Bab 32

13.4K 200 9
                                    

" Ain, bangun. Solat subuh sayang. " Kejut Adam Fiqri setelah usai mengambil wuduk dan mandi. Kata isterinya, jika bangun awal subuh dan mandi, segar macam bunga seri pagi. Tak tahulah. Dia yang cakap. Apa aku cakap ni ? Sayang ? Dia dengar tak agaknya ? Tak kot. Dia ni tidur macam orang mati. Adam Fiqri mengetap bibir.

" Ain, bangunlah. " Adam Fiqri mengejut isterinya lagi. Geram pulak aku dengan kau ni ! Kejut kejut pun tak bangun. Dah mati agaknya. Hish.

" Ain bangunlah ni. " Aku menggosok gosok mata. Tersenyum kelat memandang Adam Fiqri. Dan terkejut. Bila masa pulak dia bangun ? Aku tak sedar pun ? Siap bersongkok bagai. Nak solat subuh ke ? Selalunya kaulah orang paling liat nak bangun.

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah dengan Adam Fiqri, dia menghadapku. Aku hanya memandang dengan penuh tidak percaya. Adam Fiqri ke depan aku ni ? Seriously ? Tengok macam bukan je.

" Asal kau tengok aku macam tu ? Tebiat apa mandi awal ni  ? Kena sampuk ? Siap solat subuh berjemaah bagai. Selalunya tu. Dekat atas katil lagi. " Aku memerli. Aku menjeling ke arahnya dan sibuk menanggalkan telekung. Dia ni buat apa tenung tenung aku sampai macam tu sekali ? Dah kena sampuk ke pahal suami aku ni ?

" Dah kau jangan banyak cakaplah. Cepat salam aku. " Adam Fiqri menghulurkan tanganya kepadaku. Dan aku hanya menyambut huluran tanganya dan dibawa ke dahi. Masih pelik dengan tindakan Adam Fiqri. Dia mimpi ke aku yang mimpi ni ? Haish. Ouh please ! Baiknya acting dia.

" Asal kau tenung aku macam tu ? Jijik ke nak cium tangan aku ? " Tanya Adam Fiqri bertanya dengan nada berbaur tidak suka. Dia tersenyum kelat dan terus berdiri menanggalkan songkok. Erm. Dia tenung tak salah. Bila aku tenung salah pulak.

Aku diam. Hanya menyidai telekung di satu sudut penyidai. Aku hanya menggeleng. Pelik dengan sikap Adam Fiqri. Aku duduk di meja solek. Berkira kira ingin menyikat rambutku yang terurai panjang sehingga ke bahu. Lantaklah. Malas nak layan. Dahlah pelik.

" Aku tanya ni. Kau buat dek je kan ? " Adam Fiqri menolak bahuku perlahan membuatkan aku terkejut. Hish dia ni ! Suka tau paksa paksa aku macam robot ! Aku merengus perlahan. Aku tanya macam aku tanya tiang berapa meter tinggi dia. Tiang punya Ain ! Kutuk Adam Fiqri.

" Mana ada. Aku tak cakap apa apa pun. Baguslah kau dah bangun subuh. Kan baik tu ? " Aku menjawab malas. Terus dengan menyikat rambut. Hish. Tak boleh ke tanya elok elok ? Jerit jerit dekat telinga aku ni macam aku ni pekak ! Aku menjeling Adam Fiqri.

Selepas berjemaah, Adam Fiqri merapati isterinya. Andai saja kenangan itu tidak mati terkubur disini. Rindu benar dia dengan panggilan 'abang' yang digunakan oleh isterinya dahulu. Namun sekarang, 'kau-aku' saja mereka gunakan. Isterinya pula lebih banyak mengguris hatinya. Dia ? Tetap sabar. Sesabar mungkin. Untuk kepuasan mamanya.

Adam Fiqri merapati tubuhku perlahan. Membuatkan aku merenungnya. Apa dia nak ni ? Rimaslah dekat dekat. Nak muntah. Tubuhku dipeluk dari arah belakang. Wajahnya memandang tepat ke arah cermin.

Aku bungkam. Adam Fiqri Bertindak mengusap ngusap perlahan perutku yang sudah agak membesar sedikit. Konon macam suami mithali. Konon.

Aku berhenti daripada menyikat rambut. Diam melihat Adam Fiqri memperlakukan aku seperti ini. Seronok sangatkah sebagai seorang lelaki apabila melihat isteri mengandung ? Apa yang hendak dibanggakan sangat ? Huh ! Aku merengus.

" Kau buat apa ni ? Lepaslah. Aku rimas. " Aku membentak Adam Fiqri. Namun dia tidak mengendahkan kata kataku. Hari hari bentak suami, tengking suami. Apa nak jadi dengan aku, aku pun tak tahu.

Kadang kadang aku tersentuh. Adam Fiqri tidak pernah tiada masa untuk anaknya itu. Betul ke dia sayangkan anak ni ? Aku jadi teringat kes dimana aku ada niat ingin membuang anak itu dan aku sendiri terkantoi.

" Ain, terima kasih sebab dah sudi mengandungkan anak aku. Kau penat penat bawak dia ke hulu ke hilir. " Luah Adam Fiqri. Aku hanya diam seribu bahasa. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak.

Aku terpaksa dan aku dipaksa ! Bukan sudi ! Mati hidup balik pun aku takkan pernah sudi ! Kau kena ingat tu !

" Jom, teman aku ambil angin dekat luar. Kita pergi tasik ke ? Boleh breakfast dekat luar. Sejuk sikit udara pagi ni. Sejuk perut kau mengandung nanti. " Ajak Adam Fiqri lagi. Senyumannya dari tadi tidak mati mati. Terukir memandang wajahku. Lama dia mencari sinar hubungan mereka dibalik wajah isterinya yang mulus. Namun hampa.

" Kau nak kau pergilah sorang. Aku memang takkan habiskan masa aku untuk orang macam kau. Hishh tak kuasa aku. " Balasku sedikit tegas. Lebih baik sarapan dirumah saja. Selalunya hujung minggu kau sibuk keluar. Kenapa tiba tiba hari ni nampak macam dah kaya sangat je duduk rumah tak buat apa apa.

" Kalau disebabkan aku kau kantoi nak buat abortion hari tu kau nak marah marah aku tak tentu arah ni, okey fined. Terserahlah kau nak buat apa pun. Kau nak marah aku. Kau nak tengking aku. Tapi aku nak ingatkan kau. Kau tahu hukumnya kan ? " Perli Adam Fiqri sebelum dia melangkah keluar daripada pintu bilik. Senyuman tergaris dibibirnya. Senyuman tidak ikhlas.

Adam Fiqri hilang dalam sekelip mata. Aku menelan liur. Akhirnya keluhan berat terlepas dari bibirku. Kata Adam Fiqri ada benarnya. Sebagai seorang isteri, berdosa membentak suami apatah lagi menengking. Cuba kau fikir betul betul. Suami mana yang rela bila isteri dia buat abortion lagi lagi tu memang anak dia ?

Tapi ... akhirnya aku diam sendiri. Isteri jenis apa aku ni ? Ibu jenis apa aku ni ? Mungkin aku patut gunakan kelembutan dan polos aku balik untuk tundukkan dia macam dulu ? Tambah tambah lagi perut aku yang sedang mula nampak. Apa kata aku baik baik dengan dia ?

Aku tersenyum jahat. Kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ni ? Gunakan kekerasan sampai bila dia nak mengaku dia sayangkan aku ? Kenapalah aku ni bebal sangat ?

Dalam pada itu aku melangkah juga turun ke bawah untuk mencari kelibat Adam Fiqri. Terjumpa pula Datin Adibah. Kata mama, Adam Fiqri sudah keluar. Tak apalah. Malam nanti bila dia dah balik boleh mainkan watak. Mataku kini tertancap pada nasi goreng yang lebih menyelerakan. Tak kisahlah mana dia nak pergi pun.

Adam Fiqri termenung. Fokus permanduannya kini hilang dibawa angin. Masih terkilan. Ajakannya dipijak mentah mentah oleh sang isteri yang membuatkan perasaanya sedikit terusik. Adakah ini dinamakan cinta ? Akhirnya dia tersenyum sendiri.

" Cinta ? " Soal Adam Fiqri pada dirinya sendirian. Senyumannya terukir lagi.Adam Fiqri menelan liur. Pahit. Tak mungkin dia akan mula menyayangi si isteri. Dia hanya menginginkan anak itu sahaja. Selepas ini, mamanya sendiri tidak akan memandang rendah terhadapnya. Itu janjinya !

Namun setelah difikir fikirkan semula, hatinya buntu.

" Biar betul aku ni. " Adam Fiqri mengeleng gelengkan kepala. Nolah. Akhirnya dia meneruskan permanduan dengan perasaan yang confuse. Mana mungkin dia akan jatuh cinta ? Tapi dia sendiri tidak dapat menyangkal perasaan yang mula hadir. Siapa yang dapat menduga setiap orang berbeza dugaanya. Inikan pula dia.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now