Bab 9

15.4K 278 1
                                    

Adam Fiqri menemui adiknya Yazid. Dia ingin tahu apa alasan sendiri adiknya itu mereka cerita tentang keguguran isterinya Ummi Nur Ain. Mungkin sengaja hendak menjatuhkan airmukanya depan Datin Adibah. Dari dahulu lagi adiknya itu suka menjatuhkan egonya.

 " Kau pahal? Cakap dengan mama yang Ain gugur ? Kau sengaja nak jatuhkan airmuka aku betul tak? " Tanya Adam Fiqri kasar sebaik sahaja ternampakan adiknya itu masuk ke ofis. Geram dari hari itu disimpan. Dalam banyak banyak perempuan dalam dunia ni kenapa isterinya jugak yang dia kenal?

" Kau nak mama tahu yang kau belasah bini kau tu, tu ke maksud kau ? " Marah Yazid semula. Dia merenung tepat ke wajah abangnya. Tidak pernah bersangka baik denganya. Dia hanya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia hanya mahu menyelamatkan Ain.

" Kau tak payah nak berdalihlah. Kau memang sengaja je cari psal dengan aku! " Bidas Adam Fiqri. Perasaanya bagai hendak membunuh sahaja adiknya itu. Geram. Penyibuk! Jangan mentang mentang kau kawan dengan dia kau boleh terima dia jadi perempuan simpanan papa!

" Lagipun kau bukannya rasa terkilan sangat. Aku percaya kau pun tak pernah sentuh dia. Kau tak payah nak tunjuk rasa kecewa kau kononnya yang anak korang dah tak ada. Kau dengan dia suami isteri atas kertas je kan? " Duga Yazid. Memang aku sengaja. Ain tu sepatutnya jadi milik aku bukan milik kau ! Kau tak payah nak beranganlah!

" Kenapa pun kalau aku tak pernah sentuh dia ? Kau jangan sibuk hal aku! " Tengking Adam Fiqri kasar. Kau baru je balik. Kau pahal nak sibuk aturkan hidup aku pulak! Tak guna !

" Aku malas nak bertekak dengan kau. Sekarang ni kau keluar. Jangan kacau aku. " Kata Yazid kasar. Dia memang sengaja ingin mencabar ego abangnya itu. Perangai tidak pernah berubah. Berbeza dengan kaklong dan abangnya yang kedua. Kau tak payah nak beranganlah!

Adam Fiqri meneraburkan barang barang milik Yazid. Dia terus beredar dengan rasa sakit hati masuk ke ruang pejabatnya. Masih geram dengan sikap adiknya. Dari dulu suka menyusahkan hidup aku !

Kau nak sangat ke tengok aku ada anak dengan Ain sampai kau cakap aku macam tu? Macamlah aku heran sangat. Kau tengok jelah nanti. Bisik hati kecil Adam Fiqri.

Dia terus menanggalkan cermin matanya dan diletakkan ditepi meja kerja. Berserabut dengan apa yang terjadi. Kau tunggu jelah Yazid. Ain akan mengandungkan anak aku !

Adam Fiqri balik dalam keadaan yang masih kesal. Geram dengan tindakan adiknya, Yazid seolah olah memperlekehkan dirinya sebagai seorang lelaki. Dia singgah ke klinik berdekatan untuk membeli alat pengesan kandungan untuk Ain.

'' Kalau melekat je nanti, aku yang belagak depan kau! '' Adam fiqri penuh riak. Mana mana lelaki ego pun akan kalah bila dipancing dengan nafsu. Inikan pula dia?

Aku ketika itu sedang memasak di dapur untuk hidangan waktu malam. Aku tahu Adam Fiqri gemarkan masakan kampungnya. Buktinya dia akan menyuruh aku memasak setiap kali dia balik daripada ofis dengan alasan untuk berjimat. Tak lojik ! Sekali bila makan asyik tambah je. Aku tersenyum seorang diri.

Apahal dengan aku ni? Tiba tiba je ingatkan lelaki tu ? Merepek jelah kau ni, Ain. Dahlah senyum sorang sorang. Kalau Adam Fiqri nampak kau senyum sorang sorang macam ni bayangkan dia, macam mana ? Hish ! ' Kataku seorang diri terus mematikan lamunan tadi. 

Adam Fiqri menapak naik ke tangga. Badanya melekit. Dia mahu mandi dengan segera untuk menyegarkan badan. Pada waktu malam nanti dia akan memaksa Ain untuk menguji alat kehamilan yang baru dibelinya di farmacy. Dia tidak suka Yazid memperlekehkan dirinya. Egonya seperti tercalar.

" Nanti lepas makan aku nak suruh kau buat sesuatu. " Kata Adam Fiqri memecah kesunyian. Sejak kejadian itu, dia sudah baik melayaniku. Sudah ingin makan semeja denganku. Walaupun sikapnya masih dingin dan beku.

" Abang nak Ain buat apa ? Paksa Ain puaskan nafsu abang lagi ? Tu Ain taknak ! " Balas ku sedikit jerit. Selama ni aku dah banyak ikut cakap kau. Kau paksa aku macam macam. Kau ingat aku ni apa ?

 " Kau boleh tak jangan fikir bukan bukan ? Pasal tu aku takkan paksa kau dah. " Balas Adam Fiqri perlahan menjeling mataku. Aku nak paksa kau puaskan nafsu aku bila bila aku boleh buat.

Tapi sekarang aku nak pastikan kau mengandungkan anak aku dulu. Aku taknak Yazid perlekehkan aku ni lelaki pengecut. Aku nak mama pandang tinggi dengan aku. Aku bukan lelaki pengecut. Nasiblah kau, Ain. Kau yang nak sangat jadi bini aku. Bukan ke tanggungjawab isteri bagi suami zuriat ?

" Habis apa pulak kali ni ? Apa yang abang nak buat kalau bukan puaskan nafsu abang macam abang paksa Ain selama ni ? Abang jangan nak tipu Ain. " Balasku sedikit kasar. Kalau tak apa Adam? Kau nak buat apa? Lelaki macam kau ni mana puas kan ? Adam Fiqri. Aku takkan rela kalau benih kau ada dalam rahim aku. Aku takkan rela!
   
Adam Fiqri menanti penuh sabar isterinya. Apa yang buat lama lama dekat dapur tu ? Kau bersihkan dapur ke kau buat dapur ? Lambatlah ! Kau ni sengaja nak buat aku tertunggu tunggu. Adam Fiqri terus menunggu kelibat isterinya masuk menapak ke bilik mereka. Mereka memang berkongsi bilik yang sama. Tapi bukan berkongsi katil yang sama.

" Kau buat apa lama lama dekat dapur tu ? Aku dah tak sabar ni " Tanya Adam Fiqri keras ke telingaku sebaik sahaja aku menguak pintu bilik. Terkejut aku dibuatnya apabila Adam Fiqri menarik lenganku kasar.

" Abang nak Ain buat apa ? Tak sabar nak koyakkan baju Ain lagi ? Cukuplah abang. Ain taknak. " Aku berkata lantang. Tak sabar. Tak sabar. Aku sepak kejap lagi baru tahu. Kau fikir aku ni apa ? Patung ?

" Nah. Kau ambik ni. Kau tahu nak buat apa kan? Aku tak tahu dan aku tak nak tahu macam mana kau buat. Aku nak kau buat malam ni jugak. Aku tunggu dekat luar. " Adam Fiqri menyerahkan alat ujian kehamilan itu pada tanganku. Dia menolakku sehingga ke pintu bilik air.

" Apa ni ? Abang nak buat apa sebenarnya ? Kalau Ain pregnant abang ada niat nak paksa Ain gugur, kan ? " Aku memberhentikan langkahku. Tertanya tanya kenapa Adam Fiqri beria ria menyuruhnya membuat ujian kandungan itu.

" Kau jangan nak mengarutlah. Aku bukannya kejam sangat sampai nak bunuh zuriat aku. Aku cuma nak tahu kau pregnant ke tak. Dah buat cepat. Aku rendam kau dalam kolam nanti. " Ugut Adam Fiqri. Dia terus menolakku kedalam bilik air dan menutup kasar pintu bilik air itu.

     

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now