Aku masih lagi membelek majalah hiburan mengenai designer. Sebagai bekas mahasiswa daripada bidang itu, aku teringin membuka butik sendiri. Tapi, Fitrah kan ada butik ? Kerja tempat dia jelah ? Hmm. Aku berfikir sejenak. Pensil lukisanku bermain dihujung jari. Pantas terus aku mendail nombor Fitrah tetapi masih tidak bersambung.
Sibuk kot. Lama tak jumpa. Aku masuk hospital hari tu pun dia tak jenguk. Abang Dhamiri pun tak jenguk juga. Macam mana dia orang sekarang ? Sihat ke ?
Abah ? Jangan cakap jenguk, call ? Sms ? Langsung tak. Rasanya abah betul betul dah buang aku. Dah tak ingat aku agaknya.
Rindu. Abahnya seakan tidak mengenalinya lagi.
Lagi tiga bulan nak puasa. Aku tak boleh bayangkan puasa dengan Adam Fiqri buat kali pertama. Mesti rasanya kekok sangat. Raya tahun lepas terus je kahwin, mana sempat nak puasa sama sama. Hmm. Aku mengeluh berat.
'' Ummi menungkan apa sampai mama masuk pun tak sedar ? '' Sapa Datin Adibah memeranjatkanku.
'' Mama ? Err.. maaflah saya tak perasan. '' Aku melemparkan senyum. Datin Adibah duduk dihadapanku. Tanganku digenggam. Terasa ada sesuatu yang diletakkan dalam genggaman tanganku.
Aku memandang telapak tanganku dengan riak wajah yang hairan. Rantai ? Rantai ibu ! Aku terukir senyum. Lantas tubuh Datin Adibah ku rangkul erat. Rantai ibu berada didalam genggamanku saat ini. Aku tidak percaya.
'' Sebenarnya mama nak bagi lama dah. Tapi akhirnya mama simpan. Asyik simpan je akhirnya tak bagi bagi pulak. Ummi jagalah pemberian arwah ibu ni. Mulai sekarang rantai ni milik Ummi. '' Kata Datin Adibah sambil tersenyum mesra. Jarinya menyeka air mata yang bergenang dikelopak mata menantunya itu. Mungkin saat ini, hal sebenar perlu didedahkan. Dia sudah penat menipu.
'' Terima kasih, ma "
Maafkan mama, Ummi. Mama rahsiakan banyak perkara dengan Ummi. Mama banyak tipu Ummi. Tapi entahlah mama sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Abah pulak tak pernah ambik tahu pasal Ummi. Abah Ummi ingatkan Ummi anak yang tidak sah taraf. Maafkan mama.
'' Mama sayangkan Ummi dari dulu lagi dan sampai bila bila mama sayangkan, Ummi. ''
Kalaulah Ummi tahu yang abang Syah dengan abang Haziq masih hidup, mesti Ummi akan gembira. Kalau Ummi nak tahu Ukasyah dengan Haziq ada dengan papa.
Dia orang ada dekat Perlis dengan papa. Sentiasa selamat. Tiba masanya dia orang akan balik jugak jumpa Ummi. Mama dah janji dengan ibu Ummi yang mama akan jaga Ummi. Mama akan jaga adik beradik Ummi yang lain.
Aku diam membisu. Tidak membalas. Sebenarnya masih tergamam. Mama memang tak pernah tarik muka dengan aku sungguh pun dia kecil hati. Aku bukan nak bertindak biadap semalam. Cuma, kata kata mama lebih kepada menyindir padaku.
Adam Fiqri sudah dua hari ke Brunei. Esok dia akan balik ke Kuala Lumpur dan terus akan berjumpa Afeef yang sudah dirindui. Sekarang pula dia sedang mengadakan meeting bersama Tan Sri Hisham mengenai tender yang sudah lama tidak dibincangkan. Mungkin selepas ini dia akan makin sibuk dan terus sibuk dengan tender, projek dan pembinaan mall.
'' Kau okey ke ? '' Tanya Hadri kepada kawan baiknya, Adam Fiqri. Dari tadi segelas hot chocolate dan lasagne dihadapan kawan baiknya itu langsung tidak diusik.
Jari kawan baiknya itu hanya menguis menguis makanan yang terhidang didepan matanya. Ingat apalah lagi dia ni, bisik hati Hadri perlahan.
'' Err aku okey je. Cuma yelah kau tahulah aku ni risaukan Afeef. Takut dia demam ke apa ke ? Aku dekat sini, dia dekat KL. Mana aku tak risau " Akhirnya Adam Fiqri meluahkan juga rasa risaunya yang terbuku dihati.
Nasib baiklah semasa meeting tadi, focusnya tidak lari walaupun hatinya dilanda gusar yang hebat. Afeef, papa rindu Afeef ! Jerit hatinya.
" You has to think out of the box find ways and means to confront the crisis. Come on, aku tak suka tengok kau mengeluh macam ni. You has been given mandate to run the company and thus, you has the authority to manage the funds. Kau boleh, Adam. Janganlah fikir sangat. Keep focus. '' Kata Hadri panjang lebar. Risau dia melihat kawan baiknya itu.
'' Aku tahu, Rie. Kau janganlah risau. Aku akan selesaikan jugak masalah aku dengan Tan Sri tu. '' Balas Adam Fiqri melemparkan senyuman kelat.
Betul juga cakap Hadri. Aku sebagai CEO, aku kena buat sesuatu. Pening kepala fikir. Adam Fiqri akhirnya melepaskan keluhan berat. Berat seperti konkrit.
Afeef. Itu sahaja yang difikirkan saat ini. Ain ? Kepalanya dah nak pecah fikir. Sampai sekarang masih dingin denganya. Tanya buat tak tahu je. Nasib baiklah bila suruh packingkan beg, dia nak buat. Kalau tak, packing beg sendirilah bro.
" Tak ada cuti lepas ni ya. Ingat, kau tu boss. Boss kena bersikap positif dan pandai menguruskan masalah peribadi dengan urusan kerja " Ujar Hadri.
Nasib baiklah dia belum lagi mendirikan rumah tangga. Perempuan ni kalau tak semak kepala fikir, kerja jalan. Haih.. keluh Hadri.
" Ya, aku tahu. Lepas ni kau tatap muka aku puas puas sampai kau muntah. " Perli Adam Fiqri.
Sengihan Hadri makin lebar. Kerja tetap perlu diteruskan. Apa pun sikap dan layanan Ain padanya, asalkan dia ada Afeef, dia tidak peduli. Afeef adalah masa depanya.
Wajah Afeed ditatap pada gallery telefon miliknya. "
Comelnya anak papa... Afeef jangan naughty naughty. Jangan susahkan aunty dengan uncle. Nanti kalau papa dah baik dengan mama, Afeef nak jumpa mama tak ? " Adam Fiqri berkata kata dengan gambar anaknya.
" Ouh ingat anak rupanya.. " Perli Hadri. Hadri menggeleng melihat sikap Adam Fiqri. Terserlah sifat penyayang Adam Fiqri. Untunglah dah ada bini dah ada anak.
" Mestilah ingat anak. " Bangga Adam Fiqri. Senyumanya terukir nipis. Padanya Afeef adalah segala galanya. Dia tidak akan benarkan sesiapa menyakiti Afeef mahu pun Ain.
Kalau Ain adalah seorang ibu, kenapa dia tidak dapat merasai yang anaknya masih hidup ? Sikap dingin Ain padanya terus menerus meyakinkan Adam Fiqri bahawa penghujung perkahwinan mereka adalah dengan perpisahan.
Walau apa pun yang akan berlaku selepas ini, Adam Fiqri akan lebih kuat dan tabah bagi mengharungi kehidupan yang mendatang sebagai seorang anak, seorang suami dan seorang ayah.
@alyncoffee no emo untuk part ini 😆😆😆
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomansaMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...