Bab 37

12.3K 183 2
                                    

Adam memangku anak sulong mereka dengan penuh kasih sayang. Afeef namanya. Dikucup pipi mulus anak itu sebelum meletakkanya semula didalam incubator. Walau lahirnya tidak cukup bulan, dia masih bersyukur dia masih diberi peluang untuk bergelar menjadi seorang ayah. Hanya satu sahaja yang berjaya diselamatkan. Hanya Allah sahaja tahu betapa remuknya perasaanya kini.

Semua ni salah aku. Kalau aku tak tolak dia, benda ni semua takkan jadi. Anak aku takkan bahaya. Kejamnya aku. Apa gunanya aku ni sebagai seorang suami yang menyakiti isteri sendiri ? Macam mana aku nak tebus semua salah aku pada Ain ? Apa patut aku buat sekarang ?

Lagipun kau jugak yang kata dalam perut Ain tu belum tentu anak kau. Kau kata tu anak haram dia dengan Yazid. Sekarang apa yang kau nak tangiskan sangat ? Kau bukan ke sepatutnya puas dengan apa yang kau buat ? Bisik akal Adam Fiqri.

Tak ! Aku tak sengaja tertolak dia ! Waktu tu aku tengah marah ! Aku geram ! Aku tak ada niat nak buat Ain macam tu ! berhentilah salahkan aku ! Aku sayangkanAin ! Anak tu anak aku ! Bukan anak yazid ! Balas hati Adam Fiqri pula.

Perasaanya kini bercelaru. Apa yang patut aku buat untuk tebus semuanya ? Apa yang patut aku buat ?! Apa ?! Bagitahu aku !

Kau ceraikan Ain ! Kau ceraikan Ain ! Ain terseksa sebab kau ! Anak korang mati sebab kau ! Dahlah Adam ! Berhenti seksa perasaan dia !

Tak ! Aku takkan ceraikan dia !

" Aku tak nak ! " Jerit Adam Fiqri kerana terkejut sapaan adiknya Nazrul. Mimpi rupanya. Adam Fiqri mengusap dada.

" Adam, kau kenapa ? Nampak macam terkejut. " Nazrul mengusap ngusap bahu adiknya. Mungkin adiknya mengalami tekanan perasaan dengan apa yang telah terjadi.

" Takde pape. Aku okay. " Adam Fiqri mengucap panjang. Semuanya hanya fikiranya yang sedang bercelaru.

" kau kena tabah. Kau kena kuat untuk anak kau ni. Dia masih perlukan kau dan Ain untuk hidup sempurna. Kau kena jadi ayah yang baik untuk dia. Kau tak boleh nampak lemah macam ni. Kau kena kuat untuk anak korang. Kau doalah agar Ain cepat sedar. " Pujuk Nazrul. Jatuh simpatinya.

" Aku tahu ngah. Aku kena kuat untuk dia. Untuk Ain. Semua ni memang berpunca daripada aku. Kalau aku tak tolak dia, aku tak ragukan cinta dia, semua ni takkan jadi. " Balas Adam Fiqri penuh rasa bersalah. Andai sahaja semua ini tidak terjadi, anak mereka tidak akan menjadi mangsa.

Dia tahu adiknya saat ini sedang diuji. Nazrul merenung ke arah anak buahnya. Direnung sekilas wajah itu. Bertahanlah untuk mama dengan ayah ya ? Ucap Nazrul dalam hati.

" Adam dah buat keputusan. Adam akan sorokkan Afeef dari pengetahuan Ain. Adam tak peduli. Adam tahu yang terbaik untuk anak Adam. Adam harap semua orang akan faham. " Ucap Adam Fiqri tanpa takut.

" Kau gila ? Ain tak sedar lagi dan dia tak tahu sama ada anak korang berdua selamat. Kau ada niat nak sorokkan Afeef daripada pengetahuan dia ? kau hilang akal ke Adam ? " Marah Yazid. Baju abangnya dicekak. Geram ! Cadangan kau memang gila ! Sanggup kau buat Ain macam ni ?!

" Apa yang Adam fikir sekarang ni sampai tergamak nak sorokkan Afeef ? " Marah Datin Adibah. Hatinya cukup geram dengan tindakan bodoh anaknya ini ! Kini ingin mengambil keputusan yang tidak masuk akal ini ?

" Ma, Adam tahu ni semua salah Adam. Tapi Adam nak mama tahu yang Adam buat semua ni sebab sayangkan Ain. Adam akan libatkan Mak lang dalam hal ni. Terserah mama nak cakap apa pun. Adam rasa, nilah jalan yang terbaik untuk Afeef. " Balas Adam Fiqri tegas. Maafkan Adam, ma.

Adam Fiqri berasa amat gembira dia masih diberikan peluang bergelar seorang ayah walaupun tidak dapat melihat anak keduanya hidup. Dia amat bersyukur. Terasa tangan anak sulongnya masih menggenggam tanganya seperti tadi.

Syaf merenung mata Yazid. Dirasakan saat ini adalah bakal suaminya ini masih menaruh perasaan kepada Ain.

'Kenapa abang masih sorokkan perasaan abang pada Ain ? Kalau betul abang tak sayangkan Ain, kenapa abang marah sangat dengan keputusan Adam ? Abang memang tak sayang Syaf. '

Syaf terus berlalu meninggalkan ruang itu. Hatinya saat ini berbelah bahagi. Dapatkah dia menerima Yazid sedangkan hati Yazid tidak ada padanya ?

Yazid yang perasankan perubahan riak wajah Syaf, terus langkah kakinya mengejar tunangnya itu. Kali ini dia sedar dia masih sayangkan Ain. Ain adalah segala galanya dalam hidupnya. Walaupun Ain bukan menjadi miliknya, namun hatinya tetap akan menyanyangi Ain sama mana dia sanggup menunggu Ain.

Abang minta maaf Syaf. Memang. Sampai sekarang abang masih tak dapat hapuskan perasaan abang pada Ain. Walau buruk macam mana pun masa silamnya dengan papa, abang cintakan dia dah lama. Abang minta maaf Syaf.

Kereta Syaf baru sahaja meninggalkan perkarangan hospital. Yazie tidak sempat mengejarnya. Hanya mampu menghantar pandanganya ke arah kereta yang telah berlalu pergi. Akhirnya Yazid bengang sendiri. Maafkan abang, Syaf. Bukan niat abang tipu Syaf. Ain cinta pertama abang. Syaf tahukan cinta pertama memang susah dilupakan. Maafkan abang, Syaf.

" Ain, kenapa kau buat aku macam ni ? Kau tahu aku sayangkan Yazid. Tapi, kenapa Yazid tetap pilih kau ?! Kenapa ?! Apa kurangnya aku ? Apa lebihnya kau pada abang Yazid ? Kau janji dengan aku. Kau janji yang kau nak tengok aku bahagia dengan Yazid. Tapi kau tipu. Kau sayangkan Yazid lagikan ?! "

Pin !!

Arghhhhhhhhhhhhh !

Orang ramai mula mengerumuni jalan raya. Disuatu sudut kemalangan itu, terselitnya Yazid. Perasaannya kaku melihat tubuh Syaf yang cuba dikeluarkan daripada kereta.

Tak ! Tak mungkin !

Lama dia kaku. Seolah olah kakinya lumpuh tidak mampu bergerak. Dia tidak mahu kehilangan Syaf dalam hidupnya. Meskipun dia tidak sungguh mencintai Syaf. Sehinggalah Syaf dibawa oleh ambulance jauh daripadanya.

Dia masih tidak percaya apa yang sedang berlaku dihadapan matanya. Sungguh jiwanya lemah saat ini.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now