Bab 61. Ulang Tahun Kencana Holding

0 0 0
                                    

Persekitaran lobi Hotel Riverside sudah dipenuhi oleh tetamu jemputan Tan Sri Rosli yang berpusu-pusu menuju ke ballroom utama untuk menghadiri jemputan sempena ulang tahun ke 30 Kencana Holding dan pengumunan perlantikan CEO baru syarikat tersebut. Beberapa orang VIP yang terdiri daripada Pengerusi Esekutif dan CEO-CEO syarikat ternama turut mendapat undangan Tan Sri Rosli pada malam tersebut.
Dua bulan menjinakkan dirinya dalam dunia perniagaan setelah melepaskan tanggungjawab dan cita-citanya yang telah digenggamnya selama hampir 15 tahun Iskandar mula dapat menyesuaikan dirinya dalam dunia baru setelah terpaksa berkorban demi tanggungjawabnya sebagai anak lelaki tunggal Tan Sri Rosli.
Tan Sri Rosli dan Puan Sri Aishah lega dan tersenyum melihat reaksi Iskandar yang begitu ramah mesra melayan tetamu jemputan yang hadir pada malam tersebut.
"Kamu ada jemput Isti Samira malam ni?" soal Puan Sri Aishah ketika mendekati Iskandar yang sedang bersembang dengan Nirmala anak sulung Tan Sri Rosli.
"Sudah ummi dan dia dalam perjalanan ke sini" sahut Iskandar sambil tersenyum memandang Puan Sri Aishah. Kedua orang tuanya sudah begitu merestui hubungan Iskandar dan Isti Samira malah Puan Sri Aishah sendiri yang kuat mendesak Iskandar supaya segera melamar Isti Samira sebagai isteri.
Para tetamu sudah mengambil tempat duduk masing-masing dan tiga buah kerusi di meja VIP di bahagian depan masih kelihatan kosong. Kemunculan tetamu khas yang membuat Iskandar resah menanti sejak tadi turut menarik perhatian beberapa pasang mata yang terpesona melihat keangguan wanita yang berstatus buah hati bakal CEO baru Syarikat Kencana tersebut. Isti Samira anggun dengan sepesalinan baju kebaya berwarna kuning muda tersenyum ketika Iskandar menyambut kedatangannya.
"Hai sayang, lega hati I lihat you sudah sampai. Indra dan isterinya mana?" soal Iskandar ketika menyedari pasangan suami isteri tersebut masih belum kelihatan.
"On the way, mereka bergerak dengan sebuah kereta yang lain" beritahu Isti Samira setelah Iskandar menghantarnya ke tempat duduk khas yang disedianya untuk wanita tersebut. Puan Sri Aishah tersenyum ketika menatap wajah bakal menantunya yang sentiasa anggun dan berseri-seri itu. Wanita yang kini membuat Iskandar tidak tenang hidup itu memang memukau setiap mata yang memandangnya dan pertama kali berjumpanya Puan Sri Aishah dan Tan Sri Rosli terus berkenan dan mencadangkan agar Iskandar tidak perlu berfikir panjang untuk mengakhiri zaman dudanya.
Kemunculan CEO Loka Holding yang lengkap menggunakan tuxedo berwarna hitam bersama isterinya yang begitu anggun mengayakan sepasang gaun labuh berwarna hitam turut menjadi tumpuan semua mata yang berada dalam ballroom pada malam itu. Iskandar terus mendekati pasangan tersebut dan menjemputnya duduk bersama Isti Samira, ahli keluarganya serta tetamu jemputan kehormatnya yang lain.
Tan Sri Rosli tersenyum berbangga melihat kejayaan Iskandar menjemput CEO Loka Holding bersama isterinya. Loka Holding cukup digeruni oleh pesaing-pesaingnya. Syarikat gargasi terkemuka dan terulung itu kini mempunyai berpuluh-puluh syarikat kecil di bawahnya dan CEO muda itu memang cukup hebat. Tan Sri Rosli sendiri belum pernah lagi bersua muka dengan CEO Loka Holding tersebut kerana selama ini Dato' Haikal yang kerap mewakili Loka Holding untuk apa-apa jua undangan atau majlis-majlis rasmi yang pernah diadakan oleh syarikat-syarikat pemegang lesen kelas G7.
Khabar yang didengar oleh Tan Sri Rosli tentang CEO yang merupakan pemegang saham terbesar Loka Holding itu adalah seorang lelaki muda dan kacak yang berketrampilan serta berkarisme memang tidak dapat dinafikan apabila melihat dengan matanya sendiri pada malam itu. Lebih mengejutkan Tan Sri Rosli dan Puan Sri Rosli ialah apabila Iskandar memberitahu kepada mereka bahawa Isti Samira adalah ibu kepada CEO Loka Holding tersebut.
Dari satu sudut, sepasang mata yang sedang duduk semeja bersama tetamu jemputan yang lain sedang merenung tajam dengan penuh perasaan cemburu melihat pasangan yang sedang dilayan dengan penuh hormat di meja VIP yang berada di bahagian depan. Sejak kembali dari Kem Pueh lebih dua bulan yang lalu itulah kali pertama Sarah bertembung lagi dengan pasangan tersebut. Wajah Angel yang semakin cantik dan berseri-seri serta layanan lelaki itu yang begitu mesra pada isterinya semakin menambahkan cemburu dan sakit hatinya. Sarah merasa pelik apabila memikirkan apa saja rancangan yang telah dilaksananya untuk tujuan memisahkan pasangan tersebut tidak pernah berjaya. Membazir saja Datin Khaty membayar khidmat bomoh kerana tiada satu pun yang menampakkan hasilnya.
"Lelaki tu?" soal Datin Khaty sambil matanya tidak beralih melihat lelaki kacak yang begitu mesra berbual dengan wanita cantik di sebelahnya. Pasangan yang nampak begitu ideal di matanya mahupun di mata sesiapa saja.
"Mama tahukan kenapa Sarah nakkan sangat dia tu. Kenapa satu bendani susah sangat Sarah nak dapat" soal Sarah kemudian justetu matanya beralih memandang Datin Khaty.
"Walaupun mungkin Sarah sudah terlambat kerana mereka sudah berkahwin tapi perempuan tu nampak terlalu muda dan mentah untuk bertahan menghadapi dugaan" Sarah hanya diam mendengar kata-kata Datin Khaty. Angel memang masih muda dan nampak keanak-anakan pada wajahnya namun lelaki itu terlalu menyayangi gadis itu. Apa yang Sarah nampak kali ini kemesraan pasangan tersebut semakin bertambah. Apakah yang gadis itu miliki dan telah dipersembahkannya kepada lelaki tersebut sehinggakan lelaki itu sudah tidak bernafsu untuk menoleh perempuan lain. Semakin memikirkan perkara itu semakin bertambah parah sakit yang dirasakan di hatinya.
Sambil menjamu selera kedengaran irama muzik yang berkumandang sebagai sebahagian daripada pengisian acara untuk majlis pada malam itu. Kelihatan ada pasangan yang sudah bergerak mengambil tempat untuk menari. Angel menggelengkan kepala apabila Indra memberi isyarat kepadanya.
"Saya tak pernah menari terutama dalam majlis ramai orang macam ni, malu nanti kalau orang tahu saya tak pandai menari" beritahu Angel perlahan apabila Indra mengajaknya menari.
"Biasakan diri dan pejamkan mata supaya sayang tak nampak orang lain" Angel tergelak kecil mendengar jawapan suaminya. Indra segera meraih tangan isterinya. Dengan alunan irama muzik yang perlahan Angel akhirnya akur menuruti kehendak suaminya. Indra memeluk erat pinggang isterinya dan Angel membalas pelukan suami dan tangan kiri mereka bersatu dalam genggaman yang erat.
"Dia ada dekat sini, kita perlu berhati-hati" Angel mendongak memandang wajah suaminya apabila Indra membisikan sesuatu kepadanya.
"Lelaki atau perempuan?" soal Angel pula.
"Perempuan, Kem Pueh" mendengar jawapan suaminya Angel sudah dapat meneka siapa orangnya. Angel melentokkan manja kepalanya ke dada suaminya. Saat-saat indah menari seperti itu pernah mereka lalui beberapa kali semasa percutiaan bulan madu beberapa minggu yang lepas cuma ia berlaku bukan di majlis formal seperti itu.
"Perempuan tu bagi you makan apa sampai you macam takut nak bercakap atau pandang perempuan lain" teguran Sarah secara tiba-tiba ketika mendekati lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tandas wanita. Ketiadaan Angel yang sedang ke tandas memberi peluang Sarah untuk mendekati Indra. Indra segera menoleh memandang wajah wanita yang persis opera cina di matanya.
"Yang isteri I ada dan beri pada I takkan ada pada perempuan lain ekspesially you" tekan Indra dengan nada yang agak keras. Membutang mata Sarah selepas mendengar jawapan lelaki di hadapannya.
"You tak boleh beri kenyataan seperti tu sebab you tak pernah cuba merasa yang lain" balas Sarah pula. Sakit hatinya selepas mendengar jawapan Indra sebentar tadi. Kalau lelaki itu ingin cuba merasakannya waktu itu Sarah sanggup berbuat apa saja untuk membuktikan kehebatannya.
"Dari rupa you saja I dah boleh agak rasanya, I tak mahu terloya dan termuntah nanti" balas Indra sambil tersenyum sinis.
"You!" jerit yang cuba ditahannya.
"Kenapa Dimaz, eh Sarah! You pun ada?" sapa Angel yang berpura-pura terkejut melihat kewujudan Sarah di situ.
"Jom sayang, saya rasa nak loya" Angel mengerutkan dahinya manakala Sarah terus membutangkan matanya sebelum wajahnya bertukar cemberut melihat pasangan tersebut.
"Wajahnya nampak macam sedang marah" tanya Angel ketika mereka sudah menjauhi Sarah.
"Lupakan, perempuan tu memang suka cari pasal" Angel tidak mengungkitkan lagi pasal Sarah selepas mendengar jawapan suaminya. Di suatu sudut mereka terpandang satu babak yang membuatkan Indra dan Angel saling berpandangan kemudian tersenyum. Lelaki tersebut sedang berusaha untuk melamar wanita yang sedang bersamanya. Indra sudah tahu tentang perkara itu daripada Isti Samira selepas mereka balik dari percutian dua minggu lepas. Indra menyerahkan kepada ibunya sendiri untuk membuat keputusan dan sebarang keputusan Isti Samira diterimanya dengan hati yang terbuka. Wanita itu juga memerlukan teman dan pasangan untuk meneruskan hidup dan siapa jua pilihan Isti Samira Indra tahu wanita itu lebih mengetahuinya.
Kelihatan Iskandar sudah bergerak ke pentas kemudian berdiri di hadapan tiang mikrofon. Indra sudah tersenyum kemudian memberi isyarat kepada Isti Samira sesuatu yang mengejutkan akan berlaku.
"Tuan puan, malam yang indah dan bersejarah ini saya ingin ia menjadi lebih indah dan sebuah kenangan yang amat bermakna dalam hidup saya. Saya telah jatuh cinta pandang pertama pada seorang wanita dan cinta itu membuat hidup saya amat bermakna dan saya ingin terus mencintainya dan memilikinya sehingga ke akhir hayat saya. Dari detik dan ketika ini saya ingin melamar wanita ini sebagai ratu di hati saya. Isti Samira sayangku, sudikah awak menerima lamaran saya untuk menjadi isteri saya yang tercinta dan hidup bersama saya sehingga ke akhir hayat saya" semua mata tertumpu memandang ke satu arah di mana di situ seorang wanita anggun sedang berdiri. Inti Samira berpaling memandang seseorang sebelum tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya. Suasana bertukar riuh dan Iskandar segera bergerak mendekati Isti Samira kemudian meraih tangan wanita tersebut lalu menyarungkan sebentuk cincin kemudian mengucupnya sambil tersenyum bahagia. Tepukan gemuruh tetamu jemputan yang menyaksikan saat-saat romantik tersebut mengamatkan suasana majlis pada malam itu.
"Thanks sayang kerana sudi terima I, Inilah saat yang paling bahagia dalam hidup I. I berjanji tidak akan kecewakan you. Inilah cinta terakhir yang akan I jaga dan bawa sampai ke akhir hayat I" ujar Iskandar sambil matanya terus merenung redup wanita anggun yang sedang membalas senyumannya.
"Saya tidak tahu hendak beritahu awak tapi saya cuma ingat satu perkara. Saya nak majlis yang sederhana saja sebab saya rasa terlalu tua untuk diraikan" Iskandar tergelak kecil mendengar permintaan Isti Samira. Wanita itu terlalu merendahkan diri sedangkan apa yang ada pada wanita itu cukup membuatkan semua mata yang memandangnya akan terpesona.
"Saya faham maksud you tapi saya akan raikan hari bahagia kita dengan cara yang pasti you suka. Sesuatu yang kita boleh abadikan sebagai kenangan yang terindah untuk kita berdua dan I sudah lama plankannya untuk majlis kita" ujar Iskandar penuh semangat menyatakannya kepada wanita di hadapannya.
"I tanya satu boleh?" soal Isti Samira sambil membalas pandangan Iskandar. Lelaki itu kemudian menganggukkan kepalanya.
"Kenapa you berpisah dengan isteri you dulu" soalan yang lama ingin ditanyanya pada Iskandar.
"Dia enggan meninggalkan tanah airnya" balas Iskandar pantas
"Maknanya you masih cintakan dia?" soalan Isti Samira membuatkan Iskandar merenung wajah wanita di hadapannya sejenak sebelum bersuara.
"Dia mungkin cinta pertama I tapi I rasa cinta I padanya tidak kuat kerana I akur dengan keputusannya tanpa banyak soal dan tidak pernah mengingatkannya lagi selepas kami berpisah, terus padam dan kami pernah bertemu sekali semasa I menemani papa I ke UK tapi I sudah tidak ada rasa apa-apa ketika memandangnya" jawapan Iskandar membuahkan kelegaan di hati Isti Samira ketika mendengarnya dan Isti Samira tahu lelaki tidak berbohong kepadanya.
"Kenapa sayang?" soal Indra apabila melihat wajah Angel tiba-tiba berkerut seperti ada sesuatu yang membuatkan isterinya tidak selesa.
"Saya tiba-tiba rasa loya, nak muntah" pinggan makanan di tangannya segera diserahkan kepada suaminya sebelum tergesa-gesa bergerak meninggakan suaminya.
"Mana Angel ?" soal Isti Samira apabila melihat Indra sendirian tanpa isterinya.
"Ke tandas" beritahu Indra sambil memandang wanita tersebut. Iskandar yang berada di samping Isti Samira tersenyum memandang Indra dan dalam hatinya terasa gentar sewaktu berdepan dengan bakal anak tirinya itu.
"Congratulations tapi tolong bahagiakan ibu saya" ujar Indra ketika menatap wajah Iskandar dan Iskandar menganggukkan kepalanya. Aura Indra memang cukup hebat membuatkan sesiapa berasa kerdil ketika berdepan dengannya.
"Sayang okey ke?" soal Indra ketika melihat kemunculan isterinya. Wajah Angel yang agak pucat mencetuskan kebimbangan dalam hatinya. Mungkin ada sesuatu yang Angel tersilap makan menyebabkan ketidakstabilan perut isterinya. Indra kelihatan menganggukan kepala apabila Angel membisikan sesuatu kepadanya.
"Kami balik dulu sebab I rasa Angel tak berapa sihat" beritahu Indra ketika menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Iskandar.
"Angel tak sihat ke?" soal Iskandar yang turut menyuarakan keperihatinannya apabila melihat perubahan wajah anak rakan baiknya merangkap bakal anak menantunya tidak lama lagi.
"Tak selesa sikit je" sahut Angel sambil bibirnya tersenyum nipis. Kepalanya terasa mula berdenyut-denyut. Pasangan tersebut kemudian bergerak mendekati Tan Sri Rosli untuk meminta diri sebelum berlalu meninggalkan majlis tersebut.
Indra menjerling ke sebelah dan mendapati Angel memejamkan matanya sepanjang perjalanan mereka balik ke rumah. Sesuatu yang tiba-tiba membuat tubuhnya kurang bermaya membuatkan Angel malas untuk membuka mulut untuk berbual dengan suaminya.
"Sayang tidur ke?" soalnya sambil tangannya menyentuh kepala isterinya. Terasa kepala Angel berbahang pertanda mungkin isterinya demam. Semasa Angel menari dalam pelukannya tadi tubuh isterinya rasa elok sahaja waktu itu. Angel terasa tidak mampu untuk membuka keseluruhan matanya.
"Saya rasa sayang demam" beritahu Indra tapi isterinya tidak berusaha memberi respon kepadanya. Ketika sampai di Loka Valley, Indra terus membuka pintu kereta kemudian mencempung tubuh isterinya yang sudah tertidur beberapa minit sebelum mereka sampai ke rumah. Sampai di bilik Indra menyediakan sehelai tuala kecil yang dibasahinya dengan air untuk mengelap tubuh isterinya. Pakaian di tubuh isterinya di tanggalkannya satu persatu kemudian mengelapkan perlahan-perlahan tubuh isterinya dengan tuala basah di tangannya. Pergerakan tangannya terhenti apabila tiba di bahagian perut isterinya. Sesuatu yang dikesan wujud di situ membuatkan Indra terus menutup tubuh isteri kemudian terus menjauhkan dirinya.
"Ratna, kita tidak boleh bersama lagi" bisiknya perlahan sebelum menghilangkan diri.

DirgantaraWhere stories live. Discover now