Bab 27

13.6K 204 5
                                    

      " Adam apa ni ! " Datin Adibah merapatiku yang terjelopok jatuh ke atas lantai. Sampai saja dirumah, aku diheret macam lembu. Seksanya. Tubuhku didorong kasar. Macam mana dia boleh tahu aku nak gugurkan anak dia ? Dia mesti ikut aku sampai klinik tadi. Sebab tulah dia tangkap aku macam penjenayah.

      " Mama tanya dengan perempuan ni sendiri ! " Balas Adam Fiqri terus  berlalu meninggalkanku.

Aku hanya mampu diam. Memeluk lengan Datin Adibah. Aku sudah tidak berkata apa selain merenung Adam Fiqri yang sudah pergi beredar naik ke bilik. Aku sudah berderai dengan air mata. Aku mengetap bibir. Perlahan lahan aku bangun semula selepas dibantu oleh Datin Adibah.

Aku bertapak ke bilik perlahan lahan. Seakan lemah segala sendi dan nadiku apabila semuanya sudah berakhir. Aku masih berdiri menghadap Adam Fiqri yang sedang berbaring di atas katil. Aku mengetap bibir lagi. Perutku mula senak. Langkahku tiba tiba sahaja berhenti.

Aku memegang perutku. Seakan ada sesuatu yang menyentap didalamnya. Aku memandang celah kaki ku yang sudah pekat mengalirkan cecair pekat. Takkanlah aku ?

       " Adam, tolong aku. Perut aku. "Aku memanggil Adam Fiqri lemah sebelum aku terkulai layu didalam dakapanya. Aku sudah tidak sedarkan diri.

Adam Fiqri memapahku perlahan lahan menghadap Dr Aqira. Senak diperutku sudah beransur hilang. Aku hanya mengenggam tangan Adam Fiqri. Takut dengan apa yang hendak dikhabarkan oleh Dr Aqira.

      " Kalau awak teruskan abortion ni, saya taku awak ada masalah serius pada rahim awak, Ain. Awak tu perempuan. Awak dah tak nak mengandung lagi ke ?" Jelas Dr Aqira panjang lebar.

Aku akan hilang rahim aku ? Aku dah tak boleh mengandung lagi ? Aku mula mengetap bibir lama. Aku mula mengalirkan air mata. Aku mengusap sepi perutku. Mataku redup memandang perutku yang masih kempis. Maknanya aku akan mandul ? Tak ! Tak nak ! Aku tak nak !

      " Terima kasih sebab tolong aku.  " Ucap Adam sebelum berlaku membawaku keluar dari bilik itu. Adam Fiqri memandang sepi wajah isterinya yang sudah basah dengan air mata. Kata kata menyakitkan. Dia tidak mahu isterinya itu kehilangan rahimnya.

Adam merebahkan aku di atas katil. Dia duduk di sisiku. Menanggalkan tudung di kepala ku. Dia bertindak mengelus ngelus rambut ku perlahan. Bibirnya menyentuh dahiku penuh mesra.

       " Puas hati kau ? Ni yang kau nak kan ? Sekarang aku nak kau bagitahu aku kenapa. Aku tak akan marah kau. Tapi aku nak tahu sangat kenapa ? Kenapa kau boleh ada niat jijik macam tu ? Kau tahu kan hukum buat abortion ni apa ?  " Adam Fiqri menutur kata perlahan. Dalam keadaan isterinya sekarang, marah dan geramnya disimpan. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

       " Kau berambuslah!  Sebab kau aku jadi macam ni ! Kau tak payah pura pura baik depan aku. " Aku mengetap bibir. Memalingkan wajah ke kanan. Malu dengan apa yang berlaku. Adam Fiqri masih mengelus ngelus rambutku lembut. Tapi dalam malu itu hatiku masih bengkak. mataku juga bengkak dengan air mata yang tidak ada sudah dan kering.

Adam Fiqri sudah mati kata. Aku pula hanya mengalirkan air mata. Baru seketika tadi bayangan Adam Fiqri menyakitiku kembali terngiang ngiang. Semuanya seakan berlalu pantas dan kini aku sedang mengandungkan anaknya hasil daripada perbuatan terkutuknya itu. Damn you !

         " Apahal kau ni degil sangat hah ? Susah sangat ke jawap soalan aku ? Aku tanya kenapa Ain, kenapa ? " Tegur Adam Fiqri. Dia hanya ingin tahu apa yang sedang menggelut fikiran isterinya itu sehingga ada niat seperti itu. Adam Fiqri mencapai tangan isterinya.

       " Diamlah.. Aku tak nak ada anak dengan kau. Kau tak faham ke ? " Aku bersuara lemah. Marah. Semuanya bercampur baur. Jeritan kesakitan Adam Fiqri menyakitiku  seakan terngiang ngiang sekali lagi. Bagaikan aku ingin direjam sampai mati. Aku terus bangun daripada pembaringan. Tidak suka direnung.

       " Aku betul betul tak faham kau ni perempuan jenis apa, ibu jenis apa. Sanggup kau kan ? " Adam Fiqri bertanya lagi. Nadanya pula semakin lama semakin keras. Adam Fiqri mula mengetap bibir. Geram ! Ya Allah geramnya aku !

       " Kau penyebab semua ni berlaku.. Kau yang paksa aku buat semua ni.. Aku tak nak ! " Aku terus bertegas lagi. Air mataku mengalir laju teringatkan kejadian yang baru didalam kereta.

       " Sebab tu kau pasang niat jijik ni ? Are you lost of your mind Ain ? Sebab ni je ke kau sanggup nak buat abortion ? " Nada Adam Fiqri masih keras.

       " Kau tak layan aku macam mana seorang isteri selayaknya. Kau yang rogol aku. Sekarang kau nak cakap yang kau tu macam suci sangat... " Aku mula menjerit. Tangisanku mula kedengaran kembali.

       " Aku tahu.. Aku..  Aku mintak maaf. Aku tak sepatutnya layan kau macam tu. Aku mintak maaf.  " Adam Fiqri terus membawaku kedalam dakapan.

Adam Fiqri mengaku dia telah berkasar kepada Ain. Dia langsung tidak mendengar setiap kelah keluh jeritan isterinya itu. Dia hanya lelaki yang dirajai dengan nafsu. Dia sudah meragut kesucian isterinya dengan kasar. Dia bersalah pernah mengatakan isterinya itu tidak suci.

Masih terngiang kata katanya kepada isterinya itu. Dia terlalu gila dengan nafsu sehingga dia sudah tidak sedar dia telah menyakiti si isteri. Dia sudah hilang akal mungkin. Adam Fiqri mula tundukkan wajah. Dia berkeras menyakiti si isteri tanpa kerelaan isterinya. Dia benar benar menyesal di atas keterlanjuran dirinya. 
        
      "  Aku benci kau ! " Aku memerli Adam Fiqri. Matanya meredup memandang wajahku. Tiba tiba sahaja tanganya sudah berada diperutku yang masih kempis. Diusap usap perlahan sambil tersenyum.

     " Aku tak pedulik kau nak benci ke kau nak suka ke. Tapi tolong. Jangan buat macam ni lagi. Aku sayangkan dia Ain. Tolonglah. " Adam Fiqri merenungku perlahan. Aku menunduk wajah.

Aku sudah membelakangi dirinya. Memejam mata rapat. Hanya sisa sisa air mataku sahaja yang mengalir laju membasahi pipi. Lemah. Kau memang lemah Ain ! Kau tu memang lemah ! Kau lembik ! Macam ni kau nak balas dendam ? Kau yang bodoh. Akhirnya aku terus terlena.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now