Ketukan pintu memeranjatkan ku. Mama pula suruh aku membukanya. Tanpa berlengah aku membukanya. Alangkah aku disapa dengan perasaan terkejut. Apa keluarganya buat disini ? Hendak sahaja dia menghalaunya. Sudah beberapa bulan baru kali ini keluarganya itu datang dan menjenguknya ?! Sungguh tak patut ! Dahlah ada Reen sekali ! Naik rimas dan muak dibuatnya.
" Kenapa tak cakap nak datang ? " Aku bertanya sinis. Tanpa mencapai tangan abah mahupun Mak cik Mas. Aku memandang Reen dengan jelingan. Buat apa minah ni ikut ? Semak jelah. Buat aku lagi loya je.
" Kenapa ? Kau tak suka ke kitaorang datang hah ? " Balas Reen terus memasuki rumah tanpa aku mengajaknya. Biadap sungguh ! Tak reti malu.
Reen mencebik. Dah kahwin dengan orang kaya kau nak belagak pulak. Eh kau fikir aku tak pernah datang sini ke ? Hati Reen mengutuk. Dipandang dari atas bawah pakaian ku. Apa yang tak kenanya ?
" Bukan macam tu maksud aku kalau bagitahu nak datang boleh aku masakkan apa apa. Bolehlah aku dengan senang hati sedekahkan Al fatihah. " Balasku perlahan pada cuping telinga Reen. Erti kata lain, meracuninya. Aku hanya menangkap wajah keruh abah. Fitrah dan Dhamiri pun ada sama ? Mujur sahaja dia tidak bertemu dengan abang tirinya lagi seorang, Farid. Benci sungguh melihat wajahnya.
" Dekat sini kau bolehlah cakap besar. Kalau bukan dekat sini, dah lama aku sumbat cili dalam mulut kau tu ! " Balas Reen geram. Aku tersenyum sinis. Ingat aku takut ? Kau siapa aku perlu takut ? Sumbatlah sumbat !
" Siapa? " Tanya Datin Adibah. Begitu lama aku di pintu. Dia tertanya tanya siapakah gerangan yang datang. Aku haaya diam dan membisu. Tak sempat nak halau dah.
" Ouh En Nordin dengan Pn Mas. Kenapa tak cakap nak datang ? Terkejut saya dibuatnya. Hah, masuklah. " Ajak Datin Adibah. Dia terus berlalu meninggalkan aku di sudut pintu. Aku hanya bungkam tidak berkata apa lagi.
" Ain apa khabar ? " Sapa Dhamiri. Aku terkejut melihatnya dihadapanku sekarang. Sudah lama tidak berjumpa dengan lelaki itu. Ya, sudah hampir tiga tahun tak jumpa.
Dhamiri terlalu sibuk di negara orang. Kini baru berkesempatan di balik ke Malaysia. Dia sambung belajar disana. Sejak lelaki itu pergi, tiada siapa lagi yang dapat membela nasib dia dan ibu. Aku sangat gembira dapat berjumpa dengan Dhamiri.
" Abang Mir ? Bila abang balik ? " Aku bertanya kepadanya dengan perasaan gembira. Sudah lama tidak bergurau dengan lelaki itu. Baru semalam rasa main kejar kejar dekat Penang. Kalau ibu ada mesti dia gembira dapat tahu Dhamiri dah balik.
" Dah sebulan abang balik. Ain apa khabar ? " Dhamiri menyorok wajah malunya. Dia rindu dengan wanita dihadapanya. Rindu. Sungguh tiga tahun berada di negara orang membuatkanya rindu dan gila bayang. Namun hatinya hampa tatkala adiknya Fitrah memberitahu bahawa aku sudah pun berkahwin.
" Ain sihat abang. Masuklah. " Aku mempelawa Dhamiri masuk. Aku terus memeluk Fitrah. Rindu sungguh untuk berjumpa dengan Fitrah. Fitrah adalah adik beradik tiri yang agak rapat dengan ku selain Dhamiri.
Kalau ada ibu mesti dapat berkumpul macam dulu balik. Rindunya ! Aku akhirnya mengeluh sendiri. Kaki ku hayunkan malas ke arah dapur. Baru kali ini keluarga tak serupa keluarganya itu menjenguknya ? Macam ada yang tak kena je. Bawak beg besar besar nak duduk sini ke ? Kenapalah bawak minah tu sekali ? Kau tahu aku tak suka ! Nenek tua tu pun ada sekali. Haish. Aku mengeluh dalam hati. Hendak sahaja mengajak Adam Fiqri balik ke Gombak sekarang juga.
Malas nak hadap wajah Reen. Rasa hendak dihalau keluar sahaja tadi. Benci betul ! Namun di hadapnya juga penuh terpaksa. Nak buat macam mana ? Dah ada depan mata. Ingat lepas kahwin dah tak jumpa dia. Benci betul.
" Kenapa kau ajak dorang datang sini ? Kau tahu tak aku tak biasa kan ? Kau ni memang nak kenakan aku ke apa ? " Adam Fiqri mengejutkan aku secara tiba tiba. Apa ni bisik bisik ? Macam tak ada kerja lain je. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik aku tak buat air panas. Kalau tak dah lama dah aku simbah !
" Ain pun tak tahu. Ain terkejut jugak tiba tiba abah dengan umi datang. Abang nak marah sangat kenapa ? " Aku membalas acuh tidak acuh. Mataku merenung Adam Fiqri. Wajahnya menunjukkan dia tidak gembira dengan kedatangan keluarga ku ke sini. Aku pun sama. Gembira tak. Sedih pun tak. Biasa je. Hmm. Aku mengeluh berat. Lagi berat dari tadi sebenarnya. Hmm. Tengok ! Mengeluh lagi.
" Kau suruh dorang baliklah. Nafas aku rasa nak tercabut kau tahu tak! " Desak Adam Fiqri. Dia merenungku sedalam mungkin.
Pulak dah ? Hmm. Dah agak dah. Tengok muka kau pun aku dah tahu kau tak suka dorang ada dekat sini kan ? Perangai ! Hish ! Takkan aku sampai hati gila nak halau ? Agak agak lah. Dorang tu baru sampai kot. Kau nak halau, kaulah halau. Hadoii.
" Abang ni kenapa ? Dorang tu baru je duduk tau tak ! Minum pun belum lagi. Agak agaklah." Aku berkata perlahan. Susah nak jumpa orang kaya berbudi bahasa ni. Bahasa semua ke laut. Aku terus meneruskan bancuhan air yang tergendala akibat kehadiran Adam Fiqri ke dapur. Kacau je orang buat air. Orang dekat dapur dia pun nak duduk dapur. Semaklah ! Marahku dalam hati.
" Aku bukan apa. Tak biasa dengan keluarga kau tu. Kenal pun tak sangat. Kekok lah aku. Dah kalau dah tak biasa nak buat macam mana lagi ? Bukan nak bagitahu nak datang. Main terjah je. " Rungut Adam Fiqri.
Adam Fiqri menyenggol lenganku membuatkan aku terkejut. Seronok ke cakap dengan angin ni ? Bahasa pun sepoi sepoi je kan ?
" Woi ! Aku cakap dengan kau ni. Kau dengar tak aku cakap ni ? " Luah Adam Fiqri geram. Dia menjeling tajam wajahku. Hish orang cakap dengan dia buat dek je. Lagi sakit hati cakap dengan bini sendiri daripada cakap dengan dinding. Adam Fiqri mengutukku dalam diam.
" Nah. Bawak pergi depan. Abang jangan nak mengelak. Ain cakap bawak pergi depan, abang bawak je. " Aku menghulurkan dulang ke tangannya. Daripada dia bising dekat sini baik ada faedahnya dia tolong aku. Ni tak. Asyik nak merungut itu ini. Apa ? Aku bukan tiang !
Aku terus meninggalkan Adam Fiqri yang terkulat kulat menahan geram. Padanlah muka kau ! Alang alang kau memekak baik kau senyap. Tolong aku bawak air hidang dekat depan. Aku menahan gelak.
" Woi! Ain ! Ain! " Adam Fiqri memanggil namaku. Namun aku buat selamba dan terus melangkah ke ruang tamu. Malas nak layan. Siapa suruh datang dapur ? Kenalah tolong kan ? Aku gelak dalam hati. Tak dapat membayangkan wajah Adam Fiqri menahan geram.
Tunggulah kau ! Kau saja nak main mainkan aku ! Kutuk Adam Fiqri. Matanya menghantar kepergianku meninggalkanya didapur. Akhirnya Adam Fiqri turutkan sahaja.
Geram!
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantikMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...