Selepas mendapat petanda yang tidak baik Isha Wristi ingin terus berjumpa Zhafry kerana ketiadaan Angel sejak beberapa hari yang lalu telah merisaukan hati lelaki tersebut. Indra juga mencadangkan agar Isha menemani Zhafry untuk mencari Angel. Isha Wristi terus mengekori kereta yang dinaiki oleh Zhafry untuk memastikan ke mana perginya lelaki tersebut. Isha Wristi pasti Zhafry telah diajak oleh pemilik kereta tersebut untuk menaikinya. Sebelum bergerak sebentar tadi Isha telah menghubungi Indra dan mengkhabarkan tentang seseorang yang telah menjemput Zhafry di rumahnya.
Zhafry agak pelik melihat laluan jalan yang digunakan oleh kereta yang dinaikinya. Kelihatan lelaki tersebut seolah-olah sengaja mahu memanjangkan perjalanan mereka dan sepanjang perjalanan tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki tersebut. Kesempatan itu Zhafry gunakan untuk memerhati fizikal lelaki yang sedang memandu di sebelahnya. Berkulit coklat dan mempunyai susuk tubuh yang besar, sasa serta tinggi dan wajahnya kelihatan agak garang. Kalau bertaruh kekuatan memang Zhafry bukan tandingannya.
Keretanya membelok ke simpang jalan menuju ke kawasan sebuah resort. Lelaki tersebut memandang Zhafry kemudian tersenyum.
“Kita kena tunggu seorang dekat sini” Zhafry mengerutkan dahi mendengar kata-kata lelaki itu kepadanya.
“Awak jangan buang masa saya malam-malam macam ni. Angel ada di mana sebenarnya?” Zhafry mula rasa sangsi dengan tujuan lelaki itu.
“Tak lama lagi doktor boleh jumpa Angel itupun kalau dia setuju untuk datang pada pukul sebelas nanti” Zhafry semakin pelik mendengar jawapan lelaki itu. Kecurigaan semakin bertambah tentang tujuan sebenar lelaki itu membawanya ke situ.
“Apa maksud awak kalau dia setuju. Dia di mana, kenapa kita tak jumpa dia sekarang?” Zhafry cuba bertegas.
“Pukul sebelas! itu yang kawan saya beritahu pada anak doktor dan doktor jangan soal apa-apa lagi” kata-kata lelaki tegas dan nadanya kedengaran seperti sedang memberi arahan kepada Zhafry. Zhafry yang merasakan dirinya seperti diperbodohkan segera membuka pintu kereta dengan niat untuk meninggalkan lelaki dan pergi mencari Angel.
“Hey!” Osborn terus menghalang Zhafry meneruskan niatnya. Zhafry cuba menentang tapi lelaki itu lebih pantas dan kuat. Dengan cengkaman yang kuat di bahagian belakang tengkuknya Zhafry sudah tidak boleh melawan dan terus pengsan. Osborn tersenyum melihat keadaan Zhafry yang sudah terkulai di dalam kereta. Malam nanti lelaki itu akan menjadi umpan supaya Angel menyerahkan diri secara rela kepada mereka berdua. Dalam beberapa minit kemudian Braja muncul mendekati kereta tersebut lalu tersenyum memandang Osborn.
“Bagaimana?” soal Braja sambil memandang Zhafry yang sudah tidak sedarkan diri di dalam kereta..
“Dia cuba nak buat perangai jadi aku terpaksa pengsankan dia sementara menunggu pukul sebelas” balas Osborn sambil matanya turut menjerling melihat Zhafry yang sedang terkulai di kerusi. Tengah malam nanti mereka berdua akan menikmati santapan yang paling sedap yang akan memberi mereka kuasa dan tenaga yang hebat dan tidak lagi risau untuk berdepan dengan sesiapa pun termasuk Putera Indra Arjuna.
Melihat kemunculan Braja, Isha Wristi segera meninggalkan tempat tersebut untuk memberitahu Indra tentang perkara itu. Osborn dan Braja mungkin menggunakan Zhafry sebagai umpan untuk mendapatkan Angel. Isha tidak boleh mendapatkan Zhafry saat itu kerana Indra harus tahu di mana Angel berada terlebih dahulu.
Seluruh anggota tubuh Angel bergetar apabila melihat lelaki sedang diheret oleh Braja dengan sebelah tangannya. Sangkaannya Angel tentang Indra meleset sama sekali dan Zhafry rupa-rupa berada dalam tangan manusia bintang itu. Zhafry langsung tidak mempunyai kekuatan dan tenaga untuk melawan Braja yang mengheretnya.
“Angel sayang!, kenalkan siapa lelaki ni” Osborn memulakan bicaranya. Angel menganggukkan kepala dengan matanya mula digenangi cecair jernih.
“Tolong lepaskan dia, tolong jangan apa-apakan dia” rayu Angel sambil memandang Osborn kemudian beralih memandang Zhafry yang mula meronta-ronta cuba melawan Osborn apabila mendengar suara Angel.
“Angel sayang! Kami memang tidak perlukan lelaki ni sebab lelaki ni tidak berguna kepada kami. Dia cuma ada darah biasa dan isi perut yang mengenyangkan” balas Osborn sambil tersenyum memandang Angel.
“Jadi kenapa awak tangkap dia, lepaskan dia” Osborn dan Braja kelihatan saling berpandangan kemudian ketawa.
“Kami akan lepaskan kalau Cik Angel sanggup bekerjasama. Cik Angel saja ada apa yang kami mahukan dan sebagai pertukarannya, Cik Angel perlu berkorban untuk menggantikan tempat lelaki ni” Osborn harap perundingan itu diterima oleh gadis di hadapannya. Angel terpaku mendengar permintaan Osborn.
“Angel sayang! Kami tak punya banyak waktu untuk memberi peluang Cik Angel berfikir. Kami perlukan santapan kami dalam masa setengah jam lagi. Kalau lambat ayah Cik Angel terpaksa menjadi santapan kami sebentar nanti” Osborn mendekati Angel kemudian menatap wajah gadis itu dengan mata yang bersinar-sinar. Galak dan cukup menakutkan.
“Cepat! Peluk anak kau yang cantik dan manis tu buat kali terakhir kerana sekejap lagi dia akan jadi milik kami” arah Braja sambil mengheret tubuh Zhafry mendekati Angel.
“Angel, lari Angel. Jangan dengar cakap mereka” Zhafry mencelah sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri.
“Tak dady, Angel tak boleh tinggalkan dady. Mereka nakkan Angel” ujar Angel sambil memandang wajah Zhafry.
“Tak Angel, selamatkan diri. Tolong dengar cakap dady kali ni” Angel menggelengkan kepala dengan air mata yang sudah berlinangan di pipinya memandang Zhafry.
“Maafkan Angel dady. Angel sayangkan dady, ampunkan semua dosa Angel pada dady” Angel bergerak mendekati Zhafry lalu memeluk lelaki itu.
“Mereka mahukan Angel, Angel akan berkorban demi kasih dan sayang Angel pada dady. Dady pergilah dari sini. Ini kunci kereta Angel” bisiknya sambil menyimpan kunci keretanya ke dalam poket saluar Zhafry. Zhafry menggelengkan kepalanya sambil menatap wajah Angel yang sudah lecap dengan air mata. Tangan Angel dipegangnya erat seolah-olah memberi isyarat mengajak Angel lari meninggalkan tempat tersebut.
“Jangan buat kerja bodoh!” Braja menolak tubuh Zhafry hingga tubuh lelaki itu terhumban beberapa meter ke depan.
“Dady!” jerit Angel apabila melihat Zhafry mengeliat menahan kesakitan.
Braja kemudian mendekati semula Zhafry dan memusing kedua-dua belah tangannya dan Osborn sudah bergerak di depan Zhafry yang sedang mengeliat kesakitan.
“Nampaknya Cik Angel nak tengok bagaimana kami makan manusia” Osborn sudah menggoyakkan bahagian dengan baju kemeja Zhafry dan kemudian bersedia untuk menggoyakkan pula kulit Zhafry yang sudah terdedah. Suasana yang pernah Angel nampak dalam mimpinya.
“Tolonglah! Jangan apa-apakan, lepaskan dia. Ambillah aku sekarang!” rayu Angel dalam esak tangisnya. Osborn ketawa kuat mendengar permintaan Angel kemudian di hujung gelaknya lelaki itu memberi isyarat kepada Braja supaya melepaskan Zhafry. Braja menolak tubuh Zhafry ke tepi hingga lelaki itu terhumban lagi sejauh dua meter. Angel memandang Zhafry dengan perasaan yang sedih dan sayu bersama air mata yang tidak henti mengalir. Mungkin itulah pertemuan terakhirnya dengan lelaki itu.
Angin yang tiba-tiba bertiup kencang mengejutkan keempat-empat makhluk yang berada di situ. Osborn dan Braja saling berpandangan dan mereka seperti dapat merasai kehadiran sesuatu. Satu objek muncul dengan pantas menyebabkan kehilangan Zhafry secara tiba-tiba. Kemudian kedengaran suara ketawa seorang wanita dan muncul pula satu objek yang terbang melayang, bersinar keemasan mendekati mereka bertiga.
“Gusti Ratu Dewi Isti Samira!” seru Osborn kemudian berpaling memandang Braja. Ada ketakutan di wajah mereka berdua apabila melihat kemunculan Isti Samira.
“Braja, Osborn! Kalian berdua telah menyakitkan gadis kesayangan puteraku dan perbuatan kalian berdua telah mencetuskan kemarahan puteraku. Bersiaplah kalian berdua berdepan dengan puteraku Indra Arjuna Aditya sebentar lagi” Isti Samira melemparkan senyuman pada Angel selepas itu Isti Samira memandang ke satu arah cahaya yang terang benderang. Seorang lelaki muncul dalam sinaran cahaya itu lalu bergerak pantas mendekati Osborn dan Braja.
“Angel! Ayahmu sudah Isha bawa balik dan dia sudah selamat dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sekarang giliran Indra. Ibu pergi dulu sayang” Isti Samira menghilang dan tiupan angin semakin kuat seperti ribut akan melanda.
“Indra!” seru Angel perlahan dan kelihatan lelaki itu sudah berdepan dengan Braja dan Osborn. Braja seperti sedang menyeru sesuatu kemudian kedengaran bunyi guruh dan petir yang kuat. Osborn pula sudah bertukar menjadi makhluk raksasa yang mengerunkan. Indra kelihatan bergerak mendekati Angel yang sedang terpaku memandangnya.
“Selagi saya hidup di dunia ini, saya tak akan biarkan sesiapa menyakiti awak tapi kalau awak meninggalkan saya, saya lebih rela mati daripada hidup sendiri tanpa awak” Indra merenung jauh ke dalam anak mata Angel.
“Indra! Saya bukan meninggalkan awak tapi saya mahu kita saling merindui dan agar awak bersedia untuk memiliki saya untuk selamanya. Indra berjuanglah untuk saya dan demi cinta kita. Saya ingin bersama awak sepanjang hayat saya” luah Angel sambil memeluk tubuh Indra. Indra tersenyum kemudian membalas pelukan Angel lantas mencium dahi gadis itu sekejap sebelum meletakkan satu lapisan pelindung berbentuk gelembung lutsinar untuk menghalang gadis itu dari sebarang ancaman dan serangan kejahatan.
“Indra Karma! Kali ini kami akan bersatu menentangmu!” laung Osborn dengan suara yang kuat. Suara itu hampir memecahkan gegendang telinga Angel. Indra kelihatan tersenyum sinis sebelum menuturkan sesuatu.
“Dan kali ini aku akan membunuhmu!” Indra terus bergerak pantas yang sukar untuk kelihatan, begitu juga Osborn dan Braja. Bunyi dentuman guruh dan petir semakin kuat dan kilat sabung menyabung serta hujan lebat yang mencurah-curah memang mustahil ada manusia lain di sekitar resort yang akan keluar dan menyedari kejadian yang sedang berlaku pada waktu itu. Beberapa batang pokok besar dan kecil patah, rebah dan tercabut membuatkan Angel yang sedang terkurung di dalam gelembung pelindung berdiri ketakutan dan terkejut berkali-kali. Raungan suara yang kuat seperti kesakitan sekali lagi membuatkan Angel tersentak. Indra muncul dengan satu kepala di tangannya dan jelas itu adalah kepala Osborn dengan mata yang bersinar merah bersinar memandang Angel membuatkan Angel tergamam lalu terus pengsan.
“Kau telah membunuh dua saudaraku Indra Arjuna dan aku bersumpah akan membalas dendam atas kematian mereka!” jeritan suara Braja sebelum hilang bersama guruh dan petir yang turut berhenti. Hujan dan angin juga kembali reda. Satu cahaya api yang terang datang dari atas terus menyambar jasad dan kepala Osborn yang terpisah menyebabkan kedua-duanya hangus terbakar.
“Ratna” Indra menggoyang-goyang tubuh Angel yang terduduk pengsan di atas rumput. Gadis itu kelihatan mula bergerak membuatkan Indra tersenyum lega memandangnya.
“Indra! Awak selamat?, awak sudah menang ke?” soalan Angel membuatkan Indra tergelak kecil.
“Saya telah membunuh Osborn tapi Braja melarikan diri. Saya tak mahu mengejar Braja sebab tak nak tinggalkan awak sendirian di sini” jawapan Indra membuatkan Angel senyum memandang lelaki tersebut.
“Indra, maafkan saya sebab tinggal dan pergi ke sini tanpa memberitahu awak. Saya bukan nak jauhkan diri tapi saya nak awak rindukan saya” Indra tersenyum mendengar ucapan kekasihnya..
“Menang saya sangat rindukan awak Ratna, teramat rindu dan hampir mati menahan rindu. Dan kalau awak sengaja tinggalkan saya kerana nak larikan diri dari saya, atau kalau Angel sudah menjadi mangsa Osborn dan Braja saya lebih rela kalah dan mati di tangan mereka tadi. Tak guna saya hidup lagi kalau Ratnaku sudah tiada” dalam keadaan yang basah kuyup pasangan itu saling berpandangan, tersenyum kemudian berpelukan.
“Ratnakul! Ayoh kita kahwin. Saya tidak boleh lagi berpisah dan berjauhan dari awak” Angel terpaku mendengar ucapan Indra dan saat itu Angel tidak dapat membayangkan di tahap mana kegembiraan yang terbit dalam hatinya.
“Awak serius atau awak mahu saya yakin dengan hubungan kita sekarang” soal Angel sambil terus membalas pandangan Indra.
“Ya, saya serius. Saya mahukan hubungan kita lebih dari sekarang” jawapan lelaki itu membuatkan Angel tersenyum lantas tubuh Indra didakapnya erat sekali lagi.
“Saya setuju tapi awak mesti temankan saya bercuti di sini untuk sehari lagi” jawapan Angel benar-benar membawa kebahagiaan di hati Indra.
“Saya memang sudah bersedia untuk itu, jom ke kereta untuk ambil beg pakaian saya” jawapan Indra membuatkan Angel tergelak kecil. Angel berdiri apabila Indra menarik tangannya.
Tiba di tempat parkir Angel terkejut apabila mendapati keretanya sudah tiada di situ.
“Mana kereta saya?” Indra tersenyum mendengar soalan Angel.
“Bibi bawa doktor yang sakit dengan kereta awak. Sekarang dady awak sedang berduaan dengan kekasihnya di rumah” Angel mengerutkan dahinya mendengar jawapan Indra.
“Kuncinya?” soal Angel kemudian.
“Tidak ingat?” Indra menyoalnya kembali. Angel cuba mengingatkan semula kejadian sebentar tadi dan selepas dapat mengingatkannya Angel kembali tersenyum.
“Saya letak dalam poket seluar dady” Angel menjawab sendiri soalannya. Indra tersenyum kemudian menarik tangan Angel mendekati keretanya yang pakir tidak jauh dari situ. selepas mendapatkan beg pakaian Indra, pasangan tersebut mula meninggalkan kawasan parkir.
“Awak nak ke mana lagi?” soal Angel apabila Indra menarik tangannya menuju ke reception lobi.
“Ambil bilik” jawab Indra pantas. Angel menggelengkan kepalanya.
“Katil dalam bilik saya besar dan saya takkan goda awak malam ni” jawapan Angel membuatkan Indra tergelak kemudian mencubit sayang pipi gadis kesayangannya itu.
“Kalau saya yang goda awak?” soalan Indra membuatkan Angel pula tersenyum.
“Saya tahu awak lelaki yang berhati mulia. Saya nak jadi isteri yang suci untuk seorang suami pada malam pertamanya nanti” jawapan Angel diiringi senyuman dari bibir masing-masing.
Angel keluar dari bilik mandi selepas usai membersih tubuh dan siap menyarungkan sepasang pijama tidur satin yang berwarna kuning muda. Melihat pintu balkoni terbuka Angel nampak Indra sedang duduk bersendirian sambil di tangan lelaki itu sedang memegang sebiji gelas polistrin. Indra sedang menikmati jus hayatnya. Angel terus ke meja solek kerana tidak mahu mengganggu aktiviti Indra di situ. Kemas menyapu losyen di bahagian-bahagian tertentu pada tubuhnya Angel berpaling apabila melihat Indra sudah masuk ke dalam.
Indra yang sudah lengkap dengan sehelai baju T dan saluar track sambil memegang gelas polistrin di tangan berdiri terpaku merenung Angel tanpa berkelip. Angel tersenyum lalu mendekati lelaki itu. Gelas di tangan Indra dicapainya dan ternyata gelas itu sudah kosong dan hanya kelihatan sisa-sisa berwarna merah melekat di dalamnya.
“Indra, kenapa awak renung saya macam tu, apa awak masih dahaga?” teguran Angel menyedarkan lelaki tersebut. Indra menggelengkan kepalanya.
“Tak, awak sangat cantik Ratna” jawapan Indra membuatkan wajah bersemu kemerahan. Indra sudah memulakan bab menggodanya. Indra merenungnya dan Angel yang sedang berdiri tegak membalas renungan Indra dengan tajam membuatkan Indra kemudian tersenyum kepadanya.
“Saya yang harus tanya sayang lapar atau tak?” tambah Indra lagi selepas mereka berhenti saling bertatapan. Angel kemudian menganggukkan kepalanya.
“Sudah pukul dua pagi, tapi saya malas nak keluar makan” balas Angel selepas melihat jam di tangannya.
“Tak, jangan kata macam tu. Awak mesti makan sedikit sebelum tidur. Mari saya temankan awak keluar makan” Angel akur selepas mendengar kata-kata Indra.
Kedinginan tiupan bayu laut masih terasa walaupun sudah menyarungkan jaket ke tubuhnya sebelum mereka keluar menuju ke salah satu restoran yang ada di resort tersebut. Kelihatan beberapa orang sedang keluar dan masuk dari tempat hiburan karaoke yang bersebelahan. Kemunculan Indra dan Angel menjadi tumpuan beberapa pasang mata yang sedang berbual dengan rakan dan pasangan masing-masing di luar pusat karaoke tersebut. Ratanya kaum wanita tersenyum memandang Indra meskipun lelaki tersebut tidak mengindahkan mereka.
“Harga saham awak memang tinggi tapi awak yang jual mahal sangat” Indra tersenyum mendengar teguran Angel. Bahu Angel diraih dan dipeluknya erat sebelum membisikan sesuatu ke telinga gadis itu
“Tapi saya jual free dekat awak berserta bonus” Angel tergelak mendengar jawapan Indra. Angel tidak menyedari kehadiran mereka ke restoran itu turut mendapat perhatian seseorang yang sedang duduk berbual bersama dua orang rakannya yang sedang menikmati mimuman ringan selepas keluar dari pusat karaoke.
“Ini barulah dikatakan ‘bagaikan pinang di belah dua’. Like prince and princes” tegur Syafiqa, teman wanita Aiman pasangan yang berada di meja tersebut. Johan yang sedang mendiamkan diri terkejut melihat kemunculan Indra di resort pada malam itu. Hampir separuh malam Johan cuba mengintai kemunculan Angel untuk makan di situ namun sampai ke pukul sepuluh malam tadi gadis itu tidak juga muncul-muncul. Kemunculannya Angel pada waktu itu amat mengejutkan tapi Johan kecewa kerana gadis itu muncul bersama teman lelakinya.
Johan memerhati setiap gerak geri pasangan tersebut dan memang benar cerita Angel semalam. Tanpa diarah Indra telah membuat pesanan makanan tetapi makanan yang dipesannya hanya untuk seorang sahaja. Mungkin tujuannya untuk berkongsi pinggan, fikir Johan dalam hatinya. Mereka duduk rapat bersebelahan dan membelakangkan semua pengunjung restoran yang sememangnya sudah semakin kurang kerana ramai pengunjung resort sudah berada di bilik masing-masing. Nampak jelas di mata Johan bagaimana lelaki tersebut melayan Angel dengan begitu mesra dan manja sekali. Angel nampak begitu bahagia dan berselera menikmati makanannya daripada suapan lelaki tersebut. Ketika memaksa matanya memerhati kemesraan pasangan tersebut, jiwa dan perasaan Johan sebenarnya sedang remuk dan menggelodak seperti air yang sedang mendidih.
Usai Angel menikmati makanannya yang cuma mee hoon goreng dan segelas jus oren pasangan tersebut terus meninggalkan restoran selepas Indra membuat bayaran. Johan turut meminta diri dengan satu tujuan yang tersemat dalam hatinya. Johan ingin mengekori pasangan tersebut untuk mengetahui destinasi pasangan seterusnya.
Pasangan tersebut kembali ke blok bangunan bilik hotel Angel dan tiba di hadapan pintu Indra mengeluarkan kunci yang tersimpan di dalam poket seluarnya. Sebaik pintu terbuka Angel menjerit apabila Indra menggendong tubuhnya masuk ke dalam bilik. Hampir tiga puluh minit menunggu namun Indra tidak juga keluar dari bilik tersebut. Johan berlalu pergi dengan perasaan yang hancur lebur kerana gadis idaman kini sudah berada dalam dakapan lelaki lain dan sudah pastinya lelaki yang tersebut kekasih wanita itu.
Kenapa Angel tidak pernah membuka mata untuk melihat ada lelaki lain yang terlalu mencintainya. Johan terus mengelamun sendirian di pantai sambil memikirkan kesudahan episod cintanya yang tidak kesampaian. Persaingan yang terlalu sukar untuk ditewaskan dan secaranya normal setelah apa yang berlaku malam itu seharusnya Johan perlu melupakan sahaja cintanya tetapi sebaliknya lain pula yang Johan rasakan sekarang. Kenapa hatinya tidak mahu menyerah kalah malah keinginan semakin bertambah untuk mendapat cintanya.
Masuk sahaja di dalam bilik Indra terus meletakkan Angel di atas katil sementara dia bergerak mengambil sesuatu di dalam beg pakaiannya yang terletak di hadapan almari.
“Ratna! saya ada sesuatu untuk awak” Indra mendekati Angel kemudian duduk di birai katil di sebelah gadis tersebut.
“Sebagai bukti awak telah menerima lamaran saya dan tanda ketulusan cinta saya pada awak” seutas rantai emas berloketkan sebutir mutiara putih disarungnya ke leher kekasihnya..
“Mutiara ini sudah berusia lebih dua ratus tahun dan ianya salah satu barangan peribadi saya yang saya perolehi dengan tangan saya sendiri semasa saya berburu sendirian di hutan. Mutiara ini saya dapat daripada seekor naga betina yang sedang mengandung. Ketika saya menjumpainya, naga betina itu kesakitan kerana cedera akibat dikhianati oleh sahabat baiknya yang telah mengadakan hubungan sulit dengan suaminya. Saya cuba membantu dan merawat lukanya tetapi naga betina itu mati juga selepas ia melahirkan anaknya. Sebelum mati, ia telah menyuruh saya mengeluarkan hatinya dan hati naga betina itulah yang kemudian bertukar menjadi mutiara ini. Jagalah elok-elok kerana saya sendiri tidak tahu apakah keistimewaan mutiara ini” Angel mendengarnya dengan khusyuk seperti sebuah cerita metos dahulu kala yang dicerita oleh seorang penglipurlara. Mungkin kalau diceritakan pada manusia lain pasti ianya satu cerita dogeng pada mereka namun kerana Angel kenal siapa Indra, Angel percaya lelaki itu menceritakan pengalaman sebenar yang pernah dilaluinya.
“Indra! Terimakasih tapi saya dapat rasa sesuatu selepas memakainya” Angel menatap wajah lelaki di hadapannya yang turut memandangnya dengan renungan yang serius dengan dahi yang kelihatan dikerutkan.
“Awak rasa apa Angel?” soal Indra dan wajah agak risau merenung wajah gadis itu.
“Saya rasa, saya rasa, saya rasa sekarang saya teramat-amat sayang dan cinta pada awak” Angel tergelak kemudian diikuti gelak Indra selepas itu. Indra kemudian menarik kepala Angel rapat ke dadanya dan mencium kepala gadis itu agak lama.
“Indra! Awak tak mengantuk?” soal Angel sambil mendongak memandang wajah lelaki yang mendakapnya. Indra menggelengkan kepalanya sebelum bersuara.
“Sejak hampir tujuh puluh tahun saya bangun dari tidur yang panjang saya cuma pernah terlelap sekali. Tiga hari sebelum tarikh lahir awak yang lepas. Saya dapat pertanda awak dalam bahaya” Angel diam mendengar jawapan Indra. Memang pelik namun itulah Indra lelaki yang dicintai sepenuh hati. Lelaki unik yang penuh misteri dari zaman pra sejarah dan lelaki yang sudah beratus-ratus tahun usianya. Kalau benda mungkin satu etifak sejarah yang amat berharga dan menjadi rebutan para pengkaji puba.
“Ratna! Sebenar apa yang berlaku antara saya dan awak sekarang adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku dalam hidup saya. Tapi awak terlalu istimewa hingga akhirnya saya dapat kekuatan untuk melawan segala rasa yang muncul dalam diri saya. Tapi..” bicara Indra terhenti di situ. Angel meleraikan pelukannya kemudian menetapkan kedudukan supaya duduknya bertentangan.
“Tapi apa Indra?” soal Angel sambil menatap wajah lelaki di hadapannya.
“Kita belum melaluinya lagi, maksud saya hubungan yang lebih intim terutama selepas kita kahwin nanti” jawapan Indra lantas membuatkan Angel tersenyum.
“Indra!” seru Angel kemudian tangan menarik Indra lalu cuba menggenggam tangan yang lebih besar berbanding tangannya.
“Awak lupa ke yang saya ni memiliki penawar dan penyembuh dalam tubuh saya. Saya yakin akan mampu untuk padamkan semua sifat negatif dan kebinatangan yang ada dalam diri awak” Kata-kata Angel mungkin ada benarnya namun Indra tidak berani memberi jaminan kerana mereka belum pernah melaluinya sebelum ini. Riak wajah Indra masih membayang bahawa lelaki itu masih tidak yakin dengan apa Angel katakan.
“Indra, kalau awak nak kita boleh mencubanya sekarang” bisik Angel dengan suara yang lembut dan perlahan ketika mengucapkannya. Sama ada Angel bergurau ataupun serius Indra tidak pasti dan ketika Angel merapatinya Indra terpaku dan dadanya berkocak hebat ketika menatap anak mata Angel. Indra mula faham apa yang Angel maksudkan tentang mencubanya sekarang.
Angel membawa tangan Indra mendekati pipinya. Satu tarikan yang bagaikan magnet yang kuat mengerakkan tubuhnya untuk merapati gadis tersebut. Gerakbalas yang begitu kuat terhadap suatu rangsangan membuatkan tangannya mengelus lembut pipi Angel kemudian perlahan-lahan turun ke bahu lantas merebahkan perlahan tubuh kecil Angel di atas tilam. Angel memejamkan matanya menanti dalam debaran dengan denyutan nadi yang teramat pantas menanti setiap gerakan yang bakal Indra lakukan kepadanya..
Sesuatu yang dingin mula terasa menyentuh dahinya membuatkan Angel merasa sesuatu sedang meresap masuk ke dalam tubuhnya membuatkan tubuhnya mula terkulai lemah. Kedinginan terus mendarat di kelopak mata, pipi dan akhirnya ketika bibir dan nafas mereka mula menyatu Angel dikejutan oleh tindakan pantas Indra menjauhinya.
“Tidak Ratna! Indra segera bangun berdiri lalu menjauhkan diri.
“Kenapa Indra” soal Angel sambil memandang lelaki tersebut dengan penuh tanda tanya.
“Saya akui awak memang lain Angel. Awak memang memilikinya tetapi saya takut kalau saya tidak terkawal nantinya dan akhirnya awak juga akan memungkiri ikrar awak sendiri? Indra kemudian mengangkat kedua tangannya lalu menggenggam rambut kemudian mengusap kepalanya sendiri. Menghilangkan rasa dewananya yang hampir membawanya hanyut dan mungkin akan merosakkan Angel.
Angel tersenyum kemudian bangun berdiri lalu memeluk tubuh lelaki itu dari belakang.
“Kita akan berkahwin dan selepas ini saya akan jadi milik awak juga” Indra berpaling lalu menggelengkan kepalanya.
“Saya takut awak belum bersedia Ratna dan saya juga tak mahu merosakkan awak. Saya akan menjaga dan melindungi semua yang akan saya miliki dan mendapatkannya bila tiba waktunya yang sudah dibenarkan” jawapan yang benar-benar membuatkan Angel terharu dan bahagia. Angel bergerak ke hadapan Indra kemudian mendongak sambil tersenyum menatap lelaki tersebut.
“Indra, saya kagum dengan awak sebab awak kebal luar dan dalam. Semua yang awak kata itu betul. Saya belum bersedia dan sebenarnya saya teramat takut tadi kalau awak benar-benar melakukannya. Awak memang lelaki yang berhati mulia dan mungkin cuma satu dalam dua ratus tahun kewujudan manusia di muka bumi ini. Saya terlalu bertuah kerana menemui dan mencintai awak. Marilah, saya nak tidur di sisi awak dan awak jangan takut sebab saya tidak akan menggoda awak lagi” Indra tergelak mendengar ucapan gadis itu. Ketika Angel menarik tangannya mereka kembali semula ke katil. Melihat posisi Indra yang duduk menyandarkan tubuhnya di kepala katil Angel merebahkan kepala di paha lelaki tersebut. Indra tersenyum apabila melihat Angel sudah terlena sambil terus tangan membelai kepala dan rambut gadis tersebut agar tidur Angel benar-benar lena hingga keesokkannya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantezieSiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...