Adam Fiqri menolak perlahan pintu bilik isterinya. Sengaja dia berdegil. Dia ingin mengambil juga isterinya walaupun kesihatanya tidak menentu. Demamnya belum kebah. Namun apabila sudah tiga hari dia tidak menjenguk isterinya, maka hari ini dia berkeras sekeras kerasnya untuk mengambil isterinya pulang kerumah secara paksa. Adam Fiqri tak pedulik !
Beg yang telah dibungkus tersedia di atas katil. Nampaknya dia tidak perlu bersusah susah untuk mengemaskan keperluan isterinya. Bilik wad dipandang. Kepalanya masih berputar. Dia sendiri yang mahu mengambil isterinya sendiri. Dia Tidak Mahu menyusahkan Syaf. Senyuman nipis terukir dibibirnya.
" Kau buat apa datang sini ? " Ujar aku perlahan. Tangan kiriku masih memegang perut. Tangan kanan aku cuba sedaya upaya mencapai kerusi roda yang ada pada sisi katil. Aku melemparkan jelingan tajam pada sepasang anak mata Adam Fiqri.
Apa dia ni buat dekat sini ? Tak faham faham ke aku tak suka dia tunjuk muka tak bersalah dia tu depan aku ? Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku ! Aku merengus kasar. Tapi, kesakitan yang masih baru ini menghalang aku daripada bertindak kasar kepada Adam Fiqri.
Adam Fiqri tidak membalas pertanyaan isterinya. Dia terus mencapai tangan isterinya dan membantunya duduk di kerusi roda. Sakit dikepalanya lebih hebat daripada melayan sikap isterinya yang dingin.
" Jom kita balik. " Ujar Adam Fiqri. Kepalanya yang kian memberat terasa semakin berat apabila menerima layanan isterinya yang semakin lama semakin memuncak dingin seperti gunung berapi. Laharnya tidak dapat dibendung dan akan memusnahkan banyak benda. Termasuk hatinya.
Tanganya sudah mencapai lengan isterinya untuk dipimpin penuh berhati hati. Malah tanganya pula ditepis kasar. Apa yang aku dah buat sampai nak pegang tangan pun macam pengang anjing ? Najis sangat ke ? Adam Fiqri geram. Melihat Ain melemparkan pandangan jengkel membuatkan hatinya lebih berdarah.
" Kenapa kau yang ambil ? Aku dah call Syaf suruh ambik aku. Tak payah susah susah. Aku tak suka. " Balas aku sinis. Dahi aku berkerut. Argh sudah ! Perit yang datang cuba aku tahan. Luka yang masih baru itu menghakang sekali gus untuk aku berbuat apa apa. Huh ! Bencinya. Omel aku dalam hati.
" Aku ni suami kau. Apalah sangat nak ambik kau dari hospital ni nak dibandingkan Syaf tu ? Alang alang aku dah ada kat sini, biar aku jemput kau balik. Cepat keluar cepat balik. Boleh kau berehat kat rumah. Ada aku tengok tengokkan kau nanti. Dekat sini, bukan sepenuh masa jururawat tu nak hadap kau yang sakit ni. Faham ? " Adam Fiqri menarik lagi tangan isterinya yang degil. Wajah kelat isterinya itu tetap menunjukkan yang dia tidak mahu balik bersama dirinya
Aku tak pedulik kau nak benci aku sampai dua tahun akan datang. Aku tak kira. Kau bini aku. Kau kena ikut cakap aku, marah Adam Fiqri dalam hatinya.
"Aku. Tak. Nak ! Kau ni tak sekolah agaknya sebab tu tak reti faham bahasa. " Lantang aku bersuara. Sebutir sebutir aku menyebut perkataan itu agar Adam Fiqri memahaminya. Aku cakap aku tak nak, tak naklah ! Kau boleh tak jangan nak paksa aku. Cukuplah Adam apa yang kau buat sebelum ni dekat aku.
So, kau tak payah nak Bajet Suami Mithali Syurgawi dekat sini. Kau buatlah apa pun aku takkan makan pujukan kau tu. Tak kenyang pun. Tak selera aku nak makan, omelku dalam hati tanda geram.
Kata kata isterinya sebentar tadi mampu menggoyahkan kesabaranya yang sudah setipis kulit timun.
" Aku takde tanya kau nak ikut aku balik ke tak. Aku tak peduli dan aku tak nak tahu. " Balas Adam Fiqri keras.
Adam Fiqri hanya memerhati setiap tingkah laku isterinya yang degil. Kalau hitam cakap dia, hitam jugak. Nak buat macam mana kalau manusia ni degil macam jin toncet. Haih, keluh Adam Fiqri.
Tangan Ain dicapai dan perlahan lahan tubuh itu didudukkan di atas kerusi roda. Wajahnya didekatkan pada wajah Ain. Hujung jarinya menyentuh lembut dagu isterinya. Senyuman diukir manis.
Aku bungkam dengan tindakan pantas Adam Fiqri. Mata Adam Fiqri terus melekat pada wajah aku yang terkebil kebil dengan tindakanya.
" Okay Good. Sekarang kita balik ya sayang ? Mama tunggu awak dekat rumah. Katanya dia rindu menantu kesayangan dia ni. " Usai berbicara, Adam Fiqri sekali lagi menarik senyum.
Wajah polos isterinya saat ini mengundang lucu didalam hatinya. Kalau Buat aksi comel comel macam ni, baru nak dengar cakap aku kan ? Tanganya terus menolak kerusi roda isterinya.
Okey, fined. Kali ni kau menang. Balik cepat lagi bagus daripada berdua dua dengan kau dalam bilik ni. Aku ingin segera keluar dari tempat sesak ini. Berduaan dengan Adam Fiqri buat aku rimas.
Aku memang isteri kau yang suka melawan cakap kau. Tak dengar cakap kau. Tak layak ke aku ni jadi isteri kau Adam ? Kenapa ? Selama ni kau baik dengan aku sebab kau nak anak je kan ? Lepas ni kau akan tendang aku macam bola keranjang. Aku sedarlah siapa aku di mata kau, keluhku perlahan didalam hati.
" Aku tak pernah ada niat nak buang kau macam sampah. Kau je yang selalu tak pernah nak anggap aku ni penting dalam hidup kau. Yes, kau berhak salahkan aku. Tapi ni semua berpunca dari kau jugak. Kau yang tak pernah jujur dengan aku. " Adam Fiqri memecah kesunyian yang ada didalam kereta yang hanya ada dia dan Ain. Adam Fiqri merenung wajah isterinya tajam.
" Apa yang kau cuba cakap ni ? Kenapa kau cakap macam kau pura pura baik ni ? Bukan itu ke tujuan kau untuk kahwin dengan aku ? Selain buat mama bangga dan tunaikan permintaan arwah papa kau, memang ini yang kau nak kan ? Dahlah apa lagi ? Anak kau dah mati, lepaskan jelah aku. Susah sangat ke ? Buat apa kau nak simpan aku lama lama. " Balas aku kasar. Pandangan aku buang ke arah jalan yang luas.
Adam Fiqri bungkam. Kata kata isterinya tadi memang tak munasabah langsung.
" Kau cakap apa ni ? Kau cakap senang jekan. Cakap macam orang takde iman. Senang senang je kau nak aku lepaskan kau ? " Marah Adam Fiqri. Geram ! Permintaan isterinya memang tak boleh pakai. Hatinya kini bergoncang hebat. Kalau ikutkan hati aku ni, aku nak cili cilikan mukut kau tu !
" Apa ? Salah ke aku cakap ? Kau kahwin dengan aku sebab syarikat tu. Bukan sebab cinta ! " Keras aku membalasnya. Kau tu yang takde iman. Sesuka hati nak tuduh aku bukan bukan. Sesuka hati nak tuduh aku mengandung anak haram. Eh kalau bukan sebab kau, aku takkan jadi macam ni kau tahu tak !
" Tu dulu Ain. Dulu memanglah aku tak pernah fikir pasal kau. Kahwin dengan kau sebab harta papa. Tapi, aku ni manusia. Bukan semua manusia tu selamanya jahat. "
Adam Fiqri akhirya mengalah. Sampai bila bila pun dia takkan menceraikan Ummi Nur Ain. Wajahnya merah padam menahan marah yang bila bila sahaja akan meledak apabila ikutkan hati. Marahnya disimpan. Sabar Adam, sabar.
Aku merengus tanda protes. Kalau bukan disebabkan aku tak berapa nak kuat sangat, dah lama aku kacau stereng kau biar kereta ni terbabas aku mati kau pun mati !
Ego.
Bila sudah berbicara apa yang terluah semuanya menjadi geram. Daripada berkata kata, baik diam. Agar tidak menyakiti. Kerana kata kata berpontensi menyakitkan malah mengguris hati seseorang.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...