Bab 46

9.7K 190 9
                                    

Aku menurunkan kaki perlahan lahan dari katil. Sedari tadi aku menjerit, tiada siapa yang datang untuk tolong aku pergi bilik air. Last last aku buat sendiri. Aku tak tahu mana pergi semua orang dalam rumah ni. Rasaya memang aku tinggal seorang diri.

Takpalah. Aku boleh buat sendiri. Dorang tu pedulik dekat aku pun tak. Malaslah nak fikir. Aku mencapai kerusi roda di sisiku. Namun entah macam mana kerusi roda itu terbalik setelah tanganku tetap tidak dapat mencapainya. Nak capai pun payah ! Nak duduk belum tentu lagi ! Sakitnya hati aku ! Jeritku dalam hati.

Aku cuba mencapai lagi kerusi roda yang sudah terbalik. Bukan tidak boleh bangun, tapi doktor dekat hospital tu yang tak bagi aku bergerak sangat. So buat masa sekarang kenalah guna kerusi bergerak bodoh ni. Cuba dan cuba mencapai tetap tidak dapat mencapai kerusi roda yang masih sama posisinya. Tidak bergerak. Airmata aku sudah mula menitis.

Apa masalahnya ?! Kenapa aku yang kena tanggung peritnya ? Kalau boleh, aku nak benam benamkan pisau dalam perut kau, perut mak kau dengan seluruh keturunan Dato Mukhlis !

Aku benci !

Kenapa menyeksa sangat ni ? Aku rasa macam tak nak hidup ! Aku membaling bantal ke arah kerusi roda yang masih tidak bergerak. Kerusi bodoh ! Kau ni memang tak guna, Adam ! Kau tak guna ! Kau memang tak guna ! Marah ku dalam hati.

Astagfirullah.

Apa lagi bini aku buat ni ? Mata Adam Fiqri tertangkapkan tubuh isterinya yang sedang melepaskan geram dengan kerusi roda yang masih terbalik tidak bergerak.

Kini dia tahulah bahawa isterinya itu marahkan kerusi. Ego sangat tak nak mintak tolong orang.

Kesian isteri aku. Tak sepatutnya aku biar dia tinggal seorang diri. Haih, nanti macam macamlah dia fikirnya aku ni. Sepatutnya, aku kena ada bantu dia. Tolong pulihkan semangat dia. Aku yang bodoh pergi sorokkan Afeef.

Manalah isteri aku ni tak meracau kalau dia fikir anak dia dah mati sebenarnya ? Masih bernafas. Masih hidup. Ain sudah jadi ibu kepada zuriatnya.

'' Ain nak pergi mana ni ? Biar abang tolong. '' Adam Fiqri membetulkan semula letak duduk kerusi roda itu. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi roda itu dan kini wajahnya berhadapan betul betul menghadap isterinya di atas katil yang sudah lencun dengan air mata.

'' No need. Stay away from me. Aku tak perlukan bantuan kau. Aku boleh buat sendiri ! Tepilah ! '' Aku menarik tanganya supaya bingkas bangun daripada kerusi roda kepunyaanku.

Kau jangan nak sibuk hal aku ! Kau pergi berambus ! Baru sekarang kau berani tunjukkan muka kau tu depan aku ? Kau ni memang tak tahu malu.

Hipokrit !

Namun badannya masih dibatukan. Seinci pun tidak bergerak. Aku menjeling matanya pula. Hish bila masa pulak mamat buat muka innoncent ni ada dekat sini ? Balik lah bilik kau dekat tingkat atas. Tak payahlah kacau aku dekat sini.

Aku benci kau ! Pergilah ! Aku benci tengok muka kau !

Adam Fiqri tersenyum. Degilnya bini aku ni ! Macam konkrit. Susah sangat ke nak mintak tolong aku ? Nak jugak buat sendiri. Aku terbalikkan kerusi ni balik baru tahu, ejek Adam Fiqri dalam hati menyumpah nyumpah degil isterinya.

Sedikit keluhan dilepaskan. Adam, jangan mengalah. Kau kena kuat ! Kau kena kuat untuk perbetulkan balik kesalahan kau.

Yeah semangat !

'' Kau tak payah belagak arrogant konon kau kuat lah. Luka kau tu tak kering lagi. Aku jugak yang susah nanti. Appreciatelah sikit aku ni. Degil kau ni Ya Allah macam gunung tingginya. '' Marah Adam Fiqri geram. Dahlah penat tak hilang lagi. Kau pulak buat perangai.

Sabar Adam, sabar !

Layan kerenah kau ni Ya Rabbi, macam layan kerenah sepuluh orang anak. Hah baguslah. Hari hari kau mengucap, Adam.

'' Hish keluarlah ! Kau bangun dari kerusi aku ! Aku nak pergi tandaslah ! '' Aku mula memberontak dengan memukul mukul lenganya. Masih sama tidak berganjak.

Sakitnya hati !

Aku mengetap bibir. Tanganku masih menarik narik lenganya. Ya, aku mula bengang dengan sikap Adam Fiqri yang seakan mendesak. Aku masih benci.

Tapi aku tak nak biadap dengan kau tapi kau ni memang suka buat aku naik hangin satu badan !

Melontarkan kata kata yang boleh menyakiti hati orang lain itu sama seperti menyakiti diri sendiri. Itu pesan Datin Adibah.

'' Nope ! Buat masa ni aku yang akan buat semuanya untuk kau. Kau isteri aku. aku tak pernah lepaskan kau. So, kau kena dengar cakap aku Ain. Please. Jangan nak buat aku naik angin. '' Adam Fiqri masih bertegas. Dia sembunyi senyum melihat wajah isterinya yang sudah merah menahan geram.

Aku akan berdegil jugak kalau kau pun berdegil dengan aku.
Aku ni suami. Kau tu isteri. Kau kena dengar cakap aku.

Aku akhirnya mengalah. Mungkin kali ni memang Adam menang. Okay, you win !

'' Yelah. Cepatlah tolong aku bangun, aku nak mandi. '' Aku menjelingnya.

Kisah pula aku ? Kau suami aku dalam mimpi. Kau tu pembunuh ! Pembunuh macam ayah kau ! Kau ingat kau buat amalan murni kau tolong aku, aku akan berlembut hati nak maafkan kau ?

Adam please, mintalah berapa banyak peluang yang kau nak. Satu pun aku takkan bagi ! Kau tak berhak dan sampai mati pun aku takkan mengaku yang kau tu suami aku !

" Tak baik jeling suami. " Tegur Adam Fiqri. Bukanya dia tak boleh tangkap anak mata isterinya ini menjeling. Benci benci pun, nak pun terima pertolongan aku.

Benci. Geram. Aku akhirnya terima pertolongan Adam Fiqri yang beria ia. Tapi tak bermakna cara tu boleh hilangkan dosa dia tu dekat aku.

No and never.

Adam Fiqri tersenyum manis. Walaupun sakit kepalanya kembali menyerang, namun melihat sikap mengalah Ain padanya, dia tahu yang isterinya itu masih sayangkan dirinya.

Adam Fiqri terus bingkas bangun dari kerusi roda dan membantu isterinya itu duduk perlahan lahan di atasnya. Sejuk hatinya melihat Ain menggenggam tanganya kuat.

Ingatkan dah tak nak dengar cakap dah. Adam Fiqri ketawa kecil dalam hati. Ditolak kerusi roda itu didepan bilik air. Dia mendudukan isterinya itu di atas tandas duduk.

Dalam benci kau, dalam sudi tak sudi kau terima pertolongan aku, aku tahu kau cuma merajuk dengan aku. Kau tak bencikan aku kan Ain ? Aku tahu kau sayangkan aku.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now