Aku sedaya upaya untuk mengelak daripada merindui Afeef namun, hakikatnya aku merindui telatah si kecil Afeef. Mungkin disebabkan Adam Fiqri ada duit, dia boleh buat apa saja. Jujur aku merindui Afeef dan fikiranku hanya Afeef tapi walaubagaimana pun, aku akan buat apa saja untuk kecapi apa yang aku hajatkan selama ini.
Aku ingin membuka butik sendiri dan bekerjaya untuk menyara hidup dan anak didalam kandunganku. Mungkin pada mulanya memang agak sukar untuk aku membuat keputusan, tapi sokongan dan bantuan daripada Fitrah dan Dhamiri yang selalu berada disampingku, membuatkan aku terus kuat.
'' Hah, mengelamun lah tu. '' Sapa Fitrah membuatkan aku terkejut. Hilang semua lamunanku yang sudah jauh bersama layang layang terbang untuk kembali pada kisah itu. Aku melemparkan senyum.
'' Ain, thanks sangat. Disebabkan kau, syarikat baju aku ni dapat sambutan gempak gila tau. Semalam je dah berpuluh chat aku terima nak tempah dress yang kau designe tu. Serius weyh terima kasih sangat. So hari ni apa kata aku belanja kau bukak puasa. '' Fitrah nampak teruja.
'' Sama sama. Aku bukan buat apa pun. Designe suka suka je. Tak sangka pulak kau minat sampai nak pasarkan. Tapi pasal belanja berbuka tu aku on je. Aku nak makan chicken chop hari ni, boleh ?
Aku mengusik Fitrah. Syukurlah, itu semua rezeki yang datang untuk baby mungkin ? Mungkin juga sebagai rezeki seiring dengan niatku untuk memulakan hidup baru. Aku kini lebih suka bertudung labuh menutupi dada dan memakai dress labuh. Aku tidak lagi memakai baju kurung.
Bukan tak nak pakai tapi aku juga perlu menampilkan personaliti yang baik dan moden. Berubah dalam semua segi dan terutamanya lebih bersikap sinis.
'' Untuk kau boleh je. Ni kau jangan buat kerja berat berat sangat. Nanti kau cepat penat pulak. Ni baru pukul satu, aku nak keluar kejap. Kau jaga butik tau. '' Pesan Fitrah bersahaja. Dia terus hilang disebalik pintu ruang bilik.
Aku tersenyum lebar. Kalau dah dengar Fitrah merungut dekat aku, rasa macam nak humbankan dia dalam kawah mendidih sebab benda yang remeh macam tu pun dia akan tetap membebel. Tapi Fitrah selalu bagi advice dekat aku dan selalu ingatkan aku. Bukan tu ke gunanya kawan baik ?
Aku sangat bersyukur dianugerahkan seorang kawan baik yang selalu ada waktu susah senang aku walaupun dia suka membebel dan merungut. Tapi semua tu untuk kebaikan aku jugak.
Ketukan pintu membuatkan aku tergamam. Aku mengarahkan Salina masuk dan dia sepantas kilat sudah berada dihadapan mataku. Mungkin ada benda penting kot.
'' Kak Ain, ada orang nak jumpa akak dekat bawah. Lelaki. Lina tak kenal siapa. Nampak macam penting je. Baik akak pergi jumpa dia. Manalah tahu penting ke ?'' Tutur Salina.
'' Lelaki ? Penting sangat ke ? Cakaplah dengan dia kalau tak penting akak tak nak jumpa dia. '' Balasku malas nak ambil tahu. Siapa ? Abang Dhamiri ? Tak kanlah. Salina mesti kenal dengan Dhamiri. Clien ? Kalau clien biasanya dia akan berurusan dengan Fitrah. Asal pulak tiba tiba nak jumpa aku ni ? Hadoi. Kejap. Peguam Adam Fiqri ke ?
Salina hanya menganggukkan kepala serta melebarkan senyuman dan berkira kira untuk keluar, pantas ku tahan.
'' Er.. Salina, takpelah macam ni. Cakap dekat entah siapa siapa dekat bawah tu, nanti akak turun. Terima kasih '' Aku mengetap bibir. Siapa ya agaknya ? Macam mana dia boleh tahu aku kerja dekat sini ? Takkanlah ?
Beberapa minit selepas itu, aku turun untuk mengetahui siapakah orang yang ingin bertemu denganku pada waktu tengah hari begini. Kalau orang tu tak penting, jangan harap aku nak cakap dengan dia.
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus (Completed)
RomantikMasa silam Ummi Nur Ain meragut seluruh hidupnya. Dia tekad menghambakan dirinya demi mengembalikan semula apa yang hilang. Dia menjadi hamba kepada cinta lelaki yang amat membencinya. Walaupun terluka dan sakit, dia rela andai dia terpaksa menjadi...