Angel tidak mampu mengawal stearing apabila Ratih Hasna tiba-tiba memaut dengan kuat stearing keretanya ke kiri. Keretanya terus terbabas ke belukar di tepi jalan raya yang ditumbuh tebal dengan pokok-pokok nipah. Selepas kepalanya terhantuk Angel sempat melihat seekor angsa putih terbang keluar dari keretanya. Matanya yang berpinar dan kabur apabila darah mula mengalir keluar dari dahinya yang terluka.
Angel hairan kerana beberapa buah kereta yang melalui tempat tersebut tidak memperduli dan seperti tidak melihat keretanya yang tersadai di situ. Seperti ada sesuatu yang melindungi padangan mereka membuatkan tiada siapa yang boleh nampak kenderaannya terbabas dan tersadai di situ.
Indra memberhentikan keretanya di bahu jalan kemudian menumpukan perhatiannya untuk mengesan sesuatu dan setelah menemuinya Indra terus menyambung semula perjalanan menuju ke destinasi yang telah dikesannya. Angel berada di suatu tempat dan disembunyikan oleh seseorang dan Indra harus ke sana mencarinya.
“Indra, ke arah lautan, cari arah yang bertentangan dengan matahari terbenam dan di situ jalan di hadapannya tidak kelihatan” Isti Samira menghubungi Indra selepas mengesan melalui firasatnya.
Beberapa minit memandu kereta umpama formula one, sampai di satu selekoh tajam yang menghala ke barat Indra ternampak kesan rumput yang rebah bagikan dilenyek oleh tayar kereta. Indra memberhentikan keretanya kemudian berdiri di situ sambil memejamkan matanya beberapa saat. Selepas membuka semula matanya Indra nampak bahagian belakang sebuah kereta yang terbabas di dalam belukar dan Indra sememangnya mengenali kereta itu. Di tempat duduk pemandunya ditemuinya Angel sudah pengsan dengan kepalanya berdarah. Menggunakan tenaga dan kuatannya yang luarbiasa dengan mudah Indra menarik keluar kereta Angel ke jalan raya.
“Indra” sepatah perkataan keluar dari bibirnya selepas Angel tersedar dan membuka matanya. Indra segera memindah tubuh Angel masuk ke dalam keretanya.
“Sayang, awak kemalangan, ada darah sebab ada luka di dahi tapi nampaknya luka tu sudah tertutup sebelum awak sedar tadi” beritahu Indra kemudian merebahkan sedikit kerusi keretanya supaya Angel selesa bersandar.
“Maafkan saya Indra sebab tak ikut pesan awak, saya ingat dia berniat baik” Indra mengerutkan dahinya selepas mendengar kata-kata Angel.
“Maksudnya awak bukan pergi seorang diri” Angel menggeleng kemudian mengangguk.
“Dia ingin mengenali dan melihat alam kehidupan manusia dengan lebih dekat sebab tu saya setuju untuk menemaninya tapi saya tak sangka dia ada niat yang lain” wajah Indra segera berubah mendengar cerita Angel. Tahu siapa yang Angel maksudkan Indra terus mendailkan telefon bimbitnya menghubungi seseorang dan Angel tahu pasti lelaki itu menghubungi ibunya. Jawapan yang diterimanya membuatkan wajah Indra kecewa.
“Sayang, Ratih memang ada niat jahat pada awak dan dia fikir awak mungkin akan mati apabila tiada manusia yang boleh nampak dan jumpa kereta awak” ujar Indra lantas menarik Angel ke dalam pelukannya kemudian mencium dahi gadis itu agak lama.
“Maafkan saya sebab menyusahkan awak sekali lagi” Angel merungkaikan pelukannya kemudian mendongak melihat wajah Indra yang masih lagi memeluknya.
“Awak tidak pernah menyusahkan saya tapi saya risaukan keselamatan awak. Lain kali minta pendapat saya sebelum buat keputusan. Hidup saya takkan bererti lagi kalau saya kehilangan awak” melihat wajah Angel yang nampak seperti bersalah dan air mata gadis itu kelihatan mengalir di pipinya Indra segera menyapunya dengan jari.
“Sudahlah, awak comel bila menangis tapi saya tidak suka awak menangis kerana saya akan rasa bersalah apabila melihat air mata awak” lantas dahi Angel dikucupnya sekali lagi.
“Saya cinta dan sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri” ujarnya lagi sebelum meleraikan pelukannya. Mulai saat itu Angel berjanji pada dirinya akan menjadikan kejadian kali ini sebagai pengajaran tidak akan mengulanginya lagi.
“Tolong jangan cerita pada dady” ujar Angel sambil memandang wajah lelaki di hadapanya. Indra mengangguk kemudian kelihatan lelaki itu ingin menghubungi seseorang.
“Saya nak suruh mereka tarik kereta awak ke bengkel” beritahu Indra sebelum bercakap dengan seseorang di talian. Kerosakkan kereta Angel tidaklah terlalu teruk dan mungkin boleh disiapkan dalam beberapa hari. Angel mahu Indra merahsiakan kejadian itu dari Zhafry dan cuma memberitahu kereta cuma rosak kerana langgar lari di tempat parkir.
“Angel pergi mana sebenarnya?” tegur Zhafry sebaik sahaja Indra menghantarnya balik ke rumah. Dengan idea Indra, Angel terpaksa membeli sepasang pakaian untuk menukar pakaiannya yang kotor disebabkan darah luka di dahinya akibat kemalangan tengah hari tadi. Sejak pemulihan dan rawatan yang dilakukan oleh Isti Samira selepas kejadian yang lalu, tindak balas penyembuhan diri Angel kini berlaku dengan cepat dan kesan parut juga tertutup dan hilang begitu pantas.
“Angel ke workshop sebab ada orang langgar lari belakang kereta Angel pagi tadi” Mata Zhafry membutang mendengar jawapan Angel .
“Teruk tak?” soal Zhafry pula.
“Bumper pecah tapi ada bahagian yang perlu kena spray semula. Kena tunggu seminggu juga baru boleh siap” Angel rasa alasan sudah memadai untuk meyakinkan Zhafry. Indra hanya mendiamkan diri begitu juga Isha Wristi yang baru duduk selepas membawa sedulang minuman panas ke ruang tamu.
“Macam dengan mana kursus perkahwinan tu?” soal Zhafry sambil memandang Indra.
“Selasa” balas Indra pantas.
“Tarikh kahwinnya?” soal Zhafry lagi.
“Hari Jumaat pukul 3 petang” sahut Indra kemudian tersenyum memandang Angel.
Zhafry mengangguk sebelum menghirup minuman coklat panas yang dibuat oleh isterinya.
“Indra, Angel! Mama lupa nak beritahu kamu berdua. Pakaian untuk hari Jumaat tu usah kamu berdua risau sebab kami berdua sudah sediakan. Kami beli di Bali minggu lepas dan mama percaya kamu berdua pasti sukakannya” Angel memandang Indra dan lelaki itu tersenyum kepadanya.
“Malamnya pulak dady nak buat sedikit majlis jamuan di rumah ni. Kita panggil penduduk-penduduk dekat sini dan kita panggil juga jemaah masjid untuk baca tahlil untuk arwah ibu Angel” Angel juga setuju mendengar cadangan Zhafry dan Indra juga menyokongnya.
“Eh Indra, minuman kamu tu belum terusik lagi” tegur Zhafry apabila melihat Indra tidak menyentuh minuman yang dihidangkan oleh Isha Wristi.
“Saya haus, saya tolong awak habiskannya ya” sahut Angel mencelah kemudian menghirup habis minuman di hadapan Indra. Kelakuan Angel membuatkan Indra dan Isha tersenyum dan Zhafry menggelengkan kepalanya.
“Macam mana Angel ni nak jadi isteri orang” Angel tergelak mendengar komen Zhafry tentang dirinya.
“Dady jangan kutuk Angel tau, lepas ni Angel belajar dengan mama macam mana nak layan suami, kan mama! kan!” sambil memandang Isha yang sedang tersenyum kepadanya. Wanita itu mengangguk tanda setuju.
“Yalah tu Indra, dady tunggu dan lihat saja nanti” Indra tersenyum apabila Angel mengangkat kening kepadanya.
Di Loka Holding khabar Indra dan Angel akan menghadiri kursus perkahwinan turut mengemparkan pekerjanya.
“Kursus perkahwinan?” jerit Zaleha apabila Jalita setiausaha Dato’ Haikal berbisik ke telinganya. Sue dan Zack segera menoleh selepas mendengar jeritan kuat Zaleha.
“Siapa?” soal mereka berdua serentak.
“CEO kita dan Angel ” balas Zaleha sambil mengecilkan suaranya. Sue dan Zack saling berpandangan.
“Eloklah tu, perkara yang baik jangan dilambatkan. Aku dah agak mereka berdua mesti akan kahwin. Tuan Indra tu memang serius sangat dengan Angel. Tak nak berenggang langsung. Kau tengok aje waktu Angel tak kerja hari Sabtu minggu lepas macam orang tak betul je aku tengok Tuan Indra tu” beritahu Zaleha kepada Sue dan Zack dan kedua-duanya juga sependapat dengan Zaleha.
“Tapi Angel tu baru je masuk dua puluh satu tahun, tak muda sangat ke?” soal Sue pula.
“Kalau Tuan Indra kita tu dah tak nak tunggu lagi nak buat macam mana” balas Zaleha kemudian diiringi dengan gelak ketawanya.
“Orang cantik mesti cepat laku taklah macam aku ni” tambah Sue pula.
“Hoi! Kau tu yang tak nak, jual mahal. Zack tu dah berkali-kali beri hint kau je yang tak faham" mata Sue membutang mendengar kata-kata Zaleha kerana kebetulan Zack juga turut berada di situ. Memalukan betul Leha ni, rungut Sue dalam hatinya
“Kalau kau nak kau aje kahwin dengan Zack tu” balas Sue kemudian meninggalkan Zaleha dan Zack yang sedang saling berpandangan.
“Tengok tu Zack, kan aku dah cakap tak heranlah kalau lepas ni Sue dapat tilte andalusia” sambil menunjukkan Sue dengan bibirnya. Zack kemudian tersenyum sebelum berkata sesuatu kepada Zaleha.
“Kalau macam tu esok kita berdua daftar kursus, aku nak kahwin dengan kau ajelah Leha” sahut Zack selepas itu.
“Kau biar betul Zack?” soal Zaleha sambil memandang Zack. Zack tersenyum kemudian terus menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Zack sebenarnya lebih serasi dengan Zaleha cuma gadis yang berkulit hitam manis dan berlesung pipit itu sering kenenkannya dengan Suhana atau Sue.
“Aku memang sudah lama sukakan kau, kau tu je yang sibuk-sibuk kenenkan aku dengan si Sue tu. Sue tukan suka pada Sham” Zaleha tersipu malu kemudian menundukkan kepalanya kerana malu sendiri apabila mendengar jawapan Zack. Taman di dalam hatinya tiba-tiba mekar dan rama-rama yang berterbangan menyanyi keriangan.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...