Kanak kanak berumur sepuluh tahun di kelas 4 Anggerik mengira detik jam. Lambat benar rasanya berganjak ke angka satu. Keluh kanak kanak itu. Dia nak balik. Cikgu Hiruddin memang suka melengah lengahkan masa mengajar Bahasa Melayu. Sudahlah bosan. Dia mula membayangkan masakan ibu yang sedap. Agaknya ibu masak apa ya ?
Akhirnya bunyi loceng sekolah berbunyi. Selepas cikgu sudah keluar daripada bilik darjah kanak kanak berumur sepuluh tahun itu berlari ke arah pintu pagar. Begitulah dia setiap hari. Sukar berenggang dengan ibunya. Dia lebih suka duduk di rumah daripada belajar di sekolah. Motor capuk abah masih belum kelihatan.
Dia mula merungut. Akhirnya sudah setengah jam dia melanguk didepan pagar sekolah. Mahu tidak mahu dia terpaksa berjalan kaki pulang. Abah memang tak sayang aku. Keluh kanak kanak tersebut. Tudung yang tersarung dikepalanya disumbat ke dalam beg sekolah lusuhnya.
Sesampainya dia dirumah, beg yang digalas dicampakkan dihalaman. Dia terus berlari mendapatkan ibunya. Suara teriakan membuatkan dia rasa sesuatu telah terjadi kepada ibu.
" Lepaskan ibu saya! " Jerit kanak kanak itu dengan suara halusnya.
Ya kanak kanak itu adalah aku, Ummi Nur Ain. Aku yang masih kecil dan tidak berdaya cuba merungkaikan tangan seseorang lelaki yang ingin meragut rantai emas daripada leher ibu aku. Aku tidak berhenti henti mencuba merungkaikan tangan kasar lelaki itu daripada menjerut leher ibu.
Ibu pula hampir sesak nafas. Walaupun ketika itu boleh dikatakan separuh tenaga aku tetap cuba menarik lengan lelaki yang cuba meragut rantai di batang leher ibu. Namun tubuh aku pula ditolak kasar menyembab ke lantai rumah.
" Kau ketepilah ! Jangan nak sibuk ! " Jerit lelaki itu lantas menolak aku sehingga terdorong ke belakang. Lelaki ini tetap inginkan rantai emas itu. Ditarik tarik sekuat hati namun tidak juga terurai. Geram betul ! Gelang, cincin dan barang kemas milik ibu sudah licin diambilnya.
Kini, rantai yang satu itu sahaja yang tergantung pada leher ibu juga turut mahu direbutnya. Dasar lelaki tak guna ! Berani kau !
Aku terus bangun. Tangan kanan aku sempat mencapai pasu yang ada diatas meja. Pasu itu terus aku hentakkan pada kepala lelaki tersebut sehingga berdarah. Lelaki tersebut berang dan terus menampar wajah aku pula. Aku terjelopok jatuh.
" Berani kau kan ! Mampus kau aku kerjakan !" Jerit lelaki itu. Dia berang dan terus mencapai tubuh aku. Penyangkut baju yang dicapai terus membantai seluruh tubuh kecil ini.
Aku menjerit kesakitan. Ibu datang kepadaku dan cuba menghalangnya. Namun tubuh ibu pula yang dicapainya. Aku dihujung penjuru katil sudah berpeluk pada lutut dengan ketakutan. Aku tidak berdaya untuk bergerak seinci pun. Lelaki itu menampar wajah ibu selepas dicampakkan ke atas katil.
Baju ibu direntap kasar sehingga koyak. Aku tidak tahu apa yang dia cuba lakukan kepada ibu. Ibu meronta ronta minta dilepaskan seiring dengan air mata aku yang lebih laju mengalir.
Aku lari ke arah ibu yang hanya berbungkus dengan selimut. Baju ibu koyak. Ibu memeluk erat tubuhku. Lelaki tersebut menghampiri kami dengan senyumanya yang menjengkelkan. Ibu diheret keluar daripada rumah seperti lembu. Aku meronta ronta lagi. Kenapa lelaki tu layan ibu aku macam ni ? Abah.... tolonglah balik selamatkan ibu.
" Ibu ! Lepaskan ibu saya ! Mana pakcik nak bawa ibu saya ? Jangan apa apakan ibu saya ! " Jerit aku dan terus bangun mendapatkan tubuh ibu. Aku peluk erat tidak mahu ibu dibawa pergi. Namun badan aku sama turut terheret mengekori ibu.
" Arghhhh! Kau diam ! Kau jangan kacau hal aku ! Kau budak kecik kau apa tahu hal orang dewasa ! " Lelaki itu menolak aku sekali lagi sehingga tersembam.
Jangan apa apakan ibu aku. Jangan apa apakan ibu aku. Rintih aku dalam hati.
Kini ibu sudah jatuh daripada tangga batu rumah. Kepalanya sudah terhantuk pada batu besar. Kepala ibu berdarah. Jeritan aku semakin kuat.
" Ibu ! " Jangan tinggalkan Ummi !
Rantai ibu sudah berada didalam genggaman lelaki itu. Aku terduduk disisi ibu. Meletakkan kepala ibu diatas riba aku. Tangan aku kini sudah pekat dengan darah ibu. Tangisan aku semakin kuat.
Ibu mencapai pipiku dengan tanganya sebelum rebah layu. Aku terus menjerit sekuat hati. Orang yang aku sayang kini sudah pergi meninggalkan aku. Aku kaku seluruh tubuh. Seakan darahku tidak mengalir.
" Ibu ! " Jerit aku dan terus tersedar daripada pembaringan. Air mata aku mengalir. Kenapa ibu tinggalkan aku ? Kenapa ibu, kenapa ? Ni semua salah kau Dato Mukhlis ! Aku benci kau !
Orang kampung disitu memang tidak sukakan ibu. Pantaslah tiada siapa yang mahu membantu aku. Sungguhpun jiran disebelah rumah ibu. Mereka hanya keluar daripada rumah melihat dan menonton semuanya yang terjadi.
Sememangnya aku tidak mahu kembali ke kampung itu lagi. Banyak kenangan pahit disana. Orang tua itu pun mungkin dah lama mati. Dasar jiran tak ada hati manusia. Kalau korang hidup lagi, tahulah nasib kau.Aku meraup wajah beberapa kali. Tiada siapa yang ada dengan aku ketika ini. Sunyi. Malah Datin Adibah adalah orang yang terakhir menjenguk aku semalam.
Adam Fiqri tidak menampakkan wajahnya lagi didalam bilik ini lagi. Air mata aku juga dah kering. Buat apa menangisi benda yang dah pergi. Memang hidup ni tak adil langsung pada aku. Takdir memang dengki dengan kebahagiaan aku. Aku tak faham betul. Apa sebenarnya hidup ni nak ? Mungkin aku memang tak layak agaknya hidup bahagia macam orang lain. Sebab tulah ada je benda tak elok berlaku. Tak faham betul.
Adam Fiqri masih terkesan dengan kata kata aku sebelum ini sehingga lelaki itu bertindak tidak mahu mempedulikan aku lagi. Biarkan dia. Dia nak menyesal sampai seumur hidup dia pun, dia takkan dapat kembalikan anak aku punlah !
Hanya Datin Adibah dan Syafiqah sahaja yang kerap menemani aku disini. Biarlah ! Aku pun dah tak heran dengan kau. Kau nak mati ke kau nak pergi mana ke, suka hati kaulah Adam ! Aku tak pedulik ! Cemuh aku dalam hati. Aku terus memejamkan mata semula. Hati aku masih sakit. Ditambah lagi aku sudah tahu kenapa lelaki itu merentap baju ibu. Lelaki tu mahu rogol ibu aku !
Ayah pula sudah berkahwin lain. Dia mnganggap bahawa aku bukan anaknya. Abah menganggap yang bukan bukan tentang arwah ibu. Manakan mungkin aku merima abah kembali dalam hidup aku. Apabila aku sudah lepasan UPSR, aku kembali berjumpa dengan lelaki yang telah membunuh Ibu. Pembunuh itu mengutip aku yang dihantar ke rumah anak yatim. Sungguh, aku tak percaya bahawa aku akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.
Aku diajak tinggal bersama keluarga pembunuh ibu. Tak mudah untuk aku lupakan wajahnya yang mempunyai kesan parut di dahi kesan luka pasu itu. Tak akan !
Hidup ini banyak dugaan dan coraknya sangat mengelirukan. Abang Ukasyah dan Abang Haziq juga sudah lama mati dalam hidup aku walaupun hakikat sebenarnya aku tidak tahu dimana keberadaan mereka. Mungkin sahaja mereka hidup diluar sana. Aku sendiri tak berharap kedua dua lelaki itu hidup. Di mana mereka waktu ibu susah ? Dimana ?!
Mungkin selepas ini Adam Fiqri akan menceraikan aku dan membuang aku jauh daripada hidupnya. Sedangkan dendam ini belum dilunaskan. Kehidupan keluarga Dato Muklis belum hancur seperti hancurnya keluarga aku kerana perbuatan Dato Muklis.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomanceMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...