Aku melangkahkan kaki ke dapur dengan botol susu ditangan. Aku nak buat susu untuk Afeef yang sudah merengek. Aku mana tahu macam mana nak bagi dia susu badan.
Lagi pun Adam Fiqri tak ada untuk menguruskan Afeef. Adam Fiqri outstation ke Brunei sekali lagi. Tapi kali ini mungkin pergi kejap je. Esok esok nanti dia baliklah.
Aku merasa sedikit susu Afeef. Bolehlah ni. Tak manis sangat. Aku melebarkan senyum. Afeef adalah segala galanya buat aku. Dalam sebulan ini aku akan pastikan aku akan bawa Afeef keluar daripada rumah ni.
'' Hoi perempuan ! '' Jerit Alisa. Hampir sahaja tersedak air yang ku minum selepas diherdik seperti itu. Tak bagi salam tak mintak izin, terus nak sergah sergah orang ni kenapa ! Dah tengah malam pun nak menyalak. Pehal entah
'' Kau nak apa jerit jerit ni ? Nanti semua orang dalam rumah ni bangun kau tak tahu malu ke ? '' Herdiku semula. Ni mesti nak cari gaduh lagi.
'' Kau ni memang kurang ajar. Aku tahulah ! Dalam rumah waktu tu kau je yang terperap dalam rumah tak keluar keluar macam takde life. Kau memang sengaja tolak aku. Berani betul kau tolak aku. Kau memang nak cari nahas dengan aku ! ''
Tanganya terus dilayangkan ke arah wajahku. Arghh, sakitlah ! Betina ni dah kenapa ? Main tampar tampar pulak ?
'' Itu untuk kau sebab tolak aku sampai anak aku mati. '' Tegas Alisa. Argh dia tak peduli. Perempuan macam Ain perlu diberikan pengajaran.
Sekali lagi tanganya melayang pula dipipi kananku. Ni dah melampau. Aku merenung Alisa geram.
'' Ini untuk kau sebab kau perbodohkan mama dan semua orang dalam rumah ni. Kau jangan ingat kau tu dah bagus sangat. Kalau aku tak halau kau keluar dari rumah ni, aku akan pastikan adik aku yang halau kau dari rumah ni. '' Tengking Alisa kuat.
Apabila Alisa mahu menghayunkan kembali tanganya, pantas sahaja tanganku mencapai tanganya menghalang. Ouh sekarang kau dah berani nak sentuh aku dengan tangan kotor kau pulak.
Nah ! Makan penampar aku ni. Aku menghayunkan semula tanganku ke wajahnya. Perempuan tak sedar diri.
'' Kau nak buat apa ? Kau memang suka cari salah orang lepas tu kau kumpul buat dosa kan ? Dahlah Alisa. Mama pun tak percayakan kau. Kau nak buat apa ? Kau pergi beli cermin besar sikit untuk kau cermin diri kau tu. Layak ke orang macam kau nak halang aku ? Apa yang kau dengan keluarga kau buat dekat aku, tak setimpal dengan apa yang kau dapat sekarang. Papa kau yang hancurkan mak aku. Papa kau yang bunuh mak aku. Aku hilang semua keluarga aku semuanya sebab papa kau ! '' Aku melepaskan tanganya kasar. Aku tak akan izinkan tangan kotor kau sentuh kulit aku macam mana adik kau buat dekat aku !
Kau tu boleh buat apa ? Anak sendiri tak reti nak jaga, nak jaga tepi kain aku pulak ? Tepi kain sendiri yang koyak tak pandai nak jahit !
'' Kau yang racun papa. Papa baik dengan kau selama ni sebab papa suka lebihkan kau. Entah entah kau ni memang betul tak, anak haram papa ? Eh nolah. Mungkin papa kutip kau sebab papa kesiankan kau. Aku tahu niat busuk kau nak hancurkan keluarga aku. Tapi kau silap. Sebab kau tu bodoh ! Aku tak akan benarkan kau apa apakan keluarga aku. Jangan ingat sekarang kau boleh sennag lenang dalam rumah ni '' Herdik Alisa lagi.
Wajahnya beriak tenang menyapa hatiku yang sudah berlahar segunung geram.
Sepatutnya aku tak biarkan anak kau hidup lagi lepas ni ! Tapi takpe. Ada ubi ada batas. Ada hari lain aku balas. Aku akan tinggalkan dia perlahan lahan sampailah dia tak boleh nak bangun lagi ! Aku tersenyum sinis.
'' Terserah kau nak kata apa pun. Orang tua tu dah mati dah pun. Kau nak ungkit apa lagi ? Ouh aku tahu kenapa. Sebab orang tua tu tak sayangkan kau lebih macam mana dia sayangkan aku. Kau sebagai anak dia, selalu kena pinggir dan kena mengalah dengan aku. Kesian.. Hidup kau tu lebih kesian daripada aku '' Aku menutur lembut ke telinganya.
'' Kau ni memang dah melampau ! '' Alisa sekali lagi terus menghayunkan tanganya tepat mengenai wajahku.
Berpijar ! Aku tersenyum sinis dan mengetap gigi. Terus ku hayunkan tanganku laju mengenai bibirnya.
Alisa lemah ! Terus sahaja wanita itu terjelopok ke lantai. Aku merapati Alisa dan menarik rambutnya sehingga ke belakang untuk menampakkan seluruh wajahnya yang ku benci.
'' Kalau kau rasa kau tu dah cukup hebat, pandang muka aku ni ! Eh kau dengar sini ! Yes, memang aku sengaja tolak kau. Kalau kau tak nak aku buat lebih teruk dari tu, kau jangan nak sibuk hal aku ! '' Aku terus menolak kepalanya mengenai lantai. Aku tersenyum sinis dan terus berlalu menapak ke bilik.
'' Ain, apa yang kau buat ni ? Kenapa kau buat kak long macam tu ? Kau dah gila ke ? '' Tanya Syafiqah terkejut. Matanya bulat memandang Alisa yang sudah pengsan tidak berkutik.
Aku mendekati Syafiqah. Penyibuk betul minah ni ! Kau tak payah nak bajet bagus dalam rumah ni macam perempuan sampah tu !
'' Kalau kau tak nak aku lemaskan kau dengan perut kau tu macam mana aku tolak perempuan ni, aku warning kau ! '' Aku sudah mencengkam wajahnya kuat. Perut Syafiqah yang sudah membukit mencecah ke lima bulan, ku renung sekilas.
Nampaknya Yazid akan ada anak tak lama lagi.
'' Ain, jangan. Ja.. ngan apa apakan anak aku. Aku merayu dengan kau. '' Syafiqah sudah mengerang.
Aku terus melepaskan Syafiqah kasar. Kalau aku ikutkan hati, dah lama aku pijak perut kau biar anak kau mati ! Aku terus beredar meninggalkan Syafiqah yang masih terkejut. Syafiqah terus mendapatkan Alisa yang sudah pengsan.
Tidak sangka Ain sanggup mengugutnya akan mengapa apakan dia dan anaknya. Dia juga terkejut apabila Ain jujur kepadanya tentang Alisa yang jatuh adalah angkaranya. Sungguh dia masih terkejut.
Sampai hati kau buat Kak Long macam ni Ain. Aku tak akan izinkan kau apa apakan keluarga aku lagi. Syafiqah menggoncangkan tubuh Alisa yang sudah terkaku. Kecut perutnya apabila Ain ingin mengapa apakan anaknya.
Tak pe, Syaf. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je ? Eh belum tentu lagilah. Aku akan buat hidup kau orang satu persatu sengsara sebelum aku bawa keluar Afeef dari rumah ni.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...