Adam Fiqri memandang sepi tubuh isterinya yang sudah terkulai lena di sofa. Dia yang hanya berbaju T dengan tuala yang masih berbalut ditubuhnya. Dijeling tubuh isterinya dari atas ke bawah. Berbaju kurung becorak bunga ungu kecil. Dasar perempuan kampung!
Kau sedap sedap je tidur kan perempuan? Tak bersalah langsung menipu mama. Boleh lagi kau tidur macam ni? Getus Adam Fiqri kasar. Ditampar tampar perlahan pipi isterinya itu.
" Hoi! Kau bangun sekarang! Kau sedap sedap je tidur kan? Ada aku suruh kau tidur ? Pemalas! Tidur je yang kau tahu! Kau bangun sekarang aku cakap! " Tengking Adam Fiqri membuatkan aku tergamam.
Aku menggosok gosok mata sehinggalah aku melihat jelas wajah Adam Fiqri. Aku terus terkejut dan berkira kira untuk keluar daripada bilik tersebut. Panas rasanya. Malu menyerbu muka. Namun tanganku ditarik kasar. Aku terus ditampar dan terjelopok jauh dilantai. Wajahku direntap kasar menentang wajahnya.
" Kau nak pergi mana? Pandai kau berlakon depan mama kan? Kau tak tahu malu ke? " Marah Adam Fiqri kasar. Dia menarik rambutku semahu mahunya. Agar tegak tepat memandang wajahnya penuh kebencian.
" Ain tak pernah berlakon. Abang yang hipokrit. Berlakon baik depan mama. Menipu mama. Abang yang pandai berlakon sebenarnya bukan Ain! " Bidasku kembali. Airmataku tidak berhenti henti mengalir. Bibirku ketap kasar. Mengumpul semangat berdiri semula. Memberanikan diri menetang wajah Adam Fiqri.
" Kau cakap aku apa ? Hipokrit ? Habis kau apa ? Perempuan sundal ? Apahal diam ? " Adam Fiqri mencengkam wajahku sekuat mungkin.
" Kau dengar sini, aku tak suka nak lempang, nak pukul pukul kau ni. Tapi, kau ni dah melampau! " Jerit Adam Fiqri. Dia memaksa aku bangun dan dicampakkan ku ke atas katil. Dia mencengkam dan mengunci tanganku. Membuatkan aku tidak dapat bergerak dengan kekuatan tenaganya.
" Abang, lepaslah! Sakitlah! Lepas! " Jeritku. Aku tahu niat dan fikiran kotor lelaki itu. Tak ! Aku tak nak dilayan macam perempuan murah. Aku bukan perempuan murah!
Jeritanku langsung tidak diendahkan. Tangisanku diketepikan. Hanya perempuan yang tidak berjaya melawan tenaga seorang lelaki yang sememangnya kuat. Akhirnya aku mengalah diperlakukan seperti itu. Adam Fiqri memang tak guna!
" Tulah jangan berani nak lawan cakap aku ! " Adam Fiqri melepaskan aku. Dia terus mencampakkan tuala kearahku yang bungkam.
" Binatang ! Aku benci kau ! " Jeritku geram. Aku mencampakkan tuala itu kelantai. Menangis dan menagis. Tiada kekuatan untuk melawan. Adam Fiqri duduk berhampiran denganku. Dia menyentuh wajahku penuh kelembutan.
" Aku tak suka nak paksa paksa kau puaskan nafsu aku. Tapi itu tanggungjawab pelacur yang sebenar kan? Kau tak boleh tolak. Faham? " Kata Adam Fiqri kasar kepadaku.
" Kau memang tak guna! " Aku menampar pipinya kasar. Jijik ! Aku bukan pelacur! Adam memang dah melampau!
Adam Fiqri tertawa kecil. Dah kau memang pelacur. Nak buat macam mana? Daripada kau melacur dengan jantan haram jadah dekat luar tu baik kau puaska aku!' Kata Adam Fiqri sinis didalam hatinya. Adam Fiqri terus berlalu ke bilik air. Senyuman nakalnya tidak henti terukir.
Aku hanya memandang benci kelibat Adam Fiqri jauh dibalik pintu. Kenapa aku lemah sangat depan dia? Kenapa aku tak boleh nak lawan dia? Kau sepatutnya kena buat di jatuh cinta dengan kau. Bukannya kena buli senang senang macam ni. Aku mengeluh. Mengeluh lagi. Kenapa hidupnya seperti ini ? Berkahwin dengan lelaki bersikap dingin dengan ego yang tinggi menggunung macam langit.
Aku teringatkan ibu. Setiap kali aku teringatkan arwah ibu, muncul bayang bayang wajah Dato Mukhlis. Dia yang membuat aku seperti ini. Ada abah sudah tidak pedulikan aku. Dia sudah berkahwin dengan orang lain. Ada abang tiri yang bersikap binatang. Ada adik tiri pula, suka menyalahkan dia dan memaksanya membuat kerja rumah. Akhirnya ini yang terjadi. Dibuang dan dihina selepas kepergian ibu.
" Kalau ibu dah tak ada nanti, jaga rumah. Jangan sesekali jual rumah ni. Ain ingat pesan ibu ni. Rumah ni je satu satunya peninggalan ibu pada Ain dengan abang Syah dengan abang Iq. " Kata Pn Melati pada kedua dua anaknya. Dia hanya mengingatkan sahaja bila dia sudah tiada nanti. Rumah sederhana besar ini adalah hasil titik peluhnya selama ini.
" Apa ibu cakap macam tu ? Abang dengan Ain sampai bila bila pun takkan tinggalkan rumah ni. " Balas Ukasyah. Abang sulongku dan satu satunya adik beradikku yang tinggal. Aku ada tiga adik beradik. Cuma lagi seorang itu sudah lama membawa diri ke Kuala Lumpur. Abang Haziq namanya.
" Entah ibu ni. Nak sangat tinggalkan Ain. Abang tengoklah ibu ni. Cakap pasal mati. " Aku mula merengek. Aku menyandarkan kepalaku dibahu ibu.
Tanpa ku sedari air mataku menitis jua. Semuanya sudah terkubur. Dia sendiri tidak dapat mempertahankan rumah arwah ibunya. Rumah itu sudah dijual. Dirampas oleh Dato Mukhlis. Abang Ukasyah pula sudah lama pergi membawa diri. Entah kemana abang Syah sekarang. Sudah hampir tujuh tahun berlalu. Dia masih diam membisu tanpa khabar. Dia juga sudah lama tidak melawat kubur arwah ibunya.
Ibunya baik dan lemah lembut. Mana mungkin dikatakan pelacur ? Mati diribanya sendiri kerana tertusuk dengan pisau. Hanya dia sahaja yang ada disitu. Menemani ibunya saat saat terakhir. Dia berdendam dengan keluarga Dato Mukhlis. Berdendam dengan keluarga tirinya sendiri. Namun dia ada abang tiri bernama Dhamiri dan kaka tiri bernama Fitrah. Mereka sangat baik denganku.
Mereka sudah lama berhijrah ke luar negara. Aku sendiri tidak berpeluang untuk menemuinya di saat saat terakhir. Namun aku tabahkan juga hati demi harapan dan dendamku pada keluarga Dato Mukhlis. Andai sahaja abang Syah dan abang Haziq ada disisinya, dia tidak akan hidup menderita dengan Adam Fiqri. Anak kepada Dato Mukhlis.
Tidak akan !
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomansaMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...