Menangis dan menangis. Itu sahaja yang aku tahu. Maruahnya dipijak pijak.
Ikutkan hati aku, dah lama aku keluar dari rumah ni. Lantaklah orang nak cakap apa pun! Rumah tangga aku tak pernah bahagia. Aku dah tempah hidup aku dekat neraka! Jahanam kau Adam! Kau boleh pukul aku. Sepak terajang aku sampai kau puas. Tapi ni maruah aku! Kenapa kau nak kotorkan aku? Cukuplah!
Perlahan lahan langkahku bawa ke bilik mandi dengan sisa sisa air mata. Aku biar air membasahi rambut dan tubuh. Selama ini dia tidak pernah sesakit ini. Kenapa suaminya sanggup melayaninya seperti ini? Dia bukan perempuan simpanan Dato Mukhlis. Dia hanya Ummi Nur Ain. Perempuan yang kerdil dan lemah.
Semua yang dirasakan lemah. Gelap seluruh pandanganya ketika ini. Tawanya sudah lama mati. Mati bersama banyangan masa silamya. Keluarga yang disayangi selama ini sanggup membuang dirinya. Seolah olah dia adalah lembah yang paling hina yang berada dihujung dunia. Kuatkan hatiku.
" Kau tak payah nak pandang aku macam tulah. Nak jeling jeling aku. Kau fikir kau bagus sangat ke? " Kata Adam Fiqri kasar sewaktu aku menuangkan air milo suam panas ke dalam cawannya.
Entah kenapa aku seolah olah perempuan paling kotor dan jijik dalam hidup Adam Fiqri. Kenapa tiada sekelumit kesian atau sayang kepadanya ? Dilayan seperti kucing kurap. Ditendang ikut suka hati. Dipukul bila geram. Ditampar bila ada yang tidak kena.
Aku berani menentang matanya. Entah kali ini aku tidak tahu dimana aku mendapatkan kekuatan itu. Aku tidak peduli !
Dush !
Adam Fiqri bangun dan menyimbah air milo itu ke wajah isterinya. Kau kata kau bukan perempuan simpanan ? Habis kau apa ? Kau goda papa. Sekarang kau nak cakap kau bukan perempuan simpanan ? Eh sundal lah betina ni !
" Kau pahal longkang sangat hah ? Kau tu bini aku! Suka hati akulah aku nak buat apa pun! Aku jual kau jadi pelacur kau tak nak kan? Kenapa? Kau bukan perempuan simpanan yang goda papa aku ke? Kau lupa? " Tanya Adam Fiqri kasar. Dia sekali lagi mencengkam wajahku untuk menetang pandnagan matanya.
Kau pandang mata aku ni! Sampai bila bila pun aku takkan maafkan kau lepas apa yang jadi! Kau ingat sampai kau mampus! Kau perempuan simpanan! Dari kau layan lelaki yang haram jadah dekat club tu, baik kau layan suami kau ni!
" Ain tak suka. Ain pun ada maruah. Abang sepatutnya jaga maruah Ain sebagai isteri abang. " Luluh aku meluahkanya. Tak suka diperlakukan sebegitu. Dia bukan pelacur ! Dia ada maruah. Dia ada harga diri. Bukan mudah dihancurkan.
" Maruah? Kau cakap dengan aku pasal maruah? Maruah kau yang murah macam pelacur dekat luar sana tu ke maksud kau? Kau tak payah nak mimpilah! Harga diri kau tu murah je. Bersepah perempuan macam kau ni dekat luar sana tu! Kau tak payah nak cakap macam kau tu suci sangat. Jijik aku dengar. " Adam Fiqri ketawa sinis. Menolak nolak dahi isterinya dengan jari telunjuknya.
Perempuan murah! Ada hati nak cakap pasal kau ada maruah? Boleh jalan lah! Aku dah banyak kali jumpa perempuan kampung macam kau ni tak cukup dari seorang lelaki untuk kau cari makan. Tak payah nak bagitahu aku yang kau tu baik sangat.
" Kalau Ain murah, takdanya abang kahwin dengan Ain sebab pangkat CEO tu kan ? Abang kena sedar sebab Ain abang dapat jawatan tu. Ain cuma ingatkan je. Bukan ke hidup ni kena beringat? " Aku menjawab lantang. Sampai bila dia harus diamkan rasa sakit hati? Sampai bila dia harus pendamkan semua perasaan?
Pang !
" Kau berani cakap macam tu lagi aku terajang kau nanti! Kau tak payah nak cakap kau tu ada makna sangat! Perempuan kampung macam kau ni memang tak pandai sedar diri! " Adam Fiqri menengking.
" Perempuan kotor! Kau fikir kau siapa nak cakap aku macam tu hah ? Makan ni. Kau makan! " Adam Fiqri keras menyumbatkan mee goreng ke mulut isterinya. Puas hati aku! Ni baru mee goreng. Kalau aku sumbat kau dengan cili? Kau tu yang kena beringat. Mama yang kutip kau! Kalau tak kau mesti merempat mana mana.
Hanya mampu menangis melihat kelibat Adam Fiqri berlalu pergi dengan pantas. Kenapa? Kenapa tiada seorang pun yang faham perasaan aku? Kenapa hidup ni tak pernah adil? Kenapa? Aku menangis seorang diri bersandar pada dinding almari dapur. Ku ketap bibir seakan menahan perasaan yang amat perit.
Ain tak bersalah. Ain cuma mangsa keadaan. Ain tak sejijik yang abah sangka. Ain tak pernah conteng arang ke muka abah. Kenapa semua orang tak percaya dekat aku?
Sekarang dia sendirian terpaksa mengharungi segala galanya. Segala galanya. Semuanya sendirian. Seakan semalam dia baru sahaja memeluk ibu dan abahnya. Seakan baru semalam.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...