Keramahan Zaleha, Sue, Sham dan Zack membuatkan Angel sedikit sebanyak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerjanya. Mereka juga sudi memperlawanya keluar rehat atau makan tengah hari bersama. Indra walaupun pernah menyapa dan memohon maaf darinya dua hari lalu namun Angel belum sedia lagi untuk lebih mesra dengan lelaki pelik itu. Indra juga tidak pernah nampak keluar dari biliknya sehinggalah habis waktu pejabat. Entah bila lelaki pelik makan atau minum ataupun mungkin dia puasa sunat setiap hari, fikir Angel dalam hatinya.
"Kenapa you diam saja dari tadi?" tanya Zaleha sewaktu dia, Angel dan Sue menikmati makan tengah hari bersama-sama di restoran Selera Melayu.
"Peliklah lelaki pelik tu, aku tak nampak pun dia keluar dari bilik. Dia tak pergi minum atau makan ke?" Zaleha tergelak mendengar komen Angel tentang Indra.
"Baru dua hari kau dah perasaan, kami dah lima bulan perhatikan dia tu. Kalau Dato' Haikal tak panggil nak jumpa dia, time masuk kerja pukul sembilan pagi tu saje peluang kita tengok muka dia lepas tu jangan harap" sambung Zaleha kemudian menyambung suapan. Nampak berselera benar perempuan itu makan di mata Angel.
"Tak boring ke dia duduk lama-lama dalam bilik tu sorang diri. Mungkin dia bawa bekal kot" tambah Angel lagi.
"Taklah sebab aku selalu kemas bilik dia, buang sampah sebelum dia masuk ofis. Tugas tu dia dah pesan awal-awal pada aku dan Zaleha kerana dia tak mahu diganggu masa dia ada dalam ofis. Kami tak pernah jumpa secebis pun sisa makanan maupun minuman. Dalam mesyuarat pun dia tak sentuh pun minuman atau makanan yang dihidangkan" sambung Sue menambah cerita Zaleha.
"Mungkin dia puasa sunat tiap hari" Angel cuba meneka dengan fikiran positif.
"Mungkin juga sebab tu dia tak pernah pandang muka perempuan sebab tak mahu puasanya batal" Sambung Zaleha membuatkan Sue dan Angel tergelak.
"Hey ladies! happynya you all, ada yang menarik ke?" Zack muncul terus mengambil tempat duduk di antara Sue dan Angel .
"Biasalahkan dunia wanita mana boleh kongsi dengan lelaki" sahut Zaleha sambil menjerling Sue dan Angel .
"Oh dunia wanita, tapi aku sesuatu nak kongsi dengan you all. Hujung minggu ni Trisya buat barbeque, jadi dia suruhlah I jemput beberapa orang member. Kau orang datanglah ya" Sue dan Zaleha sudah mengenali Trisya sepupu Zack yang pernah bekerja sementara selama tiga bulan di Loka Holding tahun lalu untuk mencari sedikit duit belanja sebelum menyambung lagi pengajiannya di UNIMAS untuk semester yang seterusnya.
"Lama tak jumpa Trisya, tak lama lagi dia habis studykan?" tambah Sue bila teringat gadis kecil molek yang peramah macam sepupunya Zack.
"Baru je habis, dia konvo lusa dan sebab tu di buat makan-makan sikit sebelum balik ke Sibu minggu depan" beritahu Zack tentang Trisya sepupunya. Angel hanya diam mendengar perbualan mereka bertiga.
"Buat dekat mana" tanya Zaleha ingin tahu lebih lanjut.
"Kampung kitakan dekat laut, mestilah kita buat tepi pantai" beritahu Zack sambil tersenyum memandang Sue dan Zaleha.
"Bestlah kalau macam tu" Zaleha mencelah.
Cik Angel jemputlah datang sekali" pelawa sambil tersenyum memandang gadis yang duduk di sebelah Zaleha.
"Angel"
"Ya Angel, datanglah ya" sambung Zack sekali lagi.
"Tengoklah nanti. Malam dan rumah saya jauh. Sepupu awak tu bukannya kenal saya pun" terang Angel cuba mengelak.
"Tak apa Angel, Trisya tu macam Zack juga, kalau jumpa kawan baru macam dah sepuluh tahun kenal orang tu" sambung Zaleha membuatkan Sue dan Zack tergelak besar.
"Tengoklah nanti kalau dady saya benarkan tapi kalau keluar malam drive sendiri tempat yang jauh macam tu saya boleh agak apa jawapan dia nanti" tambah Angel lagi.
Jarak berpuluh meter bukan penghalang untuk seseorang mempergunakan keupayaan derianya untuk mendengar sesuatu. Keupayaan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa. Figura yang sedang berdiri di hadapan tingkap cermin dari sebuah bilik pejabat dapat melihat dan mendengar dengan jelas setiap butir perbualan pengunjung restoran Selera Melayu yang terletak bersebelahan jalan menghadap bangunan pejabat Loka Holding.
Usai makan Zack, Sue dan Zaleha terus balik ke pejabat manakala Angel menukar haluan menuju ke kedai runcit bersebelah restoran untuk membeli sesuatu. Angel agak keberatan apabila mereka bertiga ingin menemani kerana dia lebih suka pergi sendirian.
Tumpuannya beralih pada rak buku selepas membeli sebungkus gula-gula yang berharga seringgit. Majalah dan buku yang tersusun di atas rak-rak dibelek-belek namun tiada yang menarik minatnya. Paparan tajuk muka surat depan surat khabar di sebelah majalah terakhir yang dibeleknya menarik perhatian Angel. Tubuhnya tiba-tiba seram sejuk apabila melihat keadaan gambar mangsa yang dimuatkan dalam akhbar tersebut. Perut terbelah dan organ dalaman tiada. Ingatan terus melayang mengingatkan mimpi-mimpi ngeri yang dialaminya selama ini. Makhluk-makhluk hodoh itu merobek perut dan mengeluarkan isi perut mangsa kemudian memakannya.
Tidak mahu lama menunggu di situ Angel terus meninggalkan kedai tersebut untuk segera balik ke Loka Holding yang terletak di seberang jalan. Ketakutan yang dirasanya ketika itu seperti ketakutan yang alaminya apabila tersedar akibat gangguan mimpi-mimpi ngeri yang dialaminya selama ini. Apakah makhluk-makhluk itu benar-benar wujud? Angel tidak dapat membayangkan bagaimana kalau dirinya antara manusia yang akan menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dilakukan oleh makhluk-makhluk itu.
Ketika asyik memikirkan tentang makhluk-makhluk itu, Angel lupa memikirkan di mana dirinya sedang berada ketika itu. Otaknya ligat memikirkan itu dan ini dan peristiwa-peritiswa yang dialaminya dalam mimpi-mimpi ngeri selama ini. Bunyi hon kereta yang kuat membuatkan Angel terus tersentak dan terkejut namun otak gagal membuat keputusan yang pantas untuk menggelak dan menyelamatkan dirinya.
Tubuhnya terasa seperti berada dalam dakapan seseorang semasa sebuah MPV mendekatinya. Bunyi hentaman yang kuat dan kereta MPV tersebut terbabas dan hilang kawalan kemudian merempuh pula sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Dentuman yang kuat kedengaran sekali lagi dan pasti mengejutkan orang ramai yang berada berdekatan dengan tempat kejadian.
Angel tidak pasti dirinya cedera ataupun tidak tetapi dia terduduk di bahu jalan setelah ditinggalkan oleh jasad yang mendakap tubuhnya sebentar tadi".
"Dia tak cedera ke?" soal Angel sambil mata mengekori lelaki tersebut berlalu dengan langkah yang pantas meninggalkannya tanpa menoleh. Dalam kehairanan dan kebingungan memikirkan kepantasan lelaki itu muncul menyelamatkan namun jasadnya tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dirempuh kuat oleh sebuah mpv ketika melindunginya. Ketika fikiran terus berkecamuk dengan pelbagai persoalan tanpa sedar pandangannya kian kabur dan akhirnya gelap. Angel hanya mampu mendengar suara tanpa melihat wajah orang ramai yang muncul di tempat kejadian dengan pelbahai tujuan termasuk untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Zhafry adalah orang yang paling gelisah dan risau apabila mendapat tahu Angel adalah salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan sedang dikejarkan ke hospital. Zhafry segera menunggu di wad kecemasan untuk memastikan keadaan anaknya. Angel pengsan tapi sudah sedar sewaktu ambulan dalam perjalanan. Pemandu mpv mengalami kecedaran yang agak parah tetapi seorang dari dua wanita yang berada dalam kereta yang dirempuh oleh mpv tersebut mati di tempat kejadian.
Zhafry tidak membenarkan doktor lain memeriksa anaknya untuk memastikan Angel benar-benar tidak mengalami kecedaran yang serius.
"Dady, Angel oklah. Tengok ni badan Angel tak luka langsung" beritahu melihat Zhafry ketika membelek hampir keseluruhan tubuhnya.
"Itu yang dady risau. Tidak ada orang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tidak luka atau cedera. Angel sedar tak semua mangsa cedera parah dan seorang sudah pun meninggal dunia" Angel agak terkejut apabila mendengar maklumat yang disampaikan oleh Zhafry kepadanya.
"Dady takut Angel selamat dari kecedaran luaran tapi mengalami kecederaan dalaman yang tak nampak. Kalau terhantuk kuat di kepala dady takut Angel akan mengalami gegeran kuat di otak ataupun takut ada darah beku di bahagian kepala tu" hujah Zhafry sambil terus memeriksa keadaan anaknya.
"Lepas ni dady nak buat imbasan seluruh tubuh Angel dan jangan lawan cakap dady dan Angel terpaksa bermalam di hospital malam ini" Angel mengeluh apabila mendengar arahan Zhafry.
"Itu risikonya kalau ayah aku seorang doktor pakar" omel Angel tapi kedengaran di telinga Zhafry membuatkan lelaki itu menggelengkan kepala.
"Angel balik ajelah dady, bukannya Angel ada cedera apa-apa pun. Kat rumah nanti dady bolehlah tengok-tengokkan Angel " pujuk Angel cuba mengubah keputusan Zhafry.
"Boleh tak kalau Angel jangan bantah cakap dady, ikut aje sebab di hospital ni ada kelengkapan yang cukup untuk memeriksa Angel. Semalam saja sebab kalau esok semua laporan ok Angel boleh balik" balas Zhafry lagi.
Kalau ditahan sebagai pesakit luar di wad kecemasan memang sesuatu yang paling Angel cuba elakkan berlaku kepadanya. Ditahan semalam di hospital kalau ada Zhafry menemani mungkin Angel masih boleh bertolak ansur untuk memikirkan tawaran Zhafry.
"Tapi dady kena temankan Angel dekat sini" sambung Angel lagi dengan nada merayu untuk memujuk Zhafry.
"Nanti dady letak Angel dalam bilik berdekatan bilik rehat dady supaya senang dady tengok-tengokkan nanti" beritahu Zhafry lagi.
"Tak nak tengok-tengok aje, dady mesti ada dekat situ temankan Angel " perangai anak kecilnya sudah muncul, manjanya sudah terbit. Zhafry menggelengkan kepalanya.
"Kenapa doktor" tanya Johan dan Ziana turut muncul di wad kecemasan selepas mendengar berita tentang Angel .
"Budak ni mula buat perangai. Nak minta balik sedangkan kita setengah mati risaukan keadaannya" balas Zhafry sambil menggosok-gosok kepala Angel .
"Betul tu Angel , you patut tunggu di sini semalam dua supaya dady you boleh buat pemeriksaan rapi" celah Johan cuba membantu memujuk Angel.
"Paling lama semalam je, kalau dady tahan lagi Angel sampai dua malam Angel akan escape" Johan tersenyum mendengar jawapan Angel sementara Zhafry menggelengkan kepala sebelum mencubit pipi anaknya.
"Budak nakal!"ujarnya kemudian tergelak kecil melihat Angel menjuihkan bibir kepadanya.
Zhafry memang tiada pengalaman langsung tentang diri Angel. Tidak pernah Angel mampu melelapkan mata dengan begitu mudah selepas dikunjungi oleh mimpi-mimpi ngeri. Angel bangun semula apabila Zhafry sudah tiada biliknya dan mengintai keluar untuk memastikan siapa yang berada di wad tersebut selain daripadanya. Zhafry mungkin berada di kantin hospital seperti yang dibisikan oleh Zhafry ke telinganya sebelum pergi meninggalkannya sebentar tadi.
Tiada sesiapa pun yang kelihatan sekitar waktu yang sudah beranjak ke pukul sebelas malam ketika itu. Angel mencuri keluar lalu terus menyusup masuk ke bilik rehat Zhafry. Ada sebuah televisyen di situ untuk membantu membuang rasa bosannya.
Matanya tidak berkelip merenung televisyen di hadapan namun fikirannya tidak fokus pada perkara yang sama. Kejadian siang tadi terus mengasak mindanya. Angel benar-benar keliru dan pelik apabila memikirkannya. Kepada siapa dia harus bertanya dan menceritakannya. Percayakah orang apabila mendengar ceritanya nanti. Kenapa lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dirempuh kuat oleh sebuah mpv. Mata Angel sendiri melihat lelaki itu melangkah elok sewaktu meninggalkannya. Angel yakin dia tidak bermimpi ketika itu. Jikalau lelaki tidak datang menyelamatnya sekarang mungkin Angel sudah menjadi arwah. Tubuh lelaki itu yang melindunginya menyebabkan tubuhnya langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Lelaki itu muncul dengan tiba-tiba dan pergerakannya terlalu pantas. Matanya terasa mengantuk ketika otaknya terus ligat memikirnya tentang orang yang telah menyelamatkannya.
Semasa menjenguk keadaan Angel sekejap tadi, kelihatan anak gadisnya itu seperti sedang dalam kegelisahan dan sesekali meraung membuatkan Zhafry risau melihat keadaan anak gadisnya itu. Digeraknya tubuh Angel berkali-kali untuk menyedarkan gadis itu.
"Angel takut nek. Tolong Angel nek, dia nak bunuh Angel " pelukannya begitu kuat sambil merengek dan menangis membayangkan dirinya dalam dakapan Puan Sharifah Aina. Zhafry jadi terharu melihat keadaan Angel sebegitu. 'Kerapkah Angel begini?, mengigau dalam tidur kerana diganggu oleh mimpi-mimpi buruknya' bisiknya dalam hati. Dia tidak selalu ada untuk menjaga dan membesarkan Angel dan kerana itu Zhafry tidak tahu apakah masalah yang dihadapi oleh Angel. Puan Sharifah Aina pernah memberitahunya tentang keadaan Angel yang kerap meracau dan menjerit sewaktu tidur terutama pada waktu tengah malam. Ibu mertuanya pernah membawa Angel untuk mendapat rawatan daripada seorang ustaz. Zhafry tidak pernah melihat keadaan Angel sewaktu mengalaminya dan buat pertama kalinya Zhafry melihatnya pada malam itu.
Setelah mendapati Angel sudah menyambung semula tidurnya Zhafry mengambil keputusan untuk ke kantin mencari sesuatu bagi mengalas perutnya yang dirasakan sedikit lapar. Seharian dia tidak sempat untuk menjamah makanan berat selepas kejadian yang menimpa Angel. Selera makannya pudar kerana terlalu risaukan keadaan Angel tapi kini selepas semua laporan semua keputusan pemeriksaan dan xray Angel berada di tangannya barulah Zhafry lega dan ada selera untuk mengisi perutnya yang sudah mula berkeroncong.
Memikirkan bukanlah tabiat yang baik untuk menikmati makanan berat di waktu tengah malam begitu Zhafry singgah di peti minuman panas untuk mendapatkan secawan milo panas. Seseorang yang dikenali dan ingin ditemuinya sekali lagi turut berada di situ. wanita itu tersenyum sebaik sahaja melihat kemunculan Zhafry.
"Doktor Zhaf belum balik lagi ke?" soalnya sambil memandang wajah Zhafry.
"Emm..Isha, kita jumpa lagi. Malam ni terpaksa tak balik sebab temankan anak I di wad" beritahu Zhafry sambil menanti air milo panas memenuhi gelasnya.
"Anak, kenapa dengan anak doktor?" tanya Isha ingin tahu lebih lanjut.
"Dia kemalangan siang tadi tapi alhamdulillah keadaannya tidak membimbangkan" beritahu Zhafry kemudian mencapai gelas milo panasnya yang sudah penuh.
"Dia di wad mana sekarang?" terbit rasa simpatinya mendengar berita yang menimpa lelaki di hadapannya.
"Tingkat dua, I letakkan dia dekat bilik rehat I" beritahunya sambil memandang wajah Isha tanpa berkelip. Renungannya di balas dengan pandangan yang cukup redup. Wajah Isha memang lain daripada semua perempuan yang pernah ditemuinya sebelum ini. Wajah putih bersih itu cukup menawan lebih-lebih lagi apabila tersenyum. Cukup menawan dan berseri-seri. Mereka saling berpandangan seketika dan Zhafry tersenyum dan Isha kemudian malu dengan diri sendiri apabila tersedar dengan apa yang berlaku di antara mereka.
"Boleh I tengok anak you" ujar Isha bagi mengembalikan semula suasana yang bening sekejap tapi.
"Silakan tapi dia sedang tidur masa I keluar ke sini tadi" beritahu Zhafry masih lagi tersenyum lalu menyaingi langkah Isha.
"Tak apa I cuma nak tengok dia saja" beritahu Isha ketika mendahului langkah Zhafry masuk ke dalam lif.
"Isha, you free tak hujung minggu nanti ?" Zhafry sendiri seolah-olah tidak sedar di kala soalan itu meluncur keluar dari bibirnya. Perasaannya lega apabila terpandang Isha mengganggukkan kepalanya.
"Sudi tak kalau I ajak you keluar" soalan berani mati, dadanya berdebar selepas menuturkannya. Senyuman Isha membuatkan debaran dadanya dirasakan semakin kencang.
"You ada masa ke nak keluar sebab doktor ni selalunya tak banyak masa lebih-lebih doktor pakar macam you" soalan Isha membuatkan Zhafry tersenyum.
"I ada masa dan sanggup korbankan masa untuk orang-orang tertentu saja, orang-orang yang I anggap penting dan istimewa dalam hidup I" balas Zhafry sambil matanya merenung tepat wajah Isha.
"Jadi maksud you I ni..? Isha jadi seronok ingin mengetahui jawapan Zhafry seterusnya.
"You sudi tak jadi orang golongan begitu dalam hidup I?" Isha tersenyum membalas pandangan Zhafry.
"You tunggu I dekat mana nanti?" soalnya membuatkan Zhafry tersenyum simpul.
"Bagi nompor telefon you pada nanti I beritahu tempat dan masa" Isha tersenyum lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Isha terus membuat missed call kepada nombor yang disebut oleh Zhafry.
"Jangan lupa save" beritahu Isha apabila pintu lif terbuka. Rose yang kebetulan bertugas syif malam bertembung dengan Zhafry bersama Isha. Wajah Zhafry yang berseri-seri dengan senyuman yang tak lekang di bibir membuatkan Rose merasa ada sesuatu di antara Zhafry dengan wanita itu. Rose tidak mengenali Isha walaupun wanita cantik itu menggunakan pakaian kakitangan pembantu yang bertugas di makmal.
Sebaik pintu bilik dibuka Angel tiada di dalamnya dan telinganya kemudian mendengarkan bunyi televisyen terpasang dalam bilik sebelah, Zhafry terus membuat kesimpulan Angel ada di bilik rehatnya.
"Anak I ni nakal sikit, dia pasti pura-pura tidur masa I tinggalkan bilik ni tadi" tepat tekaan Zhafry apabila Angel dijumpai berbaring di sofa dengan televisyen yang sedang terpasang tetapi Angel kelihatan sudahpun tertidur semula.
Sebaik saja Zhafry menjemputnya masuk, Isha memandang tepat ke wajah Angel. Lama renungannya mendarat di wajah gadis itu. Gadis itu sedang bermimpi sesuatu yang mengerikan dan sesuatu yang muncul dalam mimpi gadis itu membuatkan Isha terkejut. Apakah gadis itu selalu bermimpikan perkara yang sama dan gadis itu tahu siapa makhluk-makhluk dalam mimpinya. Isha tidak selesa untuk terus berada di situ lebih lama risau kalau gadis itu tersedar dan menjerit-jerit menyatakan sesuatu apabila terpandangnya. Isha segera berpaling hendak keluar meninggalkan bilik itu tapi tangannya terasa direntap seseorang.
"Ibu, jangan tinggal Angel bu, Angel takut" Isha terpana tapi tangannya digenggam kuat oleh gadis itu.
"Budak ni mengigau lagi" beritahu Zhafry kemudian meleraikan pegangan Angel pada tangan Isha. Sesuatu yang Isha dapat rasai melalui sentuhan itu. Gadis itu perlukan sesuatu dan Isha membatal niat untuk meninggalkan bilik itu.
"Angel, bangun sayang. Kenapa tidur sini. Atas katil bilik sebelah tu kan lebih selesa" tubuh Angel digeraknya perlahan. Angel yang mula sedar membuka mata perlahan dan Isha menantinya dengan debaran.
"Dady" tegur Angel apabila terpandang Zhafry kemudian matanya terarah wanita yang berdiri berdekatannya. Angel tidak mengenali wanita itu tapi turut terpesona melihat wajahnya yang berseri dan Angel yakin wanita itu masih muda, mungkin penghujung dua puluhan ataupun awal tiga puluhan.
"Anak I 'Angelya Rydiana Ratna" beritahu Zhafry pada Isha.
"Angel, dady kenalkan Isha kawan dady " beritahu Zhafry memperkenalkan pula wanita itu kepada Angel .
"Kawan dady ?" tanya Angel sambil memandang wajah Zhafry.
"Kami baru kenal, ini pertemuan kedua kami. Isha kerja di hospital ini juga tapi di bahagian Lab" beritahu Zhafry yang merasakan mungkin itu persoalan yang ada di fikiran Angel sekarang. Angel menganggukkan kepala dan Isha kembali lega melihat senyuman gadis itu.
"Dady sini kejap" Zhafry mengerutkan dahi apabila Angel memanggilnya.
"Ada apa?" tanya Zhafry ketika mendekati Angel. Gadis itu menarik lengan Zhafry dan mendekatkan mulut ke telinga Zhafry seperti ingin membisikan sesuatu.
"Dia cantiklah dady. Angel nak panggil dia apa, mama atau ibu" Zhafry terus tergelak kemudian mencubit pipi Angel .
"Nakal" balas Zhafry kemudian memandang Isha yang sedang memerhatikan mereka berdua.
"Anak I ni tanya, nak panggil you macam mana?" beritahu Zhafry sambil tersenyum kepada Isha.
"Apa-apa pun I tak kisah" balas Isha ketika tersenyum memandang Angel.
"Betul tak kisah" soal Angel ketika membalas senyuman wanita itu. Isha mengangguk mengiakannya.
"Panggil mama boleh?" mulanya Isha agak terkejut tapi kemudian tersenyum.
"Panggillah kalau Angel suka" balas Isha sambil tersenyum. Zhafry lega melihat penerimaan Angel terhadap Isha. Nampaknya tiada halangan untuknya mendekati wanita itu dan wanita itu telah berjaya membuka semula pintu hati dan mengisi kekosongan yang telah lama ditinggalkan oleh Sharifah Diana. Walaupun umurnya hampir menjangkau 43 tahun tapi masih belum terlambat untuknya memulakan hidup baru bersama wanita bernama Isha Wristi.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...