk, ajaran atau nasihat. Ia terletak di sebuah tempat di kepulauan Sumatera, dan sudah beratus-ratus tahun usiannya dan ia tidak wujud lagi dalam peta dunia sekarang. Kini yang ada hanya sebuah istana yang kami panggil karaton tapi tidak berada di muka bumi lagi" Angel mula kelihatan khusyuk mendengar cerita Indra dan tidak lagi mencelah.
"Ayah saya adalah maharaja ketiga yang bergelar Maharaja Aditya Wangsa. Suatu hari semasa memburu di hutan Aditya Wangsa telah bertemu dengan dua orang wanita cantik dan Aditya Wangsa akhirnya berkahwin dengan salah seorang daripadanya iaitu Isti Samira. Hasil perkahwinan itulah saya telah dilahirkan ke dunia.
Isti Samira sebenarnya adalah puteri raja yang dari dari penjodohannya dengan Raja Yaman. Dia dipaksa berkahwin dengan Raja Yaman, seorang pemerintah yang paling kuat dan digeruni di dunia mereka. Yaman bermaksud neraka dan dialah raja yang paling ditakuti. Ketika Isti Samira yang ditemani adiknya melarikan diri ke dunia manusia mereka berdua akhirnya bertemu Maharaja Aditya Wangsa.
"Lari ke dunia manusia? Mereka dari dunia mana?" pintas Angel apabila kurang faham mendengar cerita tentang Isti Samira dan adiknya. Indra kelihatan tersenyum ketika Angel bertanya tentang perkara itu kepadanya.
"Aditya Wangsa tidak pernah mengetahui bahawa wanita yang dikahwininya adalah salah seorang puteri Raja Gantari sebuah kerajaan dunia ghaib atau sekarang orang menyebutnya sebagai jin atau bunian" Angel terus terpana seketika apabila mendengar jawapan Indra.
"Jadi ibu awak bukan manusia" soal Angel selepas itu. Indra menganggukkan kepalanya.
"Ya, semua watak yang saya ceritakan pada awak kecuali ayah saya Aditya Wangsa" Angel terus terdiam ketika fikiran cuba mengingatkan nama-nama yang disebutkan oleh Indra sebelum itu.
"Maknanya Raja Yaman tu makhluk sama macam ibu awak?" soal Angel sambil matanya tepat memandang wajah Indra.
"Seperti manusia, jin juga mempunyai raja-raja mereka sendiri dan Raja Yaman adalah Raja Jin yang paling jahat dan paling ditakuti. Kerana itulah Isti Samira melarikan diri kerana tidak mahu menerima lamaran Raja Yaman. Kehilangan Isti Samira dan adiknya tidak dapat dikesan oleh ayahandanya Raja Gantari dan Raja Yaman kerana mereka telah menyembunyikan selendang emas mereka di dalam gua di sebuah hutan. Tanpa selendang emas itu mereka boleh menyembunyikan diri dan tidak dapat dikesan dan mereka boleh menyamar hidup dalam dunia dan masyarakat manusia. Cuma bezanya makanan mereka adalah daripada sumber tumbuhan dan mereka juga tidak akan melalui perubahan kitaran hidup yang sama seperti manusia biasa. Jangka hayat mereka lebih panjang dan boleh mencapai ribuan tahun.
Seperti yang telah saya beritahu awak pada mula tadi bahawa saya makhluk three in one. Yang kedua dalam tubuh saya adalah genetik daripada sebelah ibu saya, Isti Samira. Itulah yang memberi saya kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Saya memiliki deria keenam. Saya dilahirkan selepas tujuh bulan dalam kandungan dan pertumbuhan saya begitu cepat tidak seperti manusia biasa.
Dalam tempoh tujuh tahun saya sudah membesar, meninggi sematang manusia yang berusia lima belas tahun. Aditya Wangsa telah mendidik saya tentang ilmu pemerintahan, peperangan dan pertempuran serta selalu membawa saya memburu di hutan. Suatu hari masa berburu saya dan ayahanda telah terjumpa selendang emas milik Isti Samira dan adiknya yang disembunyikan di dalam sebuah gua selepas mengikut jejak seekor harimau kemudian membawa salendang itu balik istana. Aditya Wangsa ingin menghadiahkan selendang emas tersebut kepada Isti Samira sebagai salah satu koleksi barangan berharga milik isterinya.
Penemuan selendang emas itulah yang membawa malapetaka yang besar kepada kerajaan Loka Wangsa dan Aditya Wangsa sendiri dan kesannya pada diri saya sampai ke hari ini. Sebelum sempat Isti Samira dan adiknya menyembunyikan kembali selendang emas mereka, Yaman telah berjaya mengesan mereka berdua lalu datang untuk menyerang dan membunuh maharaja dan memusnahkan seluruh kerajaan yang telah merampas bakal isterinya.
Kerana merasakan maruahnya telah tercabar, Yaman bukan sahaja marah kepada Aditya Wangsa malah berdendam dan marah kepada semua manusia. Kerana itulah semua rakyat kerajaan Loka Wangsa yang berada di luar istana semuanya telah dibunuh dan Aditya Wangsa sendiri akhirnya mati di tangan Yaman.
Yaman tidak berpuas hati sekiranya tidak melihat ada manusia yang menderita dan terseksa dan kerana itu Yaman tidak membunuh mereka yang berada di dalam istana tetapi telah menyihir kami semua dengan sumpahannya. Sumpahan sihir yang membuatkan istana kerajaan Loka Wangsa bertukar menjadi gua batu dan semua manusia di dalamnya menjadi patung batu selama dua ratus tahun.
Percampuran sebahagian daripada genetik manusia yang ada di dalam tubuh saya menyebabkan Yaman tidak dapat mengesan kewujudan saya waktu itu dan saya turut bertukar menjadi batu seperti penghuni istana yang lain. Apabila bertukar menjadi manusia semula selepas dua ratus tahun sumpahan Yaman telah menambahkan lagi satu makhluk dalam tubuh saya dan begitu juga orang-orang kami yang lain. Kami manusia hanya pada zahirnya tetapi sentiasa hidup dalam lingkaran sumpahan sihir Yaman di mana kami bukan manusia yang normal seperti sebelumnya. Kami wujud sebagai manusia yang bernafsukan haiwan dan mulai saat itu jugalah makanan kami juga berubah. Ada ketika kami juga akan mengalami perubahan rupa jasad menjadi makhluk yang mengerunkan dan kerana itulah kami terpaksa mengasing dan menyembunyikan diri dari manusia lain.
Isti Samira dan adiknya tahu kesan sihir Yaman itu kepada kami dan kerana itulah dalam tempoh dua ratus tahun kami menjadi batu, Isti Samira dan adiknya sentiasa merayu supaya Yaman menghapuskan sumpahannya namun gagal. Sumpahan Yaman tidak boleh ditarik balik tetapi ada penawarnya.
Dalam usaha mencari penawarnya, Isti Samira telah menemui pantang larang yang dapat membantu meringankan sebahagian daripada sumpahan Yaman. Sekiranya kami dapat mengawal nafsu dan tidak bertindak balas dan membunuh manusia, kami akan dapat mengekalkan rupa kami menjadi manusia sepanjang masa dan akan dapat mengawal perubahan rupa kami dengan sendirinya dan tidak akan menjadi makhluk raksasa yang menggerunkan pada setiap malam. Perubahan itu cuma akan berlaku sekiranya kami marah dan memerlukan kekuatan tenaga yang lebih.
Memang mustahil dan kedengaran pelik tapi hanya itulah cara yang ada. Mustahil kami dapat mematuhi sedangkan kami perlukan manusia setiap kali kami kehausan. Kami akan lebih memerlukan dan kehausan pada setiap bulan pada malam bulan purnama kerana jasad kami juga akan berubah dengan sendirinya. Pantang larang itu seolah-olah sengaja memerangkap agar kami mati kelaparan.
Kalau kami gagal mematuhinya dan terus membunuh manusia, nafsu kami tidak akan dapat dikawal lagi dan akan terus berubah menjadi lebih ganas seperti yang berlaku pada Rudira dan Osborn. Mereka menjadi pembunuh yang kejam untuk mendapatkan makanan. Mereka akan kekal begitu untuk selama-lamanya dan akhirnya sifat dan ciri manusia manusia dalam tubuh mereka akan terus lenyap dan mereka akan terus menjadi syaitan untuk selama-lamanya. Cara kematian kami juga berbeza. Seperti yang Angel telah lihat malam tadi, itulah yang akan berlaku jika hayat kami sudah berakhir.
Pada mulanya semua kami cuba patuh kepada pantang larang itu tapi apabila masa terus berlalu setelah masing-masing keluar membawa diri meninggalkan istana kami, saya sudah tidak tahu apa yang sudah berlaku pada mereka yang lain. Saya, ibu dan bibi serta beberapa orang pengikut yang lain merantau dari satu benua ke satu benua di seluruh dunia dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Antara orang kami yang paling setia adalah Waji, Isqan dan isterinya Banu. Waji adalah orang kanan Aditya Wangsa dan Isqan pula merupakan pengawal peribadi saya sejak saya dilahirkan manakala isterinya Banu adalah pengasuh yang menjaga saya sejak lahir. Waji pernah saya perintahkan untuk menjaga kepentingan Aditya Wangsa di Loka Holding selama hampir dua puluh tahun dan kami beri kebenaran kepada Isqan dan isterinya untuk membawa haluan hidup sendiri. Sudah lama kami tidak berjumpa Isqan tapi saya berharap Isqan dan isterinya tetap patuh pada pantang larang seperti Waji dan saya. Kami masih bertahan dan tidak pernah membunuh manusia untuk mendapatkan makanan. Walaupun kadang-kala keinginan itu datang membuak-buak apabila terjumpa dan tercium bau manusia.
Sebab itu kami elakkan bergaul dan tinggal dekat dengan masyarakat manusia. Dengan bantuan Isti Samira dan adiknya akhir saya berjaya mengawal nafsu dan dapat hidup dalam kalangan manusia hingga sekarang tapi saya tetap mengawal batas pengaulan saya supaya tidak sesekali melanggar pantang larang itu" Angel yang terlalu khusyuk mendengar cerita Indra kemudian mencelah.
"Bagaimana kamu mendapat makanan kalau tidak membunuh manusia" Indra tersenyum ketika mendengar Angel menyoalnya.
"Ibu dan bibinya menggunakan akal untuk memanipulasikan pantang larang sihir Yaman. Mereka mengupah manusia dengan ganjaran yang lumayan untuk mendapatkan makanan untuk saya. Sudah berpuluh-puluh tahun kami berbuat begitu sehingga kami sukar menemui orang sanggup melakukan kerja itu lagi. Kami cuba cara yang lain apabila zaman dan dunia semakin berubah". Cerita Indra lagi.
"Jadi sekarang bagaimana kamu mendapatkannya" soal Angel mencelah sekali lagi.
"Apabila wujud rumah sakit dan hospital kami semakin mudah mendapat bekalan. Kami mencuri stok bekakan yang ada di situ. Kami memiliki banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Biyung kemudian menuntut ilmu dalam bidang sains biologi. Bibi pula belajar dan menuntut dalam bidang kesihatan dan sekarang bekerja di Jabatan Patologi di hospital dan pekerjaan bibilah yang memudahkan kami mendapatkan bekalannya. Saya pula memilih bidang perniagaan yang membantu kami mendapatkan keperluan untuk hidup di kalangan manusia biasa seperti sekarang" Indra menyambung ceritanya lagi.
"Jadi maknanya sekarang umur awak?" soal Angel apabila perkara itu muncul di fikirannya.
"Tiga puluh tahun, walaupun saya telah menjalani kehidupan di muka Bumi ini selama sembilan puluh tahun. Saya mengiranya apabila membahaginya dengan kehidupan di alam ghaib dengan kehidupan manusia biasa. Tiga puluh tahun kehidupan manusia bersamaan sepuluh tahun kehidupan makhluk di alam ghaib. Saya dibangunkan dari tidur yang panjang pada tahun 1931. Dari tarikh itu umur saya sudah dua ratus tujuh tahun. Tetapi saya tidak pernah menghitung dua ratus tahun tanpa nyawa itu termasuk dalam usia saya yang ada. Saya hanya menambah usia tujuh tahun usia saya dengan lapan puluh tiga tahun selepas saya diberi kehidupan semula. Walaupun kehidupan semula itu tidak sempurna seperti manusia biasa. Sihir Yaman juga menjadikan orang-orang kami tidak melalui proses penuaan serta perubahan rupa seperti manusia biasa dan makanan kami menjadikan kami semakin bertenaga dan kuat serta istimewa untuk hidup kekal abadi dengan jiwa yang terseksa" balas Indra kemudian berpaling semula merenung tasik di hadapannya.
"Jadi maknanya awaklah orang yang sama pernah menjadi rakan kongsi arwah datuk saya dulu?" soal Angel lagi apabila gadis itu terfikirkan sesuatu.
"Ya! Awak betul, sayalah Aditya Wangsa pengasas Loka Holding dan rakan kongsi datuk awak Angel. Sebab itu saya tidak boleh berada lama di satu tempat untuk mengelakkan manusia sekeliling memandang pelik pada kami.
Di setiap negara yang kami pergi dan tinggal saya akan mendaftar untuk belajar di universiti yang ada di situ dan selepas menamatkan pengajian sehingga peringkat phD kami akan berhijrah ke negara lain pula. Saya bertemu Syed Hatta dan Dato' Seri Amar Zaid semasa berada di Australia sewaktu menuntut di Universiti Newcastle. Kami menjadi sahabat baik dan selepas itu bersepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat perniagaan. Mereka berdua masing-masing berumur 35 dan 36 tahun waktu itu dan sudah beristeri dan mempunyai anak. Saya yang sediakan semua modal untuk memulakan perniagaan kami dan mereka berdua hanya rakan kongsi untuk khidmat idea, tenaga dan kepakaran. Tapi saya tidak pernah persoalkan tentang modal kepada mereka malah saya berikan mereka berdua masing-masing dua puluh lima percent dari setiap keuntungan yang kami perolehi.
Saya tidak mahu mereka berdua syak dan prasangka pelik kepada saya yanhbl tidak mengalami perubahan normal seperti manusia biasa menyebabkan saya terpaksa meninggalkan Loka Holding dalam tempoh yang agak lama dan menyerahkan segala urusan syarikat kepada mereka berdua dan melantik Waji sebagai wakil saya di situ. Sepanjang tempoh itu sehingga saya kembali semula ke Loka Holding, saya, ibu dan bibi merantau dari sebuah negara ke sebuah negara dan menetap di suatu tempat tidak lebih dari sepuluh tahun. Kami tidak mungkin berada lama di sesuatu tempat bagi menggelakkan prasangka pelik manusia sekeliling kepada kami. Kami akan mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan hospital atau klinik untuk memudahkan kami mendapat bekalan makanan untuk saya.
Dan enam bulan yang lepas saya kembali semula sebagai Indra Arjuna dan itu nama sebenar saya. Saya terpaksa merekakan cerita tentang kematian Aditya Wangsa. Berkurun lamanya kami berjaya hidup bebas dalam masyarakat manusia tanpa ada yang mengetahui rahsia kami dan awak adalah manusia pertama yang mengetahui cerita benar tentang diri saya malah dari mulut saya sendiri" ujar Indra mengakhiri ceritanya.
"Indra, bagaimana awak boleh bertutur bahasa kami dengan baik tanpa orang tahu awak bukan orang Malaysia" Indra tersenyum mendengar soalan Angel.
"Itu anugerah keistimewaan yang saya miliki sebagai anak kacukan dua alam. Saya mempunyai deria keenam yang boleh melihat apa yang manusia tidak boleh nampak. Saya boleh menguasai bahasa manusia dengan cepat selepas mendengarnya dan saya juga boleh berkomunikasi dengan haiwan" Balasnya kemudian tersenyum memandang ke arah Angel.
Angel turut tersenyum dan dalam hatinya kagum mendengar keistimewaan Indra dan tidak mustahil kenapa Indra mudah berhijrah ke mana sahaja di seluruh dunia.
"Indra, sebenarnya saya pernah nampak Osborn dan Rudira sebelum ni? siapa mereka, adakah mereka juga saudara mara awak" Indra segera menoleh kerana terkejut mendengar cerita Angel .
"Di mana awak pernah nampak mereka? Osborn adalah salah seorang pembesar istana dan Rudira adalah dayang pembantu kepada ibu saya. Mereka akhirnya menjadi pasangan suami isteri. Mereka membawa haluan masing-masing selepas kami bangun dari sumpahan dua ratus tahun. Ada lagi beberapa orang tapi kami tidak pernah berjumpa lagi sampai sekarang" cerita Indra apabila terkejut mendengar pengakuan Angel.
"Mereka berdua kerap muncul dalam mimpi-mimpi ngeri saya selama ini malah semakin kerap sejak kebelakangan ini" beritahu Angel ketika membayangkan wajah-wajah makhluk-makhluk raksasa hodoh dalam mimpinya. Perkara itu adalah jawapan pada persoalan yang ingin ditanyanya pada Angel sebelum ini.
"Nampaknya awak lebih dulu menemui dan mengenali mereka. Ratna saya ingin bawa awak berjumpa biyung saya" Angel mengerutkan dahi mendengar perkataan yang disebut oleh Indra.
"Ibu saya, saya memanggilnya biyung" sambung Indra pantas.
"Kenapa awak nak bawa saya jumpa ibu awak?" soal Angel inginkan tahu tujuan Indra berbuat begitu.
"Ibu saya mungkin dapat membantu untuk saya lebih mengetahuinya" Angel hanya mengangguk selepas mendengar penjelasan Indra.
"Indra, apakah ada penawar untuk awak terus bebas dari sumpahan sihir tu?" soal Angel bila perkara itu muncul di fikirannya. Indra diam sejenak mendengar perkara yang diajukan oleh Angel kepadanya
"Sampai sekarang kami belum temui penawarnya. Padya pernah menyebut sebelum dia mati" balas Indra dengan nada yang lirih dan sedih dalam nada suaranya.
"Padya, siapa Padya?" tanya Angel selepas mendengar nama yang baru disebut oleh Indra.
"Seorang pendita. Manusia yang cerdik pada zaman itu kami gelar mereka sebagai pendita. Padya cuba menyelamatkan Aditya Wangsa tapi akhirnya turut mati dibunuh oleh Yaman" sambung Indra lagi.
"Ceritalah lagi, saya ingin mendengarnya?" pinta Angel lagi yang semakin berminat mendengar Indra menyambung ceritanya.
"Bidadari Citra. Dia akan muncul bersama penawarnya dan akan membantu menghapuskan Yaman dan segala sumpahannya akan berakhir" beritahu Indra kemudian kembali merenung tasik di hadapannya.
"Kami sentiasa menunggu kemunculan Bidadari Citra. Tapi sampai kini Bidadari Citra tidak pernah pun muncul" Indra menyambung lagi ceritanya tentang Bidadari Citra.
"Siapa Bidadari Citra tu" soal Angel sambil memandang wajah Indra. Lelaki itu kelihatan menggelengkan kepala.
"Saya pun tak tahu Angel, itu ramalan seorang pandita manusia sebelum dia mati. Tapi kata biyung, menurut ramalan dari dunia ghaib pula, Yaman cuma boleh ditewaskan oleh Maharaja Loka. Biyung tidak pernah bercerita lanjut tentang ramalan ini dan saya pun tidak pernah bertanya lagi" ujar Indra menyambung ceritanya.
"Saya harap semoga Bidadari Citra atau Maharaja Loka akan benar-benar akan muncul untuk menghapuskan sumphan awak tu" tambah Angel membantu memberi semangat dan keyakinan pada lelaki di sebelahnya.
"Ya saya pun harap macam tu jugak. Citra adalah cahaya yang berwarna warni seperti bianglala dan Maharaja Loka pula saya tak pasti dia siapa." tambah Indra lagi menerangkan tentang ramalan tersebut.
"Bianglala! Apa tu" Indra tersenyum apabila Angel bertanyakan perkataan yang disebutnya dalam ayatnya sebentar tadi.
"Pelangi. Itu istilah zaman dulu apabila wujud warna-warna indah di kaki langit selepas hujan berhenti" terang Indra tentang perkataan tersebut kepada Angel dan Angel menganggukkan kepalanya sambil tersenyum memandangnya.
Angel merenung lama wajah lelaki di sebelah. Indra ada segalanya cuma pelik di mata manusia yang tidak mengenali kerana lelaki itu sengaja mahu manusia menjauhkan diri daripadanya.
"Indra, kenapa awak tak cuba untuk mendekati seorang perempuan, berkahwin dan ada anak" soal Angel ketika menukar topik perbualan mereka. Indra menggelengkan kepalanya.
"Ratna, saya sudah beritahu awak tadi. Dengan ciri-ciri kami yang lebih sesuai digelar syaitan yang menyerupai manusia. Menjadikan manusia sebagai pasangan hidup adalah sesuatu yang terlalu sukar. Bergaul rapat dengan manusia akan menimbulkan semula nafsu kebinatangan kami dan sekiranya kami dapat mengatasinya peringkat yang pertama itu kami perlu pula menempuhi halangan yang seterusnya. Makanan yang paling menarik nafsu kami adalah janin anak sulung manusia. Ia akan memberi tenaga dan kuasa yang luar biasa. Awak tahu tak semua mangsa pembunuhan Osborn dan Rudira tu semuanya wanita yang sedang mengandung anak sulung" Indra berhenti berceritanya beberapa minit dan ketika itu Angel dapat mendengar dengan jelas laungan azan Zohor dari Masjid Jamek yang terletak tidak jauh dari situ.
"Kalau saya tidak mampu mengawalnya kami akan melanggar pantang larang yang sudah beratus tahun kami patuhi. Ratna, saya minta awak jangan desak saya untuk menyambung lagi cerita tentang perkara ni sebab ia terlalu rumit untuk saya jelaskan pada awak?" balas Indra dan ayat seterusnya mahukan Angel berhenti di situ sahaja. Angel akur dengan kehendak Indra meskipun dia kecewa menunaikan kehendak Indra ketika itu.
"Indra, boleh saya tanya awak satu soalan lain lagi" Indra berpaling dan kemudian tersenyum.
"Apa agama awak" Indra terus merenung wajah Angel seketika sebelum menjawab.
"Kenapa awak tanya saya soalan itu" soal Indra pula.
"Untuk mengetahui lebih lagi tentang diri awak" tambah Angel sambil membalas pandangan Indra.
"Asalnya semasa kerajaan Loka Wangsa masih wujud kami cuma percayakan roh, semangat dan pemujaan sehinggalah kami ditidurkan oleh sumpahan Yaman. Setelah kami bangun dunia sudah berubah dan ada sebahagian negara di dunia ini yang sedang berperang. Mungkin itu salah faktor orang upahan biyung dan bibi saya mudah untuk mendapatkan makanan untuk saya kerana ramai manusia yang berbunuhan sesama sendiri. Pengembaraan kami dari satu tempat ke satu tempat menemukan kami dengan pelbagai aktiviti dan jenis manusia sehingga suatu hari saya bertemu dengan seorang manusia yang walaupun tidak nampak kecekapan bermain senjata tapi manusia itu banyak ilmu di dadanya kerana kitab agama yang dianuti. Kitab yang mengandungi ayat-ayat tuhan yang diturunkan oleh tuhan melalui rasulnya yang terakhir.
Dia memberitahu, mengajar dan telah mengislamkan saya begitu juga bibi dan biyung. Saya sudah melalui semua peringkat yang seharusnya dilakukan oleh lelaki islam. Dalam hati saya terus mempercayai Allah yang esa dan satu walaupun saya tidak mengamalkan semua perintah agama yang diwajibkan kepada umatnya. Saya tidak tahu apa amalan seorang muslim yang perlu saya buat dengan ciri makhluk seperti saya. Makanan saya diharamkan oleh agama sedangkan itulah makanan untuk saya meneruskan hidup dan kerana itu saya mengharapkan sihir Yaman segera berakhir agar saya menjadi manusia sebenar yang boleh mengerjakan segala perintah tuhan dan meninggalkan segala larangannya.
Walaupun saya tidak pernah memberitahunya apa yang sudah saya lalui tetapi dia memberi kata-kata semangat dan kekuatan supaya saya menerima apa saya berlaku dalam hidup saya sebagai takdir dan ujian. Walaupun sekuat mana kuasa Yaman suatu masa nanti akan ada yang dapat mengatasinya. Kerana itu saya mesti yakin dan mungkin sekarang saya sedang mencari jawapan untuk satu teka teki dalam suatu permainan sebenar dalam sebuah kehidupan. 'Kesabaran adalah kunci kejayaan dan harus berusaha untuk mencari penawar untuk saya menamatkan segalanya'. Itu pesanan terakhirnya pada saya dan selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi sampai sekarang walaupun saya pernah untuk pergi mencarinya di tempat kami pernah bertemu tapi menurut maklumat yang saya dapat dari orang-orang yang mengenalinya lelaki tersebut sudah meninggal dunia" sepanjang Indra bercerita Angel begitu khusyuk mendengarnya tanpa mahu terlepas satu pun perkataan Indra dari pendengarannya.
"Bila awak nak bawa saya jumpa ibu awak?" soal Angel setelah habis lelaki itu bercerita. Teruja juga ingin melihat ibu kepada lelaki misteri di sebelahnya. Sebagai seorang puteri maharaja dunia ghaib dan permasuri sebuah kerajaan manusia tentu sekali orangnya hebat, cantik dan menawan.
"Selepas ni tapi sekarang saya rasa perlu bawa awak ke satu tempat" Indra bangun berdiri sambil tersenyum memandang Angel .
"Ke mana?" soal Angel lalu turut berdiri kemudian menepuk belakang seluar jeannya membuang kotoran yang melekat.
"Restoran" sahut Indra pantas. Angel kelihatan mengerutkan dahinya.
"Awak lapar?" soalan Angel membuatkan Indra tergelak kecil selepas mendengarnya.
"Rstna, awak yang perlu makan sebab sekarang sudah hampir pukul dua petang" balasnya lalu menarik tangan Angel untuk meninggalkan tebian tasik Pustaka Negeri. Tanpa menyoal lagi Angel lantas menuruti langkah Indra menuju ke tempat parkir kereta lelaki tersebut.
Angel perasaan beberapa pasang mata memandang ke arah mereka berdua sejak kemunculan dia ke restoran tersebut. Pasti Indra yang menarik perhatian mereka kerana Angel tidak merasakan ada-ada pun yang menarik pada dirinya. Wajah kacukan Arab dan Eurasian dan kulitnya yang cerah bukan satu asset yang boleh menjadi bahan kebanggaan dirinya kerana lelaki di sampingnya lebih mempunyai daya tarikan yang luar biasa kerana asal keturunan yang diwarisi dari ibunya.
"Awak tak ingin merasa sedikit" usik Angel bila nasi ayam penyet sudah berada di depannya. Indra tersenyum kemudian menggelengkan kepala.
"Tiada makanan manusia yang boleh menarik selera saya kecuali manusia itu sendiri" jawapan Indra membuatkan Angel tergelak kecil.
"Jadi sekarang Indra ingin nak makan sayalah ya" sambung Angel pula.
"Kalau boleh memang jawapannya ya tapi saya tak boleh kehilangan Angel walaupun saya tidak tahu kenapa saya rasa begini" Angel lantas tersenyum mendengar jawapan Indra.
"Saya pun ingin selalu bersama awak Indra sebab saya tiada teman lain selain dady yang sentiasa sibuk dengan kerjanya" tambah Angel pula.
"Jadi awak tidak takut setelah tahu siapa saya?" Angel menggelengkan kepalanya.
"Tidak malah saya semakin suka berkawan dengan awak. Kalau awak tahu, sejak pertama kali kita berjumpa awak telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya. Awaklah insan pertama yang membuat saya menangis dan sakit. Saya benci dan sumpah awak berbakul-bakul banyaknya pagi sebelum awak menegur dan meminta maaf dari saya. Kemaafan yang awak pohon terus membasuh kebencian saya pada awak dalam sekelip mata seperti awak tidak pernah sedikitpun menyakiti hati saya sebelum tu. Awak begitu dewasa ketika melayan kerenah dan berhadapan dengan saya. Walaupun kita baru saja berjumpa dan berkenalan tapi saya seperti sudah lama kenal dan rapat dengan awak" Indra tersenyum sambil memandang tepat ke wajah Angel semasa mendengar Angel bercerita perkara itu kepadanya.
"Saya memang terlebih dewasa kerana usia sebenar saya sudah dua ratus sembilan puluh tahun. Saya ingin minta maaf sekali lagi tentang tu. Kalau masa boleh diulang semula saya tak ingin bersikap begitu pada awak. Untuk pengetahuan awak, kali pertama saya terpandang mata awak, saya merasakan sesuatu yang pelik. Macam pernah saya tengok sebelum ni. Awak juga seperti makanan yang paling enak yang teringin saya nak santap. Tapi ada satu benda lain saya lihat dalam mata awak waktu itu. Saya juga nampak diri saya. Osborn dan Rudira. Saya fikir awak tahu siapa saya dan mungkin awak utusan Yaman yang mahu menggagalkan usaha saya untuk menghapuskan sihirnya" Angel terpaku mendengar jawapan Indra ketika memberi penjelasan tentang sikap dan layanan buruk lelaki itu sewaktu kali pertama mereka berjumpa.
"Mungkin sebab tu awak nampak begitu benci pada saya hingga awak sanggup berkata begitu di hadapan saya dan dato'. Awak buat saja begitu berjauh hati, sedih hingga saya demam beberapa hari" sahut Angel dengan nada yang sedikit sayu.
"Maaf, saya buat macam ti supaya awak benci dan jauhkan diri dari saya tapi akhirnya saya tak mampu teruskannya. Apabila awak tidak muncul lagi beberapa hari selepas tu saya pula menyesal dan rasa bersalah. Saya tunggu awak dari hari ke hari untuk minta maaf atas sikap melampau saya tu" Senyuman menguntum di bibir Angel ketika mendengar pengakuannya membuat Indra semakin tenang untuk terus mendampingi gadis di hadapannya.
"Indra, awak tak perlu menyesalinya sebab ia sudah jadi kenangan terindah kepada saya dan awak. Saya selesa menerima kehadiran awak dan saya harap awak juga begitu". Renungan mereka bersatu dan kemudian mereka sama-sama tersenyum.
"Saya harap awak tidak jauhkan diri dari saya dan saya minta awak jangan ceritakan tentang saya pada sesiapa" ujar Indra selepas suasana kembali sedia kala.
"Awak tak perlu risau tentang tu, saya akan sentiasa menyimpan rahsia Indra sampai bila-bila" Indra berpuas hati mendengar jawapan Angel. Usai Angel menikmati makanannya mereka beredar ke destinasi yang sudah dirancanakan oleh Indra untuk Angel.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...