Aku mula letih menanti Adam Fiqri. Berapa lama lagi nak tunggu ni ? Hah memang dia beli baju dia sekali ! Ni yang malas nak tunggu ni. Akhirnya Adam Fiqri mendekatiku yang sedang berdiri menunggu dia membuat bayaran. Banyaknya barang dia beli. Kalau aku idaklah.
" Banyaknya. Abang nak buat apa baju ni banyak banyak! Membazir je tahu tak. " Aku memarahinya setelah aku dipaksa memegang barang barang. Aku menarik wajah masam.
" Nak makan. " Balas Adam Fiqri tegas. Dia terus mengeheret ku gedung pakaian dalam wanita dan lelaki. What ? Memang tarik aku masuk sekali ! Melampau !
Aku mula menarik wajah masam lagi. Nak beli benda alah ni pun nak ajak aku ke ? Fikir aku ambik kisah sangat ke ? Teruknya perangai. Hish. Baik suruh aku tunggu luar. Nak beli sendiri punya pun nak ajak aku ke !
" Pegang ni. Lagi kau nak beli apa ? " Adam Fiqri menyerahkan beberapa set pakaian wanita ke tanganku. Weyh malunya !
" Abang nak buat apa beli perempuan punya ? Letak balik. Siapa nak pakai ? Jangan nak mengarutlah! " Aku membulatkan mataku ke arahnya. Ada ke patut ? Tak tahan aku nak layan perangai bukan bukan Adam Fiqri ni !
" Kaulah pakai. Takkanlah aku pulak. Kaunni bodoh ke apa? Tadi aku nak tanya kau punya saiz tapi aku malu. So aku ambik jelah. Kau jangan banyak songeh. " Adam Fiqri membalas dengan senyuman meleret.
Aku menahan geram. Terus saja aku menghadiahkan lengan Adam Fiqri dengan cubitan halus. Seorang pekerja mendekatiku. Dia seakan ingin membisikan sesuatu. Sampai suami pilihkan. Parah sangat dah ni. Aku hanya melemparkan senyuman hambar. Memalukan betulah Adam Fiqri ni ! Aku terus mendekati Adam Fiqri dari terus memeikih banyak lagi pakaian dalam untukku.
" Membazirlah ! " Aku mencengkam lenganya. Aku terus merampas pakaian itu dari tanganya dan meletakkan semula pada tempatnya. Namun dia berkeras juga mencapai pakaian itu semula. Aku mula membuat muka annoying.
" Duit aku berkepuk kepuk dalam ni. Kau jangan nak banyak songeh. Aku suruh kau bayar balik nanti baru kau tahu. Kalau aku nak tunggu kau pilih memang berjanggut aku kena tunggu. So, baik aku yang pilihkan. " Dia terus pergi ke counter untuk membuat pembayaran.
Aku merenungnya dengan penuh geram. Blah macam tu je ? Malunya aku dengan cashier. Malunya aku dengan semua yang ada. Bencinya !
" Bak sini bagi Ain pegang. " Aku cuba merampas beg plastik di tangan Adam. Gila ! Ish tolonglah jangan nak malukan aku ! Aku dah terlampau lampau malu gila kot tadi. Hish kalau ikutkan hati, jangan harap aku nak setuju.
" Biarlah aku pegang. Apa salahnya. Kau bini aku kot. " Adam Fiqri tetap berkeras tidak memberikan beg plastik itu kepadaku. Beberapa pengunjung mula memandang ke arah Adam Fiqri.
" She is my wife. " Adam Fiqri memberitahu beberapa orang yang lalu lalang disebelahnya sambil tersengih..
Lagi ! Tak habis habis nak malukan akulah dia ni ! Senyuman sinis dan tawa kecil menghjasi setiap bibir orang yang memandang ke arah mereka.
" Malulah dekat orang. " Aku cuba merampasnya lagi. Namun Adam Fiqri tetap enggan. Aku menarik wajah masam. Geram dengan tindakan Adam Fiqri.
" Nak malu buat apa ? Kau bini aku. Apa salahnya ? " Adam Fiqri mencebik. Tetap tidak mahu mengalah denganku. Dia hanya membuat wajah selamba. Tetap tidak pedulik sama sekali. Haish. Naik minyak aku macam ni !
" Tapi tu kan Ain punya. Takkan abang nak pegangkan pulak ? Ain seganlah. " Aku mula mengeraskan suara. Aku merenung wajah Adam Fiqri tajam. Geram sungguh dia dengan Adam!
" Nak tolong bawak pun tak boleh. Kau tu mengandung. Nanti aku takut kau penat pulak. " Adam Fiqri mengeluh. Dia terus meninggalkan aku dengan semua beg beg shopping yang sudah tersadai dikakiku.
Memanglah betul cakap dia tu. Aku tahu niat dia kesiankan aku. Tapi dalam kesian dia tu menyusahkan aku! Aku merenung pada beg beg yang ditinggalkan di lantai. Memang aku larat nak bawak banyak banyak ni ? Tinggalkan aku macam tu je ? Aku mula mencebik. Macam ni dia kata kesiankan isteri ?
Kau tunggu jelah. Lepas ni aku akan tamatkan riwayat anak kau ni. Setakat kau merajuk macam tu, ingat luak ke ? Aku boleh buat sendiri. Kau tak payahlah beria! Akhirnya aku mengeluh. Terpaksa bawak semua ni.
Didalam kereta aku hanya diam membisu. Tidak berkata sepatah pun. Malas hendak bertekak. Aku tak rasa pun bertekak tu bagus. Lebih baik berdiam diri. Aku membuang pandang ke arah luar tingkap. Sesekali aku menguap tanda mengantuk. Serious talk, aku memang mengantuk tahap gaban dah ni. Malam tadi aku tidak dapat tidur dengan baik kerana telah bermulanya penyakit orang mengandung bermula dalam hidupku kini. Pening. Mual. Muntah. Tak boleh nak tidur dengan tenang. Semua itu memang meletihkan.
" Sampai rumah nanti kau tidur. Letih je aku tengok kau. Malam tadi kau pun tak berapa nak tidur sangat kan ? " Soal Adam Fiqri menyentak lamunanku. Dia perasan beberapa kali isterinya itu menguap dan matanya terpejam. Ini semua kerana anaknya itu.
Aku sekali lagi menekup mulut. Menguap. Mataku pula sudah berair. Tanpa membalas ucapan Adam Fiqri, aku masih lagi membuang pandang ke arah tingkap. Malas hendak ambil kisah. Haah. Memang aku tengah mengantuk sangat ni. Kau tahu tidur macam nangka je kan malam tadi. Sikit pun kau tak bangun tengok bini kau ni hah. Nak jadi ayah konon. Pedulik pun tak. Mulut je manis macam madu!
Radio Era bergema memainkan lagu 'Sepi' daripada kumpulan lelaki terkenal Sixth Sense yang sememangnya terkenal dengan lagu lagu yang membuai perasaan. Aku mengeluh lagi apabila Adam Fiqri juga menyanyi kecil bibit bibit lirik lagu itu.
Janganlah bersedih hati ~
Aku mengeluh lagi. Kalaulah aku pergi cepat tadi, mesti aku tak jumpa dia ni. Senang kerja aku. Ambil baju terus datang sini balik. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan abah. Bertanya khabar apa entah lagi. Setiap kali mendail nombor abah, pasti akan terputus hubungan.
Ain rindukan abah. Ain rindukan abah sangat. Kenapa abah senang senang je boleh termakan hasutan Mak cik Mas tu ? Ya, abah sudah digunakan. Aku sendiri tidak dapat mendekati abah. Abah telah membuang aku dan ibu jauh jauh daripada hidupnya. Alangkah indahnya jika kehadiran abang Ukasyah dan abang Haziq didepan mataku. Pasti saja aku tidak akan merasa sunyi dan sepi seperti lagu yang diputarkan sebentar tadi.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantizmMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...