Bab 47. Serangan Seekor Lembu Jantan

0 0 0
                                    

          Slot kedua yang bermula pada pukul sepuluh tiga puluh selepas rehat tiga puluh minit adalah aktiviti ‘kumpul dan menang’ iaitu mencari benda yang tersembunyi di kawasan kem tersebut. Berdasarkan klu setiap kumpulan mesti mengumpul tujuh jenis benda yang disembunyikan di sekitar kawasan kem dan kumpulan yang berjaya menemui paling banyak benda tersebut sebelum pukul dua belas tengah hari akan dikira sebagai pemenang. Angel tersenyum memandang suaminya kerana Angel  tahu kerana aktiviti itu teramat mudah untuk suaminya.
Dengan pelbagai strategi semua peserta kursus keluar merayau-rayau bersama ahli kumpulan masing dan ada yang berpecah untuk melakukan aktiviti tersebut. Kumpulan Citra berpecah secara berpasangan mengikut arahan Indra. Dan sebelum pukul sebelas empat puluh lima mereka akan berkumpul semula di atas tangga kantin yang dibina menyerupai sebuah rumah kayu tradisional. Mereka dikehendaki menyerahkan penemuan setiap kumpulan kepada fasilitator kumpulan masing-masing.
Sarah berpasangan dengan Riduan kerana kebetulan lelaki itu dalam kumpulannya. Sue berpasangan dengan Hanis manakala Zack memilih untuk berpasangan dengan Zaleha yang kini sudah menjadi buah hatinya.
“Duan, tengok tu ada lembulah” beritahu Sarah apabila terpandang dua ekor lembu yang sedang ditambatkan pada sebatang pokok.
“You tak pernah tengok lembu ke Sarah?” soal Riduan sambil tersenyum memandang Sarah.
“Bukan tak pernah tapi yang hitam dan besar  macam tu memang I tak pernah tengok lagi”  Riduan mengangguk dan faham maksud Sarah. Lembu jantan hitam yang bertanduk itu memang besar dan Riduan sendiri rasa takjub kerana baru pernah melihat lembu sebesar itu.
“Dulu dekat kampung  I ada lembu jantan hitam tapi taklah sebesar itu tapi satu hari apabila lembu tu naik minyak semasa hendak disembelihkan untuk satu majlis perkahwinan, dua orang kampung yang cuba menangkapnya mati dipijak dan ditendangnya dengan kaki. Akhirnya salah seorang penduduk kampung yang kebetulan seorang anggota polis terpaksa menembak lembu tu” cerita Riduan apabila mengingatkan kejadian yang pernah berlaku di kampungnya suatu masa dulu.
“Kalau besar macam tu tentu lagi kuatkan?” sambung Sarah pula.
“Memanglah” sambung Riduan pula selepas itu.
“You tahu tak apa sebab lembu boleh naik minyak” soal Sarah lagi.
“Tak tahulah. Kalau lembu betina biasa kalau anaknya diganggu tapi kalau yang jantan tak tahu pulak kenapa, mungkin dirasuk syaitan kot” jawab Riduan kemudian matanya terpandang seorang lelaki separuh umur membawa rumput sedang mendekati lembu-lembu tersebut.
“Lembu siapa ni pakcik?” tegur Riduan apabila mendekati lelaki tersebut.
“Lembu anak pakcik, dia berniaga di kantin tu. Lembu ni baru sampai pagi tadi dari Kuching untuk sembelihan aqiqah cucu pakcik minggu depan” sahut lelaki tersebut.
“Dekat kem ni?” soal Riduan pula.
“Eh, taklah! Nanti akan di bawa ke kampung” balas lelaki itu lagi. Lelaki itu kemudian memberi lembu-lembu tersebut makan rumput yang dibawanya.
“Eh Duan, cuba you tengok atas pokok tu” Sarah menunjukkan dengan tangannya pokok yang dimaksudkannya. Seekor angsa putih sedang bertenggek di salah satu dahan pokok berdekatan pokok di mana lembu tersebut sedang ditambatkan.
“Angsa, mungkin angsa penduduk kampung yang tersesat sampai dekat sini” balas Riduan kemudian segera mengajak Sarah berlalu dari situ.

Angel  membimbit plastik yang berisi lima daripada benda-benda yang telah diperolehinya dengan mudah oleh suaminya. Angel pasti kumpulan mereka akan menang kerana benda-benda tersebut sudah berada di tangannya tetapi pasangan tersebut tidak menghebahkan mereka sudah menemui. Pasangan tersebut tergelak apabila melihat ada peserta yang sedang bergerak dan berlari ke sana ke mari untuk mencari benda-benda tersebut.
“Jom sayang kita balik ke kantin, sayang hauskan?” Angel  mengangguk mendengar cadangan suaminya. Indra tahu dua benda lagi berada berdekatan kawasan kantin. Baru pukul sebelas setengah dan kumpulan lain yang nampaknya tidak dapat menemui apa-apa sudah berkumpul di situ dengan wajah yang hampa. Angel  dan Indra tersenyum apabila tiba di situ dan terus menaiki tujuh anak tangga untuk naik ke atas. Mereka mengambil meja yang berada di bahagian  beranda untuk menikmati angin laut yang segar.
Angel memesan air kelapa sambil menikmati sebungkus keropok ikan sira Kelantan.
“Sayang! Klu benda yang keenam adalah perniagaan dan benda yang keenam  tu ada dekat sana dan yang ke tujuh merah dan lima bahagian. Rasanya benda tu berada dalam rumpun bunga raya yang berada tengah-tengah taman tu. Sayang ambil yang ke enam dulu” bisik Indra ke telinga isterinya. Angel tersenyum lalu bergerak mendapatkan benda yang ke enam di bawah salah satu meja di dalam kantin tersebut. Tiga orang fasilitator yang sedang berkumpul sambil minum-minum di situ tersenyum memandang Angel. Angel  menayangkan benda yang berada di tangannya kepada Indra sambil tergelak kegembiraan. Angel  kembali ke mejanya lalu menyimpan benda yang berupa sekeping duit kertas lima ringgit itu ke dalam plastik bersama-sama benda-benda yang lain.
“Dimaz tunggu sini saya nak ambil benda yang ke tujuh tu” beritahu Angel  sebelum berlalu pergi ke tempat yang diberitahu oleh suaminya sebentar tadi.
“Sayang be carefull” pesannya sambil memerhati isterinya turun dari kantin tersebut untuk pergi ke taman yang berada di bawah. Dari beranda kantin Indra memerhati isterinya sedang membelek-belek rumpun  bunga raya yang berada di situ. Ramai perserta yang sudah datang  dan berkumpul di meja dalam kumpulan masing dan mereka juga turut memerhati Angel  yang sedang mencari sesuatu di dalam rumpun  bunga raya di taman yang berdekat.  Angel  melonjak kegembiraan sambil menjerit-jerit memanggil suaminya menunjukkan benda yang sudah berada di tangannya. Sekeping kad kecil yang tertulis perkataan tahniah sudah berada di tangannya.
Kegembiraan Angel  terhenti apabila mendengar jeritan beberapa orang peserta kursus. Mereka bertempiaran lari ketakutan  menuju ke arah kantin. Angel yang sedang berdiri sendirian di taman terpana apabila melihat objek hitam yang berlari mengejar beberapa peserta-peserta kursus yang sedang menjerit-jerit meminta tolong. Mereka yang sudah berada dalam kantin  turut  menjengok keluar kantin untuk mengetahui punca jeritan mereka yang berada di bawah.
Angel masih kaku berdiri di taman. Lembu jantan hitam yang mengejar peserta-peserta kursus yang berlari bertempiaran tadi beralih arah apabila melihat Angel  yang sedang berdiri sendirian di situ. Mungkin pakaian Angel yang berwarna merah terang telah menarik perhatian lembu jantan tersebut. Angel  terdengar suara jeritan menyuruhnya lari namun Angel merasakan kakinya begitu berat hendak melangkah dan lembu jantan itu semakin dekat menghampirinya.  
Tanpa menggunakan tangga Indra terus melompat dengan pantas dan terus berada di hadapan Angel. Saat genting dan demi kesalamatan isterinya Indra tidak lagi menghiraukan berpuluh-puluh mata melihat tindakannya sebentar tadi. Indra terus merenung mata lembu yang sedang meluru mendekatinya dan dalam jarak beberapa meter menghampirinya lembu tersebut terus berhenti dan membalas renungan tajam mata Indra. Mengambil masa beberapa saat Indra mendekati lembu tersebut kemudian mengusap kepala lembu tersebut sebelum menarik tali di lehernya dan mengikat lembut tersebut pada sebatang pokok yang berdekatan.
Indra mematahkan pucuk ubi yang berdekatan kemudian mendekati isterinya.
“Sayang, beri lembu tu makan. Itu tandanya sayang maafkan dia” Angel  tersenyum lantas mengambil pucuk ubi di tangan suaminya lalu mendekati lembu tersebut. Ada cecair jernih yang mengalir di mata lembu itu. Angel  mengusapnya dengan tangan.
“Saya maafkan awak” ucap Angel  sambil tersenyum memandang lembu jantan yang sedang mengunyah pucuk ubi yang diberinya. Kemudian muncul tiga orang lelaki berlari-lari anak mendekati lembu yang sudah tertambat pada pokok tersebut.
Indra menarik tangan isterinya mengajaknya berlalu dari situ. Kejadian yang sudah menjadi tonton berpuluh-puluh mata itu pasti akan menjadi berita paling hangat, panas dan sensasi selepas itu. Angel menyerahkan plastik yang mengandungi semua benda yang dikumpulnya kepada ahli kumpulannya yang lain untuk diserahkan kepada fasilitator mereka. Indra mendiamkan diri selepas duduk di kerusi menunggu Angel. Semua mata yang berada di kantin itu tidak berhenti memandang ke arahnya membuatkan Indra segera mengajak Angel  balik ke biliknya untuk berehat.
“Dimaz! Maafkan saya kerana saya Dimaz terpaksa buat begitu di hadapan semua orang”ujar Angel apabila mereka sudah berada di bilik. Lelaki itu menggelengkan kepalanya sebelum bersuara.
“Tu perkara kecil, tahulah saya bagaimana menjawabnya nanti” balas Indra kemudian merebahkan tubuhnya di atas katil.
“Jadi sekarang Dimaz sedang fikirkan apa?” soal Angel  kemudian turut merebahkan tubuh di sebelah suaminya.
“Ratih Hasna, dia ada di sini. Dia yang buat lembu tu naik minyak dan hampir membunuh awak” jawapan yang membuatkan Angel  benar-benar terkejut. Rupanya Ratih Hasna belum berputus asa lagi untuk menamatkan riwayatnya.
“Dia benar-benar nakkan saya mati untuk dapatkan awak” bisik Angel  perlahan. Indra menarik Angel  dalam dakapannya.
“Perkara itu takkan akan berlaku pada kita” Angel mengangguk sambil memeluk erat tubuh suaminya.

DirgantaraWhere stories live. Discover now