Bab 45

10.8K 180 7
                                    

Syafiqah menggenggam tangan kawan baiknya, Ain. Dia melemparkan senyuman kelat ke arah kawan baiknya. Hatinya tidak tenang memikirkan Adam Fiqri. Entah kenapa dia seperti hendak naik hantu dengan perangai selamba Ain. Tak pernah nak ambik tahu pasal Adam Fiqri yang tengah bersusah untuk Afeef.

" Kau janganlah risau, Ain. Aku yakin ada hikmah semua ni. Kau kena kuat, okey ? Kalau boleh kesian dekat Adam tu. Tak elok kau layan dia macam tu. " Nasihat Syafiqah perlahan.

Ikutkan hati nak je aku heret kau pergi jumpa Afeef sekarang jugak. Kau tengok sendiri depan mata kau yang Adam tengah bersusah untuk Afeef. Ni tak. Kau langsung tak hargai apa yang Adam Fiqri buat untuk kekuatan korang berdua. Kau langsung tak pernah faham perasaan dia. Sebab kau tu tak pernah nak pedulik. Kau cuma tahu salahkan Adam Fiqri.

" Macam mana aku nak kuat, Syaf. Aku baru hilang dua anak aku tau. Waktu macam ni sepatutnya Adam yang teman aku bukan kau. Dia tak kisahkan aku. " Luahku geram.

Terasa dengan sikap Adam Fiqri. Entah siapa kawan dia aku pun tak kenal. Penting sangat ke sampai tinggalkan aku ? Astagfirullah. Tak baik, Ain, aku beristighfar panjang.

" Kau kenalah faham dia. Kawan baik dia perlukan dia. Kau ni kenapa asyik nak carik salah Adam hah ? Peliklah aku dengan kau ni. " Marah Syafiqah sudah meletus. Geram dengan perangai Ain yang selalu fikirkan bukan bukan tentang Adam Fiqri yang bersusah payah untuk Afeef.

Kalau ikutkan hati hendak sahaja diceritakan apa yang berlaku. Haish geram betul aku dengan kau !

" Kau nak backup dia sangat kenapa ? Hey Syaf ! Adam tu tak sayangkan aku ! Dia cuma sayangkan budak yang dah mati tu je. Lepas ni dia akan ceraikan akulah ! " Aku menengking Syafiqah. Tanganya ku tolak kasar.

Terasa dengan sikap Syafiqah yang macam acuh tak acuh layan aku. Semua orang macam pandang semua ni salah aku. Habis Adam tu ? Apa ? Hish tak faham betul aku dengan manusia jenis kau ni, marahku dalam hati.

" What youre talking about ? Oit Ain. Adam tu sayangkan kau, kau tahu tak ! Kalau dia tak sayangkan kau dia takkan susahkan diri dia demi ..... " Syafiqah mati kata. Tidak jadi hendak meneruskan kata katanya. Takut terlepas.

Apa ni Syaf ? Kau hampir bagitahu hal sebenar. Kau nak ke Adam mengamuk dengan kau ? Marah Syaf dakam hati. Mulut celupar aku ni kalau dah geram memang nak je aku bongkar semua !

Aku tergelak sinis. Adam sayangkan aku ? Dia susahkan diri dia untuk aku ? Untuk apa ? Demi siapa ? Kau ni talking nonsenselah Syaf ! Naik muak aku tengok kau ni. Pretending konon macam Adam Fiqri sayangkan aku.

" Asal kau diam ? Kau nak bagitahu aku yang lelaki tu ada perempuan lain ? Hah baguslah ! Apa lagi dia tunggu ? Lepaskan jelah aku ni ! " Aku bertanya sinis kepada Syafiqah.

Jelingan ku lemparkan kedalam sepasang anak mata hitam milik Syafiqah. Asal semua orang macam nak tunjuk yang konon Adam tu tak bersalah ? Nak cakap Adam tolak aku tak sengaja ? Senang senang gila percayakan lelaki tu kenapa ? Ergh ! Marahku dalam hati.

Kalau ada Adam Fiqri sekarang ni, nak je aku bagi penampar sebijik ! Mulut manis macam madu. Korang memang dah berpakat nak seksa jiwa aku kan ? Semua orang dalam rumah ni nak bunuh anak aku. Nak tengok aku mati pelan pelan macam mana orang tua bangka tu bunuh ibu !

" Ain, kau jangan nak merepeklah Adam takkan ada perempuan lain selain kau. Cubalah kau bagi dia peluang. " Jawab Syafiqah tergagap gagap. Hampir sahaja terlepas mention nama Afeef. Huh. Ain ni kalau nak korek, dia korek sampai habis. Nasib baik tak terlepas. Kalau terlepas, mesti dia takkan lepaskan Adam walau apa pun.

" Ouh kau nak cakap dia tu layaklah nak dapat peluang kedua ? Layak ke Syaf dia dapat peluang kedua dari aku ? Layak ke lelaki macam tu untuk aku maafkan dia ? Tapi tak kan semua orang dalam rumah ni pandang salahnya dekat aku ? Semuanya salah aku ? Macam tu ? " Balas ku geram.

Aku menolak nolak tubuh Syafiqah daripada duduk disisiku. Geram rasanya. Ulang alik hospital sebab aku konon. Masuk jenguk aku pun berapa kali je. Kononnya !

Syafiqah bangun dan segera beredar daripada bilik itu. Rasa sakit hatinya tidak dapat dibendung dengan sikap Ain yang sombong konon betul dalam segala hal. Syafiqah melemparkan jelingan. Namun langkah derapan kakinya berhenti dipintu bilik. Dipandang Ain dengan ekor matanya. Senyumanya disiniskan.

" Lagi pun kau tak pernah nak sambut dia baik bila dia datang. Kau halau dia. Kau maki hamun dia. Kau tahu tak baik kan layan dia macam tu ? Kau guna mazhab mana maki hamun suami ? Eh nasib baiklah Yazid tak kahwin dengan kau ! Kepala batu ! " Marah Syafiqah.

Cakaplah apa pun ! Aku takkan telan apa apa pun ! Memang ini jalan yang aku pilih. Buat apa aku nak beri muka pada orang yang selama ni sakitkan aku ?

Syafiqah merengus kasar. Puas selepas menghemburkan marahnya. Biar Ain sedar dia tu dah jauh dari landasan ! Sampai kau halau aku ? Kau cakap macam tu dekat aku. Kau dah lain Ain. Kau dah lain. Pintu bilik dihempas kuat.

Allahhu akhbar !

Syafiqah mengucap panjang tatkala Datin Adibah kini berada didepan matanya. Terkejut dia dibuatnya. Kalau dia sakit jantung, mahu rebah waktu ni. Mama ni pun satu. Main cak cak pulak, omel Syafiqah dalam hati. Dia mengurut dada perlahan.

" Syaf ? Kenapa ni ? Ummi macam mana ? Ada perubahan ? " Tanya Datin Adibah perlahan. Mungkin terkejut dengan kehadiranya secara tiba tiba. Dia ingin mengajak Syafiqah bertemu Afeef yang dikatakan yang masih lagi demam.

Risau.

" Syaf terkejut je. Hmm ... macam tulah. Tak tahu cerita sebenar mahu tak marah. Dia tertekan tu ma. Adam pulak sibuk dengan Afeef. Kesian jugak Syaf tengok dia. Bagilah dia tenang kejap. Nanti okeylah tu. " Syaf melemparkan senyum.

Tidak mahu tekanan menghimpit Datin Adibah. Sudahlah bengangnya di api apikan oleh Ain tadi. Kini dia pula perlu menjaga amarahnya daripada meletus sekali lagi.

" Adam tahu apa dia buat. Mama pun tak suka sangat tengok dia macam tu. Nanti dia fikir Adam sengaja nak dera perasaan dia pulak. Jomlah pergi jenguk Afeef. Mama risau ni Cepat sikit, Yazid dah tunggu. " Kata Datin Adibah sambil membalas senyuman yang dilemparkan oleh Syafiqah.

Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)Where stories live. Discover now