Bab 69. Siapa Perlakunya

0 0 0
                                    

  Majlis pernikahan Iskandar dan Isti Samira yang hanya dihadiri saudara-saudara terdekat  akhirnya selamat berlangsung. Atas persetujuan bersama mereka cuma mengadakan majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam di kediaman Tan Sri Rosli. Kemunculan Zhafry dan isteri membawa bersama Adam Zhaish yang berusia hampir tiga bulan menarik perhatian semua tetamu yang hadir di majlis tersebut.
Zhafry sendiri seakan tidak percaya apabila melihat perkembangan dan pertumbuhan Adam Zhaish yang begitu cepat. Berat badan Adam Zhaish yang kini sudah mencapai hampir lapan kilo turut merisaukan Zhafry walaupun Adam Zhaish masih bergantung sepenuhnya dengan susu ibunya. Isha Wristi tidak pernah memberi sebarang susu formula kepada bayi mereka. Namun kerisauan Zhafry sedikit hilang apabila Isha Wristi mengatakan apa yang berlaku kepada Adam Zhaish adalah normal dalam keluarganya.
Kemunculan Banu dan  Isqan yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Indra memudahkan Isha Wristi untuk meminta bantuan Banu untuk menjaga anaknya selepas tempoh cuti bersalin selama dua bulan sudah berakhir. Setiap pagi hari bekerja, Banu akan muncul di rumah Zhafry untuk menjaga Adam Zhaish sebelum Zhafry dan isterinya pergi keluar bekerja. Banu diperkenalkan sebagai salah seorang sepupunya yang selama ini bekerja dan menetap di Mesir bersama suaminya dan kini kembali dan tinggal bersama Indra di  Loka Valley. Semasa ketiadaan Isha Wristi dan suaminya, kadang-kadang Banu dan suaminya akan membawa Adam Zhaish balik ke Loka Valley atas pemintaan Isti Samira untuk membelai anak saudaranya itu.
  Belum sampai sebulan Adam Zhaish sudah meniarap dan pagi tadi Zhafry sekali lagi terkejut melihat Adam Zhaish sudah boleh duduk dan merangkak.
“You berdua bagi budak ni makan apa?” soal Ziana yang turut hadir di majlis tersebut bersama suami dan anak-anaknya. Saiz badan Adam Zhaish yang sudah seperti bayi berusia setahun menarik perhatian semua yang berada dalam majlis tersebut.
“Zhaish belum makan apa-apa masih bergantung sepenuhnya dengan susu ibunya. I pun mulanya hairan tapi Isha kata semua keturunan mereka  macam tu jadi I cuba untuk terima  perkembangan Zhaish sebagai satu keistimewaannya” beritahu Zhafry apabila saiz tubuh Zhaish yang memang agak luar biasa bayi yang baru berumur tiga bulan.
“Siapa yang jaga masa you berdua bekerja?” soal Ziana lagi sambil menyentuh lengan Zhaish yang begitu tembam dan kental.
“Sepupu Isha, mereka tinggal di rumah Indra. Pagi sebelum kami pergi kerja dia akan datang ke rumah untuk jaga Zhaish ” beritahu Zhafry tentang Banu.
“Sepupu, muda lagi ke?”soal Ziana lagi.
“Tak, berumur sikit dalam awal tiga puluh macam tu. Sudah berkahwin tapi tidak ada anak. Sebelum ni dia dan suaminya tinggal di Mesir. Sudah lama dan bosan duduk sana mereka balik ke sini dan tinggal di Loka Valley bersama Indra dan Angel” cerita Zhafry lagi tentang penjaga Adam Zhaish.
“Berutunglah you berdua tak payah susah-susah nak cari pengasuh. Sekarang susah nak cari pengasuh yang elok. Macam I dulu terpaksa hantar nursery” tambah Ziana pula.
“Memang kami bersyukur sangat sebab tak payah bersusah-susah untuk  siapkan Zhaish setiap hati untuk dihantar ke nursery. Walaupun tak ada anak tapi macam dah biasa jaga budak-budak. Zhaish pun tak ada masalah sangat untuk dijaga. Menyusu, bangun, tidur tu aje kerjanya” ujar Zhafry apabila melihat kemunculan Indra dan Angel  mendekati mereka.
Indra segera mendapatkan Adam Zhaish dan mendukung anak saudara merangkap adik iparnya yang kini semakin membesar dan tembam. Zhaish ketawa apabila diagah-agahnya di hadapan Angel .
“Sudah besarlah adik akak ni, emm..handsem! tak lama lagi Zhaish ada anak sedara tau” ujar Angel  menegur Adam Zhaish yang berada dalam dukungan Indra. Pipi Adam Zhaish diciumnya berkali-kali.
“Nanti bila baby akak keluar, Zhaish main dengan baby akak ya. Pak usu kena jaga anak sedara nanti tau” Adam Zhaish tergelak dan suara gelaknya yang lemak membuatkan Angel  dan Indra turut tergelak sama. Selepas berhenti ketawa mulut  Adam Zhaish bergerak-gerak seperti hendak bercakap membuatkan Indra membawa Adam Zhaish jauh daripada tetamu yang hadir.
‘Zhaish nak beritahu abang apa ni?” tanya Indra kepada Adam Zhaish sambil menentang pandangan bayi yang sedang didukungnya.
“Loka!” perkataan yang keluar dari mulut Adam Zhaish membuatkan Indra dan Angel  saling berpandangan.
“Loka? nampaknya Zhaish macam tahu sesuatu ni?” ujar Angel sambil menatap wajah Indra di sebelahnya.
“Hai Angel , Indra!” tegur suatu  suara yang membuatkan Angel  dan Indra sama-sama menoleh mencari arah arah datangnya suara yang menyebut nama mereka.
“Comelnya baby, anak siapa ni?’ Sarah tersenyum sambil matanya memandang Adam Zhaish yang berada dalam gendongan Indra. Tangan bayi tersebut ingin disentuhnya tapi Adam Zhaish menjauhkan tangan lalu tiba-tiba menangis dan meronta-ronta seperti ketakutan melihat Sarah. Kemunculan Sarah di majlis itu mungkin atas undangan sebelah pihak keluarga Iskandar kerana beberapa orang rakan perniagaan Tan Sri Rosli turut diundang ke majlis pada malam itup.
“Adik I” balas Angel bersahaja sementara Sarah mengerutkan dahinya selepas mendengar jawapan Angel. Seorang wanita cantik dan pasangannya yang muncul mendekati mereka membuatkan Sarah memadamkan niatnya untuk terus membuka mulutnya. Adam Zhaish segera memberi reaksi apabila melihat pasangan tersebut dan Sarah mula memahami bahawa pasangan yang muncul tersebut adalah ibu bapa kepada bayi tersebut. Indra segera menyerahkan Adam Zhaish kepada Zhafry untuk membantu memujuk Zhaish supaya berhenti menangis.
“Zhaish mungkin nak menyusu, dady temankan mama kamu susukan Zhaish dulu” beritahu Zhafry sebelum membawa Zhaish beredar meninggalkan Angel  dan Indra. Sesuatu yang menarik perhatian Sarah membuat matanya lalit memandang Zhafry dan Isha Wristi. Mungkin ketampanan suami dan kecantikkan isterinya yang diwarisi oleh kecomelan bayi mereka. Tadi Angel  memperkenalkan bayi tersebut sebagai adiknya dan bererti pasangan tersebut adalah ayah dan ibu Angel.
“Ayah dan mama you?” soal Sarah selepas Zhafry dan Isha Wristi berlalu. Angel hanya menganggukkan kepalanya sebelum berlalu apabila Indra meraih tangannya mengajaknya beredar meninggalkan Sarah. Indra tidak mahu berlama untuk menghadap Sarah yang sememangnya sudah dapat difahaminya apa yang terbuku dalam hati wanita itu.
Iskandar juga cukup tampan orangnya dan mula menjadi buah mulut golongan wanita korporat dan glamour sejak anak lelaki tunggal Tan Sri Rosli melibatkan dirinya dalam dunia perniagaan dan mengambil alih jawatan CEO Kencana Holding. Namun banyak harapan yang musnah apabila mendapati lelaki tersebut sudah berteman dan akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya. Tiada siapa yang mengenali Isti Samira kecuali keluarga terdekatnya namun keanggunan wanita itu menjadi perhatian semua tetamu yang hadir pada malam itu.
Wajah Isti Samira yang hampir mirip Isha Wristi isteri Dr Zhafry antara yang persoalan utama di kalangan tetamu yang hadir dan ramai yang terkejut terutama mereka yang pernah menjadi rakan sekerja Iskandar semasa berkhidmat sebagai doktor  apabila mengetahui bahawa isteri Iskandar adalah kakak kepada Isha Wristi isteri Dr Zhafry. 
“I pun tak fikir Isha ada seorang kakak yang secantik tu. Pertama kali kami jumpa semasa majlis resepsi perkahwinan Zhaf dulu. Sejak tu I dah tak boleh lupakan Isti dan cuba pikat Isti sampai berjaya” cerita Iskandar apabila Dr Malek merisik ceritanya.
“Kedua-dua sama cantik dan ada kelebihan sendiri. You harus bersyukur kerana Tuhan tidak lupakan you. Isha Wristi untuk Zhafry dan Isti Samira sebenarnya yang ditakdirkan untuk you. Tahniah Is sebab you juga seperti Zhafry, dapat seorang isteri yang buat kita semua cemburu” Iskandar tersenyum mendengar pujian Malek dan rakan-rakannya. Isti Samira yang sememangnya tidak ramai rakan dan hampir tiada hanya tersenyum apabila Iskandar memperkenalkan dirinya kepada semua rakan-rakannya.
Di awal majlis lagi Indra sudah memaklumkan dan meminta izin daripada Isti Samira dan Iskandar untuk membawa Angel balik awal pada malam itu memandangkan keadaan Angel yang sedang mengandung dan perlu berehat. Kebajikan Angel  adalah yang paling utama pada Indra dan sewaktu mengambil makanan yang diingini dan disukai oleh isterinya ramai tetamu yang memerhati pasangan tersebut. Sepanjang majlis yang berlangsung pada malam itu, lelaki kacak itu tidak pernah berenggang sedikitpun dari isterinya malah lelaki tersebut yang mengambil makanan  kemudian menyuapkan isterinya. Ramai yang memuji dan tidak kurang ada hati yang rasa cemburu melihat layanan  Indra yang begitu mesra dan baik kepada isterinya.
Kedinginan angin malam yang menyapa wajahnya terasa begitu nyaman membuatkan Angel  mendonggak memandang bintang yang bertaburan di angkasa. Indra turut berbuat perkara serupa apabila Angel  menunjukkan jarinya ke atas memberitahunya sesuatu. Tanpa bulan hanya kelihatan beberapa gugus bintang yang membentuk buruj yang kelihatan di angkasa raya. Sewaktu mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis Iskandar dan Isti Samira, Angel  menjerit kecil apabila Indra tiba-tiba mengangkat dan mencempung tubuhnya ketika mereka melangkah keluar untuk menuju ke kereta. Jeritan Angel  membuatkan Zhafry, Isha Wristi, Iskandar dan Isti Samira ikut tersenyum melihat pasangan tersebut. Indra tidak kisah apabila ada beberapa mata lain yang turut memberi tumpuan melihat perbuatan mereka.
“Mereka berdua tu memang macam tu, sejak Angel  berbadan dua Indra seperti tak benarkan Angel  berjalan. I takut Angel  sukar bersalin nanti kalau kurang sangat bergerak” ujar Zhafry ketika dia dan Isha sedang berbual bersama Iskandar dan Isti Samira.
“Mereka nampak begitu bahagia Zhaf, bertuah you sebab dapat menantu seperti Indra. Bukan sahaja kacak, kaya tapi begitu penyayang dan terlalu cintakan anak you” balas Iskandar ketika ekor matanya masih lagi menghantar pasangan yang sedang bergerak meninggalkan majlis.
“Ya, I bersyukur sebab Indra dapat ambil alih tugas I untuk menjaga Angel. Sekarang Indra anak tiri you dan Angel  menantu you, kita sama-sama doakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia sampai ke akhir hayat” Iskandar mengangguk kepalanya dan tersenyum setuju mendengar jawapan Zhafry.
Angel menurunkan Angel  ketika mereka sudah hampir di kereta kerana perlu mengeluarkan kunci kereta yang berada di dalam poket seluarnya.
“Hey! Apa ni” jerit Angel  apabila terasa ada cecair yang terpecik ke sebelah kiri wajahnya. Panas dan berasap dan Angel  hanya mampu melihat bayangan seseorang yang melakukannya tetapi dengan pantas orang tersebut beredar meninggalkannya. Indra segera  mendekati isterinya walaupun dia mampu untuk mengejar orang tersebut tetapi Indra tidak mahu meninggalkan Angel sendirian di situ. 
Separuh daripada cecair tersebut membasahi wajah Angel  dan turut mengalir ke bahunya. Indra segera mendapatkan air minuman kosong yang tersedia dalam keretanya untuk membersih kesan asid yang mengenai wajah dan bahu isterinya. Hatinya begitu marah apabila melihat kesan terbakar sudah mula kelihatan di wajah isterinya. Air mata Angel yang sudah mengalir keluar akibat menahan kesakitan membuat hatinya turut diruntun sedih. Indra cepat-cepat memapah isterinya masuk ke dalam kereta sebelum ada sesiapa yang melihat kejadian itu.
“Saya akan cari orang yang buat semua ni sampai dapat dan akan buat mukanya macam apa yang dia inginkan buat pada sayang malam ini” ujar Indra ketika memeluk erat tubuh isterinya yang sudah menangis tersesak-esak. Simbahan cecair tersebut mula merapuhkan dan mengoyakkan pakaian yang menutupi bahu Angel. Indra mengoyak kemudian menanggalkan keseluruhan pakaian isterinya kerana tidak suka menghidu bau asid tersebut dan bimbang sisanya mengenai bahagian lain dalam kereta mereka. Tubuh Angel  disarungkan semula dengan sehelai sut blazernya yang kebetulan tersimpan di dalam keretanya.
Angel memejamkan matanya membiarkan penyembuhan berlaku pada bahagian yang melecur di wajah dan tubuhnya. Kesakitan yang semakin hilang membuatkan Angel  terlena hingga sampai ke rumah dan apabila sedar Angel  mendapati dirinya sudah terbaring di atas katil dalam bilik mereka dan tubuhnya sudah lengkap dibaluti sehelai gaun tidur. Indra yang  setia berbaring di sisinya sepanjang malam tersenyum memandangnya. Apabila teringat kejadian yang berlaku beberapa jam yang lalu Angel  segera meraba wajahnya yang kemudian tersenyum apabila merasa tiada kesakitan semasa menyentuhnya.
“Sayang sudah sembuh dan tetap cantik macam selalu” beritahu Indra kemudian mencium di setiap penjuru wajah isterinya.
“Saya tahu siapa perlakunya. Dia pakai baju warna merah” ujar Angel  ketika menatap wajah suaminya. Indra menganggukkan kepalanya kerana tahu siapa yang dimaksudkan oleh isterinya.
“Dia sudah banyak berhutang dengan kita dan dia akan terima balasannya nanti. Tiba saat tu saya tidak akan berbelas kasihan lagi meskipun dia merayu sebab dia sudah banyak kali menyakitikan hati saya dan orang yang saya cinta dan sayangi” ujar Indra dengan wajah yang dingin. Angel faham maksud suaminya kemudian tersenyum membalas renungan bermakna suaminya. Mereka bertatapan sambil tangan suaminya membelai titik-titik rangsangan isterinya. Dengan rela Angel  menyerah diri ketika Indra begitu tenaga dan bersemangat mengaulinya.  
Sepanjang hari Sarah menunggu berita tentang kejadian yang berlaku malam tadi. Sudah bernaskah-naskah pelbagai jenis surat khabar yang dibelinya namun tiada sebarang berita yang menyentuh tentang sesuatu yang mengembirakan hatinya. Cecair itu cukup kuat untuk membuat mana-mana bahagian kulit manusia melecur dan sekiranya terkena wajah pasti akan cacat seumur hidup. Semalam hampir separuh bahagian tubuh wanita yang cuba disingkirkannya sudah terkena cecair tersebut dan sekarang orangnya pasti sudah berada di katil hospital untuk mendapat rawatan. Sarah tersenyum sendiri apabila membayang keadaan yang bakal berlaku kepada Angel  selepas kejadian malam tadi.
“Kenapa?” soal DK apabila melihat Sarah membelek-belek surat khabar yang berada di tangannya. Jarang DK melihat anak gadisnya berminat untuk menghabiskan masa di hadapan surat khabar kecuali sekiranya ada berita atau cerita yang sedang dinantinya.
“Tak ada jugak, mustahil” desis Sarah sambil terus membelek lagi muka surat yang seterusnya.
“Apa yang tidak ada?’ soal DK yang berminat untuk ambil tahu cerita yang sedang dicari oleh Sarah.
“Takkan tak di bawa ke hospital. Memang kena semalam dan Sarah rasa muka cantik tu dah tak ada lagi dah hari ni. Kalau sembuh pasti dah macam hantu” ujar Sarah kemudian menatap wajah DK yang sememangnya menunggu penjelasannya.
“Oh! Jadi Sarah cari berita tentang yang tulah maksudnya. Mungkin dirahsiakan sebab ayah perempuan tu kan doktor” DK mula faham maksud jawapan Sarah kerana Sarah sudah memberitahunya sebelum ini cuma DK tidak pasti bila Sarah akan melakukannya. Sarah setuju mendengar jawapan DK namun hatinya belum puas selagi tidak mendengar khabar berita tentang perkara tersebut.
“Mama fikir Sarah nak buat apa sekarang. Dia orang tahu tak Sarah yang buat semua tu. Ratih kata benda ni boleh lindungi Sarah daripada dilihat sesiapa” sambil menunjukkan cincin yang berada di tangannya. Dua hari lepas sekutunya Ratih Hasna telah meminjamkan cincin itu kepadanya. Kata Ratih Hasna, cincin itu boleh membantunya menjadi seorang halimunan.
“Tapi kenapa mama boleh nampak Sarah sekarang” soal DK yang kurang yakin tentang cincin yang tersarung di jari Sarah. Kalau Ratih Hasna berbohong dan beberapa saksi nampak perbuatan Sarah semalam tentu sekali Sarah akan menjadi buruan polis dan DK tidak mahu perkara itu berlaku kepada anaknya.
“Sebab Sarah belum baca jampi menteranya. Mama tunggu sekejap” ujar Sarah sebelum bibirnya kumat kamit membaca jampi mentera yang di ajar oleh Ratih kepadanya kemudian meniup cincin yang berada di jarinya. Beberapa saat kemudian Sarah sudah hilang dari pandangan DK dan perkara itu membuatkan DK begitu teruja dan rasa takjub. Sesuatu yang kini Sarah miliki begitu hebat dan tidak mustahil dapat membantu Sarah untuk mencapai segala impiannya.
“Great, amazing! Anak mama ni memang bertuah. Kalau ada yang lain yang menarik macam ni mama pun ingin minta dari Ratih Hasna tu” ujar DK sewaktu Sarah sudah menjelma lagi di hadapannya. Selama ini memang  hidupnya memang  dikelilingi dengan pelbagai ilmu hitam yang diperolehinya daripada bomoh-bomoh hebat yang dikunjungi dari dalam dan luar negara untuk merealisasikan apa saja matlamat dan tujuan hidupnya namun tidak  sehebat yang telah Sarah tunjukkan kepadanya hari itu.  
“Sarah tak pernah kenal Ratih Hasna sebelum ini. Dia yang datang jumpa Sarah dan nak bantu Sarah sebab katanya Angel  seorang perempuan pisau cukur dan cuba mengikis harta keluarga Indra. Sebelum ni Indra adalah jodoh yang telah diaturkan oleh keluarga untuknya tapi Ratih menolaknya kerana Ratih sudah ada pilihan sendiri tapi Indra telah menghina dan memburukannya dan mengatakan bahawa Angel tu beribu kali lebih cantik dari Ratih Hasna” DK mengangguk  mendengar cerita yang disampaikan oleh Sarah. Bantuan Ratih begitu bermakna kepada Sarah demi memudahkan mereka untuk melaksanakan matlamat masing-masing. Jikalau Sarah berjaya mendapatkan Indra bererti apa saja milik lelaki itu termasuk Loka Holding juga akan mampu mereka kuasainya.

DirgantaraWhere stories live. Discover now