Peristiwa hari itu cukup meninggalkan kesan dalam kepada Johan. Bukan sahaja malu diketawakan oleh kawan-kawannya kerana tiba-tiba terjun ke dalam kolam pulak sudah menjadi satu hal tetapi ketangkasan dan kekuatan lelaki tersebut menangkap dan menahan penumbuknya hanya dengan sebelah tangan kirinya. Selepas itu pula hanya dengan sedikit tolakan tangan kiri lelaki itu Johan terhumban sejauh lima meter terjatuh ke dalam kolam yang ada di situ. Kekuatan yang luar biasa yang tidak mungkin dimiliki oleh manusia biasa.
Kadri dari tadi memerhati gerak geri Johan yang seperti tidak senang duduk dan berdiri. Semalam Kadri ternampak ada gambar perempuan cantik dalam telefon bimbit Johan dan sepertinya gambar itu diambil secara curi. Rupa-rupa dalam diam anak terunanya itu sedang meminati seorang gadis. Kadri akui gadis itu memang mempunyai pakej lengkap yang boleh menarik perhatian lelaki dan mungkin tidak sukar untuk Johan memikatnya kerana Johan juga memiliki pakej yang sempurna sebagai seorang lelaki yang menjadi idaman wanita.
“Kenapa Joe, ayah nampak kamu macam ada masalah?” Johan terkejut dan segera menoleh apabila kehadiran Kadri tidak disedarinya. Johan lantas menggarukan kepalanya yang tidak gatal mencari idea untuk memberi jawapan pada Kadri.
“Tak ada apa-apa ayah, Joe cuma nak siapkan sedikit lagi persiapan untuk majlis perasmian Klinik Kota hujung bulan nanti. Dady jemputlah beberapa orang kawan datang sebab Dr. Zhafry beri kuota sepuluh orang untuk jemputan saya dan Azani” Kadri mengangguk mendengar jawapan Johan.
“Insyaallah ayah akan datang dengan kawan-kawan dady sebab dady pun nak kenal juga dengan Dr. Zhafry dan Dr. Ziana tu” Johan lega mendengar jawapan Kadri.
“Ayah! Boleh tak ayah beritahu rahsia ayah boleh sihat dan kuat walaupun sudah berumur” Kadri merenung wajah Johan dengan mata yang tidak berkelip.
“Johan, hujung minggu nanti ayah nak Johan ikut ayah ke kebun datuk. Pak Usu Kamal dan Sarif pun akan ikut sekali. Kita berempat akan bermalam di sana nanti. Di sana nanti barulah ayah dan Pak Usu kamu ceritakan pada kamu berdua” Johan mengerutkan dahinya mendengar jawapan Kadri. Apakah rahsia yang ingin Kadri Dan Kamal beritahu pada dia dan Sharif.
“Boleh ayah beritahu sedikit dulu” Johan terpingga-pingga melihat Kadri berlalu begitu saja meninggalkannya sendirian selepas menggelengkan kepalanya. Johan terus mencapai telefon bimbitnya apabila terdengar ada panggilan masuk.
“Ya, ada apa?” soal Johan sebagai mukadimahnya kepada Azani.
“Engkau ni Joe, salam tak, hello pun tak. Kau kenapa sebenarnya” Johan tersengih mendengar omelan Azani.
“Sorry, Hello Zani, ada apa kau cal aku ni” balas Johan sambil melembutkan suaranya. Terdengar gelak Azani di talian.
“Best news, Doktor Zhafry nak kahwin!” beritahu Azani dengan lancar.
“Hah!” Johan begitu terkejut.
“Hujung bulan ini, siang pada hari malam berlangsungnya majlis perasmian klinik tu” sambung Azani lagi.
“Mana kau dapat cerita ni?” soal Johan selepas itu.
“Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Tapi aku dengar umur bakal isterinya muda lagi” tambah Azani lagi.
“Mungkin perempuan cantik yang ramai peminat tu agaknya” Johan mencelah.
“Aku pun fikir macam tu, sebab aku dengar calon isterinya bertugas di Jabatan Patalogi” balas Azani pula.
“Memang dialah tu. nampaknya melepaslah Doktor Is dan yang lain-lain tu” Azani tergelak mendengar jawapan Johan. Johan dan Azani kemudian bersembang cerita-cerita lain sebelum menamat panggilannya.
Dr. Iskandar menghempaskan fail diagnostik pesakit yang dibawanya di atas meja. Berita yang baru didengar membuatkan perasaannya panas membara. Zhafry akan berkahwin dengan Isha Wristi, wanita yang digilanya setengah mati selama ini. Kenapa Isha Wristi tidak pernah memandangnya selama ini walaupun berkali-kali memberi isyarat kepada wanita itu.
“Zhaf!” panggil Iskandar sebaik sahaja ternampak kelibat Zhafry menuju ke blok klinik pakar. Zhafry berhenti dan menoleh sebaik sahaja namanya dipanggil.
“Ada apa Is” tanya Zhafry sebaik sahaja Iskandar sudah mendekatinya.
“Kenapa you potong jalan I Zhaf” Zhafry mengerut dahinya mendengar soalan Iskandar.
“Apa maksud you Is, I potong apa?” soal Zhafry pula.
“You jangan berpura-puralah Zhaf. Apa you dah buat sampai Isha nak kahwin dengan you” jawapan Iskandar membuatkan Zhafry menarik kemudian menghembuskan nafasnya. Rupa-rupa perkara itu yang menjadi persoalan Iskandar.
“I cuma mencuba macam you dan yang lain buat dan Isha terima I. So apa yang salah I di sini” jawapan Zhafry membuatkan Iskandar tergelak seperti dibuat-buat.
“Atau you dah dapat sesuatu dari dia masa you bawa dia keluar selalu tu” sahut Iskandar dengan tuduhannya.
“I bukan jenis macam tulah Is. I ikhlas dengan dia dan Isha pun terima lamaran I” sahut Zhafry pula.
“Kenapa mesti dia Zaf dan tak perempuan-perempuan lain yang ada dekat sini” soal Iskandar kemudian dengan wajah yang jelas tidak berpuas hati.
“Sebab yang lain tu bukan Isha” balas Zhafry sambil tersenyum memandang Iskandar.
“I takkan mengalah Zhaf selagi Isha tak sah lagi jadi isteri you” balas Iskandar pula selepas itu.
“What can I do, tapi buat pengetahuan you Isha tetap milik I dan tak sesiapa boleh menyentuhnya” Iskandar mengetap bibirnya mendengar jawapan Zhafry.
“Kita tengoklah nanti sebab I tak semudah itu untuk mengalah” Zhafry menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata Iskandar sebelum berlalu meninggalkan lelaki tersebut. Kata-kata Iskandar tadi menaikkan semangat untuknya segera menikahi Isha sebelum Iskandar berbuat sesuatu yang tidak elok untuk mengganggu hubungan mereka berdua.
Isha sudah memohon cuti sebulan bermula dua hari sebelum perkahwinannya dengan Zhafry. Semua kerja dan tugasnya perlu disiapkan sebelum bercuti untuk memudahkan pegawai lain menyambung tugas yang ditinggalkannya.
“Isha!, I keluar dulu” tegur Dr. Mila ketika keluar dari biliknya. Isha hanya mengangguk dan tersenyum kepada Dr. Mila. ‘Bertuah Doktor Zhafry dapat wanita secantik dan semanis Isha’ bisik Dr. Mila dalam hatinya sebelum melangkah jauh meninggalkan Isha sendirian di ruangan makmal Jabatan Patalogi. Isha memang kerap sendirian waktu rehat tengah hari kerana setiap hari Isha memberi alasan dia membawa bekal untuk makan tengah hari. Setiap hari bekalan Isha hanya air kelapa gading yang tersimpan di dalam bekas minuman yang dibawanya.
Selepas menutup pintu Iskandar bersandar di daun pintu sambil memandang Isha Wristi yang sedang leka menyemak sesuatu di dalam dokumen tangannya. Isha Wristi tahu lelaki itu berada di situ tetapi dia cuba berlakon sebagai manusia biasa dalam situasi itu.
“Isha!” Iskandar menegurnya. Isha Wristi menunjukan lakonan seolah-olah baru menyedari kewujudan Iskandar di situ.
“Ya saya, kalau doktor nak jumpa Dr. Mila, dia baru saja keluar sebentar tadi” Iskandar tersenyum mendengar jawapan Isha Wristi kepadanya. Memang itu perangai Isha Wristi setiap kali Iskandar datang ke situ.
“Betulkan apa saya dengar tentang awak dan Zhaf" Isha berhenti melihat dokumen di tangannya kemudian memandang Iskandar. Isha Wristi kelihatan mengangguk setelah itu.
“Why?” soal Iskandar lagi. Isha terdiam sambil memikirkan jawapan yang sesuai. Lelaki itu tidak kurang kacaknya malah Iskandar lebih kaya tapi Isha sendiri tidak tahu kenapa hati lebih memilih Zhafry dan telah bersedia untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk lelaki manusia tersebut.
“Kami saling mencintai dan saya sudah bersedia untuk hidup bersamanya” Iskandar mengetap bibirnya mendengar jawapan Isha Wristi.
“Isha, saya benar-benar sukakan awak, lebih dulu mengenali awak tapi kenapa awak pilih dia?” Iskandar mendekati meja Isha menanti penjelasan wanita itu.
“Saya tahu awak baik dan tiada yang kurang sebagai seorang lelaki malah ramai perempuan yang suka dan berminat dekat awak tapi saya tidak dapat memaksa hati dan perasaan saya untuk sukakan awak. Cinta dan sayang saya pada Zhafry datang dengan sendirinya” Iskandar terus menatap Isha Wristi tanpa berkelip. Kenapa gadis itu begitu memukau pandangannya. Kecantikkannya begitu menggoda dan semakin hari Iskandar semakin sasau dibuatnya. Iskandar mula bergerak untuk merapati Isha membuatkan Isha juga mula menjauhkan dirinya.
“Mungkin I tak pernah cuba buat seperti apa yang Zhafry dah berikan pada you” Iskandar menyentuh rambut Isha kemudian menghidu bauannya yang begitu harum. Tangannya Kemudian semakin berani cuba menyentuh pipi Isha Wristi. Isha Wristi cepat menepis tangan Iskandar membuatkan lelaki itu kemudian tergelak.
“Itulah beza Zhafry dengan you. Zhafry takkan menyakitkan hati I seperti you sekarang. Baik you keluar sebelum yang tak baik berlaku” Iskandar tergelak kemudian dengan pantas cuba melakukan sesuatu dan Isha dapat mengesannya dan segera memberi sedikit pengajaran kepada lelaki tersebut. Iskandar kaku seperti patung dan Isha segera mengeluarkan white board marker berwarna hitam lalu menconteng sesuatu di muka Iskandar sebelum Isha tergelak sendiri melihat wajah Iskandar selepas itu.
“Lain kali jangan buat nakal dekat I” Isha terus keluar meninggalkan Iskandar sendirian dalam bilik tersebut. Setelah merasakan dirinya sudah berada jauh dari lelaki itu Isha menepuk tangan dua kali dan sudah pasti Iskandar akan pulih seperti sedia kala. Isha Wristi tergelak sendiri apabila mengigatkan apa yang dilukisnya sebentar tadi.
Iskandar hairan kenapa dia berada di bilik itu sendirian dan bagaimana dia boleh berada di situ dan dengan pantas Iskandar segera meninggalkan bilik tersebut. Iskandar pelik apabila semua mata warga hospital memandangnya dan kemudian tersenyum dan ada yang tergelak. Pesakit yang tengah kronik pun ikut tergelak. Zhafry dan Ziana yang kebetulan bertembung dengan Iskandar mengerutkan dahi kemudian saling berpandangan selepas memandang Iskandar.
“Is, cuba you pergi ke rumah mayat sekarang, I rasa orang mati dekat situ pun akan bangun dan gelakkan you” tegur Ziana sambil menahan gelaknya.
“Siapa yang buat muka you macam tu” Iskandar membutangkan matanya mendengar teguran Ziana. Kebetulan berdekatan tandas lelaki Iskandar terus masuk ke dalamnya untuk melihat cermin. Zhafry dan Ziana tergelak besar mendengar jeritan kuat Iskandar dari dalam tandas tersebut.
“Siapa yang sampai hati buat Is macam tu” Zhafry hanya menggelengkan kepala tapi sisa gelaknya masih kedengaran.
“You pergilah dulu I nak jumpa Isha sekejap” beritahu Zhafry selepas membuka mesej yang dihantar oleh Isha Wristi kepadanya. Zhafry terus berlalu meninggalkan Ziana tanpa menunggu jawapan wanita itu.
Isha sedang duduk menunggu Zhafry di atas bangku pelawat di luar wad Ortopedik.
“Hai sayang!” tegur Zhafry lalu duduk di sebelah Isha Wristi. Isha Wristi kemudian membalas senyuman Zhafry.
“Awak dah makan?” tegur Isha apabila melihat jam di tangannya sudah hampir tamat waktu rehat tengah hari. Zhafry menggelengkan kepalanya.
“Masih kenyang lagi sebab rehat tadi makan berat sedikit tapi kalau sayang nak makan saya boleh temankan sekarang” Isha menggelengkan kepala.
“Saya nampak awak ceria sangat, boleh kongsi dengan saya?” soal Isha sambil melihat wajah Zhafry. Zhafry tersenyum sebelum menceritakan kisah Iskandar kepada Isha.
“Entah siapa yang berani sangat kenakan Iskandar macam tu” beritahu Zhafry di akhir ceritanya.
Isha menahan gelaknya sambil menayang riak wajah selambanya mendengar cerita Zhafry. Mungkin dengan Angel Isha Wristi akan bercerita tentang kisah tersebut memandangkan Angel mengetahui siapa mereka dan Angel juga boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
“Awak pergilah sambung kerja, saya cuma nak pastikan awak sudah makan” beritahu Isha kemudian bangun berdiri. Pasangan tersebut sudah berjanji untuk bertemu sekejap pada waktu itu setiap hari. Zhafry mengangguk kemudian meraih tangan Isha lalu membawa ke bibir untuk memberi kucupan rindunya.
“Oh ya, ada orang yang kurang senang dengan hubungan kita” beritahu Zhafry sebelum melangkah meninggalkan Isha Wristi.
“Saya tahu dan awak jangan risau sebab cinta saya hanya pada awak” Zhafry tersenyum sebelum berlalu pergi meninggalkan Isha yang juga mula bergerak untuk kembali semula ke tempat bertugasnya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...