Macam mana nak mandi ? Baju salin pun dah tak ada. Dahlah tiga helai je aku bawak datang sini. Adam tak cakap dengan aku pun berlama lama dekat sini. Dia ni nak duduk terus ke macam mana ? Aku akhirnya mencapai kunci kereta Adam Fiqri dan terus menuruni anak tangga.
" Kau nak pergi mana ? Tak reti reti nak mintak kebenaran aku dulu ? " Adam Fiqri memeranjatkan aku yang ingin menutup pintu kereta. Ingatkan tak ada dekat rumah. Terkejut aku dibuatnya.
" Ain nak pergi balik rumah kejap. Kejap je abang. Ain nak ambik baju. Asyik baju yang sama je Ain pakai. " Aku bersuara. Adam Fiqri masih merenungku dan menghalang aku daripada menutupi pintu kereta.
Apa lagilah dia ni. Mana aku ada dia ada. Lepas tu asyik nak sibuklah aku buat apa. Aku kutuk Adam Fiqri dalam hati.
" Kau jangan mengada ngada boleh tak ? Aku lempang kau kejap lagi. " Marah Adam Fiqri. Dia mencabut kunci keretanya dan digenggam kemas. Nak keluar tak nak bagitahu. Ada hati pulak tu pakai kereta aku. Sekeh kepala tu baru tahu.
" Takpalah kalau abang tak bagi. Tepi sikit. Ain nak keluar. " Aku seakan merajuk. Wajahku mula pudar. Geram dengan tindakan Adam Fiqri yang suka bertegas.
Dah kalau suami kau ni kedekut. Nak buat macam mana lagi. Kau pergi mandi pakai baju ni balik. Rasa nak debik je muka dia tu. Tak bersakah langsung. Tak bertimbang langsung punya Adam Fiqri ! Malu tahu tak asyik pakai baju sama je.
" Tak payah balik. Beli baju dekat luar. Lagipun baju kau banyak koyak sebab aku. " Balas Adam Fiqri menundukkan wajahnya mendekati wajahku.
Aku menolak sedikit tubuhnya dari mendekati tubuhku. Nak beli baju dekat luar macam aku ni kaya sangat je macam kau. Nak beli lipstick pun aku berkira. Ni nak beli baju ? Memang taklah. Kau kaya bolehlah sembang kencang on the spot.
Adam Fiqri membelek wajah isterinya denyan renungan matanya. Nampak macam resah semacam je. Kenapa ? Hmm. Takut tak ada duitlah tu. Nak beli baju je pun. Kesian pulak aku tengok kau asyik pakai baju yang sama. Baju kurung lusuh kau ni. Memang out to date !
" Tapi Ain tak ada duit nak beli. " Aku mula mencebik. Aku mula memujuk Adam Fiqri agar tidak membeli baju diluar. Bukan tak nak beli. Tapi .... cuma tak nak membazir. Adam Fiqri ni setan sebab tu suka membazir ! Hah kena pun kau ! Huish pendosa tanpa noktah kau ni weyh.
Duit nafkah Adam Fiqri bagi selama ni pun banyak lagi dalam bank. Cuma tu untuk bukak butik. Cuma hanya tinggal minta izin dengan Adam Fiqri je nanti. Itu pun belum tentu dia bagi. Ni lagilah aku dah mengandung. Adam Fiqri mana bagi aku keluar rumah. Aku dah macam duduk dalam penjara.
" Kau jangan banyak songehlah. Kau keluar. Biar aku yang drive. " Adam Fiqri menarik lenganku segera keluar dari tempat duduk memandu. Aku hanya menurut.
Aku banyak songeh. Banyak cantik muka kau ? Habis kau ? Cerewet. Mengada ! Suka paksa paksa. Aku balun kau dengan kasut aku baru tahu ! Aku mula geram dan terus mendapatkan tempat disebelah pemandu. Patutlah kemas semacam. Rupanya nak kacau mood aku .
Adam Fiqri membawa aku ke Mall. Aku hanya menurut sahaja dan membiarkan sahaja Adam Fiqri menggenggam tanganku. Kenalah beli baju kurung besar sikit. Nanti tak pasal pasal tak muat. Perut aku tak lama je lagi besarlah dia. Aku melepaskan keluhan.
Setelah hampir dua puluh minit aku berjalan jalan dengan Adam Fiqri, kaki ku mula lenguh. Aku kini mudah penat dan letih. Tidak boleh berdiri lama lama. Tapi dah dua puluh minit aku berjalan. Tapi satu barang pun aku tak beli lagi. Buang masa je Adam Fiqri ni.
" Ain tak nampak pun baju kurung dekat sini. " Luahku geram. Aku mula melepaskan tanganku daripada digenggamnya. Aku terus beredar mendahului Adam Fiqri meninggalkannya terkulat kulat di situ.
Adam Fiqri berjalan laju mendapatkan isterinya. Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah keluar berdua dengan isterinya itu.
Baru kali ini dia berjaya menemani isterinya keluar. Ya, dia mengaku dia ingin sekali meluangkan masa dengan isterinya itu.Baru jalan sikit dah mengeluh. Kau ni pun satulah Adam. Bini kau tu cepat penat sebab bawak anak kau tu. Kau tahu mengarah je kan ? Sabarlah sikit. Fahamikah orang mengandung ni cepat penat. Kau tahu buat je bukanya fikir penat. Adam Fiqri menasihati hatinya sendiri.
" Ni Kl lah. Kau boleh tak jangan bawak imej kampung kau tu. Baju kurung macam kau pakai ni dah out to date. Dekat kampung kau adalah kot. " Adam Fiqri terus mengheret lenganku masuk kedalam salah sebuah gedung pakaian.
Aku hanya diam. Aku menjelingkan mata ke atas. Ikut jelah Ain. Kalau kau bantah tak pasal pasal dia hayun kau dengan timun lagi. Dah lama tau dia tak hayun kau dengan timun. Baik kau jangan macam macam. Aku menasihati diri.
" Kau ikut aku. " Kata Adam Fiqri. Dia terus mengheret lenganku dan berhenti di satu sudut. Dia mencapai beberapa helai baju blouse dan dilekatkan ke tubuhku. Aku hanya mengeluh dan terus mengeluh.
" Nah pegang. " Aku terkejut dengan sergahan Adam Fiqri dan terus menyambut beberapa helai baju pada tanganya. Hish dia nih. Dia nak buat apa beli baju banyak banyak ni ?
Aku hanya diam membisu. Mengikuti sahaja gerak kakinya mengatur langkah. Kalau ikutkan hati dah lama dah nak debik. Sabar jelah. Aku mengeluh lagi.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...