Aku Ain. Ummi Nur Ain binti Nordin Ahmad . Bukan semua yang kita inginkan dapat dalam sekelip mata. Namun aku terpaksa hilang semuanya dalam sekelip mata. Semua kebahagiaannya dirampas. Harapanya hancur dan punah. Hanya sisa sisa airmata sahaja dapat menemaninya.
" Kalau aku panggil kau pekak, kau marah ! Tapi bila dah pekak tu pekak jelah ! Mana tie aku?! Lembab! " Sergah Adam Fiqri kuat. Hari hari aku lambat pergi office! Ada bini pun tak guna! Semua kerja lembab nak mampus! Takde otak!
" Tapi abang, tie yang abang nak tu basah. Semalamkan abang dah pakai ? Harini boleh tak abang pakai tie lain pulak ? " Balasku perlahan. Takut apabila disergah dengan suami sendiri setiap hari. Ada sahaja salahnya. Semua yang dilakukan semua tidak kena dimata suaminya. Semua kebaikanya dicampak dan dipijak pijak sehingga rapuh.
Pang !
Aku sudah terjelopok ke atas lantai. Hanya airmata sahaja dapat menemani hari hariku sepanjang bergelar isteri kepada Adam Fiqri. Sepanjang masa itulah aku dijadikan hamba didalam rumah sendiri. Dilayan jijik tanpa sedikit sekuman pun bahagia. Badan dan tubuhku semuanya lebam dan biru. Habis dikerjakan oleh suamiku jika ada sahaja yang tidak kena.
" Kau pergi ambik cepat tie tu aku nak pakai! Tak kiralah kau nak buat apa pun dengan tie tu, aku tahu dah kering! Kau faham tak?! " Arah Adam Fiqri sambil merentap wajahku dan ditolak ke lantai. Ada otak tak boleh pakai! Baik aku kisar je kepala otak kau tu!
Aku hanya menangis. Itu sahaja yang aku tahu. Itu sahaja yag aku mampu buat selama bergelar isteri kepada Adam Fiqri. Itu sahaja yang dapat menemani aku disetiap keinginanku untuk menjerit aku sudah tidak tahan diperlakukan seperti orang yang tidak layak hidup.
Mungkin ditakdirkan aku hanya perempuan yang kerdil. Perempuan yang tidak layak hidup bahagia walau sekelumit bahagia pun. Aku sudah lama terima jika ini adalah suratan hidupku meskipun hatiku sendiri perih untuk menahan semuanya.
Tali leher berwarna biru berjalur hitam itu aku gosok perlahan perlahan. Takut terbakar seperti hari pertama aku bergelar isteri kepada Adam Fiqri. Baju kemeja pemberian abang iparnya berlubang kerana terlalu panas. Adam Fiqri bertindak melubangkan baju pengantinku bersamanya. Pedih hati tiada siapa yang tahu.
" Kau buat kerja macam mana? Baju ni licin kau tau tak! Yang kau bebal sangat ni kenapa? Kau tak sekolah ke, bodoh ? Pagi pagi dah buat aku marah! Kau tahu tak baju ni mahal? Lagi mahal dari harga diri kau , kau tahu tak ?! Aku tanya kau tahu ke tak! " Adam Fiqri semakin kuat menarik narik rambut isterinya. Dilibas badan isterinya itu menggunakan baju yang berlubang tadi.
" Abang, maafkan Ain. Ain tak sengaja. Sakit abang. " Rintihku. Namun sehingga kini rintihan itu tidak pernah dihiraukan. Rintihan itu menjadi peneman setiap kali aku tidak kena pada matanya. Bagai kuman yang tidak pernah mati.
" Weyh sial, mana tie yang aku nak tu ? Cepat! Aku dah lambat! Kau buat kerja pun lembab ke ? " Jerit Adam Fiqri yang sedang menyarungkan sarung kaki. Ikutkan hati aku, aku nak je sepak kau dengan tapak kaki aku!
" Ni dia abang. " Aku menyerahkan tali leher itu kepada Adam Fiqri dengan segera. Tali leher itu direntap kuat oleh Adam Fiqri daripada tanganku. Aku hanya mengetap bibir menahan sakit.
" Buat kerja pun lembab! " Adam Fiqri menolak kepalaku sehingga terpaling. Dia terus mencampak briefcase di tempat duduk belakang. Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
Sekali lagi aku menangis. Menangis. Menangis dan terus menangis. Jika ini yang harus dia bayar untuk sepanjang hidup lelaki itu, dia sudah lama merelakan. Jika ini dapat menghilangkan sedikit dosa yang dia perbuat. Dia sudah lama menerima.
Dia sanggup berkorban masa depanya sebagai designer. Sungguh dia amat kecewa impianya mati begitu sahaja. Namun harapanya tidak pernah mati. Malah setiap kali dia ada masa dia akan menghabiskan masa melukis. Hidupnya. Kecewanya. Semuanya dihamburkan dalam lukisan itu.
Dia sendiri ingin mereka pakaian pengantin untuk hari perkahwinannya namun semuanya sia sia. Baju pengantinya dilubangkan oleh Adam Fiqri. Mungkin pada lelaki itu dia hanyalah isteri diatas kertas. Kertas kosong yang sepi tanpa sedikit warna yang mencoraknya.
Dia rindukan kebebasan bersuara. Rindu kepada ibu. Rindu kepada abah. Namun selepas bergelar isteri kepada lelaki itu tawanya terus mati. Senyumananya tidak bermaya. Hatinya kosong. Mungkin kini dia perlu sedar takdir peritnya terbentang luas dihadapanya saat ini.
Semuanya menjadi kelam dan samar samar.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...