Bab 42. Mimpi Isti Samira

0 0 0
                                    

      Perubahan Hisham begitu ketara selepas malam itu. Selera makannya bertambah dan tiada lagi muntah-muntah selepas makan. Hana begitu gembira melihat perubahan kesihatan suaminya yang bertambah baik sebelum mereka sekeluarga berangkat balik ke Johor. Percutian dua tiga hari yang cukup memberi makna apabila  Indra dan Angel  membawa mereka sekeluarga ke tempat-tempat yang percutian yang menarik di Kuching. Selepas menghantar Adam sekeluarga ke lapangan terbang Kuching pada sebelah petangnya Angel dan Indra kembali ke Loka Holding semula untuk menyambung kerjanya. 
“Ada apa?” soal Angel  melihat ramai pekerja Loka Holding mengerumi papan notis.
“Dua belas orang pekerja kita terpilih untuk berkursus dan nama Cik Angel  pun ada sekali ni” beritahu Zack sewaktu melihat kemunculan Angel  di belakangnya.
“Sue dan Zaleha?” Angel terlupa untuk melihat senarai nama yang ditunjukkan oleh Indra dua malam yang lepas.
“Ada jugak” balas Zack pantas selepas mendengar soalan Angel. Angel  hanya tersenyum sebelum berlalu meninggalkan Zack.  Zhafry dan Isha akan balik esok dan maknanya malam nanti  dan Angel  akan ikut Indra balik ke Matang Valley semula. Angel  mengharapkan agar Ratih Hasna sudah kembali ke alamnya sendiri supaya tidak merosakkan keseronokannya berada di situ.
“Ratih!” tegur Isti Samira apabila ternampak anak saudaranya memasuki bilik Indra.
“Indra tidak suka kalau sesiapa mencerobohi biliknya” Ratih yang agak terkejut mendengar teguran ibu saudaranya segera menoleh.
“Ratih bukan penceroboh tapi sekadar ingin melihat ada apa di dalamnya”. Isti Samira menggelengkan kepalanya selepas mendengar jawapan Ratih.
“Tanpa pengetahuannya perbuatan kamu itu sama maksudnya. Indra tidak akan membenarkannya” balas Isti Samira lagi.
“Tapi kenapa perempuan manusia itu bebas di dalam rumah ini” Isti Samira tersenyum mendengar jawapan Ratih Hasna.
“Angel lain dan jangan kamu persoalkan. Dia adalah kebahagian Indra” Ratih seperti tidak puas hati mendengar jawapan Isti Samira. Kenapa seisi rumah itu terlalu sayangkan perempuan manusia yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan itu. Bilik yang sememangnya berkunci itu ditinggalnya kemudian melangkah menuju ke anjung rumah tersebut. Pemandangan indah sebahagian taman bunga milik Isti Samira boleh di lihat dari situ. Pemandangan seperti satu tempat yang pernah ada di tempat tinggal mereka tapi sejak kedua beradik itu meninggalkannya tempat itu kini  terbiar kerana tiada yang menjaganya.
Sebuah kereta masuk ke halaman rumah dan Indra muncul apabila pintu terbuka kemudian diikuti gadis itu apabila Indra membuka pintu di sebelahnya. Ratih Hasna memandangnya dengan rasa cemburu yang membuak-buak. Kenapa mesti wanita manusia itu mendapat layanan yang begitu istimewa daripada Indra. Isti Samira juga begitu gembira menyambut ketibaan anaknya bersama gadis manusia tesebut.
“Belum balik lagi?” tanya Indra kepada Isti Samira. Wanita itu menggelengkan kepala sebelum menjawabnya.
“Tak, biyung pun risau sebab biyung tidak mahu dituduh mempengaruhinya” balas Isti Samira selepas itu.
‘Angel, mari sini sayang” panggil Isti Samira sambil menarik tangan Angel  supaya duduk di sebelahnya.
“Semalam ibu bermimpi pasal kamu” Angel  mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Isti Samira. Indra pula memandang Isti Samira tanpa berkelip.
“Kamu dikelilingi cahaya yang berwarna warni kemudian cahaya itu membungkus dan membelit tubuh kamu. Ibu tidak tahu apakah maksudnya mimpi ibu itu. Ibu harap ia membawa maksud yang baik” ujar Isti Samira sambil mengelus perlahan kepala Angel.
“Setakat ini Angel  rasakan segalanya baik-baik sahaja ibu tapi tidak tahulah kalau mimpi ibu itu membawa maksud yang tidak baik tentang Angel. Tapi Angel  harap Angel tidak akan menyusahkan sesiapa lagi selepas ini” Indra terpaku merenung Angel. Kata-kata gadis itu memberi maksud yang mendalam dan Indra tidak mahu Angel  masih rasa dirinya menyusahkan mereka.
“Mari!” Indra menghulurkan tangannya kemudian Angel  menyambutnya lantas bangun berdiri.
“Esok dady awak dan bibi balik. Saya nak percepatkan perkahwinan kita. Kalau boleh hujung minggu depan sebelum bermula kursus tu” Angel mengangkat keningnya mendengar cadangan Indra dan Isti Samira kelihatan gembira mendengarnya.
“Tapi kita belum kursus nikah kahwin lagi?’ balas Angel  selepas itu.
“Esok kita pergi daftar untuk kursus tu” balas Indra selepas mendengar jawapan Angel. Angel  kemudian mengangguk sebelum membuntuti Indra naik ke tingkat atas rumah tersebut.
Isti Samira gembira dan bersyukur mendengar keputusan Indra dan itulah yang diharap-harapkan dan ditunggu-tunggunya akan berlaku kepada hubungan  yang terjalin di antara Indra dan Angel. Namun di sebalik kegembiraan melihat kebahagiaan Indra dengan cinta yang ditemuinya Isti Samira risau Indra tidak sanggup berkorban kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Angel. Namun segala keputusan Indra, Isti Samira tidak akan mendesak Indra melakukan sesuatu yang bukan di atas kerelaan puteranya. Kebahagiaan Indra adalah paling utama dan Indra akan tetap bahagia dengan kehidupan bersama Angel  kerana tidak wujud sebarang rahsia di antara mereka berdua. Angel dan Indra saling menerima dan memahami dan mereka sudah ditakdirkan untuk bertemu dan bersama.
Berita yang begitu menyakitkan  hati Ratih Hasna yang sebentar tadi sedang memasang telinganya mendengar perbualan keluarga itu di ruang tamu. Sepatutnya Ratih Hasna tidak patut berperasaan begitu kerana Indra harus diberi peluang untuk melakukan sesuatu untuk masa depannya dan Ratih seharusnya bersabar dan tidak mengikut perasaan. Cemburu yang membuak-buak membuatkan Ratih Hasna terfikir untuk cuba mengambil jalan pintas untuk memiliki Indra. Ratih Hasna boleh mencari wanita manusia lain untuk menggantikan tempat Angel sekiranya perkara itu memang diperlukan untuk masa depannya bersama Indra. Ratih Hasna sudah tidak sanggup melihat kasih sayang dan kemesraan yang melampau-lampau di antara Angel dan Indra. Angel harus segera disingkirkan dari hidup Indra sebelum perkahwinan benar-benar terjadi kepada pasangan tersebut.
“Angel!” tegur Ratih Hasna apabila tiba-tiba masuk ke dalam bilik Isha Wristi yang dihuni Angel  buat sementara waktu. Angel  yang sudah usai mandi dan  telah memakai baju T merah jambu dan seluar jessi merah segera berpaling apabila mendengar pintu bilik itu terkuak dari luar dan  Ratih Hasna memanggilnya namanya. Ratih Hasna merenung Angel  dari atas ke bawah. Penampilan yang seperti gadis manusia itu sekarang memang terlalu asing di matanya namun  walau dengan apa saja gaya penampilannya gadis itu walaupun ringkas tapi sentiasa nampak ayu di matanya. Mungkin begitu juga di mata sesiapa saja namun Ratih Hasna cuba menafikan gadis itu lebih cantik daripadanya.
“Ya Ratih, ada apa?” soal Angel  sambil tersenyum memandang sepupu Indra itu.
“Saya dengar kamu dan Indra akan berkahwin, betul ke?” Angel  tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya.
“Ya” sahut Angel  pendek sahaja.
“Saya gembira mendengarnya tapi bila tu?” soal Ratih Hasna sambil cuba memaksa bibirnya tersenyum.
“Mengikut cadangan Indra mungkin minggu hadapan kalau semuanya berjalan lancar” beritahu Angel  yang masih lagi mengukir senyuman di bibirnya.
“Kamu akan menjadi sebahagian dari keluarga bibi dan kita juga akan bersaudara. Mungkin kerana itu saya ingin berbual dan mengenali awak dengan lebih dekat. Mungkin tanggapan saya kepada awak selama ini salah” Angel  rasa terharu mendengar pengakuan  Ratih Hasna dan tidak rugi kalau ia cuba menerima agar dapat mengenali gadis itu dengan lebih dekat memandang Ratih Hasna sememangnya sebahagian daripada keluarga Indra.
“Saya berbesar hati mendengarnya. Saya bersedia dan bila-bila masa saja sudi berbual dengan awak” jawapan Angel melegakan perasaan Ratih Hasna. Peluang yag terbuka luas itu mana mungkin akan dipersiakan.
“Saja ingin mengenali dan melihat alam kehidupan manusia dengan lebih dekat, sudikah awak membawa dan menemani saya keluar untuk melihat-lihatnya sebelum awak berkahwin dengan Indra. Saya cadangkan begitu kerana selepas kamu berdua kahwin nanti mungkin awak tiada masa untuk itu dan saya mungkin sudah kembali ke alam saya” pinta Ratih Hasna dengan wajah yang dimaniskan sehabis yang boleh. Angel  diam seketika dan kelihatan seperti sedang berfikir.
“Mungkin esok atau lusa awak ada masa untuk itu” tambah Ratih Hasna lagi dan Angel  akhirnya mengangguk setuju.
“Saya akan jemput awak pagi lusa” balas Angel  selepas memikirkannya. Ratih tersenyum kemudian meminta diri untuk keluar dari bilik.

DirgantaraWhere stories live. Discover now