Bab 50. She Never Troublesome

5 0 0
                                    

        Sarah mengeluh apabila memikirkan terlalu sukar untuk mendekati Indra Arjuna yang sentiasa mengelak daripada bertembung dengannya dan lelaki itu tidak pernah sendirian tanpa gadis tersebut. Terlalu bahagiakah Indra di samping Angel sehinggakan sesaat pun tidak boleh berenggang atau berpisah.
Aktiviti kembara memang aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta yang minat meredah kawasan hutan tapi sebaliknya bagi yang kurang atau tidak berminat aktiviti itulah yang amat ditakuti.  Sepanjang aktiviti yang bermula dari pukul lapan hingga pukul satu petang itu setiap kumpulan telah mendapat arahan agar mengumpul sepuluh jenis gambar tumbuhan dan lima jenis gambar haiwan yang ada di dalam hutan yang mereka terokai hari itu.
“Angel!, you nampak seronok je nak masuk hutan. Pakai baju lengan pendek, you tak takut nyamuk ke?” tegur Sarah ketika mendekati gadis tersebut. Angel hanya tersengih mendengar teguran Sarah. Indra yang memilih baju T lengan pendek berwarna kelabu dipadangkan dengan seluar jean warna yang sama untuk mereka berdua gunakan pada hari tersebut.
Sarah menjerling lelaki yang berdiri di sebelah Angel. Tubuh sasanya yang mengenakan baju T kelabu tanpa lengan begitu memukau pandangan sesiapa yang memandangnya. Begitu kacak membuatkan mata Sarah tidak berkelip memandang lelaki yang tidak pernah menghiraukan kewujudannya di situ. Angel menyedari situasi yang sememang tidak digemarinya itu lantas memeluk erat lengan suaminya.
“Kenapa sayang, takut pacat lagi” tegur Indra sambil tersenyum memandang isterinya. Angel  mengangguk dan tersenyum membalas senyuman suaminya. Tanpa menghirau sesiapa yang memandangnya terutama Sarah yang berada tidak jauh di sebelah isterinya, Indra terus mengangkat tubuh isterinya dan mencempungnya di sepanjang perjalanan. Walaupun bukan itu niat asal Angel namun tindakan yang dilakukan Indra jalan terbaik untuknya menunjukkan pada Sarah bahawa lelaki itu miliknya.
Hati Sarah bagai api yang disimbah minyak. Tingkah Angel sudah terlalu menyakitkan mata dan hatinya. Sarah sudah tidak sabar hendak menegur Angel.
“Takkan you nak menyusahkan Indra untuk bawa you sepanjang masa” Sarah akhirnya bersuara menegur cuba menasihatkan Angel. Beberapa orang peserta kursus yang mendengarnyaa hanya tersenyum. Sarah tidak tahu apa yang sedang mereka fikir melihat kemanjaan Angel  yang berlebih waktu itu.
“She never troublesome and I love her more than anything” sahut Indra spontan mewakili isterinya kemudian tersenyum kepada isterinya.
“Bodoh!” perkataan itu kedengaran di telinga pasangan tersebut.
“Kami bodoh atau you cemburu” Angel akhirnya bersuara dan Indra tersenyum mendengarnya.
“Tak ada maknanya” jawapan Sarah membuatkan Angel tergelak dan Indra hanya tersenyum memandang isterinya. Indra melajukan langkah bagi menjauhkan jarak mereka dari Sarah. Langkahnya begitu pantas sambil mencempung tubuh  Angel tanpa ada tanda-tanda yang menunjukkan lelaki itu sedang kepenatan justeru menghairankan semua mata yang melihatnya. Arahan fasilitator tentang satu tempat perhentian membuatkan Angel  minta diturunkan.
Selepas memberi minuman yang dibawanya kepada Angel, Indra menarik tangan Angel  dan mereka bergerak mendekati beberapa pokok yang tumbuh di situ untuk mengambil gambarnya. Mereka bergerak jauh dari peserta kursus yang sedang berehat tetapi Indra sedar ada seseorang sedang cuba mengekori langkah mereka berdua.
“Dimaz, apa nama pokok ni?” soal Angel  sambil mendongak melihat pokok besar di hadapannya. Indra turut mendongak dan merenung pokok yang dimaksudkan oleh Angel.
“Merakak, pokok ni sudah berusia 115 tahun” beritahu Indra kepada Isterinya. Angel  berlari kehadapan melihat sejenis tumbuhan yang menarik perhatiannya. Pokok kecil yang tumbuh menumpang pada sebatang yang lain itu sedang berbunga. Indra tersenyum melihat gelagat isterinya yang terkinja-kinja melompat ingin memetik bunganya. Indra mendahului isterinya dan setangkai bunga sudah berada di tangannya. Wangi dan harum dan bunga itu diserahkan pada isterinya. Belum sempat Angel menyambutnya sebelah tangan Indra menarik Angel dalam pelukannya. Bunga tersebut diselit ke telinga isterinya membuatkan Angel  tersenyum. Indra turut tersenyum terpukau melihat keindahan di hadapannya.
Bibir basah yang begitu menggodanya dan Indra menginginkannya lantas tanpa menghiraukan mata yang mengintai mereka Indra melunaskan kehendak gelora nafsunya menakluki bibir lunak isterinya dan Angel  membalasnya dengan  penuh berahi. Angel  lemas dan merasakan dirinya diawangan apabila tubuhnya diangkat Indra yang begitu hebat dan bertenaga. Bunga yang terselit di telinga Angel  hilang entah ke mana.  Indra dan Angel  tersenyum apabila kehangatan beberapa minit itu berakhir dengan kepuasan dan mereka segera berlalu meninggalkan tempat tersebut.
Sarah mengetapkan bibir selepas menyaksikan adegan yang membuat cemburunya semakin meluap-luap. Lelaki itu begitu hebat melakukannya sehinggakan pasangannya terkulai menerima sarangannya. Sarah cuba membayangkan dirinya berada di tempat Angel  ketika itu. Alangkah indah dan bahagiannya!
“Dalam hutan pun boleh bercumbu-cumbuan” rungut Sarah dalam hatinya sebelum meninggalkan tempat persembunyiannya. Masej yang diterimanya membuatkan Sarah tersenyum. Petang nanti seseorang yang dinantinya akan muncul dan misinya kali ini pasti berjaya. Sudah terbayang di minda Sarah esok atau lusa gilirannya pula akan merasa ciuman hebat lelaki kacak tersebut.
“Hoi cik adik, dalam hutan jangan nak berasmaradana nanti kena tinggal baru padan muka” tegur Zaleha yang menoleh melihat kemunculan Indra dan Angel. Angel dan Indra berpaling mendengar suara Zaleha menegur mereka.
“Kami ambil gambar pokoklah” balas Angel  sambil memandang Zaleha.
“Ala, gambar pokokkah apa?, Tengok bibir Tuan Indra dah bergincu tu kita orang dah boleh agak kau berdua buat apa?” bisik Zaleha perlahan supaya tiada yang mendengarnya. Pasangan tersebut saling berpandang kemudian tersenyum. Angel segera mengelap bibir suaminya yang ada sedikit tanda gincu yang dimaksudkan oleh Zaleha.
“Bukan ginculah, kat sana tadi ada orang jual burger” bisik Angel  sambil cuba menahan gelaknya
“Yalah tu, aku pun nak beli sebab aku tengah lapar ni” sahut Zaleha sambil tersenyum.
“Pergilah beli dekat sana tu ada monyet yang jual” balas Angel  kemudian diikuti gelak yang sudah tidak mampu dibendungnya lagi.
Indra yang tersenyum hanya mendiamkan diri kemudian menghalakan iphonenya untuk merakam gambar-gambar isterinya.
“Pandailah kau buat lawak!” sahut Zaleha yang ikut tersenyum sebelum bergerak meninggalkan pasangan tersebut.
Kembara meredah hutan cukup memenatkan cuma bagi Indra perkara itu tiada memberi kesan langsung kepadanya. Kalau manusia biasa membawa jasad manusia lain di sepanjang perjalanan meredah hutan adalah satu beban yang terlalu berat untuk perjalanan sejauh hampir 5 kilometer tapi bagi Indra Angel  bukan beban yang memenatkannya.
Indra menyandar pada sebuah bangku manakala Angel  berbaring sambil kepalanya berbantalkan paha suaminya. Gambar yang dirakam Indra dalam telefon bimbitnya membuatkan pasangan tersebut tergelak apabila melihat aksi-aksi Angel  di dalamnya. Indra telah merakam  banyak gambar isterinya dengan pelbagai gaya tanpa pengetahuan isterinya.
Tiupan angin yang tiba-tiba muncul  membuatkan Indra terpana dan terdiam. Angel yang asyik melihat gambar di dalam telefon bimbit turut sedar dengan perubahan suaminya.
“Ada apa Dimaz?” soal Angel  sambil bangun dan duduk di sebelah suaminya.
“Ada sesuatu dalam perjalanan ke sini. Kita perlu berhati-hati” Angel  pula terpana selepas mendengar jawapan suaminya. Bibirya bergerak-gerak ingin bertanya lagi.
“Ma..maksud Dimaz?” soal Angel  lagi.
“Syaitan” balas Indra sambil berbisik ke telinga isterinya dan selepas mendengarnya Angel  mula seram sejuk dan bulu roma merembang.
“Indra, untuk majlis penutupan malam esok you dah ada plan ke untuk kumpulan kita” Hadiman salah seorang ahli kumpulan Citra datang mendekati Indra dan Angel.
“Undi semalam kita kena buat apa?” soal Indra sambil memandang Hadiman melalui cermin gelapnya.
“Menyanyi dengan iringan alat muzik” sahut Hadiman sambil tersebut.  Semalam Hadiman mewakili Indra untuk mencabut undi.
“You pandai main gitar?” tanya Indra sambil melihat gitar yang dibawa oleh Hadiman.
“Bolehlah sikit-sikit, baru nak belajar” balas Hadiman sambil tersenyum.
“Bawa sini” ujar Indra meminta gitar yang berada di tangan Hadiman dan lelaki itu tanpa banyak soal menyerahkan gitarnya.
Angel  tersenyum  apabila melihat Indra mencuba untuk memetik gitar milik Hadiman. Apa lagu yang ingin lelaki itu mainkan. Angel  yakin Indra pasti boleh memetik gitar kerana di dalam bilik Indra di rumahnya ada sebuah gitar tapi Angel  belum berkesempatan mendengar Indra memetiknya. Angel berpaling melihat Hadiman yang juga sedang menunggu sepertinya. Irama yang mula berkumandang begitu mengasyikan dan kelihatan beberapa orang peserta kursus turut mendekati mereka untuk menikmati petikan lagu yang dipersembahkan oleh Indra. Tepukan gemuruh sebaik sahaja Indra selesai memainkan irama lagu ‘Sepanjang Hidup’ yang dipopularkan oleh Maher Zain.
Indra menyerahkan semula gitar di tangan kepada Hadiman dan lelaki itu nampak begitu teruja.
“Hebat, Kalaulah saya boleh memetik gitar ni seperti Indra tadi” ujar Hadiman sambil memandang Indra.
“Belajarlah semua tu tidak mustahil. Untuk persembahan malam esok nanti saya fikirkan. Mungkin kita boleh gunakan gitar you tu” balas Indra sambil menyatakan cadangannya. Hadiman kelihatan bersetuju sebelum meminta diri.
“Sayang tahu lagu apa tadi tu” soal Indra sambil menarik tangan isterinya.
“Maher Zain” balas Angel  sambil tersenyum.
“Especially to you and I hope you happy sayang” ujar Indra kemudian mengucup mesra tangan isterinya.
“Thanks! Tapi saya akan lebih gembira kalau mendengar Dimaz menyanyi” sahut Angel  kemudian melentokkan kepalanya ke bahu suaminya.
“Saya sedang memikir lagu yang sesuai khas untuk sayang dan untuk persembahan kumpulan kita malam esok” Angel  tersenyum mendengar jawapan suaminya.
“Semalam dady hantar mesej. Dady tanya ke mana kita nak pergi honeymoon selepas majlis tu nanti” soal Angel mengingatkan mesej yang diterimanya dari Zhafry.
“Sayang jawab apa?” soal Indra sambil tersenyum memandang isterinya. Kelihatan Angel menggelengkan kepalanya.
“Saya tidak pernah memikirkannya sebab itu saya tidak tahu  di mana tempat-tempat yang menarik dalam dunia ini” jawapan Angel  memang jujur dari hatinya dan selama hidupnya gadis itu tidak pernah terfikir untuk ke mana-mana semenjak sukar merasakan kebahagian itu akan hadir dalam hidupnya selepas seorang kesayangan satu persatu meninggalkannya.
“Tidak pergi honeymoon pun saya tidak kisah asalkan ada Dimaz sentiasa di sisi saya” Indra dapat rasakan Angel memang lain dari manusia yang ada di dunia ini. Segala kekayaan dan keindahan dunia bukan sesuatu yang menarik perhatian gadis tersebut.
“Saya pun macam tu tapi saya sudah fikirkan tempat yang sesuai untuk kita pergi” celah Indra sambil tangannya mengusap lembut pipi isterinya.
“Kita buat honeymoon  kita lain daripada orang lain. Kita kembara ke suatu tempat yang jauh dan cantik, dan kalau awak suka kita akan ke puncak gunung.  Tempat yang sejuk dan hanya kita berdua berada di situ” Angel  tergelak kecil mendengar jawapan Indra.
“Di mana tu?” soal Angel  kemudian.
“Guess!” balas Indra.
“Tak ada klu ke?” Indra tergelak juga.
“Biarlah rahsia dulu tapi saya yakin sayang akan suka nanti” sahut Indra kemudian mencium kepala isterinya. Bauan harum rambut Angel  memang sudah menjadi sebahagian daripada kemestian yang harus dihidunya setiap hari.
“Tidak kira di mana, saya akan ikut ke mana Dimaz pergi” balas Angel  sebelum bangun berdiri kemudian menarik tangan suaminya mengajak mereka beredar dari tempat tersebut. Slot  sebelah malam nanti setiap kumpulan akan membentangkan dapatan kumpulan masing-masing daripada sesi kembara separuh hari pagi tadi yang sudah mereka kumpul dan olahkan ke dalam persembahan menggunakan power point.
Masa terluang selepas perbincangan yang berakhir pukul empat tadi peserta-peserta kursus menghabiskannya dengan sesi melepak. Ada kumpulan yang membuat perbincangan  untuk persembahan kumpulan masing-masing sebagai persiapan untuk malam esok yang merupakan malam terakhir kursus yang berlangsung selama lima hari tersebut.
Langkah Angel  dan Indra  berhenti melangkah apabila melihat kelibat Sarah sedang berjalan menuju ke tempat parkir kereta. Sebuah kereta Mercedes Benz kelihatan parkir di situ. Mungkin pemilik kereta itu yang ingin ditemui oleh Sarah. Angel terus berlalu pergi apabila Indra menarik tangannya mengajaknya segera beredar dari tempat tersebut.
“Angel!” jeritan suara seseorang memanggilnya membuatkan Angel  segera berpaling. Sue dan Zaleha berlari-lari ke arahnya. Zaleha segera berbisik di telinga Angel  sebaik sahaja mendekati Angel  dan Indra. Perkara yang dibisik oleh Zaleha membuatkan Angel  tergelak.
“Nantilah kalau aku jumpa penyu tu lagi. Aku takut penyu tu tak nak jual lagi telurnya” ujar Angel  yang masih dengan sisa gelaknya.
“Aku nak bawa sebagai buah tangan untuk housemate kita orang” balas Zaleha pula. Angel  mengangkat keningnya memadang Zaleha dan Sue.
“Ya lah tu!” sahut Angel lagi membuatkan Zaleha tersengih. Sebiji dua cukuplah untuk rakan serumah mereka dan yang lain tu mestilah untuk diri sendiri. 
“Jangan lupa tau!” laung Zaleha sebaik sahaja Angel  dan suaminya berlalu.
Angel mendahului suaminya masuk ke bilik dan terus rebah di atas katil. Melayan matanya yang mengantuk tapi sempat menjerling jam tangannya yang hampir menunjukkan pukul enam setengah di mana sekejap lagi akan masuk waktu maghrib. Indra menutup dan mengunci pintu kemudian turut berbaring di sebelah isterinya.
“Kejutkan saya nanti sebelum pukul tujuh” pesan Angel kepada suaminya.
“Kalau saya terlena juga?” soalnya sambil berpaling dan tersenyum memandang isterinya. Angel tergelak kemudian turut berpaling lalu memeluk pinggang suaminya. Beberapa minit selepas itu kedengaran irama dengkuran halus isterinya yang membuatkan Indra tersenyum kemudian mengucup lama kening isterinya.
“Tidurlah sayangku” bisiknya selepas mengatur kedudukan tubuh isterinya supaya lebih selesa.

Sarah tersenyum selepas mendapatkan sesuatu yang diberi oleh seorang lelaki yang dibawa oleh Datin Khaty menemuinya sebentar tadi. Botol yang ada sesuatu untuk menunaikan impiannya sudah berada di tangannya.
“Sekarang Sarah sudah menjadi pendampingnya dan ia akan membantu Sarah untuk mendapatkan lelaki tu” terngiang-ngiang kata-kata Datin Khaty sebentar tadi di telinganya.
Sebelum azan maghrib berkumandang Sarah berjalan laju untuk segera kembali ke biliknya kerana pukul tujuh setengah nanti mereka perlu berkumpul di tempat biasa untuk slot aktiviti pada sebelah malam nanti.

DirgantaraWhere stories live. Discover now