Aku menapak naik mendaki tangga dengan sedikit gusar. Sejak aku pulang ke rumah ini, aku tidak pernah naik ke bilik ditingkat atas itu lagi. Kini barulah aku beranikan diri naik ke tingkat atas. Datin Adibah yang menyuruhnya mengejutkan Adam Fiqri.
Mungkin tertidur kerana terlalu kepenatan baru balik daripada flight. Ah. aku kisah apa dia penat. Bukan urusan aku pun. Entah apa yang Adam Fiqri buat diatas dia sendiri tidak tahu. Mungkin tengah tidur..
Langkahku yang mulanya perlahan semakin memberat pula untuk memanjatnya. Seolah olah ada gam yang terlekat pada kaki.
Kenapa lain macam je ni ? Ah, kena teruskan juga. Bukanya pertama kali aku jumpa dia. Tapi perasaan tu macam nervous semacam. Mungkin dah lama tak bertekak dan dah lama tak bercakap. Ni semua sebab adegan bermain mata dekat pintu tadi ! Haih, menyampah betul.
Aku memulas tombol pintu perlahan lahan. Sunyi. Macam tak ada orang. Mana pulak mamat ni pergi ? Kau ingat tak letih ke panjat tangga ni semua ? Hish, menyusahkan orang betul dia ni.
Tak payah kerjalah kalau asyik nak tidur tak bangun bangun. Omelku dalam hati geram.
Tapi.. mata ku bulat memandang sekilas Adam Fiqri yang tidak berbaju. Aku terus memalingkan tubuhku dan menutup mata dengan tapak tangan.
Tak malu ! Lelaki ni memang main selamba badak dia je nak pakai baju ke tak nak. Yelah, dia orang bukanya tahu malu. Ingat badan kau tu cantik sangat ke hah ? Marahku perlahan dalam hati.
"Kenapa lama sangat pakai baju ? Cepatlah ! "Jeritku geram. Hish mengadanya mamat ni. Nak goda aku ke apa ? Ingat sikit eh ! Marah aku dengan kau tak ada penghujung !
Kau ingat kau tak pakai baju buat aksi macam tu aku tergoda dengan kau ?
Heh ! Tolonglah ! Kau tu bukan bujang lagi !Namun aku merasa sesuatu yang sedang melingkari pinggangku. Aku terpempan. Suka hati betul dia nak peluk peluk aku ? Hish, gatal !
Tangan Adam Fiqri sudah melingkari tubuhku dari arah belakang senyap senyap dengan pantas. Dibawa tubuhku sehingga tersandar ketubuhnya. Bibirnya sudah mengucup batang leherku sehingga aku menjerit kegelian.
Semakin tangan isterinya cuba merungkaikan genggaman tangan, semakin itu Adam Fiqri memperkemaskan pelukanya. Dia sudah lama tidak memeluk tubuh yang semakin melidi itu.
Rasa rindunya menyapa segenap ruang didalam bilik. Tidak mahu dilepaskan pelukan itu sampai kapan pun.
Dia tidak akan melepaskan pelukan itu, detak hatinya berbisik. Matanya dipejamkan. Dia mengumpul kekuatan yang tersisa untuk mencari sekelumit cinta untuknya dihati isterinya itu. Abang rindu Ain, bisik hati Adam Fiqri.
Agaknya mesti kau malu bila aku tiba tiba peluk kau kan ? Kau nak merajuk dengan aku sampai bila Ain ? Aku cakap macam macam dekat kau. Tapi kau yang tak nak dengar penjelasan aku. Aku pujuk, kau pijak pijak pujukan aku. Aku terpaksalah gunakan cara lembut. Mungkin kau nak berlembut dengan aku ? Manalah tahu kau dah cair dengan aku..
'' Adam ... Lepaslah... '' Aku terketar ketar. Lagi lagi apabila aku tahu yang Adam Fiqri sebenarnya sudah selesai mandi dan tubuhnya sangat wangi menusuk hidung. Kenapa aku macam tak boleh bergerak ni ?
Wajahku pucat tidak berdarah melihat reaksi Adam Fiqri yang seakan tidak ingin melepaskanku. Hatiku berdebar. Pleaselah jangan buat aku macam ni. Mentang mentanglah kau tu lelaki tenaga pun kuat. Suka hati kau je nak buli aku.
'' Kenapa ? Kau tak suka ke tengok aku tak pakai baju ? '' Usik Adam Fiqri. Walaupun sebenarnya dia sudah memakai baju sebelum dia menarik tubuh isterinya bersadar kepada tubuhnya. Sudah lama dia tidak mengusik.
'' Jangan nak mengada adalah. Nanti mama fikir apa pulak aku lama lama dekat dalam bilik ni. Lepaslah.. aku tak selesa. Adam janganlah macam ni. Kau pergilah solat dulu. Waktu dah nak habis ni. '' Aku bersuara. Bibir ku ketap sekasar mungkin. Rasa semacam bila sudah lama Adam Fiqri tidak memelukku
seerat itu.'' Biarlah mama fikir bukan bukan. Sebelum aku yang buat bukan bukan dengan kau, baik kau jangan cuba nak larikan diri. Lagi pun aku dah solat. Baru je tadi. Ni aku tengah batalkan ain sembahyang lah ni. Please jangan bergerak. Aku rindu kau sangat Ain.. '' Ucap Adam Fiqri lembut. Dia menarik tudung isterinya yang elok lekat dikepala. Dicampakkan disisi isterinya.
Sanggul rambut milik isterinya sudah disentuh perlahan. Diuraikan getah rambut isterinya dan dicium lembut rambut isterinya yang sudah panjang mencecah dadanya.
Aku tergamam. Apa ni ? Peluk tu tak kisah sangat. Ni sampai nak cabut tudung aku ni dah kenapa ? Hish.. Aku mula tak keruan. Geram erti kata lain hatiku masih merelakan segala perbuatanya.
Adam Fiqri terus mengeratkan pelukan. Mamat ni tak faham ke yang aku tengah marahkan dia lagi ? Alah baru seminggu tak jumpa takkan balik nak menggatal dengan aku pulak ? Pergi buat kerja ke belajar macam mana nak pikat isteri ?
Kalau hari hari macam ni, tak payah pergi kerja pun tak apa. Rindu betul aku dengan kau Ain. Aku dah penat asyik nak dengar kau merungut dan bencikan aku. Aku nak kita berbaik semula Ain. Afeef mesti rindukan kau.
Walaupun Adam Fiqri menyatakan hajat didalam hatinya ingin menggantikan tempat Ain, tapi dia tahu yang Ain masih sayangkanya. Cuma dia saja yang terlebih geram sehingga mengambil keputusan terburu buru.
Aku yang sudah tidak keruan terus memijak kakinya dan sepantas kilat mencapai getah rambut dan tudungku keluar daripada bilik itu sepantas kilat.
Namun, tanganku pantas dicapai. Aku terpempan. Tubuhku sudah dirangkul kemas kemas. Adam ni kalau dia nak hak dia, dia takkan lepaskan aku walau macam mana pun aku menolak. Arghh aku tak bersedia untuk itu !
'' Akukan dah bagitahu jangan bergerak. Kau nak lari mana ? Bukanya kita buat benda tak elok pun '' Bisik Adam Fiqri perlahan ditelinga isterinya.
Baru kau tahu macam mana Adam Fiqri kalau dah geram ? Cara mulut kau tak nak dengar. Pandai jual mahal dengan aku. Hiris hiris hati aku dengan semua kata kata kau yang setajam pisau tu. Bila aku peluk kejap, tahu takut ? Ejek Adam Fiqri dalam hati.
Dia mencapai tudung pada tangan isterinya dan terus dilontar jauh disudut bilik agar isterinya itu tidak dapat lari dan mencapainya. Tahu kau malu dengan aku. Janganlah merajuk lama lama, Ain.. Aku tak suka kau layan aku macam ni..
Kakinya ku pijak dan dia mengerang kesakitan. Tak ada cara dah nak lepaskan diri, sorry Adam. Kau yang paksa aku. Kalau tak memang sampai esok pagi kau tak nak lepaskan aku. Mungkin bukan setakat peluk je kau minta. Malah kau boleh buat lebih dari tu kan ?
Adam Fiqri terkejut dengan tindakan isterinya yang tiba tiba sahaja menjerit. Sepantas kilat isterinya sudah lari menuruni tangga meninggalkanya yang terkulat kulat.
'' Okay, You win. Macam nilah Ain yang aku nak. Usik sikit, terus malu '' Tutur Adam Fiqri tanda mengalah. Dia tersenyum puas dapat mengusik isterinya.
Hampir juga nafsunya terbuai dengan harum bau rambut isterinya itu. Tahu takut. Lain kali janganlah belagak depan suami. Tak baik, bisik hati Adam Fiqri. Dia melepaskan ketawa kuat.
Aku dapat mendengar ketawa besar Adam Fiqri ! Dia memang sengaja usik aku !
Ergh ! I hate you ! Jeritku dalam hati. Sepantas kilat aku terus melarikan diri masuk semula ke dalam bilik. Nasib baik tak ada sesiapa yang melintas ketika itu.
Nak tercabut jantung berlari. Siap kau ! Nanti kau tunggulah nasib kau. Berani betul kau peluk aku kan ? Siap tanggalkan tudung aku pulak tu. Oh kau main mainkan aku ya ? Aku merengus geram.
Malu diperlakukan seperti itu. Sedikit sebanyak makin tebal rasa geram dihati.
" Puas betul aku dapat usik kau, Ain. Haih, baru peluk dah takut. Bukanya aku ada niat tak elok dekat isteri sediri. Kalau ada pun, bukanya aku berdosa "
Senyuman Adam Fiqri melebar. Dah lama rasanya tak tersenyum bahagia seperti sekarang. Ah indahnya dunia !
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...