Sambil tersenyum Angel menompang dagu menghayati alunan merdu senikata lagu 'Dealova' sementara jemari suaminya lincah memetik tali gitar di tangannya.
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oooo bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku
Padamu oh..oh..oh..
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi dan sepi
Selalu ada,
Kau selalu ada
Selalu ada
Kau selalu adaBerakhir majlis persandingan dan resepsi petang tadi Indra lebih selesa menghabiskan masa berduaan dengan isterinya di taman flora indah milik Isti Samira. Dari dataran tanah tinggi yang ditumbuhi oleh pelbagai spesies bunga yang mewarnai kawasan tersebut pasangan tersenyum puas dan bebas menyedut udara segar pergunungan Serapi yang menghijau.
"Dimaz! terimakasih kerana segala-galanya" ujarnya sambil menyandarkan tubuhnya untuk menikmati kehangatan dada bidang suaminya. Indra melepaskan gitarnya kemudian memeluk erat tubuh isterinya.
"Sayang! saya mencintai awak dari detik pertama saya melihat dan merenung mata awak. Saya tidak pernah lupa detik itu kerana ia peristiwa yang paling pelik yang pernah berlaku dalam sejarah hidup saya. Saya tidak mampu mengawal mata saya untuk melihat mata awak. Tarikan yang seperti magnet yang teramat kuat dan selepas sekali saya ingin sekali lagi dan berkali-kali lagi. Kesakitan yang menyeksa perasaan dan diri saya secara tiba-tiba tanpa saya mengetahui puncanya. Kesakitan yang tidak pernah saya rasa semasa saya cemburukan Adam" Angel tersenyum sambil mendongak melihat ketampanan wajah lelaki yang sedang mendakap tubuhnya.
"Dimaz, saya tidak pernah meragui cinta Dimaz tapi saya cuma takut kita tidak mampu menghadapi dugaan yang datang" Ujar Angel sambil jejari runcingnya mengusap lembut pipi suaminya. Kulit wajah Indra lembut dan licin seperti kulit wajah wanita.
"Saya semakin kuat dan bersemangat kerana adanya sayang. Saya sudah mempunyai matlamat hidup dan alasan untuk untuk terus berjuang dan seandainya tuhan tidak merestuinya sanggupkah sayang menghadapi saat-saat terakhir bersamaku" Angel tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya.
"Kematian bukan menakutkan saya dan saya sudah lama bersedia untuknya" Indra terharu mendengar jawapan isterinya.
Indra dan Angel balik ke rumah apabila matahari sudah tidak kelihatan lagi di ufuk barat. Kesan majlis siang tadi cuma tinggal kanopi yang belum dirobohkan dan singgahsana yang masih tersergam indah. Di atas kerusi pelamin kelihatan Boo dan Mon duduk di situ membuatkan Angel dan Indra tergelak dan selepas itu Angel menangkap gambar pasangan tersebut menggunakan telefonnya.
Kesan makanan semua sudah dibersihkan hanya bauannya masih tinggal dan sedikit lauk pauk ditinggalkan untuk Angel yang tersimpan di dalam peti sejuk. Suasana kediaman tersebut kembali sunyi dan sepi. Zhafry dan isterinya sudah balik ke rumah sendiri manakala Isti Samira terpaksa memenuhi undangan Iskandar yang mengajaknya ke majlis ajuran keluarga lelaki tersebut.
Angel menjengguk ke dapur untuk mendapatkan minuman bagi membasah tekaknya yang terasa kering dan haus.
"Sayang lapar tak?" Angel terkejut apabila pinggangnya dipeluk erat oleh sepasang tangan yang datang dari belakang. Indra mengucup pipi isterinya sebelum sempat Angel menjawab soalannya.
"Tak lagi, nantilah. Saya nak mandi dulu" Angel menjerit apabila tanpa isyarat Indra terus mencempung tubuhnya menaiki tangga ke tingkat atas.
"Ibu pergi mana?" soal Angel setiba mereka ke dalam kamar tidur mereka yang berhias indah. Harum semerbak dengan haruman kelopak bunga-bunga segar yang bertaburan di lantai dan di atas katil.
"Ke rumah kawan tapi biyung tidak balik malam ni sebab bibi ajak biyung tidur rumah dady awak" berdasarkan jawapan Indra jelaslah mereka hanya tinggal berdua saja malam itu. Angel mencapai tuala kemudian bergerak menuju ke bilik air tapi sebaik sahaja daun pintu terbuka matanya membutang apabila melihat bilik mandi mereka juga dipenuhi dengan bunga-bunga hidup yang cantik dan segar. Tab mandi juga sudah dipenuhi air dan kelopak-kelopak bunga.
Nikmat dan segar, Angel memejamkan matanya ketika cuba menghayati kesegaran air yang membasahi sekujur tubuhnya. Buih yang terhasil oleh krim mandian susu kambing telah menutupi sebahagian daripada tubuhnya. Buih di tangannya di tiupnya ke atas kemudian Angel tersenyum melihat buih yang berterbangan ke udara. Sambil merenung buih-buih yang berterbangan Angel mula memikirkan sesuatu. Sesuatu yang bakal dilaluinya selepas itu, mungkin malam itu atau malam esok dan malam-malam yang seterusnya.
Tempoh dua puluh hari sudah berlalu dan tiada lagi halangan untuk Indra menyentuhnya. Angel sedari dirinya bukan sekadar bakal menempuhi situasi menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang isteri tetapi Angel sendiri akan menjadi spesimen untuk menentu dan menguji keberkesanan dirinya untuk membantu Indra memadam dan mengawal nafsu binatang dan syaitan yang menumpang dalam tubuh lelaki yang kini bergelar suaminya. Kalau gagal beerti Angel akan menjadi mangsa pertama Indra membunuh seorang manusia. Selama ini Angel tidak pernah getar dan takut menghadapi Indra walau dalam apa saja rupa wujud lelaki itu di hadapannya.
Selama tujuh hari menjalani terapi dengan pelbagai persediaan dan Angel merasakan Isti Samira melakukannya untuk tujuan memperkemaskan dan menyiapkanya dirinya untuk dipersembahkan kepada puteranya. Satu persembahan yang akan menentukan kejayaan satu ujian kepada puteranya dan memikirkan perkara itu perasaan Angel mula berdebaran tidak menentu.
Puas memerhati tubuhnya yang dibaluti sehelai tuala di hadapan cermin perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik air untuk menjengguk keluar. Senyap dan sunyi membuatkan Angel berasa lega. Sambil membetulkan tuala yang membaluti rambutnya Angel melangkah perlahan-lahan keluar dari bilik air seperti seekor kucing yang sedang mengintai seekor tikus. Mungkin kerana terlampau berhati-hati matanya terlepas pandang Indra yang sedang berdiri di suatu sudut di dalam bilik tersebut sambil berpeluk tubuh memerhatinya gelagat isterinya sambil tersenyum. Angel yang terlampau lama berada di dalam bilik air merisaukannya sebentar tadi tetapi apabila melihat pintu bilik mandi terbuka ketika mengambil keputusan untuk mengetuk pintu niatnya terbantut dan terus berhenti di tepi almari memerhati perbuatan isterinya yang seperti sedang mengintai sesuatu.
Sampai di tepi katil Angel menjenguk ke anjung dan tersenyum apabila Indra tidak kelihatan di situ.
"Sayang cari apa?" jantungnya hampir jatuh apabila mendengar satu suara tiba-tiba menegurnya. Angel mengurut dadanya yang berdebar dan terkejut. Tangannya segera menahan tuala yang membaluti tubuhnya bimbang akan terlucut di hadapan lelaki tersebut. Setelah dua puluh dua hari bergelar isteri kepada lelaki tersebut itulah kali pertama Angel berkemban semasa keluar dari bilik air.
Angel berundur setapak ke belakang apabila suaminya melangkah setapak ke hadapan. Indra tersenyum melihat wajah cuak dan bibir isterinya yang terketar-ketar hendak menyatakan sesuatu. Sebelum ini Angel begitu berani untuk menyerah diri demi mencabarnya tapi bila keadaan sepatutnya berlaku Angel kelihatan ketakutan dan cuba menjauhkan diri.
"Kenapa, sayang takut apa?" soal Indra sambil tersenyum kemudian melangkah lagi satu langkah ke depan Angel pula berundur selangkah lagi ke belakang.
"Di..Dimaz, sa..sa..saya..." belum habis meneruskan ayatnya Indra sudah berada dekat di hadapannya dan apabila ingin bergerak untuk lari sebelah tangan lelaki itu dengan pantas menangkap pinggangnya.
"Nak lari ke mana?" soal Indra sambil menahan gelaknya melihat wajah pucat Angel yang mendongak memandangnya.
"Rumah dady " balas Angel dengan jawapan bodoh yang tidak disedarinya. Indra sudah tergelak kecil.
"Untuk apa, minta tolong?" soal Indra lagi sambil merenung mata isterinya. Angel tersenyum kemudian menundukkan kepalanya. Tahu kebodohannya yang tidak bertempat.
Indra menarik tuala kecil yang membaluti rambut isterinya. Terurai rambut panjang yang basah membuat Angel kelihatan semakin seksi dan menggoda.
"Sayang, mulai malam ini kita akan merasmikan pernikahan kita dan menjadi pasangan suami isteri yang sebenar. Saya akan menuntut hak sebagai seorang suami malam ini dan saya harap saya berjaya menjadi lelaki manusia dan suami yang normal untuk awak dan mampu membahagiakan awak" ucapan yang membuatkan jantung Angel bergetar kuat. Oh tuhan! tolong aku, Angel meraung dalam hatinya sambil memejamkan matanya.
"Sayang bersiaplah, saya nak mandi dulu" lega apabila Indra melepaskan tangannya sambil tersenyum memandangnya.
Satu persatu gaun tidur yang bergantung di dalam almari di tariknya keluar dan selepas yang kelima akhirnya yang keenam menjadi pilihannya. Salah satu hadiah daripada Isha Wristi yang dibeli semasa percutian bulan madu di Bali. Mendengar tombol pintu terbuka Angel terus melompat di atas katil kemudian menarik selimut untuk menutup gaun nipis ditubuhnya dan berpura-pura tidur.
Suasana malam yang dingin membuatkan tekaknya terasa haus. Selepas mendapatkan keperluan dari bilik penyimpanannya Indra bergerak membawa sirap hayatnya ke anjung untuk menikmatinya sambil menghirup udara malam dalam suasana yang kelihatan agak gelap kerana tiada bulan yang bersinar di langit. Menyedari gelas di tangannya sudah kosong Indra segera masuk ke dalam kemudian meletakkan gelas tersebut di atas meja sebelum bergerak mendekati katil.
Angel baring membelakangkannya dan Indra tahu Angel berpura-pura tidur. Tangannya mengelus lembut pipi isterinya kemudian tubuh Angel dipautnya agar berpaling menghadapnya. Angel mengeraskan tubuh seperti patung membuatkan Indra tersenyum.
"Saya tahu sayang belum tidur lagi" bisiknya rapat ke telinga isterinya. Angel tidak dapat meneruskan lakonan lantas membuka matanya tersenyum memandang suaminya.
"Tadi saya haus" beritahunya perlahan sambil menatap wajah isterinya. Angel tidak menjawab kerana debaran di dadanya hanya tuhan saja yang tahu. Jemari Indra yang mula memain peranan membelai rambutnya membuatkan Angel terus mendiamkan diri.
"Ratna, awak cantik, semua yang awak miliki merangsang dan menghairahkan saya. Izikan saya menikmati hak saya malam ini" ujarnya dengan pandangan yang redup dan menggoda. Angel hanya mampu mengangguk tanpa suara membalas pandangan suaminya yang benar-benar bermaksud dengan apa yang diucapkannya.
Sentuhan hangat bibir suaminya menjelajah seluruh wajahnya dan kemudian hinggap lama di lehernya membuatkan dada Angel berdebar kencang. Mampukah Indra mengawalnya dan sekiranya gagal bererti dialah mangsa pertama lelaki itu. Bibir yang berhenti lama di situ beralih arah dan bergerak ke dadanya. Angel kaku menanti seperti tadi. Angel terfikir di saat itu nyawa seperti berada di hujung pedang.
Indra bergerak dan kembali menatap wajah isterinya di sebalik cahaya lampu yang samar-samar. Satu senyuman terukir di bibirnya membuatkan Angel lega. Ketika bibir mereka bersatu kembali Angel dapat merasakan Indra sudah kembali normal menjadi manusia dan lelaki sejati. Satu persatu pakaiannya di tubuh hilang entah ke mana dan akhirnya Angel menyerah dengan rela kepada suaminya. Lemas dan terbuai dalam permainan hebat suaminya. Desahan dan tangisan halus di kala Angel merasakan kesakitan dan kesukaran melalui detik pertama menyerahkan mahkota berharga kepada suaminya menjadi alunan muzik indah yang membelah kepekatan malam yang sunyi dan sepi.
Perlayaran yang berakhir dengan sejuta kenikmatan, Angel sudah terlena kepenatan dalam pelukan suaminya. Indra menambah suhu pendingin udara di dalam bilik mereka kerana Angel nampaknya seperti kesejukan kemudian menarik selimut yang sudah melurut di kaki katil untuk menutup tubuh isterinya.
Indra mengutip seluar pijamanya kemudian menyarungkan semula sebelum melangkah ke anjung untuk menghirup udara malam yang segar. Kenikmatan yang benar-benar memberinya kebahagian. Angel memang ditakdirkan untuknya. Dia sebenarnya risau sebelum memulakan tanggungjawabnya beberapa jam yang lalu. Kalau penawar dalam diri Angel tidak berkesan ke atasnya, gagal memadam gelora nafsu binatang dan syaitan dalam dirinya maka dia akan berpotensi membunuh wanita yang teramat dicintainya itu. Apa yang sudah dilalui beberapa jam yang lalu adalah suatu kejayaan yang besar dalam hidupnya. Selepas ini tiada keraguan dan ketakutan untuk menyentuh isterinya. Angel akan menemaninya terbang ke syurga Goloka yang tertinggi.
Angel mencelikkan sedikit matanya melihat cahaya matahari yang mencelah masuk melalui anjung ke bilik tidur mereka. Angel tidak sedar pukul berapa Indra mengejutnya untuk mengulangi sesi kedua dan kesannya dia kesiangan sehingga matahari sudah meninggi. Indra tiada di bilik dan mungkin suaminya berada di mana-mana saja dalam rumah tersebut.
Angel merasa kesakitan hendak mengerakkan kakinya terutama kedua pahanya dan rasa kepedihan di bahagian alat sulitnya membuatkan wajahnya mengerut ketika dia bergerak hendak duduk. Angel berusaha melawan kesakitannya ketika bangun lantas mencapai tuala untuk membaluti tubuhnya sebelum melangkah menuju ke bilik air. Matanya sempat terpandang gaun tidur semalam yang cuma melekat sekejap di badannya sudah tersangkut kemas menggunakan penyangkut pakaian di tepi almari. Tentu Indra yang mengutip dan menyimpannya di situ.
Angel membiarkan saja air yang jatuh menimpa tubuhnya. Peristiwa dan pengalaman yang dilalui malam tadi membuatkannya termenung cuba mengingatkan semula setiap detik yang dilaluinya. Kesan-kesan metah dan lebam yang kelihatan di tubuh dan rasa pedih di bahagian sulitnya membuktikan dia bukan bermimpi dan Indra sudah mendapatkan haknya semalam, bukan sekali tapi Indra mengulanginya lagi sebelum subuh.
Indra muncul menatang dulang yang berisi semangkuk bijirin sarapan pagi. Angel perlukan tenaga selepas bangun dari tidur. Katil yang sudah kosong dan bunyi siraman air yang kedengaran menandakan Angel sudah bangun dan sedang mandi. Tirai yang menutupi cermin anjung dibukanya luas supaya cahaya matahari bebas memenuhi bilik tersebut. Matanya terpaku melihat tompokan noda merah pada cadar kuning sutera yang menjadi medan pertempuran mereka malam tadi. Indra tersenyum ketika mengingatkan dia terpaksa bergerak perlahan dan lembut semasa pertama kali cuba masuk ke pintu syurga isterinya. Pada awalnya dia ingin menyerah dan menghentikan ketika melihat airmata isterinya yang menangis menahan sakit. Namun Indra tidak mampu menghentikan lagi nafsu lelaki normal yang sudah mencapai takat nirwana yang tinggi untuk menuntaskan keinginannya.
"Hai sayang" tegur Indra yang tidak berkelip merenung Angel melangkah keluar dari bilik mandi dengan sehelai tuala membaluti tubuh isterinya. Angel hanya tersenyum memandang suaminya kemudian bergerak cepat menuju ke almari pakaian.
"Sayang!" Indra menangkap kemudian menarik rapat tubuh Angel ke dadanya.
"Saya belum raikan lagi kejayaan semalam. Terimakasih kerana memberi saya peluang menikmati pengalaman indah kehidupan manusia lelaki sebenar. Apa yang kita sudah lalui semalam menjadikan saya semakin perlukan awak" Angel tunduk membisu, masih malu untuk menatap wajah suaminya yang bergitu ghairah menatap wajah dan sekujur tubuhnya.
Indra segera mencempung tubuh isterinya dan meletakkan di atas katil yang masih berselerak. Dulang sarapan pagi walaupun waktu sudah beranjak ke tengah hari dibawanya mendekati Angel. Sudu demi sudu bijiran sarapan di suapnya ke mulut isterinya dan Indra tersenyum apabila Angel berjaya menghabiskannya.
"Petang nanti kita akan bertolak ke KIA. Kita akan ke tempat yang pernah saya janjikan pada sayang dulu" Angel mengerutkan dahi mendengar berita yang disampaikan oleh suaminya.
"Maksud Dimaz?" Indra tersenyum melihat wajah isterinya.
"Honeymoon, sayang tak nak ke? atau kita honeymoon di sini saja" Angel lantas menggelengkan kepalanya, Indra mengangkat kening melihat aksi isterinya.
Angel hendak bangun untuk mendapatkan pakaian tapi Indra menghalang pergerakannya. Lelaki itu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Saya sejuk?" ujar Angel membalas renungan bertenaga suaminya.
"Saya akan hangatkan awak" bisik Indra kemudian merebahkan tubuh isterinya. Indra sudah tidak mampu untuk menahan nafsu barahinya yang sentiasa bergelora kepada isterinya. Angel tahu apa maksud suaminya dan pasti Angel juga sudah tahu bertapa hebat dan bertenaganya Indra melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan dengan keistimewaan yang dimilikinya hanya Angel saja yang mampu menjadi pasangan yang membahagiakan lelaki tersebut.
Ia muncul lagi dari tujuh penjuru alam dengan tujuh warna yang indah seperti pelangi. Bersatu membentuk lingkaran cahaya yang kemudian menggelilinginya. Angel terpaku membiarkan cahaya itu membaluti seluruh tubuhnya. Ketika Angel berada dalam ketakutan dan kesakitan dan mengharapkan lelaki itu datang membantunya. Indra yang berdiri beberapa meter di hadapannya hanya tersenyum memandang isterinya. Kenapa Indra tidak datang melindunginya sedangkan selama ini lelaki tidak pernah membiarkan apa jua menyakitinya dan berjanji untuk melindungi sampai bila-bila.
"Dimaz! tolong Dimaz!!!" jeritnya memanggil lelaki tersebut supaya datang membantunya. Ketika mengeliat menahan kesakitan Angel terasa tubuhnya disentuh dan digerakan oleh sesuatu.
"Sayang! bangun, awak mimpi lagi"
"Dimaz! Kenapa Dimaz tak tolong selamatkan saya?" Soalnya sambil merenung wajah Indra yang berada di sebelahnya. Indra mengerutkan dahi mendengar soalan isterinya.
"Sayang mimpi apa?" soalnya sambil membalas renungan isterinya.
"Cahaya tu, Dimaz hanya melihat tapi tidak datang membantu" balasnya dengan mata yang mula berkaca. Indra mula mengesan riak sedih di wajah isterinya.
"Mungkin cahaya itu adalah petunjuk tapi kita tidak memahaminya" Indra menarik Angel ke dalam dakapan lantas memeluk erat tubuh isterinya. Tidak mungkin dia tega membiarkan Angel disakiti namun apakah maksud mimpi yang berulang kali muncul dalam tidur Angel sekarang.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...